Tuesday, December 28, 2010

Borneo Blues : Laut Paut

DSC08055



DSC08063



DSC08071




Dan akhirnya sampai juga gua ke Pantai Sahabat petang tadi.

Dapat juga merasa air Laut Sulu, atau Celebes. Entah aku pun tak sure mana satu.

Well, aku tak merasa betul-betul pun. Pasal kotor gila pantai dia.
Dah tu tempat kapal datang berlabuh pun dekat situ juga. Mana tak kotor.


Tapi ada juga yang sanggup mandi.
Nak buat macam mana. Di tengah-tengah hutan kelapa sawit ini, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Mungkin la.


Oh I miss my Perhentian.

Tapi sekarang ini dengan adanya Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Pulau Sipadan dan Semporna yang berdekatan dengan gua, mungkin gua akan curang dengan Perhentian gua.


Kita tengok macam mana.







Sunday, December 26, 2010

Borneo Blues : Musim Lembab






Hey
Wont somebody come and play
With me
Done all my work and I got a little while to spend
If I could find a friend

Hey
This is such a sunny day
Come on
Come like you are doesn't matter how you look
But hurry, hurry
Come and play

You be the good guy, I'll be the bad guy
You can go hide and I'll come and find you
You have the first laugh, I'll have the last laugh
You ride a bike, I'm off behind you

Hey
Wont somebody come and play
With me
I'm all alone would you like to spend an hour or two
I like to play with you

Hey
There is so much to do today
Come on
Time going pass and we haven't even started yet
Time flying pass and it isn't coming back I guess
Childhood wont last
Wont somebody come outside and play



Yo Gabba Gabba memang genius sial. Their jingles are way better than some songs yang aku dengar dari radio.


Ah terkenang zaman kanak-kanak gua.
Umur baru awal 20-an tapi dah terkenang zaman kanak-kanak, apa kes?


Sudah berapa hari asyik hujan.
Boleh tahan juga musim hujan dekat sini. Kalau ikut tahun lepas punya report, Disember ada 31 hari, 23 hari hujan.

Projek jadi leceh.
Plan gua juga terbantut.

Baru ingat ini petang nak gerak ke pantai Sahabat. 20 km saja dari tempat gua.
Baru ingat nak cuba air Lautan Pasifik. Rasa masin ke tak.

Nampak gaya melepak depan TV lagi la hari ini.





Monday, December 20, 2010

Milo Nai Beng Satu, Bah!

DSC08041




Maksudnya Milo Ais.


Nai itu susu. Disini kalau anda tak sebut susu, nanti yang dapat Milo O.
Jadi, semenanjung punya teh ais, disini teh nai beng.


Kali pertama masuk site ini hari.
SV gua sudah pening tengok site. Takut projek susah nak jalan.

Dalam site pun line telefon tak ada. Jadi apa-apa nanti mampus la jugak.
Tapi apa nak takut. Kita redah saja.


Sembang-sembang sikit dengan pekerja kompeni gua kat sini.
Gaji buruh-buruh kasar ini gila punya sikit. Gaji kira ikut kerja. Ada banyak kerja boleh la 300-400. Kalau tengah tiada kerja, kadang-kadang dapat 100 lebih saja.

Memang gila.

Gua yang duduk goyang kaki ini pun dapat lagi banyak. Jauh lagi banyak.


Nak jimat punya pasal, mereka tangkap ikan tepi parit, tangkap ayam yang duduk berkeliaran.


Dunia memang kejam.



Celcom BB pun boleh tahan kejam.
Dia punya upload speed, aduh memang sakit.

Download/surfing memang gua tabik spring. Tapi bab upload nak menangis gua dibuatnya.
Tidak mengapa. Malam ini cuba lagi. Berputus asa bukanlah trait lelaki hensem seperti gua.

Gua harap malam ini Celcom BB boleh menjadi sebuah BB yang berguna lagi kamil.






Wednesday, December 15, 2010

Blues Seorang Intern : Borneo Blues



Safe and sound in Borneo right now.
After 2 hour flight from Senai to KK, transit to another 45 minutes flight from KK to Lahad Datu, then another 1 hour drive from Lahad Datu, I've arrived at a place in the middle of nowhere.

A place that I will call home for the next 4 months, I think.

Still, I got an air-conditioned room with Astro, and unbelievably super excellent internet connection coverage for my broadband. All hail Celcom!


Here's some random list I made from my short first experience in Sabah.


  1. Flying with small, propeller aircraft is far more exciting than flying with bigger, jet engine plane.
  2. The view during take off from KKIA is indescribable. Mind-blowingly beautiful. Make sure you're seated at the left side of the plane, facing the sea.
  3. There's more pickup truck than Myvi here. Pickup truck is the Myvi of Sabah.
  4. There's no Merc/Bimmer in Lahad Datu. All the big taiko have Toyota Land Cruiser V8.
  5. 1st time kena penangan makan besar dengan orang Cina. Nasi putih + Ikan 3 rasa + Kailan masak cili + Sup jagung + Telur dadar cili api + Kangkung goreng = Tumbesaran perut.
  6. Dpahne Iking masih belum kelihatan.


Letih ah.
Tidur dulu.

Tuesday, December 14, 2010

Blues Seorang Intern : Awek Burger

Baru malam tadi gua perasan ada gerai jual burger yang dikendalikan oleh awek.

Bukan satu, bukan dua tetapi tiga sekaligus!


Rambang mata gua nak pilih yang mana satu.
Maksud gua menu burger yang ditawarkan la. Bukan tukang masaknya.


Kalau gua dapat tahu awal-awal lagi, tak payah susah-susah gua nak cari kedai makan.

Breakfast, lunch dengan dinner semua gua telan burger!



Friday, December 10, 2010

Blues Seorang Intern : Baru Hari Kedua Sudah Masuk Lambat

DSC07946
Koleksi punggung teruna yang mantap-mantap belaka berjalan-jalan di Melaka




*entri ini didedikasikan kepada pemotong rumput PROPEL berbaju oren warga Indonesia yang telah menolong gua.



Hari kedua gua berpraktikal.
Bermula macam biasa. Pukul 7.15 pagi gua dah keluar rumah. Angin pagi Johor yang nyaman membelai pipi gua.

Waktu masuk kerja 8.00 pagi. 45 minit memang lebih dari cukup.


Gua menyusur tenang dengan skuter Modenas Elit 150 kepunyaan kakak gua. Dengan memakai sweater Adidas ori berwarna putih, glove Bell cap ayam dan bersilangkan beg kulit tipu dibeli di BB, gua dapat rasakan gua yang paling hensem dikalangan semua warga Johor yang berkejaran untuk ke tempat kerja.


Gua tak tahu jalan ke plant kompeni gua. 1st day, gua pergi report dekat ofis di JB, ini hari gua kena pergi plant. Plant ada di Kulai. Yang gua tahu, naik Highway PLUS E2, pergi menghala utara kemudian keluar di exit Kulaijaya.

Gua nampak signboard tunjuk highway. Gua susur masuk.

Terus gua rasa tak sedap hati. Apa pasal jalan ini menghala ke JB. Ini pergi selatan. Gua rasa gua dah salah jalan.
Nasib gua bertambah parah apabila terpampang tanda E3, menandakan ini highway Senai-Desaru. Gua mahukan E2.
Masa ini gua relax lagi. Tiada masalah. Jumpa plaza tol gua u-turn.


Sampai plaza tol, gua tak nampak celah mana nak u-turn. Gua dah menggelabah sikit. Tengok jam, tengok meter minyak, gua lagi menggelabah.
Gua pecut full throttle mencari susur keluar atau tempat untuk u-turn.
Kilometer demi kilometer berlalu. Apa benda pun tak nampak. Hati gua dah goncang.

Tiba-tiba gua nampak sign kata ada exit kat depan. Hati gua jadi ringan sikit. Tak banyak kata gua terus ikut. Hancur punah harapan gua pasal gua masuk satu lagi highway.
Apa benda ini. Minyak motor tinggal suku. Stesen minyak langsung tak nampak.


Nasib baik plaza tol highway yang ini boleh u-turn. Gua naik balik higway E3, kali ini menghala ke utara. Gua nampak sign ke KL jadi tak fikir panjang gua ikut, dengan harapan exit Kulaijaya tiba-tiba akan muncul.

Gua full throttle lagi pasal nak kejar masa. Sempat lagi ini.
Entah dah berapa kilometer, exit Kulaijaya tak kunjung tiba. Meter minyak dah memang sikit saja atas E. Gua ambil tindakan drastik. Gua main exit saja entah pergi ke mana, dengan harapan gua masuk jalan bandaran. Boleh gua cari stesen minyak.


Tapi entah macam mana, gua masuk satu lagi highway. Kali ini gua betul-betul dah goyang. Nak menangis pun ada. Meter minyak memang dah di bawah E.

Kali ini gua bawa relax-relax saja. Save minyak. Nak masuk on-time memang dah tak sempat. Gua tengok signboard semua tunjuk Pasir Gudang la, Gelang Patah la,Tanjung Pelepas la, Masai la. Mana Kulaijaya?


Gua rasa ini bukan jalan yang lurus bagi gua, Jadi gua u-turn sekali lagi.
Gua bawak slow-slow sambil fikir apa benda gua nak buat ini. Jarum meter dah jauh meninggalkan E. Gua hairan macam mana skuter ini masih bernyawa. Walaupun pelik, gua tetap bersyukur.


Gua stop tepi highway. Gua bawa keluar handset, gua mesej supervisor gua kata gua sesat banat, ini hari gua masuk lambat. Jam masa itu dah menunjukkan pukul 8.10.
Gua fikir apa tindakan gua yang seterusnya.


Tengah gua berfikir, lalu 2 orang pekerja pemotong rumput PROPEL depan gua. Gua berharap dalam hati mereka akan berhenti dan membantu, tapi hampa. Gua tertunduk layu.

Tiba-tiba gua nampak mereka berdua memberhentikan motosikal mereka 50 meter dari tempat gua melepak. Kebetulan gua berhenti di tempat mereka bekerja. Gua berjalan pergi ke arah mereka.


Seorang dah melintas highway pergi ke arah satu lagi, jadi gua tanya seorang lagi. Gua tanya sekarang ini dimana. Dia kata dia tak tahu, pasal dia baru lagi di sini.
Kemudian dia pergi lintas jalan, panggil rakannya.

Seorang lagi datang. Dia kata sekarang ini gua berada di Lima Kedai. Apa benda Lima Kedai pun gua tak tahu. Gua tanya ada stesen minyak tak dekat-dekat sini. Dia kata tak ada. Memang dah tiada cara lain dah. Gua tanya dia ada petrol lebih tak untuk gua pakai. Gua offer nak beli dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Mula-mula dia kelihatan berat hati. Mungkin risau tak cukup untuk mesin rumputnya atau takut bosnya marah atau sebab-sebab tertentu yang gua tak tahu, tetapi akhirnya dia bersetuju nak bagi gua sikit.
Bila buka tank minyak gua, memang dah kering. Rasanya boleh la pergi 1 kilometer lagi.


Banyak juga mamat Indo ni tuang minyak kat gua. Gua offer nak bayar, dia menolak. Gua insist gila-gila, dia tetap tak nak. Pasal gua memang tengah rush, gua cakap terima kasih terus gua jalan.


Entah apa berkat pekerja PROPEL itu, gua berjaya jumpa exit keluar dari lingkaran highway yang durjana itu. Dapat masuk jalan bandaran gua terus cari stesen minyak. Dapat full-tank, gua sambung perjalanan mencari jalan ke tempat kerja.


Nak dijadikan cerita, senang la pula gua cari jalan lepas kejadian sesat lagi menyesatkan ini.

Gua punch card 8.55 pagi. Nasib baik supervisor gua kata nanti dia cover untuk gua.


Cuma hati gua masih ralat lagi pasal tak bagi apa-apa pada pekerja PROPEL itu. Jabat tangan pun gua tak sempat. Nak cepat punya pasal.
Gua harap hidupnya bahagia sampai ke anak cucu.


Lepas ini kalau final AFF Suzuki Cup Indonesia vs Malaysia, jangan tanya kenapa gua belot.
Jawapannya mudah.
Mereka ada Luna Maya, Cut Tari, Dewi Persik dan seorang pekerja PROPEL yang baik hati.










Wednesday, December 8, 2010

Blues Seorang Intern



Baru satu hari kerja, jiwa remaja gua dah dimamah oleh virus 9-to-5 golongan pekerja.


Tepat 11 malam.
Gua dah menguap bagai nak gila.


Lepak sekejap layan siaran TV Singapore lagi 15 minit.
Lepas itu gua nak masuk tidur


Esok nak kena punch card 8 pagi!






Thursday, December 2, 2010

New Chapter

DSC07256



"The world is like one big book. Those who do not travel only read one page"
-Author unknown


Chapter baru dalam hidup lelaki cool gua ini bakal bermula.

Berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan.

Dunia 9 to 5.
Dunia hari Sabtu bukan lagi cuti hujung minggu.
Dunia ada orang yang gua kena panggil boss.


Nasib baik kompeni gua boleh tahan juga cool.
Pergi kerja jenis sarung t-shirt sama jeans saja.

Tak payah sibuk-sibuk malam-malam nak gosok baju seluar, pagi-pagi tak payah sibuk-sibuk nak ikat tali leher.

Kepada mereka yang berkerja dengan kompeni tidak cool, well, sucks to be you.
Ha-Ha!



Untuk 8 bulan seterusnya, hantu gua akan berlegar-legar di kawasan-kawasan gelap Johor dan Sabah.
Dan sekali-sekala di Singapore.



New faces.
New places.
New challenges.


Bring it on, sista!





Tuesday, November 23, 2010

Trouble Trouble Trouble





Asyik layan lagu baru SNSD saja, siapa pula nak layan J-Pop?

Sudah-sudah la Hoot tu, kita dengar Promise pula.






Saturday, November 20, 2010

Study Week Madness pt. 2

Beastie Boys masih gagal mengubati anda (rujuk entri bawah)?

Kita cuba pula Iggy Pop.
Mungkin sedikit unsur homoerotik boleh merangsang apa yang perlu dirangsang supaya anda rasa normal.









Dan lagi satu benda.


Kalau anda masih belum tonton Trainspotting, anda masih belum lucut status mamat-skema-kuat-study-lembik-bersukan-kaki-report yang membuatkan anda jadi pelajar pilihan pengetua dan PK HEM suatu masa dahulu.








Intergalactic planetary, Planetary intergalactic







Dalam study week yang menyesakkan dan membuatkan minda menjadi gila, kita memerlukan sesuatu yang gila untuk menjadikan kita kembali normal.


Thank god we have the Beastie Boys.


Nothing beat a good, tight, old-fashioned hip-hop.






Tuesday, November 16, 2010

Muda Mudi




MenGeNaNg ZaMan Mo0dA M0oDi.

OK. Tipu.
Dulu aku tak pernah taip itu macam.


Ish lama dah tak terloncat bergasak-gasak sesak nafas.
Sangap la pula.


Agak-agak iklim Sabah sejuk berserta cahaya silau terik mentari tak?
Nak kena rembat satu leather jacket dengan shade ni.




Sunday, November 14, 2010

Penyedap Badan Sebelum Start Study





Secara semulajadi dah ada tarikan?
OK yang itu tiada masalah.

Perasaan datang sendiri?
Ok yang itu kita biar datang sendiri. Rasanya dah datang dah pun.

Kemas?
Ha yang itu masalah sikit. Tapi itu boleh diusahakan. Untuk Lisa semua pun boleh.

Tinggi?
Lisa 160 cm. Gua 175 cm. Pass dengan cemerlangya. Syukur dengan kurniaan Ilahi.


Tak tahu jodoh dengan siapa?
Eh, ini semua dah pass dia punya kelayakan. Takkan tak tahu lagi kot.....

Saturday, November 13, 2010

The Master Race



Seorang Melayu, mengikut Artikel 160 dalam Perlembagaan, adalah seorang yang dilahirkan oleh rakyat Malaysia, mengaku beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.



Ini terang-terang menunjukkan bahawa pendapat umum bukan bumi terhadap Melayu adalah salah. Mereka yang dilahirkan Cina, India atau Lain-Lain boleh juga mendapatkan faedah atau subsidi khas yang diperuntukkan untuk kaum Melayu.


Cina, India dan Lain-Lain boleh menukarkan status mereka kepada Melayu bila-bila masa sahaja dimana jua mereka berada.


Dan gua rasa rancangan ini sangat genius.


You know what they say about mix marriage, right?
Trait-trait bagus akan mendominasi trait-trait yang lemau.

Hasilnya?
The Master Race!
Melayu Uber Alles!


Gua tak rasa semua hasil kejuruteraan genetik ini akan menjadi genius-genius macam bangsa Yahudi, tetapi kalau tak genius pun, at least pleasing to the eyes la juga.
Macam Diana Danielle.


Dan semua ketegangan perkauman boleh jadi a thing of the past, pasal tiada lagi politik perkauman. Tiada politik perkauman, tiada siapa yang hendak hasut-menghasut sentimen perkauman lagi.


Yang ada hanya Melayu.
Bukan sahaja bijak, malah segak.
The Master Race.


But why the Chinese, Indian and Lain-Lain didn't use the Article 160 even though it took effect after 31 August 1957?

Now that I can't answer you.
Ask them yourselves.



Silly WWE






Study week.


Study lah sangat.

Sial ah.
Macam gampang subjek Wastewater Engineering ini.
Dan gampang yang gua maksudkan, bukan dalam skop Indonesia. Gampang Malaysia punya.

Belum masuk Highway Engineering lagi.
Belum buka Foundation and Earth Structure.


Ah, kusut. Ngopi dulu.


Tutup buku.
Usha awek-awek fesbuk lagi sedap.


Wednesday, November 10, 2010

Kuot Kultus 5

"God kalau terbalikkan, jadi Dog.
Tuhan? Tuhantuhantuhantuhantuhantu."

-Perempuan, Hantu dan Skandal
Ridhwan Saidi

Saturday, November 6, 2010

Stats Twat




Mengenang kembali cinta terlarang dengan gadis Yahudi gua.
Gila punya sweet. Tiada mekap, contact lens atau benda-benda kosmetik merapu lain yang tidak perlu. Au naturale.
Dah la gua memang ada soft spot dengan awek yang smoke. Nampak arrogant yet classy. Kalau Pipiyapong kata ada ART.
Gua tak faham sepatah pun yang dia cakap tapi ada 4-5 kali juga gua ulang tengok.
Aduh rasa nak meletup seluar gua.



Cerita lain.


Selama ini gua tak ambil kisah sangat pun pasal blog gua. Tadi saja pasal bosan gua godek-godek la sikit. Gua klik kat bahagian 'Stats'(ya gua baru jumpa benda ini. gua tahu gua lame).
Haram jadah sungguh.

Search keyword tak boleh blah langsung. Sejak bila 'gambar awek pakai singlet sebelum tidur' ada di blog gua?
Yang paling gua kesian, mamat-mamat yang search Liyana Jasmay dengan Lisa Surihani. Nak cari LJ sama LS, sekali terjumpa teman lelaki istimewanya pula.

Boleh tahan juga yang layan blog gua pakai produk Apple. Gua tak sangka ada juga gay yang nak baca blog gua. Entah-entah Ken.

Wait a minute, patutlah. Orang hensem memang mamat homoseksual geram mengidam.


Banyak juga negara pelik-pelik yang sampai blog gua.
Yang paling menarik perhatian, tentulah Korea Selatan.

Pasal gua berharap dalam banyak-banyak hit yang gua dapat dari sana, salah satunya adalah daripada seorang gadis slim manis bernama Yoona.

Friday, November 5, 2010

Pekan Teluk Intan Ini Hari Pasti Meriah

Gua ucapakan Selamat Diwali kepada mereka yang beragama Hindu, terutama sekali hero gua Shivaji Rao Gaikwad atau lebih dikenali sebagai Rajinikanth.


Semoga terus hensem sehingga ke akhir hayat.


Oh ya.
Siapa tak pergi tengok cerita Estet memang kodi.

Wednesday, November 3, 2010

Boredom Random


Padang Besar trip, June 2009



Kita mula dengan dalam negara.

Ada cakap-cakap dalam Parlimen kata mungkin ada kurikulum baru untuk mereka yang ingin mengambil lesen memandu.
Kurikulum khas untuk lesen memandu kereta auto sahaja. Well, bukan benda baru. Banyak negara yang sudah aplikasi benda ini.

Cuma gua rasa, nanti sikit sebanyak gua terkena tempias juga.
Makin pupus kereta manual di Malaysia nanti. Sekarang nak cari sebuah kereta yang decent bertransmisi manual bukan main payah.

Ah gua memang tak akan faham kereta auto. Langsung tak rasa the joy of driving.
Tambah-tambah kereta auto berenjin turbo. 'Auto' dan 'turbo' jika disebut dalam satu nafas dikira sebagai blasphemy kepada God of Speed.

Yajid Jakpo, panas bontot?


Bak kata satu komen yang gua cilok dari PaulTan, "MT if you want a car, AT if you want transportation."



Jum terbang beribu batu ke California.

Prop 19 gagal. Ramai yang tahu, tapi gua rasa lagi ramai yang tak tahu pasal Prop 19 ini.
Prop 19, senang cerita, adalah usul untuk menghalalkan penggunaan marijuana for recreational use.

Kecewa gua.

A quick search on the net can show that alcohol is much more dangerous than cannabis. Jadi kenapa alkohol halal(dari undang-undang negara, bukan Islam), ganja tidak?
Ah dunia memang macam ini. Tak pernah adil.

Rokok yang beracun senang saja boleh beli di kaunter-kaunter kedai berhampiran.

Cadangan gua, untuk Geneva Convention yang seterusnya, diadakan satu clause baru.

Bagi dua head of state yang ingin buat declaration of war, diwajibkan lepak bersama di tepi pantai biru dengan unlimited supply of cannabis, magic mushroom and LSD for atleast 72 hours.
Baru boleh isytihar perang.

Dengan cara ini, gua rasa kita boleh capai impian 99% beauty pageant di dunia.

World peace, bebeh.

Bak kata 24 Hour Party People, "Siapa mahu bergaduh kalau semua orang rasa euphoria?"



Sunday, October 31, 2010

Comfortably Numb



We don't get this kind of genius now these days.

Saturday, October 30, 2010

This looks Shopped




Zaman dunia tanpa sempadan ini semua orang boleh jadi semua orang.
Doktor boleh jadi angkasawan, atau pengedar dadah.

Semua orang(yang berduit lebih) boleh jadi fotografer.
Or is it?


Fotografer, mengikut Wikipedia adalah cantuman dua perkataan Greek yang membawa maksud "light", dan "I write". Dalam zaman moden, ia membawa maksud orang yang mengambil fotograf menggunakan kamera.
Or is it?


Mengapa dalam trend semasa yang gua dapat lihat kebanyakan 'fotografer' mempunyai skill photoshop yang lebih hebat daripada skill kamera?

Mungkin kita perlukan term baru. Photoshopgrapher.


Gua tak boikot photoshop. Gua sendiri guna.
Tapi apa guna beli kamera beribu-ribu, lens ribu-ribu, external flash and diffuser ribu-ribu, kalau akhirnya gambar itu akan melalui process photoshop yang intense, sampaikan end result dah hampir tak sama dengan apa yang mula-mula tadi.

Baik pakai point n shoot saja.


Sia-sia kamera beribu-ribu anda ada macam-macam setting. Apa yang penting hasil dari kamera itu. Kalau composition cantik, elemen lain cukup rasa, Dari situ, kalau base dah cantik, its hard to go wrong. Touch-up sikit-sikit pakai photoshop sudah, untuk perfekkan tone dan mood yang lu orang nak.
Janganlah sampai gambar itu jadi gila punya surreal.


Tapi, kalau lu memang pengikut ajaran Surrealisme, gua tak boleh nak kata apa la.






Thursday, October 28, 2010

Refleksi Subuh

Kalau gua ada kuasa, dah lama gua kasi renjatan elektrik di gentleman's region sama tauke-tauke panggung wayang di sekitar Ipoh/Sitiawan.

Filem yang ditayang macam haram.
Filem yang sedap tak tayang.

Buat panas hati gua saja.

Monday, October 25, 2010

Testing Testees

Gunung Lang, Oktober 2010

Saturday, October 23, 2010

Kurnia





Kalau dapat Jag E-Type tu, sumpah abang tak cari lain!

Friday, October 15, 2010

Blast from the Past












Why can’t love songs these days be this good?





Thursday, October 14, 2010

Goodnight Moon






Bila dengar lagu ini, gua agak kesian dengan generasi yang lahir tahun 90-an dan ke atas.

Lady Gaga?
keh keh keh....

Itu tak masuk Jastin Bibir lagi.
Entah laki ke perempuan.

Girls, take note. That is how a lady supposed to be.

Sexy, without having to dress provocatively.



Selepas dengar lagu di atas buat kali ke-89, gua syak malam ini gua tak tidur lena.




Tuesday, October 5, 2010

Illuminati Kepala Babi siri 2

Ke hadapan saudara Akhmalbe, izinkan saya menggunakan komen saudara untuk buat entri baru.
Fuck, ini blog gua. Gua tak payah minta izin.

Gua buat ini bukan apa brader, senang gua nak jawab balik persoalan-persoalan yang dilontarkan. Jadi gua akan pecah-pecahkan komen brader dalam beberapa bahagian.

Gua bukan nak malukan lu, atau nak tunjuk gua hebat, atau nak feed ego gua. Itu semua mengarut. Gua tahu ego is a bottomless pit. Ego takkan pernah puas. Gua layan pun sebab tengah hari ni gua tiada kerja, pasal kerja yang patut gua buat gua malas nak buat. Anak muda tidak patut jadi hamba kerja.


Relax brader.
Hit an acid, smoke some weed or something.
Biarkan irama dari Jamaica berkumandang di udara.
Jangan marah-marah.

Dah relax?
Mari kita mula.

apa hujah lu??
iluminati x kafir ke?
sapa kata ada orang taksub dengan the arrival? xde pn gua tgk orang sembah the arrival...sujud depan archenaar dgn noregaaa??
kalau lu xleh terima kebenaran y ada..sokonglah orang islam y membuat pembongkaran kafir...y lu nk pi kecoh ckp tu xbtul...ni xbetul...kanapa ye? lu agen ke?

Kalau mengikutkan golongan Illuminati yang betul-betul wujud dan direkodkan, mereka memang kafir. Pada tahun 1776, Islam tak berapa sampai lagi rasanya di Bavaria(Bayern kalau orang Jerman panggil).
Generalisasi lu pasal ketaksuban The Arrival itu, amat menyedihkan. Lu pernah tonton filem The Number 23 (2007)? Lu kena tonton cerita ini untuk lebih faham apa yang aku maksudkan. Kalau lu ingat si archenaar dan noregaa itu buat The Arrival untuk buat orang sujud dan cium tumitnya, memang lu silap besar. Mereka menanam satu idea dalam kepala otak orang ramai, yang semua benda pun dikawal/dirancang oleh Freemason/Illuminati. Jadi semua orang pun akan kaitkan semua benda dengan F/I. Walaupun benda itu tiada, tapi kalau dah terlalu berfikir tentangnya, otak anda akan buat benda yang tiada. Dan yang paling bahaya, idea ini semua ditanam secara subtle. Lu tak sedar, tetapi idea tu dah terpacak kukuh dalam otak lu.

Tiada kerja nak pergi kaji konsert AJL la, apa la. Nak tengok baju apa dia pakai, berapa anak tangga dia langkah, apa simbiolisme tarian-tarian. Shit man, gua tak tahu pula sampai tahap ini apresiasi seni tarian oleh rakyat Malaysia!
Dosa kering je bai pergi tengok konsert tuh, wahai mujahidin-mujahidin papan kekunci sekalian. Dah tahu hiburan berlebihan dan melalaikan itu salah, pergi kaji apa lagi. Memang salah kot.
Tak taksub lagi sampai benda-benda itu pun nak kaji? Baik kaji Al-Quran brader.

Dalam The Arrival, mereka tayang MV Madonna, Rihanna dan entah siapa lagi. Secara explicit, langsung tiada si archenaar dan noregaa ini nak cuba tutup mana-mana yang berkenaan, bagi sopan sikit macam billboard-billboard di Kelantan. Dosa kering lagi lu dapat. Berapa lama imej provokatif Rihanna itu terkesan dalam kepala lu? Ok mungkin lu iman kuat, 2 3 jam sahaja. Kalau yang tengok iman macam kulit bawang?



kalau lu xleh terima kebenaran y ada..sokonglah orang islam y membuat pembongkaran kafir...y lu nk pi kecoh ckp tu xbtul...ni xbetul...kanapa ye? lu agen ke?


Betul itu kebenaran? 100% yakin? Lu percaya The Arrival macam lu percaya Al-Quran?
Semua benda pun nak salahkan kafir. Cermin diri dulu brader. Satu jari tuding pada orang, 4(atau 3, ikut cara ada menuding jari) tunjuk balik ke diri sendiri.

Kanapa? Karana gua sedih tengok manusia bertukar menjadi kambing biri-biri. Ingat point Network (1976) itu lagi?
Ajen? Tidak. Gua bukan ajen. Tapi gua suka dengan Agent Provocateur. Sila google.

lu 2 y nak jd sesat...ulamak mujtahiddin mana kata mazhab syiah sesat...ckp la kalau berani..nama ulamak..buku ulamak...sanad ulamak...lu ckp sesetengah2 plak...lu ingt ulamak itu mcm noh hujan y pegang gitar? ulamak xde kata syiah sesat...memandai kata syiah sesat...dalam quran pn xde kata syiah 2 sesat lah....lu kena ingt bro...mazhab ada 4,syafie,hambali,hanafi,maliki..semua mengahala ke ALLAH...perbezaan mazhab 2 sbb khilaf pemikiran imam..lu nk kaji lg..pergi la taw pasal ijtimak ulama..apa masalah khilaf...kalau lu da abes belajar pasal Bilderberg Group la....

Bab syiah sesat, malas gua nak tulis panjang-panjang. Gua dah lapar, nak pergi cari nasi lemak depan Bank Rakyat. Gua tinggal link untuk lu, sini dan sini. Lepas itu, tengok apa geng Syiah buat masa Hari Asyura. Cuba study apa pandangan Syiah tentang Ali, Husin dan Imam-Imam mereka. Dan cuba dengar azan syiah. Youtube ada. Lepas itu, conclude sendiri Syiah ini macam mana.

Macam mana lu boleh petik Hambali, Maliki, Syafie dan Hanafi ni. Syiah tak pandang pun 4 Imam ini. Syiah ada Imam sendiri. Ini 4 orang Imam orang Sunnah.

Memang la dalam Quran tiada kenyataan yang mengatakan Syiah sesat. Tak sebut bulat-bulat "Syiah itu sesat". Syiah ini bila jadi mainstream? Al-Quran lengkap turun bila? Cuba kaji.



gua harap lu sedar apa lu ckp...jgn main hembus jek..gua x defend the arrival..gua defend lu ckp syiah sesat...lu da msuk perangkap..lu sudah kena...islam suruh bersatu..bukan tuduh puak 2 kafir...lu betul...dia salah..apa ni...lu nk bersatu bawah tenteta imam mahdi ke tidak?

gua jgk mengatakan adakah iluminati tu muslim,,atau kafir...kalau muslim...gua orang pertama...doa supaya bala dtg kepada archenaar dan noregaaa

Islam bersatu tanpa Syiah dan Sunnah? Isu ini aku dah main dah. Cuba selongkar entri-entri lama. Rasanya ada lagi kot.



peace

......and love, let the boogie be with you".
kuot Malique, daripada lagu Boogie Down karya Too Phat.






Illuminati Kepala Babi



Punkrock tanpa semangat DIY adalah seperti Al Qaeda tanpa Osama bin Laden.
Dan punkrock tanpa mengambil kisah isu-isu semasa adalah umpama pohon yang tidak berbuah.

Dan tiada isu hangat yang lain di ruang maya golongan mujahidin papan kekunci melainkan isu konspirasi Freemason/Illuminati. Daripada strap gitar Noh Hujan, sampailah ke iklan TV. Sanggup mereka buang masa kaji dari satu-satu frame video untuk merungkai perlambangan-perlambangan tersirat golongan Freemason/Illuminati ini.

Untuk apa? Gua pun tak faham. Dan gua rasa mereka ini pun tak faham.

Baik pergi kaji Quran. Tak pun cari mana-mana hadis sahih yang contradict dengan Al-Quran. Tak pun fikir macam mana si Ahmadinejad yang berpegangan Shiah itu boleh diangkat sebagai hero umat Islam di sini. Shiah itu, mengikut pandangan sesetengah ulama Sunnah adalah sesat. Jadi macam mana seorang yang sesat boleh jadi tokoh umat Islam? Salah media barat juga kah? Perancangan halus lagi licik Freemason/Illuminati juga kah?

Zaman pencerobohan Iraq lain pula ceritanya. Masa itu Saddam Hussein ditunjukkan sebagai the good guy. Rata-rata umat Islam Malaysia berpihak kepada Saddam, orang yang tangannya dibasahi beribu-ribu darah manusia yang tidak bersalah. Pasal apa orang kita suka Saddam? Pasal nama dia ada Hussein.


Berbalik kepada Freemason/Illuminati. Kenapa isu ini tak habis-habis lagi diulang tayang di ruang maya tempat mujahidin-mujahidin papan kekunci ini berlegar-legar? Banyak sebab yang gua boleh fikir, tapi di sini gua bagi satu dulu. Lain kali gua bagi yang lain.
Antara sebabnya ialah isu Freemason/Illuminati ini tengah 'in'. Dikira lame la kalau tak join isu-isu semasa yang tengah 'in'. Tak up-to-date la brader.

Up-to-date apa benda. Isu Freemason/Illuminati ini pihak Gereja dah main dah beratus-ratus tahun dulu. Lu lambat la brader.

"Tak tengok lagi dokumentari The Arrival? Lu memang katak bawah tempurung!"

Documentary my ass. More like mockumentary.

The Arrival is a joke. A farce. Sekali tengok macam boleh percaya. Cuba fikir balik. Tak rasa merepek?

Dan ketika anda semua kagum dengan 'fakta-fakta' yang dibentangkan dan 'simbol-simbol' yang dirungkaikan, pembuat The Arrival ini sedang meludah tepat ke muka anda.

Gua tak ingat part nombor berapa, yang tunjuk seorang orang tua sedang bersyarah depan audiens dalam studio berkenaan dengan kuasa TV. TV dapat mengawal minda.

Bab ini dipetik daripada filem Network (1976). Orang tua gila(ya, dalam filem itu dia tidak waras akibat tekanan. dan ketika dia beri syarahan itu, dia tengah gila) itu mengatakan yang manusia zaman sekarang percaya bulat-bulat apa yang keluar di TV. Generasi sekarang tidak lagi membaca, tidak lagi berfikir. Hanya menelan bulat-bulat apa yang disuap oleh TV. Jadi siapa yang mengawal TV dia mengawal minda.

Pengawal minda = Pembuat The Arrival
TV = The Arrival
Penonton = Anda = Kambing Biri-Biri


Berapa ramai yang selepas tonton The Arrival mengkaji balik kesahihan cerita itu?
Kalau ramai, gua rasa tak muncul isu Freemason/Illuminati ni.


Gua tak kata persatuan-persatuan rahsia ini tidak wujud langsung. Kalau tiada persatuan rahsia yang menjaga kepentingan masing-masing, takkanlah lebih daripada 50% kekayaan dunia ini dimiliki hanya 2% penduduknya.
Tapi kalau nak kata semua benda pun kerja Freemason/Illuminati, memang merepek. Siapa ahli-ahlinya pun kita tak tahu dengan tepat.

Kalau dah sangap sangat dengan teori konspirasi, apa kata mula dengan Bilderberg Group. Logik sikit.



Tak punrock la kalau tak ikut isu-isu semasa.
Dan tak punkrock la kalau tak mock orang-orang yang lu meluat.

Paranoid sangat dengan Freemason/Illuminati, nah gua bagi lu betul-betul.


Nampak t-shirt di atas, mungkin akan direalisasikan dalam masa terdekat. Cetakan terhad. DIY.
Sehelai saja untuk gua pakai.

Pakai pergi sembahyang Jumaat.

Ada beran?

Wednesday, September 29, 2010

I Still Believe in Humanity.



Wondering what just happened?

Well here's the story.

Ike Ditzenberger has Down Syndrome. He is so obsessed with American football that his coach agreed to play him usually at the last minute of the game. "Ike Special", as the move is called, also involve collaborations from the opponent. They will run and jump at Ike, just to make it more real, more special for Ike. It makes Ike feels like a normal person.


Sports, my friend, bring out character.


So, to all parents who think sport is just a waste of time, I just want to say, fuck you.



Saturday, September 25, 2010

Hujung Minggu Lelaki (Tak) Cool

Sabtu : Ceramah CIDB Green Card daripada 8 pagi hingga 4 petang.

Ahad : Lecture Wastewater Engineering daripada 8 pagi hingga 4 petang.


Dan setelah hampir seminggu hujan di petang hari, akhirnya matahari bersinar jua pada petang tadi.

Apa gua buat?

Gua boleh tertidur pula.




Betul-betul hujung minggu lelaki tidak cool.






Tuesday, September 21, 2010

Of Raya and TV Commercials

Loken, August 2010



Its Raya season, and FB is flooded with pictures of people celebrating Raya. Some even have a particular album for particular days of Raya.

Me?

I don't even have a single picture of me celebrating. I just don't see the point. I don't think people are interested on how I look, what am I doing during Raya.
Two futsal sessions and a trip to Padang Besar. That is how I celebrate my Raya this year.


Raya is not Raya without
ketupat, lemang, rendang, bunga api, mercun, dress-to-kill girls(even some makciks), duit raya kids, and TV commercials.

In fact, all festivities in Malaysia are not complete without TV commercials.

I just love them. Sometimes, I wonder why Malaysia keep churning out rubbish movies when we can make commercials that good every single year.

Yesterday I wasted(
the time you enjoy wasting is not wasted according to John Lennon) the whole day watching back these commercials on Youtube. And I spotted a trend.

A trend that I don't like.

For the last few years, all these commercials seems to have a sad and sentimental tone. A festival should be celebrated right? We suppose to be happy and cheerful and all. Why the melancholic approach? A son miss his father, or a daughter felt guilty because fighting with her mother, don't you think its not proper for a happy celebration. It would be great for Father's/Mother's Day, but for Hari Raya/CNY/Deepavali? I don't think so.


People mostly remember happy things. Our face use less muscle to smile than to frown. Human are made that way. Everybody remembers Muthusamy Karupiah,
kasut gombak, Apo kono eh jang?, but not everybody remembers Pak Kasim Beca.

It is ok for these commercials to touches people heart and bring tears to the eyes, but it should be tear of happiness, not tears of sadness. Just like the ikan di laut asam di darat.


I prefer a light and humorous theme. Especially the one with Adibah Noor or Ho Yuhang in it.
If both of them in a same commercial, without a single shadow of doubt it will be my all time favourite.


Just like this one.



Adibah Noor, Ho Yuhang, cekodok, ais kacang, classic European music, what more can you ask!




Now that how a festival commercial should be.






Thursday, September 16, 2010

Random Rants

Sekarang ramai mamat DSLR perasan diri dia Nigel Barker.

Sekarang ramai minah cun-gedik perasan diri dia Tyra Banks.


Seven deadly sins.


Lelaki : Lust
Adakah mereka sanggup berhabis ribu-ribu semata-mata hendak kelihatan hip dan cool dan mudah untuk mendekati minah cun-gedik?


Perempuan : Vanity
Perempuan dan vanity? Heh, tak payah nak cakap lagi dah.


L&P : Pride
Riak dengan gajet dan koleksi minah cun-gedik yang didampingi, riak dengan kecantikan yang mungkin ada mungkin tiada.



Boring lah sial ini macam.

Sikit-sikit nak suruh shoot talent.
Talent yang tak berapa nak ada talent.



"belang di hidung dah hanya tinggal dua kalau ikutkan petua kau dah lupakan dunia sungguh mengagumkan kau masih bernyawa dada sudah ditepuk tapi masih tak berselera"
-Azmyl Yunor

Tuesday, August 31, 2010

53

Tugu Negara, Julai 2009



Macam mana lu sambut 31 Ogos semalam?

Di Ipoh hujan.
Tapi bersepah juga mamat-mamat naik motor sibuk kibar bendera.
Yang hati lembut sikit, berteduh ramai-ramai dekat kaki lima kedai. Berharap hujan berhenti. Cuba mengingati perjuangan untuk merdeka tetapi takut basah.


Mungkin itu maksud merdeka bagi mereka. Lain orang lain cara lain fahaman.


Macam mana cerita di Teluk Intan?
Masih ramaikah geng mat kayu naik basikal tua?
Lepas countdown, ramai lagi tak budak-budak shuffle buka gelanggang? Ke sekarang dah tak main shuffle, main tectonic pula?



Gua?
Gua sambut 31 Ogos dengan ke Medan Gopeng mencari tiket bas untuk balik raya.








Tuesday, August 24, 2010

Hujung Minggu Lelaki Cool 4

Muka yang selalu buat Lisa Surihani tak lena tidur malam.



Hujung minggu lepas, adalah hujung minggu yang paling ultimate dalam siri Hujung Minggu Lelaki Cool.

Ke Kota Lucah, berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan di Jenan.

It is nice to see that bukan semua orang reput dimamah proses tumbesaran menjadi dewasa.
Menjadi dewasa adalah sangat tidak menyeronokkan.

Banyak tanggungjawab, banyak masalah.

Ada dua tiga orang yang kelihatan semakin matang, tapi sisi keanak-anakan masih terselah jelas bila semua elemen berkumpul.

Walaupun dah bertahun tinggalkan Jenan, tetapi karakter masih tak hilang. Karakter yang bila ucapan Mad Din dah mula meleret-leret dengan 'undang-undang dan peraturannya', sesekor muka dah resah gelisah tak senang berdiri ketika perhimpunan.



The happy faces


Everybody acting stupid, everybody having a laugh.
What more can you ask for?


Baru dua hari benda ini berlalu, gua dah tak sabar nak pergi gathering yang berikutnya.

Sial la.
Korang semua buat gua jadi sentimental di malam Ramadhan yang pernuh berkat ini.


Seorang tangkap gambar bontot, seorang tangkap gambar seseorang tangkap gambar bontot, seorang cuba jadi Ultraman, seorang korek hidung, satu tangan cuba meraba seseorang, seorang hensem berambut mohawk, kinda sum up the weekend really.



Oh ya, lagi satu benda.

Bazar Ramadhan Putarajaya memang terbaik.
Banyak gadis-gadis cantik yang bakal mengurangkan pahala puasa anda.


kredit gambar untuk Azlan Husin.


Thursday, August 19, 2010

Kuot Kultus 4

"And you assume, did ya? And what I said about assumptions being the brother of all fuck ups?"

"Its the mother of fuck ups, stupid."

"Well brother, mother, any other sucker."

Wednesday, August 18, 2010

Sesi Sahur

Dah masuk Ramadhan yang ketujuh.

Tiada apa yang menarik, tiada apa yang fun. Semuanya membosankan.
I guess it just the process of growing up, eh?


Tiap petang pun hujan. Menjadikan mood Ramadhan tahun ini lebih dark and gloomy, dah macam film noir.

Semua orang serius, mood dalam menulis resume.
Semua orang sibuk untuk bergambar serius, memakai suit lengkap, cuba mengkorporatkan diri.

Keparat.
Who wrote the fucking rules?
Siapa kata anda mesti kelihatan all serious and shit dalam resume.

Gua malas nak ikut.
Gua selamba letak gambar ukuran pasport legendary gua.
T-shirt hitam, senyum nampak gigi, you can't get more fun than that.


Cukuplah gua ngilu dengan ayat-ayat melacurkan diri, ayat-ayat "I'm the best. I'm the best motherfucker out there. I'm gonna lick your corporate ass clean and you can call me a bitch."

Gua masih boleh mencarut, pasal puasa belum start lagi.


Nasib baik weekend ini ada upacara keramaian geng-geng Jenan 0206. Siapa kata bulan Ramadhan syaitan kena ikat?

I'm pretty sure it will be a blast weekend. Reminds me of the best times of my life.


Eh, dah azan.

Dengan ini gua akhiri dengan wabillahhitaufiqwalhidayah, assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.



Friday, August 13, 2010

Kuot Kultus 3

Kota Lucah, June 2009




"What should we do now?"

"Nothing. Just exist."

"Doesn't sound like much fun."

"C'est la vie."