Tuesday, August 31, 2010

53

Tugu Negara, Julai 2009



Macam mana lu sambut 31 Ogos semalam?

Di Ipoh hujan.
Tapi bersepah juga mamat-mamat naik motor sibuk kibar bendera.
Yang hati lembut sikit, berteduh ramai-ramai dekat kaki lima kedai. Berharap hujan berhenti. Cuba mengingati perjuangan untuk merdeka tetapi takut basah.


Mungkin itu maksud merdeka bagi mereka. Lain orang lain cara lain fahaman.


Macam mana cerita di Teluk Intan?
Masih ramaikah geng mat kayu naik basikal tua?
Lepas countdown, ramai lagi tak budak-budak shuffle buka gelanggang? Ke sekarang dah tak main shuffle, main tectonic pula?



Gua?
Gua sambut 31 Ogos dengan ke Medan Gopeng mencari tiket bas untuk balik raya.








Tuesday, August 24, 2010

Hujung Minggu Lelaki Cool 4

Muka yang selalu buat Lisa Surihani tak lena tidur malam.



Hujung minggu lepas, adalah hujung minggu yang paling ultimate dalam siri Hujung Minggu Lelaki Cool.

Ke Kota Lucah, berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan di Jenan.

It is nice to see that bukan semua orang reput dimamah proses tumbesaran menjadi dewasa.
Menjadi dewasa adalah sangat tidak menyeronokkan.

Banyak tanggungjawab, banyak masalah.

Ada dua tiga orang yang kelihatan semakin matang, tapi sisi keanak-anakan masih terselah jelas bila semua elemen berkumpul.

Walaupun dah bertahun tinggalkan Jenan, tetapi karakter masih tak hilang. Karakter yang bila ucapan Mad Din dah mula meleret-leret dengan 'undang-undang dan peraturannya', sesekor muka dah resah gelisah tak senang berdiri ketika perhimpunan.



The happy faces


Everybody acting stupid, everybody having a laugh.
What more can you ask for?


Baru dua hari benda ini berlalu, gua dah tak sabar nak pergi gathering yang berikutnya.

Sial la.
Korang semua buat gua jadi sentimental di malam Ramadhan yang pernuh berkat ini.


Seorang tangkap gambar bontot, seorang tangkap gambar seseorang tangkap gambar bontot, seorang cuba jadi Ultraman, seorang korek hidung, satu tangan cuba meraba seseorang, seorang hensem berambut mohawk, kinda sum up the weekend really.



Oh ya, lagi satu benda.

Bazar Ramadhan Putarajaya memang terbaik.
Banyak gadis-gadis cantik yang bakal mengurangkan pahala puasa anda.


kredit gambar untuk Azlan Husin.


Thursday, August 19, 2010

Kuot Kultus 4

"And you assume, did ya? And what I said about assumptions being the brother of all fuck ups?"

"Its the mother of fuck ups, stupid."

"Well brother, mother, any other sucker."

Wednesday, August 18, 2010

Sesi Sahur

Dah masuk Ramadhan yang ketujuh.

Tiada apa yang menarik, tiada apa yang fun. Semuanya membosankan.
I guess it just the process of growing up, eh?


Tiap petang pun hujan. Menjadikan mood Ramadhan tahun ini lebih dark and gloomy, dah macam film noir.

Semua orang serius, mood dalam menulis resume.
Semua orang sibuk untuk bergambar serius, memakai suit lengkap, cuba mengkorporatkan diri.

Keparat.
Who wrote the fucking rules?
Siapa kata anda mesti kelihatan all serious and shit dalam resume.

Gua malas nak ikut.
Gua selamba letak gambar ukuran pasport legendary gua.
T-shirt hitam, senyum nampak gigi, you can't get more fun than that.


Cukuplah gua ngilu dengan ayat-ayat melacurkan diri, ayat-ayat "I'm the best. I'm the best motherfucker out there. I'm gonna lick your corporate ass clean and you can call me a bitch."

Gua masih boleh mencarut, pasal puasa belum start lagi.


Nasib baik weekend ini ada upacara keramaian geng-geng Jenan 0206. Siapa kata bulan Ramadhan syaitan kena ikat?

I'm pretty sure it will be a blast weekend. Reminds me of the best times of my life.


Eh, dah azan.

Dengan ini gua akhiri dengan wabillahhitaufiqwalhidayah, assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.



Friday, August 13, 2010

Kuot Kultus 3

Kota Lucah, June 2009




"What should we do now?"

"Nothing. Just exist."

"Doesn't sound like much fun."

"C'est la vie."




Tuesday, August 10, 2010

Hujung Minggu Lelaki Cool 3

Hujung minggu kali ini agak gila. Kalau dah namanya balik ke Teluk Intan, memang semua benda tak masuk akal.

Sampai gua terus batuk-batuk tak sedap badan. Sebab itu lambat update. Sekarang ini pun gua menulis dibawah pengaruh dadah.

Jangan main gila dengan ubat batuk yang dikawal. Gua semalam resah gelisah dibuatnya pasal secara tak sengaja terlebih dos. Gila.

Malas nak cerira panjang-panjang. Secara kesimpulannya, hujung minggu yang intense dengan sukan permotoran. Pagi Cub Prix di padang Speedy, petang drag di Kampung Gajah.

Makan nasi lambai yang sangatlah overrated. Dan AAAACV 5611111 yang telah lama beradu telah memporak porandakan jalanraya di Teluk Intan sekali lagi.

Dah. Malas nak tulis. Lu layan je lah gambar.

Lisa Surihani dah panggil suruh baring atas riba. Dia nak suapkan bubur panas.


Gua pergi Cub Prix, tapi haram satu gambar motor pun tiada. Gambar-gambar yang macam ini pula banyak.









Ini kalau gua tak silap geng Genki36.




Duduk tepi jalan sambil mendengar bunyi jentera menderum, memang gila punya nikmat.




Tunggu Vtec terbuka.




Ini adalah dua ekor syaitan yang perlu direjam. Rb26DETT pun kena kitai dek syaitan hitam.







Dan ini gambar kegemaran Kamil.


Drag Full Throttle Sabak Bernam. Walaupun rambut ekor, bag tetap jambu.





Ye, Lisa sayang. Saya datang sekarang.



Wednesday, August 4, 2010

Third Side of the Coin

Now I'm facing with one of the toughest decision I have to made in my whole miserable wretched life.


Head, I win. Tail, I still win.


I'm going to win. No matter what.





Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu Lelaki Cool 2

Hujung minggu bukanlah alasan untuk tidak bangun awal. Bila anda tidak cukup tidur di hujung minggu, anda ada alasan untuk tidak bangun awal pada hari-hari biasa.

Jadi pagi tadi gua dengan AL "Champayon" Capone meredah udara segar pagi menuju ke Ipoh.
Destinasi, pasar Loken. Atau nama komersial barunya Memory Lane. Nama lamanya, mengikut mitos dan legenda orang-orang tua, bazar Lam Kook Ing. Siapa Lam Kook Ing, apa signifikasinya, gua pun tak tahu.


Macam-macam ada di Loken. Daripada barang-barang antik, lampu kereta, LP-LP lama, baju-baju bundle, majalah/novel/buku, ubat kuat hingga ke pinggan mangkuk. Motor pun kadang-kadang ada yang hendak dijual. Gentleman literature pun gua pernah jumpa. Penthouse edisi 80-an.

Gua dengan poket yang nipis, tidak berharap dapat membeli apa-apa pun. Mencari cinta mungkin.

Mitos dan legenda orang-orang tua juga ada mengatakan bahawa Loken ini masa dulu adalah tempat untuk mencari barang-barang elektrik atau kasut yang dirembat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.


Ini favourite gua ni.











Makcik otai LP. Dari Uji Rashid, ke Deep Purple, hingga ke The Beatles. Pakcik otai(tiada dalam gambar) pula menjaga 'turntable'(ada dalam gambar).




Apek repair jam.



Siapa pernah pergi Loken mesti pernah jumpa pakcik ini buat pertunjukan bersama ular-ularnya. Sambil pertunjukan, macam-macam ubat dijual.




Di mana ada kumpulan manusia, pasti ada watak ini. Dia mengingatkan gua kepada seorang mamak jual karipap satu RM2 di Padang Polo, Penang. Bunyi macam mahal tapi gila berbaloi. Karipap besar tapak tangan. Antara karipap paling sedap pernah gua telan.




Mamat busker yang menambah rencah di Loken.




Dan gua akhiri hujung minggu lelaki cool gua di sini. Memang terbaik. Ranking Top 3 dalam list cendol gua. Memang kena datang lagi.





Dan benda paling menggiurkan gua jumpa di Loken tadi. Satu set Katana. Gua tak berani tanya pun harga pasal confirm tak mampu. Second menggiurkan satu bundle majalah British Scooterist Scene edisi 80-an. Majalah ini mati awal jadi memang rare. RM300. Siapa belanja salah satu atau kedua-dua barang ini memang gua cium satu kali di pipi.



Gua ingat nak tunggu poket menebal sikit gua nak pergi sekali lagi. Baru puas hati dapat bawa balik dua tiga barang.






Eh kejap,





Gua tak sedar macam mana gambar ini boleh ada dalam kamera gua.


Dan juga yang ini.