Tuesday, December 13, 2011

Pengembaraan di Sabah part 2 : Kota Kinabalu ke Ranau



Gua selamat sampai di KK lebih kurang pukul 6 petang. Basah lenjun hingga ke boxer. Nasib baik rain cover bag gua bertindak cemerlang. Hanya ada tirisan minimal. Kamera dan handset gua selamat.

Dua tiga hari gua spend di KK untuk sedikit R&R, melegakan sengal otot dan sakit bontot. KLX juga gua buat sikit maintainance. Check oil level apa semua. Semuanya masih steady. Cuma malam sebelum perjalanan baru gua perasan yang bulb depan dah meletup. Tidak mengapa. Benda simple sahaja.

Untuk hari perjalanan, gua bangun dengan segar sekali. Pack barang, strap bag pakai bungee chord, and off we go! Cuma perjalanan agak terbantut pasal bulb tadi so gua pusing-pusing area rumah gua di Kingfisher. Singgah dua kedai motor, dua-dua tiada bulb yang dicari. Katanya KLX ini bulbnya agak lain sikit daripada motorsikal lain. Designnya lebih kepada bulb kereta so tokey kedai kata nasib gua mungkin lebih baik jika gua cari di kedai spare part kereta. Perut sudah berkeroncong jadi gua singgah sebentar di Borneo Museum Kopitiam di Kingfisher. Harapannya untuk breakfast bersama seorang waitress sumandak yang sweet. Malangnya sumandak berkenaan masih belum masuk kerja lagi. Syif petang mungkin. Selepas perut diisi, masa untuk bergerak. Seperti biasa, Google map dijadikan penunjuk. Kali ini memang betul-betul straightforward. Lagipun jalan KK-Ranau ini gua sudah biasa lalu pasal untuk perjalanan KK ke Lahad Datu, memang lalu Ranau.




Untitled




Awal perjalanan macam biasa gua riding slow and steady saja. Keluar dari KK, gua buat sedikit detour untuk ke Tamparuli. Macam yang gua cakap sebelum ini, sebelum gua sampai ke Sabah, apa yang gua tahu pasal Negeri di Bawah Bayu ini memang sedikit. Antaranya Jambatan Tamparuli. Jadi gua mahu tengok sendiri macam mana gaya si Jambatan Tamparuli.




DSC08380



Ada dua jambatan di Tamparuli ini. Yang kecil itu dibina oleh British. Banyak sudah sejarah dan kejadian yang disaksikan jambatan kecil, humble tetapi kuat ini. Sudah berapa kali kena banjir tapi masih steady. Yang kedua adalah jambatan gantung yang lebih baru, tetapi ini bukanlah jambatan yang menjadi tema dalam lagu rakyat Jambatan Tamparuli. Jambatan gantung Tamparuli yang asal sudah hanyut ketika banjir besar Januari 1999, digantikan dengan jambatan gantung baru ini. Still, jambatan kecil yang humble itu masih lagi intact dan boleh digunakan. Jambatan Tamparuli lama ini sempit jadi terpaksa tunggu turn untuk merentas Sungai Tuaran.




DSC08381




Selepas menyeberang, terus sampai ke pekan Tamparuli. Di pekan Tamparuli gua pusing-pusing sambil mencari tamu Tamparuli. Sayang sekali tamu Tampari diadakan pada hari Rabu. Melepas gua. Gua ternampak satu kedai spare part kereta. Gua try tanya pasal bulb, tiada juga. Jumpa satu kedai motor, tanya pun tiada. Ah relax dulu jangan kabut-kabut. Gua singgah satu kedai makan pekena teh tarik. Selak-selak sikit surat khabar Borneo disini (tahukah anda salah satu quirk di Borneo ini adalah mereka ada surat khabar sendiri?) sambil menonton wrestling yang ditayangkan di kaca TV. Satu benda yang gua perasan mana-mana gua pergi mesti orang usha satu macam. Mungkin mereka intrigued atau rasa pelik. Itu baru KLX dengan bag kecil. Kalau gua datang bawah Honda Africa Twin, takpun KTM Adventure, takpun BMW GS sekali dengan side pannier, mesti rasa macam rockstar. Lepas dah puas melepak sambil tengok wrestling, gua sambung perjalanan.



Lu ingat gambar Google map tadi yang gua letak? Nampak spaghetti biru yang menghala ke Ranau? Itu memang antara highlight trip gua kali ini. Right hand sweeper, left hand sweeper, off camber corner semua ada. Memang gua dengan KLX kali ini betul-betul rasa
jinba ittai, Japanese for rider and horse in perfect harmony. Cuma kadang-kadang ada juga gua rasa yang KLX 150 ini tak cukup power untuk jalan macam ini, tapi gua cakap dalam hati saja. Cakap kuat-kuat nanti KLX merajuk. Gua jugak susah tengah-tengah hutan ini.



Sampai ke Pekan Nabalu, gua stop kejap. Disini ada pasar, kedai makan dan kedai jual souvenir. Kalau tour bus yang melalui jalan Ranau-KK confirm akan berhenti di sini punya. Sebab itu gua pun berhenti dengan harapan mahu berjumpa gadis-gadis blonde bermata biru dari Scandinavia. Tapi nasib gua terus malang apabila yang ada hanya ada seorang dua awek hippies berambut dreadlock. Selebihnya makcik-makcik dari Asia Timur. Tidak mengapa. Gua relaks-relaks sambil ambil pemandangan pun cukup. Segar sungguh angin di banjaran Crocker ini.




DSC08391




Gua teruskan perjalanan sehingga melalui Kundasang, tempat untuk gua tidur malam ini. Tapi gua tak berhenti dahulu. Target gua hari ini mahu ke Poring Hot Spring. Dari Kundasang gua terus ke Ranau. Gua ternampak satu kedai motorsikal di Ranau jadi gua berhenti untuk tanya pasal light bulb KLX gua. Masih tak bernasib baik, tetapi tokey yang baik hati ini bagi gua direction untuk satu kedai motor yang memang katanya biasa repair dirt bike. Dengan ucapan terima kasih, gua terus mencari kedai tersebut. Senang saja jumpa. Kedai motor ini dibuat daripada kayu dan buruk bukan main. Nampak macam mahu roboh saja tapi kat luar bersepah-sepah dirt bike. Peluang gua cerah nampaknya. Bila gua tanya memang ada, tapi kena tunggu sebentar pasal dia sibuk. Tiada masalah. Gua bukan urgent nak ke mana-mana pun. Bulb sekali pasang RM25, itupun gua dah minta kurang. Mahal sial. Nasib baik boleh claim balik. Lepas bayar, minta resit, gua terus ke pekan Ranau cari lunch. Lepas lunch gua tanya seorang pakcik macam mana mahu ke Poring. Dia cakap terus saja. So gua pun ride terus sahaja la. Lalu jalan dalam kampung sambil budak-budak yang bermain di tepi jalan melambai-lambai sama gua. Heh memang rockstar.



Sampai Poring, gua park motor terus bayar fee untuk masuk. Lepas masuk terus gua cari Canopy Walk.



DSC08399




Untuk ke naik ke Canopy Walk ini lu kena hiking "sikit". Sikit yang memang buat gua termengah-mengah. Bukan salah gua tak fit, tapi sebab sekarang ini gua di altitud tinggi, udara nipis, itu pasal cepat pancit. Lu tak percaya sudah.




DSC08403




Untuk naik Canopy Walk ini kena bayar fee lagi sekali (cilakak) tapi kalau anda warganegara murah saja pun.




DSC08410





DSC08406





Lepas puas menggayatkan diri, gua turun untuk trekking pula. Gua ikut saja trail yang disediakan. Mungkin gua ada ter-miss satu turn atau gua tersilap melangkah masuk ke alam lain, trail yang gua follow itu terberhenti di satu batu besar yang seakan-akan gua. Memandangkan pengalaman cave exploring gua memang kosong dan gua masa itu tengah sorang-sorang, gua malas nak buat pelik lalu gua patah balik. Gua melepak di satu air terjun yang gua jumpa masa trekking tadi. Apa lagi, lucut baju lucut seluar tinggal boxer gua turun berendam. Airnya gila babi sejuk. Tapi memang menyegarkan selepas penat riding and trekking. Tak lama kemudian gua rasa dah sejuk sangat ini gua decide nak naik dahulu. Tiba-tiba nampak sampai pula satu geng sumandak baru sampai ready nak berendam. Memandangkan situasi dah berubah, gua buat reevaluation balik pasal keadaan air terjun itu dan membuat kesimpulan bahawa airnya tidaklah sejuk mana. Jadi gua sambung berendam.





DSC08420




Masa berendam itu gua rasa macam ada benda gigit-gigit kaki gua. Gua ingatkan lintah ke kutu air ke apa. Bila perhati betul-betul, rupanya ada ikan-ikan kecil. Dapat fish spa free nampaknya gua di Poring.



Lepas puas berendam, gua keringkan badan secukup rasa kemudian gua bergerak pulang. Dari Poring kembali ke Kundasang lebih kurang 20 km juga. Di Kundasang gua tinggal di Walai Tokou Homestay.




walai




Ia bukanlah tempat paling murah di sini. Banyak lagi guesthouse atau hostel yang boleh gua pilih tapi bila gua travel ke sesuatu tempat, gua lebih suka kalau komuniti setempat dapat benefit daripada perjalanan gua. Nampaknya niat murni gua dibalas apabila kedai makan di kampung ini dijaga oleh seorang sumandak Dusun yang cute. Malam ini gua habiskan dengan melepak di kedai makan sahaja.



Bangun pagi keesokan harinya, bila gua buka pintu bilik gua, gua disambut dengan pemandangan gah puncak ketiga tertinggi Asia Tenggara.




DSC08429




Sangat majestic dan mesmerizing. Gua cuba mandi pagi itu tapi keadaan yang sangat sejuk dicampur dengan heater yang tidak berfungsi menjadikan keadaan sangat mencabar. Jadi gua decide gosok gigi dan basuh muka sahaja sudah cukup. Lagipun orang kata muka bangun pagi ini natural beauty. Gua breakfast dahulu kemudian terus ke Kinabalu National Park. Masa dalam perjalan, sempat lagi snap satu gambar Gunung Kinabalu.




DSC08431




Nak masuk dalam park boleh dengan kenderaan bermotor jadi gua bawa sekali KLX gua. Gua melepak sebentar di satu viewpoint untuk melihat Gunung Kinabalu tetapi kali ini dia malu dan berselindung di sebalik awan. Jadi gua decide untuk pergi ke taman flora. Setelah puas melihat tumbuhan natif di sini, gua decide untuk buat sedikit trekking. Banyak trail yang terdapat di dalam kawasan Kinabalu Park ini. Gua pilih Bundu Tuhan trail.




DSC08447




Keadaan yang licin dan kasut yang tidak sesuai membuatkan keadaan agak mencabar. Gua trekking sambil berimiginasi yang gua adalah seorang National Geographic Explorer. Selepas puas trekking, gua pergi melepak di starting point untuk mendaki Gunung Kinabalu. Di sini gua terjumpa kembali dengan geng student KL yang gua jumpa di Kudat tempohari. Small world, eh?



Puas melepak di sini, gua kembali ke Kundasang dan berjalan-jalan makan angin menyusuri kampung-kampung yang terdapat di sekitar Kundasang.




DSC08471




kk




DSC08489




Kanak-kanak melambai-lambai dan orang kampung berbalas senyuman dengan orang asing dengan kamera besar menunggang motor hijau.





DSC08486




DSC08483




Tengah relaks-relaks makan angin tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Gua terus balik ke homestay untuk lunch dan perjalanan pulang ke KK. Elok saja sampai ke homestay, hujan turun makin lebat. Perjalanan pulang gua tergendala seketika tapi itu tidak menjadi masalah bagi gua. Gua boleh melepak di kedai makan sumandak Dusun cute. Dalam setengah jam gua melepak, hujan makin reda. Jadi masanya sudah tiba untuk gua tinggalkan sumandak Dusun dan kembali ke KK. Baru sahaja gua start motor dan sarung helmet hujan kembali lebat. Sial. Gua fikir alang-alang dah basah teruskan sajalah. Makin lama gua ride makin lebat hujan turun. Kundasang seakan-akan tidak mahu melepaskan gua. Gua berhenti sebentar di kedai makan depan Kinabalu National Park kerana hujan terlalu lebat.


Baru 5 minit menunggu gua dah tak tahan. Gua sudah basah lenjun hingga ke boxer ditambah dengan sejuk Kundasang. Gua menggigil bagai nak gila. Gua fikir kalau gua stay mungkin gua mati kesejukan. Kalau gua teruskan mungkin gua mati menunggang. Antara mati kesejukan dan mati menunggang KLX, gua pilih cara mati yang lebih maskulin. Jadi gua teruskan perjalanan. Nasib gua baik kerana tak lama selepas itu hujan makin reda. Walaupun sejuk, adrenalin dari menunggang KLX di spaghetti basah ini buatkan gua tidak menggigil lagi. Makin lama gua makin enjoy. Sejuk sudah tidak terasa dan gua selamat sampai di KK. Satu-satunya casualty daripada pengembaraan ini adalah handset gua yang tewas dengan hujan Kundasang. Handset Sony Ericsson murah saja pun. Gua tak kisah sangat. At least boleh ganti dengan smart phone. Sampai saja di KK, gua terus buat persediaan untuk part 3 pengembaraan pula.






Kota Kinabalu and beyond, sumandak hot pants included!






Monday, December 12, 2011

Pengembaraan di Sabah part 1 : Kota Kinabalu ke Kudat



Ini punya pengembaraan dah berbulan dah lepas, rasanya April kalau gua tak silap tapi entah kenapa gua cukup malas rasanya nak tulis dalam ni. Gua peram saja.

Memandangkan dua tiga hari kebelakangan ni gua sibuk study memerah otak kiri, gua rasa baik harini gua kasi can otak kanan pula untuk beriadah. Otak kiri sila pergi mampus bersama calculus-calculusnya.


Masa internship gua, gua habiskan masa lebih kurang 5 bulan di Sabah. Ramai orang pelik apa pasal gua pilih nak ke seberang sana untuk internship. Masa gua dapat offer untuk ke Sabah, gua pun terkejut juga. Lepas itu gua fikir, yang gua tahu pasal Sabah ialah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Gunung Kinabalu, Jambatan Tamparuli, dan sumandak hot pants. Memandangkan memang gua tak tahu apa-apa pasal Sabah, gua decide gua kena pegi sana. Gua kena tengok sendiri Negeri di Bawah Bayu ini.


Fast-forward, tengok-tengok stint gua di Sabah sudah hampir ke penghujungnya. Tiba-tiba gua sedar gua tiada buat apa-apa serious adventure lagi. Setakat melepak dengan sumandak hot pants bukanlah dikira serious adventure. Visa lawatan sosial 90 hari gua pun sudah nak habis (tahukah anda semasa gua di sabah gua dikira sebagai pekerja haram pasal gua tak guna pass yang betul? dan tahukah anda lagi bahawa penduduk semenanjung hanya diberi pas lawatan sosial selama 90 hari jika anda pergi ke Borneo?) So gua plan untuk bergerak dari Kota Kinabalu menghala ke selatan, masuk ke Brunei dan mungkin lajak terus ke Sarawak.


Tiba-tiba khabar dari HQ mengatakan gua sama bos gua kena balik awal, sebelum pas habis. So plan asal gua buang jauh-jauh. Buka balik map Sabah, dan gua tengok mana tourist attraction yang feasible dalam masa yang tak berapa nak lama gua ada ni.


The Tip of Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, lebih kurang 200 km dari Kota Kinabalu.
Ranau, lebih kurang 90 km dari KK.


Gua fikir ini menarik.Kedua-dua pun ada balance in culture and nature, memang favourite gua. Kembali kepada Google Map. Gua tengok jalan agak straight-forward dari KK ke Kudat. Jadi gua decide gua tak payah bawa map. Bukan susah sangat pun jalan di Sabah ni. Semua straight-forward.


Setelah destinasi ditetapkan, tunggangan diperlukan. Satu kekurangan untuk travel di Sabah ini adalah transport. Public transportnya agak bercelaru. Cara termudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah menggunakan teksi tapi tahu sendirilah harganya macam mana. Cara kedua termudah adalah minivan yang bertindak sebagai bas, harganya lebih murah tetapi tidak selesa dan terpaksa berhimpit-himpit.


Tapi gua tak pakai pun dua-dua cara itu. Cara yang gua pakai adalah ini:

asd


Kawasaki KLX 150. Single cylinder, SOHC, 2 valve producing 8.6 kW of horsepower and 12 Nm of torque. Peneman gua sepanjang jalan.


Harga sewanya gua rasa memang tidak sesuai untuk pengembaraan bajet, tetapi kebebasan yang gua ada untuk menentukan perjalanan gua sendiri tanpa perlu mengikut jadual orang lain gua rasa sangat berbaloi untuk gua berbelanja lebih.


Gua sewa motor ini di Wisma Sabah, tempat segala tour and travel agency ofis ada di sini, sekali dengan motorbike and car rental. Lepas letak deposit apa semua, masa untuk penyerahan motor. Brader yang serah motor itu bagi la sedikit sebanyak briefing, and then dia suruh gua test ride dahulu. Halamak, ini yang buat gua cuak. Pasal apa gua cuak? Pasal sejak gua dapat lesen, 90% masa gua di atas jalan adalah riding, lagi 10% driving. So sepatutnya tiada masalah. Cuma hampir 100% masa gua riding itu adalah skuter klasik Itali gua, ataupun skuter moden automatik kakak gua. Boleh kata ini kali pertama gua menunggang motorsikal manual konvensional. Memang gua kekok gila babi. Test ride berlangsung dengan lancar cuma bila gua berhenti, gua tak jumpa gear neutral. Berhenti, lepas klac, enjin mati. Damn, malu sial. Baru je gua kencing brader tadi kata gua memang pro naik motor. Lepas itu brader itu ajar macam mana nak free gear. Test ride sekali lagi semua lancar. Gua ikat bag di seat pakai bungee chord, sarung helmet dan pengembaraan pun bermula!


Gua tak boleh nak cerita la dia punya rasa masa 10 km mula riding tu. Kekok macam bayi baru belajar berjalan tapi dalam hati macam nak pecah rasa seronok, bebas, excited. Dengan pemandangan indah jalanraya pesisir pantai di KK ini, memang gua rasa macam Faizal Hussein. Kalau anda pernah travel dan mengembara, anda faham la perasaan tu.



DSC08184




Belum lagi keluar KK gua dah gatal nak test top speed KLX nih. Tapi gua teringat yang gua bukannya pro lagipun ada beratus kilometer lagi perjalanan, jadi gua take it easy. Masalah paling utama bagi KLX ini adalah ketiadaan fuel gauge. Jadi kena agak-agak sendiri berapa banyak lagi minyak yang tinggal dalam tank. Dengan tank yang kecil, ini menambahkan lagi keseronokan dalam perjalanan gua. Hey, kalau perjalanan memang dah confirm selamat pergi dan sampai, itu bukan adventure namanya. Yang gua ingat berdasarkan pembacaan gua di internet berkenaan KLX ini, satu full tank boleh pergi 200+ km. So sepatutnya tiada masalah bila gua top up masa half way nanti.


Dan berdasarkan Google map dari internet, gua ingat untuk ke Kudat gua perlu menuju ke Kota Belud dahulu, dan dari sana ambil jalan ke Kota Marudu. Sebelum sampai Kota Marudu, ada simpang ke Kudat. Ok, set. Straightforward saja.



asd



Yelah sangat. Baru keluar KK, terus gua sesat banat. Tak jumpa jalan ke Kota Belud. Damn. Tak mengapa relax dulu. Perut pun rasa lapar pasal gua tak breakfast lagi so gua singgah sebentar di gerai tepi jalan. Lepas bertanya jalan, gua meneruskan perjalanan.


Pemandangan sepanjang jalan memang menakjubkan. Dari tanah landai yang dipenuhi sawah padi dan orang-orang, ke jalan berbukit beralun yang menguji skil penunggangan. Menembusi kampung-kampung membuatkan gua bernostalgia. Sayang gua tak ambil gambar semasa dalam perjalanan. Plan asalnya gua nak ambil masa perjalanan balik nanti tapi masa balik sepanjang jalan gua dibasahi hujan. Damn.


Pemandangan yang menusuk kalbu diiringi dengan kondisi jalan yang kadang-kala teruk. Kalau anda rasa jalanraya di semenanjung macam celaka, di sini lagi celaka. Tapi KLX tetap steady. Yang tak steady-nya gua. KLX adalah dirt bike dan tak sesuai untuk dibuat touring pasal design seat dirt bike selalunya datang dari neraka. Baru 100 km lebih bontot gua dah cramp. Sekali-sekala gua terpaksa ride sambil berdiri untuk melegakan sengal-sengal otot dan sakit bontot.


Lebih kurang dua jam setengah menunggang gua bertemu dengan simpang ke Tanjung Simpang Mengayau. Dari situ gua bertemu pula simpang tiga, dan satu papan tanda menunjukkan Tanjung Simpang Mengayau ke arah kiri, satu lagi ke arah kanan. Gua lambung syiling. Kanan menang.


6



Sampai saja di sana, memang hilang segala penat lelah gua. Terik matahari pun gua tak rasa. Makan tengah hari memang terasa sangat sedap bila di depan mata anda adalah Laut Sulu yang membiru.



DSC08219



Lepas makan, gua lepak di bawah pokok sambil angin laut menghembus pipi. Tenang. Selain gua, ada hanya satu famili sahaja lagi di pantai itu. Rasa macam di private beach. Melihat air yang jernih itu buat gua tak boleh tahan. Lepas mandi, melepak kembali sambil menunggu boxer kering.



2




DSC08224



DSC08239



Memang gua tak puas lagi melepak tapi gua dah mula kena gerak ke destinasi seterusnya. Hari pun dah petang. Gua terus ke Rumah Panjang Bavanggazo, tempat penginapan gua. Untuk tidur di sini, tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu. Senang saja pun. Gua call je. Sampai sana, gua sebut dah ada reservation, terus dia tunjuk bilik gua.



1


Whoa ini memang betul-betul rumah panjang. Gila basic. Satu-satunya benda moden yang ada dalam bilik adalah mentol. Itu saja. Yang lain semua diperbuat daripada buluh dan intergrated skali dalam struktur rumah panjang itu. Termasuklah katil. Sepatutnya harga satu bilik Rm100 untuk satu malam dan satu bilik untuk 2 orang, tapi memandangkan gua cool macam Faizal Hussein, gua dapat RM50 sahaja untuk satu bilik. Mula-mula cuak juga pasal gua dapat bilik paling hujung sekali. Hurmmm bilik hujung lepas itu kasi diskaun, gua takut ada 'cerita' saja disebalik bilik gua nih. Tapi malam itu gua tidur lena juga.



3



Lepas check in, mandi, gua pusing-pusing kampung kejap. Lepas itu balik bilik rehat-rehat. Dalam bilik mana ada tv ke apa so gua baring atas katil buluh pandang siling saja la. Tak pun tengok ayam menguis-nguis cari makan kat bawah lantai. Sedar-sedar je dah malam bila tuan rumah datang ketuk pintu bilik gua. Katanya dinner dah siap. Gua pun pergi la makan. Malam ini gua disertai geng student dari KL yang travel ke Sabah. Diorang group besar so sewa kereta terus. Lepas makan gua sembang-sembang kejap sambil tunggu persembahan kebudayaan.


Dimulai dengan persembahan alat muzik tradisional. Gong memang memainkan peranan besar dalam masyarakat Rungus (lupa nak bagitahu yang Bavanggazo ini kampung masyarakat Rungus). Kemudian persembahan dari seorang nenek tua yang main seruling menggunakan hidung dan kemudian tarian. Gua memang tak ambil gambar masa persembahan ini pasal keadaan rumah yang gelap. Gua malas pakai flash pasal flash camera gua kuat bukan main, takut menganggu persembahan pula. So, kalau nak tengok macam mana gaya seorang nenek tu main seruling guna hidung, sila datang dan tengok sendiri. Gerenti tak rugi.


Untuk tarian, dimulakan dengan tarian bambu. Macam biasa bila lepas persembahan mesti ajak penonton join sekali. Tapi gua tak join pun. Gila. Kalau tersepit kaki gua dala tu macam mana gua nak ride balik. Takut gua rumah tu roboh kalau gua terloncat-loncat. Gua bukan reti menari pun. Satu-satunya tempat gua menari adalah dalam mosh pit. Itupun bukan dikira menari, itu namanya menggila. Kemudian seterusnya ke tarian yang kedua. Tarian Sumundai-Mongigol. Hah yang ini senang. Jadi gua join. Lagi satu sebab gua join pasal tarian ini boelh berpasang-pasangan. Well, taklah seronok sangat pasal penari sumandak Rungus asli kelihatan seperti di bawah:



4



Agak kecewa juga pasal impian menari bersama sumandak asli masih tak kesampaian. Tak mengapa. Amoi KL pun ok juga.


Lepas tarian, masa untuk melepak. Gua bersembang-sembang sikit dengan tuan rumah panjang ini. Tanya pasal rumah panjang, pasal gong, kraf tangan masyarakat Rungus, dan yang paling penting, mana pergi sumandak-sumandak Rungus di kampung ini. Baru gua tahu situasi yang sebenar. Sumandak-sumandak penari asal malam ini ada buat persembahan di pekan Kudat, digantikan oleh ibu-ibu sumandak ini. Cis. Tak mengapa. Gua ada alasan untuk kembali ke sini. Bila gua dah mengantuk, gua minta diri mahu tidur dulu. Kemudian tuan rumah pun kata sama gua, "Kamu ni berani datang jalan-jalan sini sorang-sorang, tak kenal siapa-siapa. Saya respect sama kamu."


Malam itu gua tidur dengan hati yang kembang bermimpikan Faizal Hussein.


Paginya gua bangun dengan bunyi ayam berkokok. Gua lepak-lepak kejap sambil hirup udara segar. Nenek-nenek yang semalamnya menjadi penari kini membuat kraf tangan. Kaum Rungus ini terkenal dengan seni manik. Gua tengok sendiri macam mana mereka buat perhiasan manik. Ada juga beli satu dua buat souvenir.



DSC08289


Tengah gua melepak sambil bersembang dengan makcik-makcik ini sambil meng-adjust anak dara diorang, datang pula satu gerombolan rombongan. Gayanya macam dari pejabat kerajaan. Entah kenapa gua rasa tak kena semacam. Gua pack barang gua, cakap goodbye kat orang-orang rumah panjang ni, gua terus jalan.


Semalam gua ada dengar pasal pantai Kulambu dan pulau Kulambu masa di TSM. Gua dengar katanya dekat saja dari situ. Gua menuju ikut jalan semalam. Baru 15 minit perjalanan hujan turun. Gua stop kejap di satu pondok. Bawak keluar rain cover untuk bag, kemudian lepak kejap tunggu hujan reda. Hujan reda sikit, gua sambung perjalanan. Sampai di simpang semalam, kali ini gua ambil kiri. Kalau ikut kanan semalam jalan asphalt cantik, kali ini jalan gravel. Memang betul-betul mencabar tapi KLX relax saja. Ini memang habitat asal dia. Dari gravel bertukar je jalan tanah. Hujan di awal pagi buatkan jalan berlumpur.



DSC08359


Tayar belakang gua tak sesuai untuk keadaan macam ini, tapi apa ada hal, redah saja. Memang main gear 1 dengan 2 saja. Banyak kali juga gua nka tersungkur tapi masih steady. Gua rasa macam gua dah miss simpang ke TSM tapi gua buat tak peduli. Tengah seronok layan jalan lumpur ini. Tengah gua seronok off roading ni tiba-tiba ternampak sign tulis pantai Kulambu. Terkejut gua. Memang betul-betu luck. Gua tengok ada 3 famili sedang ready nak picnic di tepi pantai. Tengok gaya macam orang situ juga. Pasal tempat ini memang ceruk gila, rasanya orang luar memang tak tahu kot, kecuali gua, pasal gua Faizal Hussein.



5


Dari pantai itu gua ride ke sandbank yang menghubungkan antara pantai dan pulau Kulambu. Gua lepak situ sambil jemur baju seluar dan bag gua yang basah hujan. Gua lepak situ sambil menikmati pemandangan yang aman dan permai. Lepas dah kering, gua ready nak ke TSM balik.


7


Pasal gua tak puas lagi sama TSM. Kemudian mengikut jalan lumpur yang sama, jumpa simpang ke TSM dan terus ke sana. Gua stop kat satu kedai tepi laut untuk lunch. Dari semalam lagi gua hendak stop tapi pasal tak sempat gua tak jadi. Patutlah instinct gua memanggil ke sini. Rupanya pasal ada ini.



DSC08376


Akhirnya sumandak Rungus asli. Bukan satu, bukan dua tapi tiga. Lunch di tepi pantai bersama sumandak, life's good.


DSC08366


Tengah relaks-relaks, datang satu mat saleh. Owner kedai ni rupanya. Dari England tapi dah lama duduk Sabah. Gua tanya kahwin orang sini ke tapi dia cakap tak. Memang jatuh cinta dengan Sabah. Sembang sikit-sikit. Kaki ragbi katanya. Geng-geng Sandakan Eagles.



8


Dah redup sikit, gua pun ready nak gerak dulu. Gua tanya mana nak cari petrol. Gua malas nak ke pekan Kudat pasal jauh sangat. Dia kata ikut balik jalan masuk tadi, nanti ada satu rumah ada lukisan laut dengan ikan, di situ ada jual. Lepas cakap thank you apa semua so masa untuk gerak. Tengok-tengok KLX tak boleh start. Gua try dua tiga kali tak boleh juga. Gua cek tank, minyak ada lagi. Gua try turn ignition off, lepas tu on balik. Still tak boleh. Tengah gua menggaru-garu kepala yang tak gatal, gua terperasan engine switch gua dalam keadaan off. Celaka. Flick kepada on, sekali kick saja terus hidup.



9


Terus gua ride balik. Dalam half-way perjalanan hujan turun. Lebat macam sial. Memang kadang-kadang gua tak nampak jalan. Apa-apa hal pun gua steady sampai ke KK, bersiap sedia untuk perjalanan bahagian kedua, Ranau.




Friday, December 2, 2011

The Capital

aq
Tingkap tingkat 17, November 2011





KL.

Kota lucah.


Tempat yang gua benci dan suka pada masa yang sama.
Kota yang selalu buatkan gua teruja dan pada masa yang sama bosan dengan isinya.



Berdiri di tengah-tengahnya, dan menghirup udara kotor yang bersulam impian, kegembiraan dan kekecewaan yang menjadi rencah kehidupan di sini membuatkan gua bernostalgia.


Romantis bersama Kuala Lumpur.


Orang kata dalam love-hate relationship selalunya akan berakhir dengan cinta.


Pada malam itu, dari tingkap tingat 17, gua jatuh cinta dengan Kuala Lumpur.



Tuesday, November 8, 2011

Merdeka Seksualiti Mereka

DSC07938
Seksualiti Melaka, Disember 2010



Ok, pertama sekali gua nak cakap yang gua langsung tiada masalah dengan golongan LBGT ni.
Apa mereka nak buat dengan hidup peribadi mereka, itu hak diorang. Bukan masalah gua nak sibuk-sibuk.


Nak anjurkan majlis Seksualiti Merdeka pun tiada masalah bagi gua. Tapi itulah yang masalah paling besar yang dihadapi. Majoriti masyarakat bukan terdiri daripada orang-orang macam gua.

Tahun 2008 dan 2009 berjalan lancar. Sebab masa itu tiada siapa pernah dengar tentang Seksualiti Merdeka. Tiada siapa kisah. Datang 2011, bam! Publisiti besar-besaran, tak tahulah sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Habis masyarakat tahu dan habis semua panik.



Fatal mistake. Malaysia ini konservatif, sangat-sangat konservatif. Untuk buat event sebegini, walaupun tujuannya untuk empowering the LGBT community, sudah macam buat event gay parade kat tengah-tengah KL. Sepatutnya buat macam dulu la. Keep it low, keep it underground. The time is not right for the LGBT community to come out in full force. Mungkin 10 tahun lagi. Itupun kalau bukan PAS yang memerintah.


Kepada masyarakat pun, kenapa kalut sangat? Apa yang takut sangat dengan geng LGBT ni? Takut mempromosikan budaya kuning yang membawa keruntuhan akhlak? Wake up, people! Akhlak di Malaysia ni dah lama dah runtuh. Buka mata dan pandang luas-luas.

Takut ditimpa bala macam kaum Nabi Lut? Satu soalan, anda kaum nabi Lut atau nabi Muhammad? Kalau jawapan anda adalah umat nabi Muhammad, tahniah! Anda layak menerima Get-out-of-jail-free card yang membawa ganjaran segala kemungkaran dan malapetaka yang anda lakukan di dunia ini tidak akan dihukum sehinggalah hari akhirat.


Bagi masyarakat umum, kegiatan LGBT ini adalah salah disisi agama dan perlu ditegah. Bagaimana kalau golongan LGBT itu tidak percaya kepada agama dan dogma anda? Kalau anda kata gaya hidup LGBT ini tidak natural, anda memang silap. Bersepah spesies haiwan yang mengamalkan gaya hidup homosexual dan bisexual. Kalau anda kata "tak malu ke jadi setaraf dengan haiwan?", atleast 'haiwan-haiwan' ini tak menganggu orang. They are perfectly functional member of the society. Tapi kalau pencuri, pembunuh, yang buang anak, ini memang binatang yanng paling celaka yang gua harap duduk dalam neraka sampai bila-bila. Terutama sekali pencuri. Fuck, gua memang benci pencuri. Golongan ini yang patut dibenci sepenuh hati, bukan LGBT.


Gua selalu dengar orang kata yang benda kita benci itu akan datang balik kepada kita. Sebab itu gua benci duit. Tiap kali dapat duit gua spend merata-rata akaun kering. Dengan kebencian mendalam anda terhadap LGBT, bagaimana nanti kalau anak anda sendiri yang LGBT? Nak benci? Terima seadanya? Sendiri fikir la. Buat gua teringat filem American Beauty pulak.


Semasa gua baca-baca sikit pasal Seksualiti Merdeka ini, gua terbaca tentang komen Nik Aziz dalam The Star. Gua cilok sebijik-sebijik pasal malas nak translate.


"There is no such thing as complete freedom in the name of human rights because freedom of expression also comes with conditions".
Ok yang ini gua setuju. Freedom of expression ada limitnya.


"And if human rights means homosexuality should be allowed, we might as well have the right to steal, rob or murder people".
Apa orang tua ini merepek? Confusing sexual orientation yang harmless dengan jenayah berat yang menyusahkan pelbagai pihak. Benda simple ini pun dia boleh mixed up. And yet masih ramai yang memandang dia macam penyelamat umat akhir zaman.




Oh well.
Inilah Malaysia, tanah airku.





Wednesday, November 2, 2011

Tak Pop La Kalau Tiada Wordless Wednesday

a1
Penunggu Angkor Wat, July 2011



A picture every Wednesday keeps the doctor away.

Tuesday, November 1, 2011

Dull-ing Darling

DSC02221
Chuping-Padang Besar, Jun 2009




Kehidupan hari-hari macam ini memang membosankan.

Sangat membosankan sampaikan boleh buat gua sakit jantung dan sakit otak.


Bangun pagi pergi kelas balik kelas. Petang main bola kalau tak hujan. Malam buka buku kalau terasa rajin. Gua rasa macam binatang liar yang dicampak ke dalam zoo.

I'm awake but all my senses are asleep.


Bosan.


Gua rindu untuk kembali ke habitat asal gua.


Di jalanan, di tempat asing.



I really miss the sea breeze of Kota Kinabalu, the polluted air and the crazy traffic of Saigon, the dirty and grotty street food of Thailand, the friendly and beautiful people of Siem Reap, the illustrous history of Melaka and Phnom Penh, the glorious and exquisite cuisine of Penang, the beautiful little paradise of Perhentian, I miss all of them.


Perasaan berasa di jalanan sememangnya sukar untuk digambarkan.


Semua masalah dan kekusutan tertinggal sebaik saja langkah pertama diambil. The anticipation, the excitement, it feels overwhelmingly good. You got the feeling that the whole world is just there waiting for you to explore the endless beauty it offers.


You feel alive.


Ah sudahlah.
Gua mahu tidur dulu.

Dan kembali ke habitat asal gua.


Dalam mimpi gua, gua mahu start pack gua punya barang and hit the road once again.


I need to feel alive, in order to be alive.



“Life should not be a journey to the grave with the intention of arriving safely in a pretty and well preserved body, but rather to skid in broadside in a cloud of smoke, thoroughly used up, totally worn out, and loudly proclaiming "Wow! What a Ride!” - Hunter S. Thompson





Monday, October 31, 2011

Monday Madness

DSC09394




Bangun pagi Isnin.

Nampak Al-Kitab atas meja. Teringat assignment masih belum siap lagi.
Semalam punya mentelaah pun masih tak reti nak buat lagi. Susah sial.


Relax dulu. Pergi ke Windows Media Player. New Order - Blue Monday berkumandang di udara.

Masih pening-pening lalat lagi.
Lucky Strike sepam dulu. Breakfast of champion.


Selak-selak Al-Kitab.
Masih tak boleh buat juga.


Sial.


Macam mana la gua boleh tercampak kat engineering ni.
Belajar susah bukan main. Alih-alih nanti kerja makan gaji juga.


Ini yang rasa nak masuk politik. Tak kisah la UMNO ke, MIC ke, Makkal Shakti ke. Bukan susah sangat pun. Sembang kencang sikit, ampu sana ampu sini sikit dah boleh cari makan.


Kembali kepada Al-Kitab. Haih apa benda ni?

Kelas pukul 2 petang karang. Sempat lagi nak tiru member.


Apa nak gelut.
Sambung tidur la dulu.

Bukan salah gua. Salah hari Isnin.




Friday, October 21, 2011

Glory Days

jdh
“The world is a book and those who do not travel read only one page.” – St. Augustine




dbdg
“All the pathos and irony of leaving one’s youth behind is thus implicit in every joyous moment of travel: one knows that the first joy can never be recovered, and the wise traveler learns not to repeat successes but tries new places all the time.” – Paul Fussell




asdfsa
“Traveling is a brutality. It forces you to trust strangers and to lose sight of all that familiar comfort of home and friends. You are constantly off balance. Nothing is yours except the essential things – air, sleep, dreams, the sea, the sky – all things tending towards the eternal or what we imagine of it.” – Cesare Pavese




DSC09087
“One’s destination is never a place, but a new way of seeing things.” – Henry Miller




DSC09326
“To awaken quite alone in a strange town is one of the pleasantest sensations in the world.” – Freya Stark




DSC07929
“A wise traveler never despises his own country.” – Carlo Goldoni




DSC01641
“To travel is to discover that everyone is wrong about other countries.” – Aldous Huxley




fghfg
“Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.” – Mark Twain




DSC09252
“Travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living.” – Miriam Beard




Tahukah anda bahawa dalam salah satu ceramah agama yang gua pernah hadiri, ustaz penceramah pernah berkata bahawa suka berjalan makan angin adalah perkara yang menggelapkan hati?
Kalau betul ustaz tu kata, entah nanti macam mana gelap la gua punya hati. Tambah dengan tar dan nikotin lagi.


Apa-apa hal pun, Bangkok, tolong jangan tenggelam sebelum gua sampai ke sana.
Chao Phraya sila tunggu sebentar ya. Jangan telan Bangkok dulu.