Padang Besar trip, June 2009
Kita mula dengan dalam negara.
Ada cakap-cakap dalam Parlimen kata mungkin ada kurikulum baru untuk mereka yang ingin mengambil lesen memandu.
Kurikulum khas untuk lesen memandu kereta auto sahaja. Well, bukan benda baru. Banyak negara yang sudah aplikasi benda ini.
Cuma gua rasa, nanti sikit sebanyak gua terkena tempias juga.
Makin pupus kereta manual di Malaysia nanti. Sekarang nak cari sebuah kereta yang decent bertransmisi manual bukan main payah.
Ah gua memang tak akan faham kereta auto. Langsung tak rasa the joy of driving.
Tambah-tambah kereta auto berenjin turbo. 'Auto' dan 'turbo' jika disebut dalam satu nafas dikira sebagai blasphemy kepada God of Speed.
Yajid Jakpo, panas bontot?
Bak kata satu komen yang gua cilok dari PaulTan, "MT if you want a car, AT if you want transportation."
Jum terbang beribu batu ke California.
Prop 19 gagal. Ramai yang tahu, tapi gua rasa lagi ramai yang tak tahu pasal Prop 19 ini.
Prop 19, senang cerita, adalah usul untuk menghalalkan penggunaan marijuana for recreational use.
Kecewa gua.
A quick search on the net can show that alcohol is much more dangerous than cannabis. Jadi kenapa alkohol halal(dari undang-undang negara, bukan Islam), ganja tidak?
Ah dunia memang macam ini. Tak pernah adil.
Rokok yang beracun senang saja boleh beli di kaunter-kaunter kedai berhampiran.
Cadangan gua, untuk Geneva Convention yang seterusnya, diadakan satu clause baru.
Bagi dua head of state yang ingin buat declaration of war, diwajibkan lepak bersama di tepi pantai biru dengan unlimited supply of cannabis, magic mushroom and LSD for atleast 72 hours.
Baru boleh isytihar perang.
Dengan cara ini, gua rasa kita boleh capai impian 99% beauty pageant di dunia.
World peace, bebeh.
Bak kata 24 Hour Party People, "Siapa mahu bergaduh kalau semua orang rasa euphoria?"
No comments:
Post a Comment