Wednesday, September 30, 2009

Crimson and Clover



Kadang-kadang,
bila aku baring,
aku pejam mata,
aku biarkan fikiran aku menerobos ke dalam ruang kegelapan.

Kadang-kadang,
dalam fikiran aku melayang,
aku sampai ke satu tempat,
yang buat aku rasa,

hidup aku nanti, akan berakhir di tangan aku sendiri.
Dan selalu terjadi,
bila akal aku menyebutkannya,
jiwa aku mengiyakannya.

Tuesday, September 29, 2009

Touch Screen or Traction Control?

Iphone topped the coolest brand, beating Aston Martin three-year consecutive run. Read here.

Iphone kalahkan Aston Martin?
Haih, apa nak jadi dengan dunia ini.

Macam mana Iphone dengan touch screen yang annoying, saiz gedabak susah nak masuk poket hanya sesuai untuk dibaling ketika dikejar anjing gila, atau sex maniac, boleh mengalahkan the ultimate playboy's car?

James Bond pun guna Aston, kau nak apa lagi?
Iphone hanya sesuai untuk vampire-vampire gay dalam Twilight. Dan mungkin juga Jonas Brothers.

Girls, please, have some taste.


Serius, aku tak boleh terima kenyataan ini.

Apa yang hype sangat pasal Iphone aku pun tak tahu. Aku pakai SE cap ayam beli rm200 saja. Boleh jugak hidup dengan cemerlang.
Kalau kena samun pun, ambil saja lah. Aku bagi dengan senang hati.
Lainlah bila pakai Aston Martin DBS. Orang nak samun pun takut. Pasal ingat James Bond.

Ambil satu situasi.

Aku dan seorang lelaki lain ajak kamu (untuk perempuan sahaja, yang lelaki tunggu Akram ajak) keluar malam ini.

Aku ajak kamu bersiar-siar dengan Aston Martin, seorang lelaki lain itu nak tunjukkan Iphone yang baru dia beli.

Mana kamu nak pilih?



atau




Dan ya, sedikit pesanan kepada semua rakan seperjuangan.

Sekarang semua sudah boleh mula detoksifikasikan mabuk-mabuk ketupat, lemang dan rendang dan mula mabuk dengan nota-nota syarahan kerana pabila berakhirnya cuti pertengahan semester, itu menandakan peperiksaan akhir dah nak sampai.

Kecuali Asyraf si macha Austera. Lu sempat merasa ke ketupat rendang semua? Ke pagi raya lu makan fish and chip je?


Saturday, September 19, 2009

Dua Empat Kerat

Pergi masjid selipar dicuri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Ketiak basah di tengah hari,
Mengalir masuk ke dalam kuali;
Patutlah dodol masin sekali,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, September 16, 2009

Jika Aku Seorang Robot

Kenapa manusia ini takut dengan hantu tapi suka tonton cerita seram?
Aku rasa pasal ianya salah satu escapism oleh manusia itu daripada dunia hari-hari mereka yang membosankan.

Kenapa penagih-penagih bermula dengan dadah yang ringan kemudian berganjak kepada dadah yang berat? Kenapa mereka mula mencucuk di tangan kemudian beranjak ke cucuk di tempat merepek-repek?
Aku rasa pasal seseronok dan exciting mana pun satu benda itu, jika dilakukan hari-hari, akan menjadi bosan juga.

Kalau kau orang makan makanan kegemaran hari-hari pun, lama-lama, rasa nak muntah pun ada. Tapi aku tengok macha-macha Teluk Anson hari-hari bedal Nikmaat sama Zohrabibi, tak jemu-jemu juga. Ini aku rasa memang tahap perut lembu ini.

Dulu masa aku mula-mula masuk UTP, gila semangat nak belajar. Rasa nak terokai "dunia baru". Tapi lepas itu, hari-hari yang aku kena suap, teori teori teori dan math math math. Kalau dalam lab pun, aku rasa rigid macam dalam kelas jugak.

Lama-lama aku bosan. Rasa macam robot.

Pergi kelas, kena suap dengan teori dan math, angguk saja apa lecturer cakap, lepas itu balik.
Ulang untuk 5 hari dalam seminggu.

Aku rasa macam diprogram itu menjadi robot yang akan dihantar ke pasaran kerja. Lepas itu, jadilah pekerja yang hanya mengangguk kepada semua arahan bos.

Outcome Based Education? my bottom! Apa outcome-nya? Robot saja lah. Jurutera robot. Pergi kerja balik kerja. Hujung bulan dapat gaji beli ayam kentaki duduk depan TV menjilat jari.

Hidup tak berfalsafah. Nak salahkan semua kat mereka pun tak boleh jugak. Pasal kat universiti aku pun bukan ada pengajian falsafah.

Nak buat apa falsafah kat universiti aliran kejuruteraan? Aik? Kata nak lahirkan well-rounded student. Yang aku nampak, well-rounded dekat bahagian perut saja lah.

Bagi aku, bila ada falsafah, otak banyak berfikir. Bila banyak berfikir, banyak idea-idea baru, banyak pergerakan baru. Takdelah bosan sangat terperap kat sini.

MPP? Jangan buat lawak. Apa faedahnya kumpulan ini aku pun tak tahu.

Mungkin salah aku jugak. Pasal ambil bidang kejuruteraan. Memanglah kena ikut buku.
Takkan kau nak buat struktur bangunan yang murtad dengan hukum fizik? Menangis Isaac Newton dalam kubur. Penat-penat dia discover graviti kau pulak boleh buat tak reti.

Apa nak buat. Masa di sekolah dulu langsung tiada pendedahan. Yang nampak hanya sains dan teknikal. Doktor atau engineer. Aku pilih engineer. Pasal nampak nakal sikit berbanding doktor.

"Apa? Kau tak nak ambil engineering, nak masuk broadcasting? Kau nak kena lempang?". Agaknya itu kot reaksi mak bapak aku kalau aku nak ambil satu tawaran daripada kolej subsidi Media Prima tapi tiada biasiswa berbanding tawaran-tawaran kejuruteraan siap dengan biasiswa.


Escapism.
Kalau ikutkan hati, aku rasa nak selalu dapat lari daripada dunia yang penuh aturan ini.
Aku nakkan kejutan, ketidakaturan, kebebasan. Apa nak jadi, jadi.

Aku nak selalu berjalan-jalan.
Naik vespa, dengan Sony A200 dan Holga 135BC, mencari pengalaman. Aku nak pergi ke mana saja angin bertiup, ke mana saja hati aku terdetik.


Tapi masalahnya, wang ringgit.
Aku bukan anak Ananda Krishnan. Holga 135BC pun aku tiada.


Jadi, terperaplah aku dalam bilik ini.
Menulis yang bukan-bukan.



Selamat Berpuasa. Untuk yang puasa.

Tuesday, September 15, 2009

Gangguan Seksual

Senyuman Gay Terhebat

Semalam ada awek tegur aku.

"Wow, kacaknya you pakai shirt ni. Ben Sherman lagi tu. Baju raya, ek?"

Jantung aku berhenti berdegup.
Peluh jantan mula keluar.

Aku hampir-hampir report polis.

Monday, September 14, 2009

Minuman Rasmi Bulan Ramadhan

Wine bajet melayu a.k.a Sirap.

Memang kegemaran. Murah pulak tu. Seringgit dapat dua bungkus.
Memang hari-hari aku jinjit minum kat bilik. Maksud aku waktu berbuka la. Bukan sebelum itu.


Tapi dalam meraikan 10 malam terakhir ini, tadi aku tukar menu.
Hari ini aku bantai cendol.

Boleh tahan sedap. Tapi dia punya cendol gila banyak sampai terlebih-lebih padahal airnya dah habis.

Terus aku buat ratah.

Dalam sibuk meratah, aku terasa macam diriku seorang makhluk asing. Sedang meratah ulat hijau.

Mungkin aku patut kurangkan tonton Futurama.



Apa aku merepek ni. Esok ada test woi!

Study Mode On!
Full Blast!!

Cengkerang Bom

atau kata lainnya bombshell.
Pensyarah aku baru jatuhkan satu tepat atas riba di celah-celah kangkang. Memang senak.
Ribut tiada taufan tiada tiba-tiba esok ada test. Pukul 9 pagi pulak tu.

Memang mengelejat. Kelas dia yang pukul 9 pun aku selalu berterabur.


Korang doa-doa bagi aku bangun dengan jayanya esok.
Kot-kot 10 malam terakhir ni makbul ke.

Tree Hugger



Tadi aku kemas-kemas sikit locker aku.
Lipat sikit seluar baju ikut dan, lepas itu susun elok-elok.

Dalam sibuk melipat, terus aku terjumpa satu fakta.

Rupanya hampir separuh daripada pakaian harian aku merupakan pakaian terpakai.
Secara langsung menjadikan aku seorang mamat eko pencinta alam.

Gila cool. Aku telah menolong mengurangkan jumlah pengeluaran sampah rakyat Malaysia yang sememangnya macam celaka.

Walaupun aku peminat tegar dunia kereta berenjin V12 dan pengecas turbo yang sentiasa menjadi sasaran mamat-mamat pergerakan hijau sebagai pencemar alam, aku tetap melabel diri aku sebagai pemeluk pokok.

Esok, sepanjang perjalanan ke kelas, aku nak peluk semua pokok yang aku jumpa........





.......dan gadis-gadis manis.


Spirited Away



Kadang-kadang,
jasad kita tersekat kebebasannya,
tapi jiwa gembira.

Kadang-kadang,
jasad kita bebas merata-rata,
tapi jiwa sunyi.

Friday, September 11, 2009

Omona!



Yes!
Dan akhirnya....weekend telah tiba.


Rasa lapang sikit nak bernafas.


Jadi, kawan-kawan, apa plan?

Wednesday, September 9, 2009

Minggu Melankolik



Aku isytiharkan minggu ini minggu melankolik.

Semua benda aku buat tak menjadi. Macam gampang.

Cepatlah berlalu minggu sial.
Aku dah penat.


Minggu ini aku mahu lupakan lagu-lagu rebel dari zaman bapak aku muda-muda masih merempit dengan kapcai Yamaha PAY-nya.
Eh kejap, kapcai PAY itu masa bapak aku dah kahwin. Tak silap aku dulu dia ada cerita sebelum kahwin dia merempit pakai motor besar sikit.
Zaman itu tak pandang kapcai-kapcai ini kata dia. Setakat kerling hujung mata saja.

Tak sure motor apa. Nanti balik raya aku check balik.


Jauh aku merepek.
Kembali ke tajuk asal. Minggu Melankolik.



Minggu ini, aku hanya mahu ditemani SNSD dan juga Wondergirls.
Yang lain aku tak mahu.

Oh Sooyoung, senyumanmu menusuk kalbu.


Eh kejap, mana nak letak Melanie Laurent aku punya pulak?
Datin Normala lagi.

Susah jugak jadi lelaki kacak ini.






Tuesday, September 8, 2009

Opresi untuk Reformasi si Air Sarsi

Sekarang aku dalam tekanan.
Kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah dan celah kangkang.

Ramai member-member aku banyak dah tumbang dengan tekanan ini.
Depan mata aku sendiri.

Aku sedang menghadap opresi untuk reformasi kepada Facebook, uuaarrghh... aku memang tak boleh sebut Facebook, uuaarrgghhhh.. rasa nak tercirit.
Tekanan untuk Facebook, uuaarghhh aku dah tak tahan. Pergi cirit kejap.

*bunyi cirit*

Ok. Lega.

Pasal aku tak boleh sebut, kita pakai kod nama FB.

Dari maklumat risikan aku yang terbaru, semua macha-macha Teluk Intan dah tumbang dengan dakyah FB.
Memang baru nak up betul.

Ini menambahkan lagi tekanan. Aku last man standing. Aku harapan terakhir lelaki maskulin Teluk Intan.

Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh tahan sebelum aku pun kecundang.
Nanti bila aku kecundang, taburlah bunga di atas pusara. Aku nak bunga krisantemum.


Hutch pernah cakap dalam Starsky & Hutch, "If you can't beat them, join them."

Dalam FB, ada tak geng-geng datin kesunyian yang memerlukan teman?
Datin Normala ke, yela kot-kot Datuk sibuk memanjang.

Pasal kalau aku ditakdirkan untuk kecundang juga dalam perjuangan ini, datin-datin kesunyian ini kumpulan sasaran aku.

Untung-untung boleh diorang kasi aku sebijik benda ini.



Aku nak yang warna hitam. Boleh tak, Datin Normala?

Monday, September 7, 2009

Escapism



Aku dah penat study. Rasa macam nak meletup otak. Susah betul nak jadi manusia berguna di mata masyarakat ni.

Study macam orang gila result macam cibai juga.

Ini yang rasa nak pergi merempit nih.

Siapa terasa nak makan asap dari corong ekzos enjin 2 lejang dari Itali gua, sila buka game.
Aku tunggu depan post guard depan pintu UTP.

Ada bran?

Saturday, September 5, 2009

Laici is a Punkrocker

Punk is Dead.

Betul. Punk sudah mati. Dah tiada apa yang punk lagi dalam punk itu sendiri.
Punk sudah di compromised.

Punk sepatutnya adalah menjadi diri sendiri, dan bangga dengannya. Buat keputusan sendiri, tentukan hidup anda sendiri asalkan ia seiring dengan anti-establishment.

Punk sepatutnya tiada dogma, tiada aturan tertentu yang perlu diikut. Dogma untuk agama, bukan punk.

Tiada kriteria-kriteria tertentu yang perlu ada pada seseorang untuk memcacah label punk bsear-besar pada dahinya. Dan seseorang tidak boleh menjatuhkan hukuman pada orang lain bahawa mereka itu punk atau tidak.

Johnny Rotten sendiri tidak suka kepada pergerakan punk yang meniru gaya vampirish look Sid Vicious dengan jaket kulit hitamnya.

"The punks ruined it, by that. They adopted the uniform, image and the attitude. And the whole thing was about being yourself." kata Johnny Rotten dalam The Filth and The Fury.

Punk sepatutnya DIY. Macam mana jaket kulit dan kasut mahal menjadi budaya punk?
Itu konsumerisme. Itu budaya ajaran kapitalis.


***************************************************


"Nama dia Laici.", kata member aku.

Mata aku terus memandang seorang lelaki tua yang berdiri di bawah lampu isyarat simpang empat berhampiran balai polis lama.

Aku dan member-member aku dari padang Speedy, menghala ke Jalan Sultan Abdullah.

"Itu nama betul dalam IC ke?", aku tanya.

"Itu nama betul yang kitorang bagi. Nama dalam IC tah tahu pulak. Ntah IC ada ke tak tu. Otak dia bukan centre sangat pun."

"Ceh, kata orang otak tak centre. Skru lu pun hari-hari kena adjust baru lu waras."


Laici memang simple. Berbaju lusuh dan berseluar pendek. Aku tak tahu dia ni homeless ke apa pasal tengok gaya boleh tahan la kemas berbanding rakan-rakan seperjuangan Laici.

Beg plastik penuh berbondong-bondong Laici bawa. Dalam penuh dengan botol-botol dan barang-barang boleh kitar semula. Aku rasa Laici nak bawa pergi jual.

Laici memang steady. Dia bos, dia kuli. Bebas. Langsung tiada ikatan dan kekangan. Apa yang ada hanya perjuangan untuk terus hidup.

Tak macam aku. Kontrak sana, perjanjian sini. Tak sampai tahap, ada konsekuensi. Bukan yang baik tapi buruk. Memang rasa macam sial. Menyesakkan sampai kadang-kadang rasa menyesal pergi letak tandatangan atas kertas bodoh itu.

Sekarang, hidup aku, bukan aku yang tentukan. Aku tak boleh buat apa yang aku nak sepanjang masa.

Tak macam Laici.

Dia bebas. Dia ludah kepada sistem hidup manusia moden, dengan kahak-kahak hijau sekali.
Langsung tidak terpengaruh dengan budaya konsumerisme yang pihak-pihak kapitalis paksa kita telan dengan iklan-iklan yang dimomokkan setiap hari.

Laici tentukan hidupnya sendiri. Macam aku cakap tadi, dia bos, dia kuli. Apa yang Laici nak, dia boleh buat sendiri tanpa memikirkan konsekuensinya.

Laici sangat DIY.
Laici seorang punkrocker.


***************************************************


Aku pula?
Aku sampai bila-bila pun takkan dapat jadi punkrocker.

Pasal apa?
Sebab paling besar, budaya konsumerisme memang dah melekat kuat dalam hidup.

Kalau tengok barang-barang kita sekarang, semuanya buatan China. Agaknya, buruh-buruh di China itu, gajinya setimpal tak dengan kerjanya?

Itu semua oppression si kapitalis. Dan aku salah seorang penyokongnya.

Dan aku juga ada kemahuan yang bertentangan dengan punk.

Ambil contoh, aku teringin sebuah Maserati 400 kuasa kuda.
Takkan nak pakai Kembara 88 kuasa kuda je kot. hehe.





Friday, September 4, 2009

The Punk Poet

Evidently Chicken Town

the fucking cops are fucking keen
to fucking keep it fucking clean
the fucking chief's a fucking swine
who fucking draws a fucking line

at fucking fun and fucking games
the fucking kids he fucking blames
are nowehere to be fucking found
anywhere in chicken town

the fucking scene is fucking sad
the fucking news is fucking bad
the fucking weed is fucking turf
the fucking speed is fucking surf

the fucking folks are fucking daft
don't make me fucking laugh
it fucking hurts to look around
everywhere in chicken town

the fucking train is fucking late
you fucking wait you fucking wait
you're fucking lost and fucking found
stuck in fucking chicken town

the fucking view is fucking vile
for fucking miles and fucking miles
the fucking babies fucking cry
the fucking flowers fucking die

the fucking food is fucking muck
the fucking drains are fucking fucked
the colour scheme is fucking brown
everywhere in chicken town

the fucking pubs are fucking dull
the fucking clubs are fucking full
of fucking girls and fucking guys
with fucking murder in their eyes

a fucking bloke is fucking stabbed
waiting for a fucking cab
you fucking stay at fucking hom
the fucking neighbors fucking moan
keep the fucking racket down
this is fucking chicken town

the fucking train is fucking late
you fucking wait you fucking wait
you're fucking lost and fucking found
stuck in fucking chicken town

the fucking pies are fucking old
the fucking chips are fucking cold
the fucking beer is fucking flat
the fucking flats have fucking rats

the fucking clocks are fucking wrong
the fucking days are fucking long
it fucking gets you fucking down
evidently chicken town

-John Cooper Clark-


John Cooper Clark, also called the punk poet. Click here for further reading.

Thursday, September 3, 2009

Filem Terhebat Sepanjang Zaman



Sebuah filem muda-mudi gedik santai untuk tontonan keluarga. Bukan produksi Yusof Haslam dan anaknya jadi jangan risau dengan adegan-adegan mengarut.

Mengisahkan tentang Kimak (kiri sekali kepala terlindung), Mache (tayang ketiak), Nazirul (tonggek bontot), Wakterm (terlindung Nazirul), Senbe (tersenyum riang), Krebat (gaya ayam), Ijam (gaya bebas) dan Shak (paling hensem, watak utama, tiada dalam gambar).

Filem ini amat istimewa kerana walaupun judulnya diambil daripada salah satu watak dalam filem ini, tapi dia hanya watak pembantu sahaja. Judul ini lebih tertumpu kepada perangai sorang-sorang watak dalam filem ini yang boleh tahan diorang punya pukimak.

Ia mengisahkan kisah mereka ketika di bangku sekolah. Bermacam asam garam telah dilalui dan berbagai lubuk dan longkang telah diredahi. Melalui zaman akil baligh yang mencabar. Mengejar impian, dikejar warden.

Sebuah filem yang akan menggamit kenangan pahit manis persekolahan. Kisah yang penuh dengan unsur persahabatan, hubungan homoseksual, bahasa-bahasa kesat dan sedikit unsur ketuhanan.

Terdapat juga penampilan istimewa daripada pelakon sensasi Liyana Jasmay yang memegang watak sebagai peminat rahsia hero (ehem..) filem ini.

Mampukah mereka mengharung cabaran kehidupan?
Mampukah mereka mengekalkan persahabatan?
Mampukah mereka berlari ke daratan?
Mampukah pasukan bola mereka layak Piala Dunia?
Adakah cinta homoseksual Krebat terbalas?


Sama-sama kita saksikan.


Wednesday, September 2, 2009

Singapura - Kuala Lumpur

Dulu masa zaman belum akil baligh, perjanjian aku dengan mak bapak aku satu hari sama dengan 1 ringgit.
Jadi cukup 30 hari, dapatlah 30 ringgit duit raya.

Itu zaman naik basikal GT ke hulu ke hilir. 30 ringgit memang cukup heaven dah.

Tapi ini zaman sekarang. Zaman globalisasi. Zaman inflasi. 30 ringgit mana cukup.

Aku kalau nak hisap tembakau cikai-cikai pun nak gulung pakai duit kertas warna merah bernilai 10. Kalau gulung pakai seringgit atau 5 ringgit, tak sedap. Duit kertas 2 ringgit rare. Susah juga nak dapat.
Kalau gulung pakai duit 50 yang baru tu, memang high sampai esok hari.


Jadi, dah sampai masa untuk aku revise balik perjanjian lama. Perjanjian dah lapuk. Dah merepek. Tak relevan. Macam perjanjian air Johor-Singapura. Tak masuk akal.

Aku ingat nak demand paling kurang pun 10 ringgit satu hari. Sedap sikit rasa nak puasa penuh.

Tuesday, September 1, 2009

From Myanmar With Love

Bangun pagi. Gosok-gosok mata sikit. Tengok dah cerah dah. Masuk kali ini sepanjang aku puasa tahun ini baru 2 kali aku sahur waktu afdal yakni 5 pagi ke atas.

Tengok jam, awal lagi. Sambung tidur balik.

Bangun kali kedua. Haram jadah dah lewat 10 minit untuk ke kelas. Pergi tengok bilik sebelah semua dah siap. Dulu masa kecil-kecil mak aku selalu pesan sebelum aku pergi sekolah. Dia pesan "Belajar elok-elok." Sebagai rakan yang baik, aku pun pesan kat member aku "Sign attendance untuk aku."

Lepas itu, aku tidur balik.

Bangun kali ketiga. Otak dah tepu tak boleh nak tidur dah.

Online. Baca berita sikit. Merepek-repek rakyat Malaysia sekarang ini. Tak reti nak duduk tenang-tenang. Semua nak emo-emo. Macam budak baru nak up.

Bila aku jadi PM, aku nak halalkan penjualan ganja secara berleluasa macam gula-gula Hack's. Bagi bertenang sikit rakyat Malaysia ini.

Malas aku nak heavy-heavy. Banyak lagi benda aku nak buat. Macam berangan apa yang gadis Myanmar dengan senyuman membunuh hari itu tengah buat sekarang.