Wednesday, August 26, 2009

Rozzers

Joining the police force is not a popular choice of career nowadays. Thanks to a group of our own Malaysian who like to condemn the police rather than glorifying them.

Cops are bribe-taking motherfuckers, according to them. Thats a serious accusation we got there, my friend but it is not all true and not all false. Yes we got several policemen were indicted with charges, mainly the 'small fish'.

'duit kopi' Namewee said.


Well, the mother of all 'duit kopi' problem is you, you miserable cunt! Not the police.

Say, you run a red light. A police stopped you. He asked you to roll down the window.

Policeman : You just ran a red light back there, did you know that?

You : Yes.

P : You just won yourself a ticket.

You : I know.

P : Well.... ok. Lets just cut the crap. Because you're a one lucky bastard, I let you off but you have to wet my beak a little.

What a sweet talker he is. Now you're left with two choices. The choice of a twat and the choice of a genius.


If you a twat, and I know you are, you will wet his beak a little. RM50 and the case is closed. Then, when you're with your mate, you will start telling the story. The victim story. Victim of a crooked cops.

You : Boo Hoo Hoo! The cop is bad! Bad! They're gonna kill us all! What is the world coming too?We're all doomed! We have to commit suicide!



Or,

You can be a genius, like me.

Policeman : Now give me something to wet my beak. Gimme gimme gimme!

You : (Showing the middle finger)

P : What the..

You : (Show another middle finger, for dramatic purpose)

P : Errr...

You : Just give me the ticket you dirty cunt. Or I'll tell your mother you've been bad. I'll tell Santa too so you dont get nothing for Xmas.



Now bow down to my genius.



See how you can help the cunt-try to solve the rotten cops problem by paying your fines of your OWN fault to the goverment. Not to the policeman even if they asked.


Remember kids, always have faith on our police force. Dont talk shit unless you've been in their black, shining shoes.

When the lives of you, your family or your loved ones in danger, who do you call?

Ghostbuster? No.
Abang Kawasan? Maybe.

Its Polis DiRaja Malaysia.



Saturday, August 22, 2009

Macha Antera di Bulan Puasa



Cha!
Ini hari 1st puasa.
Gua sama macha-macha Teluk Intan lain tengah atas kapal.
Candat sotong kat Perhentian!

Ingat nak salai buat berbuka karang.
Kalau ada lebih ingat nak buat sahur.


Hari Raya Pertama, dah plan nak lepak Sipadan!
Tak payah nak sibuk-sibuk kat tanah besar.
Lepak pulau lagi best.

Tahun ini tak beli baju raya pun. Semua beli Speedo raya.
Senang nak snorkeling kat Sipadan nanti.


Lu kat Down Under sana apa ada?
Raya lu lepak mana? Layan opera kat Sydney?
Daging kangaroo sedap tak buat sahur?

Lu nak join raya Sipadan lu roger awal. Ada lagi tempat ni.
Alphard convert Unser tak penuh lagi. haha.



Monday, August 17, 2009

Rerambut Rambutan

Tadi pakcik security tegur rambut aku. Dia suruh potong. Panjang katanya.

Ironiknya, aku baru potong rambut semalam.
Tapi paham-paham la, maksud potong rambut aku bukan macam potong rambut budak darjah 1.

Terus, aku teringat babak dalam filem Kembara Seniman Jalanan.
Joe(Imuda) dengan Osman Tikus(Pyan Habib) tengah lepak tepi kaki lima baca surat khabar.

Osman : Joe, ini konsert di stadium batal. Hancai Pocai!

Joe : Apasal kena
ban? Gua dah beli tiket!

Osman : Pasal rambut lah! Mencemar budaya konon!


Joe : Eleh! Pasal rambut ni, dari zaman gua sekolah dulu, sampai sekarang tak habis-habis. Rambut rambut rambut. Pasal rambut panjang sikit, diorang kecoh. Tu dalam kelab tu, ada tarian bogel, menari terkangkang, terkangkang koyak, diorang diam.
Massage parlour, rumah urut, sini sana boleh. Diorang diam. Budaya ke tu?

Sunday, August 16, 2009

First Class Country With Third Class Mentality




Aku rasa ramai di Malaysia ni yang tak ambil kisah sangat pasal sukan rally.

Memang pendedahan sukan rally di Malaysia agak kurang.
mungkin pasal tajaan yang kurang atau sebab-sebab yang lain.

Jarang keluar dalam TV atau Akhbar-akhbar tempatan pasal pusingan-pusingan rally yang berlangsung di Malaysia ini, terutamanya TV la.
Stesen Tv lagi suka tayang drama merepek-repek daripada buat siaran rally.

Apa susah sangat?
F1 boleh, Cub Prix boleh, Moto GP boleh tayang, kenapa rally tak boleh?

Serius, rally memang seronok. Dulu memang sukan permotoran yang paling aku layan F1. Tapi sekarang dengan peraturan merepek-repek dengan politik dalaman lagi, F1 dah jadi macam tak blah nak layan.
Terus aku sangkut dengan rally.

Sekarang ini sedang berlangsung Asia Pacific Rally Challenge dan Malaysia Rally Challenge di JB.
Untuk APRC, kita ada Proton Satrioa Neo S2000 yang dipandu Karamjit Singh dan pemandu arah Jagdev.
Untuk MRC, semua memang pasukan dari Malaysia lah kan. Siapa lagi. Cuma yang menariknya, pasukan Felda Rally Team menggunakan Proton Gen.2 Evo 6 dan juga Proton Waja Evo 6.




Patutnya kita berbangga pasal ada penyertaan daripada wakil negara sendiri. Sepatutnya ini yang ditayang dalam kaca-kaca TV dan juga dijaja kepada negara-negara jiran pasal kita satu-satunya negara Asia yang selain Jepun yang menghantar jenter buatan sendiri.
Bukan menjaja drama-drama merepek dari seberang.

Dan apa yang lebih menyedihkan, rakyat negara sendiri bukan sahaja tidak menyokong, malah menyindir lagi.

"ala bukan guna enjin proton pun"
"setakat kereta orang luar yang tuning bolehlah"

well, sweetheart, kita tengok macam ini.

Kita ada potensi, cuma kita tidak ada kepakaran. Jadi apa salahnya kalau kita guna kepakaran luar? Apabila bertanding nanti, kita guna nama Proton. Anda tak bangga?
Kalau menang, akan disebut 'Proton Satria Neo S2000' bukannya Proton Satria Neo with tuned Renault engine'.

Lebih kurang macam atlet. Walaupun dilatih oleh jurulatih luar, kalau menang, Jalur Gemilang yang akan dikibarkan. Negaraku akan dinyanyikan walaupun jurulatihnya bukan warganegara Malaysia.

Logik, kan?

Ketika Subaru mula-mula menyertai sukan rally, mereka pun menggunakan kepakaran luar. Akhirnya mereka menjadi kuasa besar rally dunia. Nama Subaru cukup sinonim dengan rally.
Malangnya mereka telah menarik dari daripada WRC setelah kejohanan 2008 berakhir.

Mana tahu suatu hari nanti Satria Neo boleh mencapai cult status seperti Mitsubisihi Evo dan Subaru Impreza. Tak payah susah-susah nak korek 300K kalau boloeh beli Satria dalam 50K.


*Gambar dari geartinggi.com*

Thursday, August 13, 2009

Layang-Layang Merewang


Sepatutnya sekarang aku tengah sibuk buat assignment Theory of Structure.
Tapi entah mengapa itu tidak berlaku.

Semalam Hari Menerbangkan Layang-Layang dekat UTP. Boleh tahan dia punya meriah.
Punya ramai orang sampai berbelit-belit tali layang-layang. Ini kalau masuk dalam babak drama cinta romantis boleh tahan jugak dia punya feel.

Aku tak main pun. Dah puas main masa budak-budak. Dulu masa budak-budak aku main memang hardcore. Masa tengah-tengah hari buta (tengah hari buta, malam pun buta. orang melayu ini tak habis-habis nak membuta) pun aku sebat main jugak.
Ini pasal kawan aku cakap tengah-tengah hari dia punya angin memang sedap nak main layang-layang. Sekali tengok haram tak kuat pun angin. Kena guna teknik larian nak bagi layang-layang naik.


Bila habis main dia punya penat sampai mata berpinar-pinar rasa nak pengsan. Itupun pasal dah tak larat. Kalau stamina tinggi, memang rasa nak main terus sampai ke maghrib.

Dulu budak-budak mana ada duit nak buat layang. Buat sendiri.
Pakai surat khabar. Dia punya susah nak bagi terbang memang azab. Setting memang kena betul-betul ngam baru boleh naik.
Ekor tak boleh pendek sangat, tak boleh panjang sangat. Memang guna prinsip
try and error je masa itu. Kalau rasa susah nak naik, bawa turun bagi adjust sikit.

Tapi kalau dah dapat naik, dia punya kembang hidung memang boleh tahan.
Rasa seronok gila babi.
Tapi itu cerita lebih 10 tahun dulu. Kalau sekarang memang aku rasa dah hilang dah skill pertukangan layang-layang aku itu.


Tapi sekarang ada duit, dulu tak ada.

Jadi, kalau rasa nak main layang-layang, beli je la.


"hidup ini macam main layang-layang. kau kena tahu mana arah angin, kuat mana angin itu. kau tak boleh tarik terlalu kuat atau tali kau putus. kau juga tak boleh tarik terlalu lemah atau layang-layang kau nanti menjunam. kau kena sabar dan usaha dengan teknik yang betul dan layang-layang kau akan terbang tinggi."
aku tak ingat aku jumpa ini kat mana.

Tuesday, August 11, 2009

Abandon All Hope


Dicilok dari Tenderfist sekali lagi yang dia cilok dari sumber lain.

God Isn't Dead, Is He?

Nietzsche says, "God is dead".
Well, you're dead wrong, Nietzsche.

There is a God.
And He is very alive.
That's why I've failed miserably for two consecutive times.

Pure Shite

"Kalaulah motivasi untuk belajar ada dijual dalam bentuk pil, akulah penagih tegarnya."
-Shak-

Sunday, August 9, 2009

Klasik Sekolah Rendah

Ketika aku darjah 3, untuk jadi manusia paling hot di dalam kelas tidak memerlukan wang ringgit yang banyak, bag sekolah baru yang funky atau kasut paling mahal.

Kau hanya perlu ada senaskhah komik Dragon Ball terbaru.

Pasti semua orang mahu menegur sapa dan berbuat baik. Tiba-tiba kau dirai macam YB.
Kawan-kawan lain bukan apa.
Niat di hati hendak hendak pinjam membaca.
Nak beli susah betul nak pujuk mak bapa.

Masuk darjah 4, Pro-Yo telah mempromosikan yo-yo secara besar-besaran.
Yo-yo secara serta merta menjadi sesuatu yang in ketika itu.

Bagi kanak-kanak yang membesar di pekan kecil, ibu-bapa memberi lesen untuk membeli yo-yo cap Pro-Yo yang mahal memang umpama mimpi di siang hari.

Yang aku dapat, entah yo-yo cap apa. Made in China agaknya. Sedap-sedap aku praktis asyik rosak. Dua tiga kali aku tukar lama-lama fed-up. Skill hapah tak jadi.

Aku ambil keputusan untuk tinggalkan yo-yo untuk kembali main gasing, tepuk kad dengan pemadam. Ikut jadual hari itu main mana satu. Sekali-sekala dekat sekolah agama aku main guli susu.

Selalu budak-budak yo-yo main tengah kelas. Senang dapat perhatian agaknya. Yang ini geng orang berada.

Geng rakyat marhaen main kat belakang kelas. Underground sikit. Apa kes main gasing tengah kelas. Silap pangkah tak pasal berlaku pertumpahan darah.

Asal cikgu tak masuk kelas, gametime pun bermula. Yo-yo dengan yo-yo, underground sama underground. Tapi kami tak rival. Masing-masing sibuk hal masing-masing.

Kelas jadi bising macam setan. Lepas itu cikgu kelas sebelah mari jenguk apahal. Mengelejat semua orang pasal yo-yo mahal sama gasing champion kena rampas.

Tapi aku selalu nasib baik. Time aku tak main, time itu budak-budak lain kantoi.

Ingat, baik berpada, buat jahat asal selamat.



Saturday, August 8, 2009

Kisah Hadis Lagi

Sini, Abang Hensem Fairul kita telah memberikan pandangan tentang pandangan aku terhadap hadis.

Ini pula pandangan aku terhadap pandangan Abang Hensem Fairul(rambut panjang macam awek dulu lagi cun dari rambur askar sekarang).

Mula-mula sekali, mungkin kau salah faham. Aku bukan anti-hadis. Dalam beribu-ribu hadis, majoritinya aku rasa betul dan membawa kebaikan. Tetapi ada hadis tidak selari dan menambah-nambahkan lagi hukum dari Al-Quran.

Dari sini bermulanya asas pandangan aku yang hadis ini ada cacat celanya. Nanti aku cerita lanjut kat kesahihan hadis.
Kita pergi ke yang pertama dahulu.

Katanya, kita perlu kembali kepada asas.

Nabi telah tinggalkan kita mukjizat paling besar sebagai asas kehidupan umat Islam, iaitu Al-Quran.

Nabi menyuruh kita berpegang terhadap Al-Quran teguh seteguh-teguhnya sehinggakan dia telah melarang umatnya menulis apa-apa perkataan dari Nabi selain Al-Quran. Jika ada sesiapa yang menulis perkataan dari Nabi selain Al-Quran, Nabi menyuruh tulisan itu dimusnahkan (
Sahih Ahmad, Sahih Muslim, Ibnu Hanbal)

Selepas kewafatan Nabi, Umar telah berkata beliau teringin mencatat beberapa koleksi kata-kata dari Nabi, tetapi beliau takut umat Islam akan meletakkan Hadis lebih tinggi daripada Al-Quran, jadi beliau tidak melakukan niatnya itu. (
Jami' al-Bayan)




Pasal penyelewengan ilmu, ya hadis pasal larangan bersukan itu adalah sahih Muslim. Dari contoh ayat Al-Quran yang kau beri, disebut tanah kering, lumpur hitam dan tanah liat. Percanggahan? Tidak aku rasa. Kesemuanya tanah. Jadi tidak timbul persoalan ayat Al-Quran tidak selari kerana ia adalah Kata-Kata Allah.

"Larangan mencatat apa yang dikatakannya selain al-Quran tu masa mula-mula je. Ni sebab tak nak tercampur antara ayat suci al-Quran dengan hadis nabi."
Secara tak sedar kau dah ulang
point aku yang paling utama. Tengoklah apa umat Islam lakukan sekarang. Bukan sahaja mencampur, malah meletakkan hadis itu lebih tinggi dari ayat Al-Quran.
Jadi benarlah larangan Nabi Muhammad dahulu.
Lagi satu,kenapa hendak larang ketika Nabi masih hidup? Bukankah jika Nabi masih ada senang kerja-kerja pengesahan hendah dilakukan? Jika Nabi ada, tidak timbul masalah kekeliruan antara ayat Al-Quran dan hadis kerana boleh dirujuk kembali kepada Nabi.

Pasal penafsiran Al-Quran itu, bagaimana dengan nasib penafsir dan penterjemah yang menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran dalam bahasa lain beserta komentar-komentar?
Berdosakah mereka? Jadi bagaimana kita hendak mengkaji Al-Quran? Dan lihat perkataan
intellect yang digunakan. Perkataan ini digunakan merujuk kepada orang yang bijak pandai dan berilmu.


Pasal kesahihan hadis, Imam Bukhari dikatakan telah mengumpul sejumlah 600 000 hadis kemudian menapis dan tinggal 7275. Aku tak pasti berapa tahun Imam Bukhari merantau mencari kesahihan hadis tetapi ketika zaman itu, kenderaan hanyalah unta dan tiada telefon bimbit, tugas itu pasti sangat sangat mencabar. Dan kita perlu ingat, yang maksum hanya Nabi.
Memang aku akui Imam Bukhari dan cendekiawan Islam ketika itu adalah yang terhebat, tetapi mereka tetap insan biasa. Tidak maksum. Jadi ada ruang untuk berlaku kesilapan.

Bukan nak menghina tetapi berjaga-jaga.

Ramai penyokong hadis yang menggunakan hadis berkata para sahabat mempunyai kebolehan luar biasa dalam mengingati hadis-hadis Rasulullah. Aku tak pasti dari siapa kalau tak silap Imam Bukhari juga kot.



Pasal perpaduan, kau kata niat jahat yang membawa kehancuran.

Faive yang naive. hehe

Apakah
tool yang digunakan niat jahat itu? Niat jahat semata-mata takkan boleh berjaya. Mesti ada perlaksanaannya. Macam mana hendak melaksanakan niat jahat sambil berselindung dibalik kesucian Islam? Mencipta hadis dan mengaku ia sahih.

Kenapa orang Islam di Malaysia tidak mahu menerima hadis-hadis sahih Syiah?
Kenapa Orang Islam Syiah tidak mahu menerima Kitab Sahih Al-Bukhari walhal kebanyakan golongan Sunnah meletakkan Kitab ini selepas Al-Quran(tetapi pelaksanaannya kadang-kadang melebihi Al-Quran?)
Kedua-dua pun dikatakan hadis sahih kan. Kenapa tak nak terima pakai?

Padahal dua-dua mengaku Islam. Nabi Muhammad dahulu menyampaikan satu kitab sahaja iaitu Al-Quran. Macam mana dari satu buku boleh timbul dua aliran yang berbeza?

Ya Ahmadinejad dan Iran adalah Syiah. Itu sangat pasti. Walaupun begitu, kerajaan Iran tetap berbesar hati memberi dana membina makam peringatan Imam Al-Bukhari walaupun beliau ketika hidupnya memang diketahui seorang anti-Syiah. Tak percaya tanya Faisal Tehrani.


Di sini aku ingin menekankan sekali lagi yang aku bukan anti-hadis. Cuma aku rasa hadis perlulah dikaji semula terutamanya hadis-hadis sahih yang tidak selari dengan Al-Quran dan hadis juga perlulah 'diturunkan tarafnya' agar tidak melebihi Al-Quran.





Tuesday, August 4, 2009

Cikgu Muzik



Adik-adik, hari ini kita akan belajar tentang salah seorang ikon rock n roll yang mempengaruhi muzik rock n roll selepas eksperimentasi mereka sehinggalah sekarang.

Nama kakak ni Nico. Nama betul Christa Paffgen. Dia seorang Jerman.

Kakak ni adalah seorang model, pelakon, penulis lagu dan penyanyi. Sungguh berbakat kan kakak ini, adik-adik?

Kakak ini mula menyanyi solo, sebelum Andy Warhol memperkenalkan kakak ini kepada kugiran The Velvet Underground. Adik-adik kenal kan siapa pakcik Andy ini? Ya betul. Dia seorang yang mengepalai pergerakan pop art.

Kakak Nico dan Abang-abang The Velvet Underground telah berjaya merakamkan album bertajuk The Velvet Underground & Nico. Album ini diterbitkan pada tahun 1967. Dalam Album ini, kakak Nico menyanyikan 3 buah lagu manakala selebihnya Abang Lou Reed yang nyanyi. Tak berapa lama selepas pelancaran album, kakak Nico meninggalkan abang-abang The Velvet Underground bersama pakcik Andy. Tiada persefahaman lagi katanya.

Adik-adik, mari kita tonton lagu nyanyian kakak Nico yang menjadi kegemaran cikgu. Tajuknya Femme Fatale.




Adik-adik mesti perasan kenapa muka kakak Nico ini seram sangat. Kalau tengok kat atas itu, cantik je rupanya.

Ha adik-adik. Itu disebabkan kakak Nico ini penagih heroin. Ingat adik-adik, jangan ambil heroin ok. Tak baik. Drugs kill the real thrill.


Walaupun kakak Nico ini penagih heroin, tapi kakak ini telah berjasa dalam membentuk pergerakan rock n roll ini menjadi sesuatu yang tidak gay.

Kalau tidak, rockers-rockers semua jadi macam Jonas Brothers. Abang-abang Jonas itu sangat gay kan adik-adik?

Gay yang cikgu maksudkan ini adalah maksud yang baru, bukan yang lama.
Adik-adik tahu kan gay itu apa? Homoseksual.

Ok.
Sampai sini saja.
Jumpa lagi dalam kelas Rock n Roll 101 di lain hari ya adik-adik.

Monday, August 3, 2009

The Music and The People

Nak tunggu lagu-lagu macam ini keluar stesen-stesen radio Malaysia, macam nak tunggu Kim Jong Il dan Barack Obama jadi member kamcing.