Mesej tersurat yang kelihatan adalah menabung itu amalan mulia. Dan sebuah kereta seksi jauh lebih menarik daripada seorang cikgu, kayu penunjuk dan peta dunia.
Mesej tersiratnya pula adalah designer Porsche sangat tidak kreatif sehinggakan sebuah kereta yang dilihat ketika masih budak hingusan, akan tetap kelihatan sama 20 tahun akan datang.
Ini kita boleh lihat daripada line-up 911. Porsche 911 masakini masih kelihatan serupa dengan 911 pertama yang keluar dari kilang pada tahun 1964. Dan 911 pertama itu pula yang direka oleh Ferdinand "Butzi" Porsche, adalah dicedok rekaannya daripada sebuah kereta legendary yang tak perlu diperkenalkan lagi, VW Beetle, yang direka oleh datuk Butzi, Ferdinand Porsche.
Tak percaya? Sila cari perbezaan gambar-gambar di bawah.
VW Beetle
1975 Porsche 911
2009 Porsche 911 Gt3 RS
Walaubagaimanapun, jika kedapatan seorang dua datin yang baik hati dan pemurah yang ingin menaja saya, kecil tapak tangan kunci 911 saya tadahkan.
Semakin laju kita berlari, semakin banyak kita tinggalkan.
Halamak, ayat intro dah macam komsas sastera sekolah menengah.
Tapi itulah realitinya di Malaysia. Seperti negara-negara memabangun yang lain, kita sibuk mengejar arus modenisasi sampai kita terlupa untuk memelihara dan mengekalkan apa yang menjadikan Malaysia adalah Malaysia.
Dan selalunya kegilaan untuk mengejar modenisasi ini didorong oleh keuntungan maksima.
Ambil contoh, Pavilion KL. Ianya dibina diatas tapak Bukit Bintang Girls' School, sekolah tertua di Kota Lucah. Sekolah tertua di Kota Lucah telah dirobohkan untuk apa? Untuk budak-budak melepak menghabiskan masa dan wang ringgit? Ditambah pula dengan kehadiran golongan yang suka melepak depan Pavvy seolah-olah bangga dengan kehadirannya di Kota Lucah. Sasau ke apa lu, mat? Aku lagi bangga dengan Penjara Pudu daripada Pavvy.
Oh sebut pasal Penjara Pudu. Ianya dibina pada 1891 dan ditutup pada 1996. Anda kira sendiri berapa tahun ia sudah berkhidmat. Ia pernah dibuka untuk lawatan orang ramai sebelum deserahkan kepada UDA(kalau dah tak ingat apa kejadah UDA ni buka buku sejarah Tingkatan 5). Bila dah jatuh dalam tangan UDA, bermacam-macam proposal sampai. Nak buat flat la, itu la ini la semuanya keuntungan maksima. Proposal asal untuk menukarkan ia kepada muzium? Aku rasa dah terselit dalam fail yang dah berdebu.
Kita pergi pula kepada bangunan kedai-kedai lama. Kalau diperhatikan banyak bangunan-bangunan ini yang menunggu masa untuk tersungkur ke tanah. Kalau anda lihat di Gopeng, deretan kedai lama yang usang memang sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem seram.
Kalau anda lihat pada rekaan bangunan kedai lama ini, ianya mempunyai kaki lima yang berbumbung. Sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. Kaki-kaki lima ini memberikan teduhan secara percuma anda, berbanding Pavvy, anda akan dihalau jika melepak (baca : berteduh) di hadapan pintu. Untuk berteduh, anda perlu masuk ke dalam. Bagi yang iman kuat macam aku, memang tiada masalah tapi bagi yang goyah, kepala-kepala Agong akan bertukar tangan.
Kedai-kedai lama menggambarkan sifat Malaysia, panas, hujan, toleransi dan persefahaman. Pavvy? Keuntungan maksima.
Sayang sekali kedai-kedai lama ini makin terbiar.
Kenapa tidak dipulih dan digunapakai semula? Kenapa kita tidak contohi bandar Liverpool? Atau susah sangat, contohi bandar Melaka?
Di Teluk Intan sendiri, bangunan Mahkamah lama telah dicat semula dengan cantik tapi terbiar. Katanya telah dijadikan bilik gerakan oleh penagih-penagih cinta eh silap, dadah. Istana Raja Di-Hilir? Aku pernah jumpa reban ayam yang diselenggara dengan lebih sempurna.
Kenapa kita hendak biarkan Melaka sahaja yang bersungguh-sungguh memelihara warisan sejarah. Sepatutnya setiap negeri dan setiap pekan menjaga warisannya sendiri.
Aku rasa pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia lebih berminat nak tengok warisan kita daripada betapa metropolitannya kota-kota kita. Kota mereka lebih hebat. Shopping? Itu hanya aktiviti sampingan sahaja. Lagipun harga-harga di Malaysia bukannya jauh beza pun dengan harga negara asal mereka.
Pada pendapat fikiran aku yang tajam ini, kegilaan Malaysia mengejar modenisasi mungkin hasil daripada kemajuan pesat yang dibawa Tun Mahathir. Jangan salah faham, respek aku kepada Tun M memang tinggi melangit, tapi hey, dia juga manusia. Tak terlepas dari kesilapan.( jadi adakah Lim Guan Eng bukan manusia kerana dia tak pernah silap?)
Kita begitu beria-ia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara-negara maju yang lain. Tapi pada firasat aku yang mahal ini, untuk menjadi negara maju tidak semestinya mempunyai rekaan perbandaran dan bangunan yang moden dan futuristik.
Itu kita biarkan sahaja Dubai kelam kabut. Malaysia, kita relaks-relaks saja. Banyak lagi aspek penting yang perlu kita perbaiki untuk menjadi negara maju.
Sebab aku bimbang, akibat asyik melihat KL Sentral, lama-lama Stesen Keretapi Kuala Lumpur hilang dalam bayangannya.
p/s : entri ini ditujukan kepada dato yang akan menaja percutian gua di Melaka kelak.
1. Teluk Intan telah berjaya naik satu lagi anak tangga kerana telah mendapat lintas langsung khas daripada RTM. Seronok penduduk-penduduk Teluk Intan terutamanya golongan muda-mudi. Adalah sikit aktiviti lain daripada asyik melepak depan Menara Condong.
2. Aku dapat maklumat bahawa seorang mamat berambut blonde memakai baju "I Heart FF" telah berjaya masuk ke kaca TV. Mamat itu dan rakan-rakannya bersarapan sebelah meja aku di Ha Roti Canai. Semangat betul diorang nak ber-shuffle sampai pukul 8 lebih lagi dah bersiap.
3. Sebuah Ferrari F430 yang membuat penampilan di autoshow betul-betul menaikkan nafsu aku. Memang pure pornography. Tapi apa pasal dia punya owner pergi mod sampai bunyi dah jadi macam kereta Jepun? Mana pergi bunyi pure Italian thoroughbred?
4. Pertandingan sound system kereta macam biasa memang aku tak minat. Aku lagi minat tengok budak-budak shuffle tepi-tepi kereta. Sampai ada yang berpeluh-peluh lenjun satu badan. Restecp!
5. Hari Ahad adalah untuk kereta Mini dan motorsikal British antik. Ini memang champion! There's no school like the old school. Budak-budak shuffle, sila ambil perhatian.
6. Secret Recipe telah membuka cawangan baru di Teluk Intan. Memang panik. Penuh memanjang. Member-member aku semua gelak tapi aku syak diorang pun pergi juga senyap-senyap. Itu Vengga Boyz bukan boleh percaya.
7. Projek Metro tertangguh lagi.
8. Aku punya short bola Umbro yang sedap telah tertinggal di Bukit Merah. Ini semua awek baju pink dan kereta api gatal punya pasal.
9. Dengar cerita Vengga Boyz Teluk Intan akan membuat lawatan balas ke utara. Jum. Kita lajak sampai Thailand. Kalau tak puas lagi, kita lajak sampai Vietnam. Lepas itu kasi gelak sama diorang pasal kalah bola.
10. Apa pasal Alor Setar tak tayang Mualaf ha? Sial betul.
Aku memang dah lama pegang kepercayaan itu. Tapi baru tadi aku dapat satu bukti yang memang tak dapat disangkal lagi. Kalau macam ini orang Malaysia, memang aku mengeluh panjang.
Malaysia, kita ada masalah.
Baca linkini.Sampai habis. Kemudian anda fikir, ianya fakta atau fiksyen.
Selepas itu, baca pula komen-komennya. Sampai habis. Kalau anda tak mengeluh panjang, disarankan supaya anda jumpa doktor dengan segera.
Serius aku tak faham apa ada dalam kepala otak mereka ini. Yang paling tak boleh blah, dah ada orang sound kata benda itu merepek-repek sahaja, bukan serius, tapi masih lagi ada orang yang letak komen yang err... aku klasifikasikan sebagai 'tak membina'.
Ini jelas menunjukkan trait-trait tipikal rakyat Malaysia.
Yang pertama, tiada developed sense of humour. Benda betul dengan parody pun tak reti nak beza.
Yang kedua, malas membaca (atau tak tahu 'membaca' langsung?). Sudah terang lagi bersuluh benda itu merepek dia pergi percaya. Lepas itu orang dah sound dah tulis kata benda itu merepek, tak betul, main-main sahaja, dia pergi percaya lagi. Maksudnya dia tak baca komen-komen yang ditulis sebelumnya. Ataupun otaknya selalu sangat diceramah dengan benda merepek sampaikan lagi merepek ceritanya, lagi cepat dia percaya.
Yang ketiga, suka memberi komen tentang apa yang dia tidak tahu dan tidak faham. Benda belum faham betul-betul, dia dah laju keluar hujah-hujah 'bernas'. Tak reti nak sit back and relax, back off a bit to get the bigger picture and please, for the sake of mankind, stop thinking with your penis.
Yang keempat, rakyat Malaysia ketagih dengan drama politik. Ini aku syak berpunca daripada kegagalan stesen tv tempatan menyajikan drama-drama yang hebat untuk memenuhi nafsu rakyat Malaysia yang suka berdrama. Limpahan drama-drama dari seberang yang tidak berkualiti menyebabkan rakyat Malaysia beralih kepada drama-drama politik tempatan yang lebih raw, lebih real dan lebih badass. Ianya juga seiring dengan slogan "Support our local act" yang menjadi kegilaan muda-mudi.
Ini memang betul-betul memeningkan kepala.
Majoriti di kalangan pengguna internet adalah bodoh. Ini menjadikan internet sudah tidak cool lagi.
Lepas ini aku nak cari kawan di kalangan mereka yang tidak menggunakan internet dan FB.Biarpun dia suka ber-shuffle.
Disclaimer : start dari point 4 ke bawah, itu gua dah merepek. Lu orang jangan nak percaya pula. Karang mula nak hentam gua macam-macam padahal lain gua tulis lain yang lu baca. Tapi gua memang berharap stesen tv kita insaf dan kembali ke pangkal jalan.