Tuesday, June 21, 2011

Riuhnya di Kota

DSC08738
Karimun, Indonesia Jun 2011




Bagi yang mengenali gua, pasti sudah tahu gua adalah seorang yang merayakan individualiti.

Apa mahu kisah berbaju melayu bersampin bersongkok tinggi ke Pavillion jika itu jiwa kamu.
Apadahal umur 40 masih berambut mohawk berbut steel toe Dr. Marten. Rock n Roll!


Tetapi jika cubaan untuk menonjol sebagai seorang individual itu hanya mengikut peredaran arus semasa, itu sudah tidak kena gayanya.


Normal la tumbesaran remaja itu penuh dengan pencarian identiti tetapi kalau semua trend semasa disapunyam, itu dah jadi krisis identiti.



Kuala Lumpur. Bukit Bintang.



Hubungan gua dan Kuala Lumpur ini sangat spesial.

Gua benci Kuala Lumpur. Hidupnya serba pantas. Sesak dengan kenderaan dan udara kotornya yang melemaskan. Penuh dengan manusia asing yang entah dari mana datangnya. Belum lagi dikira manusia-manusia plastik yang membanjiri kotaraya ini.

Tak pernahkah Kuala Lumpur mahu berehat sejenak, menghirup teh? Kenapa setiap masa mahu laju dan menggila?


Sebenci mana pun gua dengan Kuala Lumpur, tetap juga gua akan kembali pangkuannya.


Bukit Bintang. Macam-macam kau boleh cari di situ. Dan tempat manusia-manusia plastik berkumpul dan merayakan keplastikan mereka.

Tetapi yang buatkan gua tidak pernah jemu dengan Kuala Lumpur adalah rakyat-rakyat Bukit Bintang, manusia-manusia plastik itu sendiri.


Walaupun gua tak pernah betul-betul selesa di sana, dengan beribu-ribu manusia dan tujuan mereka, seakan ada satu perasaan yang familiar bila gua berdiri di tengah-tengah nadi Kuala Lumpur ini.


Mungkin gua ini adalah, dalam kata-kata Hunter S. Thompson, "just another freak, in the freak kingdom."