Tuesday, March 30, 2010

Made in Malaysia



Itu Proton Satria Neo Lotus Racing.

Siapa yang tak stim tengok kereta ini, memang ada masalah dengan orientasi seksualnya.
Rosyam Noor pun bagi thumbs up sama kereta ini.

Memang menggiurkan. Kalau diberi pilihan antara Inul Daratista sama Neo Lotus Racing, tak teragak-agak lagi gua pilih Neo ini.
Lu kena tengok dia punya side vent. Memang gila babi.

Menggeletar lutut, nyah!

Ini kalau jual di UK atau Oz, memang panik juga mamat-mamat muda sana. Keluarga Satria ini boleh tahan juga dia punya reputasi di sana. Boleh la kata mencapai cult status. Tambah-tambah Satria Gti yang legend itu.

Heck, kalau tak takkan lah Top Gear Australia pun pakai Satria Neo 1.6 untuk segmen Celebrity in a Reasonably Priced Car!


Dah habis baca pasal facts and figures pasal kereta ini, gua baca sekali komen dekat blog automotif terkemuka negara itu.
Orang Malaysia ini tak habis-habis lagi dengan sindrom 'Made in Malaysia'.


Gua nak cakap sikit pasal benda ini.

Pasal harga Neo Lotus Racing ini yang agak 'jahat', orang mula membandingkan dengan kereta buatan luar.

Argumen yang diorang pakai macam biasalah, "Made in Malaysia cikai, sampah masyarakat, buruk, tiada kualiti dan sekutu dengannya. Kalau barang dari _________(insert preferable nation here), baru elok!".

Macam gampang.

Lu, yang kuat menghentam itu, sebagai pemegang IC biru yang tertulis warganegara, secara teknikalnya juga adalah product of Malaysia.

Memang ironik tahap tertinggi bila product of Malaysia mengutuk barang made in Malaysia tiada kualiti.

Kesian gua tengok orang-orang macam ini.


Berbalik kepada Proton Satria Neo Lotus Racing.

Kalau ikutkan hati, nak saja gua angkat telefon bimbit gua lalu terus taip "mak, nak rm115k. nak beli satria neo lotus resing. nak cepat. ada 30 unit je yang jual. 11 dah ada orang book." lalu terus send ke nombor mak gua.

Dan dengan cepatnya mak gua reply, "mak dah masuk 300k. beli dua. ayah nak satu buat bawak pergi surau. duit lebih buatla belanja kawan makan char kuetiau."


Dalam mimpi je la.












Saturday, March 27, 2010

Aku Bangun Pagi Terus Terjumpa Dengan Kebodohan Dan Kehipokritan Orang Malaysia. Hadoiyai!

Baca sini brader-brader sekalian.


Dan aku harap anda semua tergolong dalam golongan minoriti rakyat Malaysia yang mempunyai developed sense of humour untuk mengenal artikel ini adalah spoof dalam sekelip mata.

Dan ini adalah kes kedua. Dulu pun aku dah pernah buat entri pasal benda ini.


Kesian.

Dah la bodoh. Hipokrit pula itu.


Sambut Earth Hour? Dah rasa habis environmentalist la ek?

Macam gampang.


Aku berani bet 99% yang kondem TNB dalam artikel itu guna kereta untuk perjalanan yang kurang daripada 2 km.
Setakat dari UTP nak ke Taman Maju pun pakai kereta, environmentalist jadah apa.

Dan aku rasa orang yang sama akan beli 3.0L Toyota Harrier kalau diberi peluang.
Dan orang yang sama juga tak tahu warna apa untuk material buangan apa di tempat kitar semula.
Dan bila cuaca jadi panas sikit, orang yang sama akan pakai air-cond sampai full blast.


Kalau lu betul-betul environmentalist, lu pakai enjin diesel instead of petrol.
Lu lagi banyak pakai motosikal. Kereta bila betul-betul perlu saja.
Lu kayuh basikal untuk perjalanan bawah 10 km.
Lu kitar semula. Lu tak pakai air-cond.


Kalau setakat Earth Hour saja, tak payah la.
Kesian aku tengok.


Nampak sangat yang kau tu trendy-ass poser.


Aku tak mengaku aku ini environmentalist. Aku jujur.
Jadi kalau aku nak pakai 6.3L Mercedes SLS AMG, lu tak boleh nak kata apa-apa lah.


Friday, March 26, 2010

Diskusi Depresi Babi


"Wouldn't it be more of an act of rebellion if you didn't spend so much time buying blue hair dye and going out to get punky clothes? It seems so petty. Stop me if I'm being offensive. You wanna be individual right? You look like you wearing a uniform. You look like a punk. That's not rebellion. That's fashion."

"Then what's rebellion?"

"Rebellion happens in the mind. You can't create it. You are just that way."


Petikan di atas adalah ceramah Brandy kepada Stevo yang dipetik daripada filem SLC Punk (1998).

Sebuah filem yang menyegarkan.
Wajib tonton bagi mereka yang meminati filem-filem remaja.

Ini membawa kepada gua satu persoalan.

Mana satu lebih seronok?

Fuck the system or fucking with the system?

Gua rasa fucking with the system.


Fuck the system, bagi gua lebih kepada langsung terus renounce sesuatu system itu. Langsung tidak terima pakai.
Sebagai contoh, sistem mengatakan yang penunggang motosikal perlu menggunakan helmet. Kamu fuck the system dengan menunggang motosikal bertelanjang bulat dan tidak menggunakan helmet. Nampak polis dapat surat cinta.


Contoh fucking with the system pula, kalau sistemnya mengatakan pelajar tidak boleh berambut panjang, kamu ikut dengan berambut pendek. Tapi kamu hanya potong sebelah sahaja. Kamu mock sistem itu dengan menggunakan segala loopholes yang ada.
Bagi gua ini lebih menyoronokkan.



Sekarang satu persoalan lain pula.


Gua selalu bloghopping. Kadang-kadang itu singgah di blog yang tulisan-tulisannya bernada depressed as fuck. Kadang-kadang gua terfikir biar betul hidup dia punya celaka sampai macam itu.

Bila sampai gua pula tertekan, kadang-kadang gua ada juga cuba-cuba nak tulis benda-benda yang bernada depressed as fuck macam apa yang gua baca. Tapi entah kenapa gua rasa tulisan gua langsung tak kacip. Bunyi macam budak emo baru nak up.

Gua rasa mungkin ada dua sebab. Sama ada dia penulis yang baik, ataupun dia memang seorang yang depressed, mengikut teori Brandy.


Gua rasa memang gua susah nak depressed kaw-kaw.

Itu hari gua dapat kertas test Structural Analysis. Di bahagian atas kertas jawapan gua ada tertulis 8/40.
Gua senyum macam dapat 40/40.

Kalau masalah besar datang gua selalu lepak saja. Malas nak layan. Malas nak layan masalah, malas nak layan orang lain, malas nak layan dunia.


Gua suka lepak sorang-sorang.


Gua individualistik? Gua rebel?

Entahlah. Bunyinya macam poyo pula.

Melainkan kau betul-betul cool macam James Dean, baru kau boleh pakai title 'rebel' di dahi kau.

Wednesday, March 24, 2010

Buku Cerita Bergambar : Berjalan-Jalan Di Thailand

Entri kali ini penuh dengan gambar. Berbelas-belas jumlah kesemuanya. Jadi pada sesiapa yang talian internetnya lambat, lembab dan hina, bersabarlah ya.

Kali ini aku mahu cerita sedikit pasal Thailand sedikit sebanyak setakat apa yang aku merasa masa trip itu hari.

Aku tahu rakyat Malaysia ini mudah mengantuk kalau nampak susunan huruf panjang berjela-jela. Jadi aku selit sikit gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa trip.
Kira macam buku cerita kanak-kanaklah. Tulisan sikit gambar melebih-lebih.

Aku tak tahu nak mula daripada mana tapi sebagai orang kuat agama dan kuat sembahyang (bukan aku yang cakap. emcee yang petik nama aku dalam lucky draw yang kata orang-orang lucky ini kuat sembahyang. seorang penilik nasib berbangsa sikh di puduraya pun pernah kata aku ini lucky), kita mula dengan agama.






Seperti yang anda tahu, majoriti rakyat Thailand menganut Buddha. Jadi tak cukup kick kalau anda melawat Thailand tidak singgah di salah satu wat yang bersepah di sini.
Boleh tahan juga dia punya cantik.






Ketika berada di wilayah Nakhon Si Tammarat, aku sempat singgah di Wat Phra Mahathat. Wat ini boleh dikira antara wat yang major di wilayah selatan Thai dan juga Thailand secara keseluruhannya. Anda boleh search sendiri di internet pasal wat ini. Aku rasa malas pula nak tulis.





Berbanding di Malaysia yang di mana pelawat bukan Islam agak canggung dilihat melawat di dalam masjid, di sini anda boleh masuk dengan senang hati. Tiada siapa nak usha-usha pekat.



Wat-wat di Thailand turut popular bagi penganut Buddha di Malaysia. Ramai penganut Buddha di Malaysia yang datang ke wat-wat di sini untuk hal-hal keagamaan ketika hari-hari perayaan.

Inilah untungnya bila berjalan-jalan sekitar wat dengan seorang amoi hot dari KL. Secara tiba-tiba banyak pula modal nak dibawa bersembang.



Sila abaikan makhluk legap di atas

Cerita pasal muzium pula. Aku sempat pergi muzium Nakhon Si Tammarat. Di sini agak kurang menarik bagi aku. Tidak banyak artifak-artifak yang ada. Yang banyak cerita-cerita pasal sejarah di sini. Nak baca pasal raja-raja Nakhon Si Tammarat sejak zaman Tok Kaduk saja sudah memerlukan kesabaran yang tinggi. Itu belum lagi cerita lain.

Di sini, anda akan disambut di pintu masuk dengan sebuah bren gun. Gila cool! Benda lain yang menarik aku tak jumpa pula. Mungkin disimpan di muzium-muzium lain.



Di Thailand memang terasa nak terbang. Dan bujang.



Sepanjang jalan dimana-mana anda akan boleh nampak bendera Thailand berkibaran dan gambar Raja Bhumipol bergantungan. Dua benda ini memang rakyat Thailand cukup bangga. Warganegara Malaysia, sila beri perhatian. Jangan nak tunggu bulan kemerdekaan baru terhegeh-hegeh nak cari bendera.

Raja Bhumipol ini memang cukup disayangi. Bayangkan dia naik takhta umur 18 tahun sampailah sekarang umur dah baya Mahathir. Raja Bhumipol juga adalah pemacu aktiviti pertanian Thailand yang memang diakui antara terbaik di dunia.
Buah-buahan dan sayur-sayuran Thailand dikatakan dikahwinkan dengan bermacam-macam jenis. Hasil daripada aktiviti seks rambang golongan tumbuhan ini, muncullah buah-buahan dan sayur-sayuran bergred tinggi.

Ini semua pemandu pelancong aku yang cerita. Kalau dia kencing aku, maaflah aku pun kencing anda semua.


Makan-makan di Thailand memang menarik. Aku rasa kalau hari-hari aku makan nasi goreng pun aku sudah boleh hidup. Memang mantap dia punya beras dan rempah. Harga aku rasa, ikut dengan tempat. Ada tempat murah. Kalau tourist spot, macam biasa harga pasti ketuk kaw-kaw.
Yang tak best-nya kalau bab-bab harga makanan ini memang tak boleh nak tawar-menawar. Bukan di Thailand sahaja. Aku rasa memang stendet satu dunia.
Gila apa harga sepinggan pulut ayam merah nak tawar. Mahu kena ketuk dengan senduk.



Antara keunikan Thailand berbanding Malaysia adalah dia punya grid nasional. Tengok sendiri gambar di atas. Memang meriah. Itu baru sikit. Banyak lagi tiang-tiang yang sambungan wayar-wayarnya akan mencabar pemikiran seorang ketua juruteknik yang berpengalaman.

Rekaan rumah kedainya juga berbeza sedikit berbanding Malaysia. Kedainya kecil dan rapat-rapat. Dan selalunya barang-barang kedai ini akan 'melimpah ruah' ke kaki lima menyebabkan deretan rumah kedai ini nampak meriah.

Dan yang menariknya, jika kedai itu dua atau tiga tingkat, bahagian tingkat atas akan mempunyai verandah. Pemandangan ini sukar dilihat di Malaysia.

Kaki lima seakan wajib bagi rumah-rumah kedai ini. Ini bersesuaian dengan cuaca mereka yang panasnya amat jahat. Aku tak tahu aku datang salah musim ke apa tapi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (pukul 9 Malaysia) aku sudah start berpeluh.

Panasnya memang menggigit. Jadi antara benda wajib yang anda perlu bawa selain daripada adaptor untuk soket plug (kepala tiga pin memang tak boleh masuk. dua pin boleh lagi) adalah kaca mata hitam. Jika anda poyo, ambillah sunblock sekali.


Cerita pasal 7-E pula. Warga Thailand begitu mendewakan 7-E. Memang merata-rata. Jalan dua tiga tapak jumpa. Merangkak dua tiga tapak jumpa lagi satu. 7-E di Thailand juga meriah. Ada burger, foot-long sausage dan macam-macam lagi. Bagi yang nak ingkar arahan Tuhan, bun daging babi pun ada.

Cerita pasal 7-E membawa kepada minuman rasmi aku di Thailand.
Red Bull. Siapa tak excited tengok harga Red Bull di sana cuma seringgit. RM1! 10 Baht! Memang murah gila-gila. Pantang jumpa 7-E memang aku teguk sebotol. Lagipun dalam banyak-banyak air yang dijual, Red Bull antara golongan minoriti yang mempunyai cap Halal. Pepsi, Coke dan teh Lipton pun tiada.

Kalau aku menetap di Thailand, mahu kaki kena potong pasal kencing manis.




Hatyai. Maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah Padang Besar. Ini juga kalau pemandu pelancong aku kencing, anda semua pun kena kencing.

Hatyai aku rasa lebih kurang macam Bandung, Indonesia. Tempat untuk shopping. Kalau siang memang bersepah-sepah orang menjual. Dari cenderahati, makanan merepek, kacamata hitam bagi yang lupa hinggalah ke CD lucah. Semua ada.
Macam biasa hukum membeli-belah, barang-barang yang dijual di tepi jalan harganya pasti lebih kompetitif berbanding di kedai-kedai tetap.

Aku sempat singgah di Hatyai market. Di sini lebih kurang macam kompleks Padang Besar, Malaysia (jangan lupa Hatyai juga Padang Besar) cuma untuk keluasan Hatyai Market anda perlu darab 4 atau 5 kali ganda dari Padang Besar.

Barang-barang di Hatyai Market bagi aku tak murah mana pun. Kalau mahu cari jeans atau baju, lebih baik di Padang Besar. Harga lebih kurang. Cuma kalau mahu cari barang seperti yang tiada di Padang Besar seperti barangan kulit atau uniform sekolah Thailand, bolehlah beli di sini.

Oh di sini juga ada bahagian pasar basah. Boleh beli buah-buahan, ikan dan juga daging babi kalau teringin.

Nightlife Hatyai macam celaka. Pukul 2 pagi waktu tempatan semua kedai dah tutup. Nightclub
pun sama. Yang ada hanyalah bapok-bapok yang mencari rezeki.

Nak bergerak sekitar Hatyai cukup mudah. Tuk-tuk bersepah-sepah. Ada jenis lori kecil ada jenis motosikal. Harga tetap 20 Baht. 24 jam ada.

Gambar di atas adalah Stesen Keretapi Hatyai. Sesiapa yang rasa badan fit macam Fahrin Ahmad, boleh cuba pergi ke Bangkok menaiki tren. Dari Malaysia sampai ke Hatyai, dari Hatyai terus ke Bangkok.

Penginapan di Hatyai memang murah. Hotel yang aku menginap yang memang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, harga satu bilik hanya RM60 untuk satu malam. Nama dia Pink Hotel. (nama memang tak boleh blah). Di sini ada lounge untuk berhibur dan terdapat juga perkhidmatan urut yang diberi nama Turkish Massage. Berdasarkan brochure yang aku dapat, tukang-tukang urut disini diletak dalam bilik kaca besar dan pelanggan boleh tengok dan pilih yang mana berkenan di hati dari luar.
Dah macam restoran seafood kelas tinggi pula. Pilih nak makan ikan mana dalam akuarium.

Harga pula memang menarik. Untuk Ancient Massage, RM30 untuk 2 jam. Oil Massage Rm30 sejam.

Aku ada cakap tak Tiger Show di sini tiketnya hanya RM40?

Itu pasal kalau mahu datang Thailand iman kena tinggi.

Oh ya sebelum terlupa. Aku ada dioffer oleh seorang ibu ayam pekej yang menarik. Bathing, massage, sucking and fucking for RM70.

Gila tak gila.



Sup burung. Ini aku pekena di Nora Plaza dekat Hatyai. RM20 untuk satu mangkuk. Kalau di Malaysia katanya harga semangkuk mencecah Rm50-60. Mungkin lebih.
Macam-macam perasa ada. Yang paling hot bagi lelaki, perasa ginseng. Tambah tenaga katanya. Tenaga zahir ke batin itu aku tak tahu. Memandangkan perasa ginseng memerlukan keazaman yang tinggi untuk ditelan, aku pilih perasa kelapa.

Sedap juga. Rasa macam jeli kelapa.

Walaupun tak ambil ginseng, lepas makan sup burung ini memang badan rasa satu macam saja. Rasa nak penumbuk orang buat beradu tenaga.
OK yang ini aku tipu.



Photoshoot Winner of Hatyai Next Top Model


Kesimpulannya, Thailand memang best kecuali terik siangnya.

Tujuan entri ini sebenarnya adalah untuk membakar hati anda semua agar mula kumpul duit dan merancang untuk ke sana. Flight ke Bangkok tak mahal mana pun. Air Asia pergi balik baru dalam RM300 lebih kurang.

Amacam? Ada bran?

Aku memang dah berjanji untuk balik ke sana. Tak sabar rasanya.






Oh Thailand, my baby. I miss you already.




























Apa?

Nak gambar perempuan?

Nah satu. Nak lebih-lebih pergi cari sendiri di Thailand.







Tuesday, March 23, 2010

Doktrin Cinta Agung Yang Merepek

Time Tunnel, October 2009



Aku rasa semua orang tahu Taj Mahal itu apa.

Aku tak pernah sampai pun Taj Mahal itu jadi aku tak boleh la nak cerita dia punya cantik macam mana.
Aku tengok dalam gambar taklah cantik mana pun.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar kalau buat taman keliling dia aku rasa pun cantik juga.


Ramai orang merayakan Taj Mahal ini sebagai lambang cinta agung.

Yalah sangat.


Yang aku nampak, kita merayakan perhambaan dan raja yang zalim.
Siapa nak jawab pasal tangan-tangan pekerja yang dipotong itu?

Memang claim pasal pekerja-pekerja yang dizalimi itu tak dapat nak dibuktikan tapi aku berpegang kepada kata-kata John Ford.

"When you have to choose between truth and legend, print the legend."


Cuba si Najib buatkan satu istana cinta untuk Rosmah, memang kucar-kacir 1Malaysia.

Habis kena bantai kiri kanan depan belakang atas bawah.


Sebab itu aku tak percaya kepada doktrin cinta agung manusia moden.
Manusia moden sangat kompleks dan membosankan.


Bagi aku, cinta agung hanya perlu dikongsi oleh pihak-pihak yang bercinta.
Tak payah nak tunjuk-tunjuk pada orang lain.



Monday, March 22, 2010

Oh Shit!

Gua di atas tuk-tuk, Mac 2010


Mampus gua hari ini.
Mampus gua minggu ini.

Mampus.
Mampus.
Mampus.


Ini yang buat gua rasa nak naik tuk-tuk terus balik Thailand.


Hadoyai!




Thursday, March 18, 2010

Intense Week Session

Belum lagi hilang penat penangan Thailand, terus gerak Kota Lucah pula untuk tangkap Placebo.

Malas nak cakap banyak pasal performance Placebo malam itu.
Memang gila. Kosmik. Merentas galaksi.
Setakat tengok di Youtube memang tak boleh nak banding la.


Hampir-hampir dipengaruhi Akram untuk menjadi groupie Placebo pada malam semalam memandangkan dua ahlinya si Brian dan Stefan mempunyai minat yang mendalam terhadap kaum lelaki.

Tapi memandangkan lutut dah longgar, betis nak kejang, tumit dah tak rasa apa-apa, gua cakap sama Akram lain kalilah kita jadi groupie.

Antara muka-muka yang terkenal gua jumpa malam itu ada Radhi OAG, Irfan ex-The Times dan Emai Bittersweet.

Tapi yang paling tak boleh blah, ada seroang mamat ini.
Gua tengah sibuk-sibuk moshing tiba-tiba datang menyibuk sebelah gua.

Sekali gua toleh tengok Aizat Gemuk AF berapa entah.

Terus gua tepuk dahi!
Dahi sendiri lah bukan dahi Aizat.
Lama juga gua berlaga badan dengan dia ini.
Baru gua nak suruh Aizat ini naik pentas nyanyi Lagu Kita, gua sama Aizat dah terpisah dalam moshpit yang tengah hangat menggila.

Terus gua lupakan niat gua.



Kondisi baju jangan cakap. Boleh perah. Seluar sama boxer pun turut sama lenjun. Sampaikan tiket parking yang simpan dalam dompet pun boleh lunyai.

Lepas itu lepak perkena shisha perasa tembikai sambil minum Barbican yang langsung tidak memabukkan sampai pukul berapa entah.


Esok pagi penat belum hilang lagi terus gua gerak balik rumah di utara tanah air pula. Entah dah berapa ribu kilometer gua travel minggu ini.

Balik-balik tengok rumah sudah ada PC baru.
Tengok dia punya skrin, halamak!
Memang visual orgasm. Gila betul.

Gua rasa nak jilat saja.


Dah gua nak tidur.
Esok awal-awal pagi lagi gua nak keluar cari DVD Blu-Ray cap ayam.
Gua nak layan movie HD sampai muntah.


Monday, March 15, 2010

Khob Kun Krap,Thailand

Gua baru balik dari trip ke Thailand.

Nak cerita panjang-panjang sekarang pun tak sedap. Gua letih pun tak hilang lagi.

Letih-letih pun gua sekarang asyik tersenyum simpul seorang-seorang saja.
Semua pasal penangan Thailand.

Ini gua ada kasi sikit teaser-teaser apa yang gua sempat rakup di Thailand.



Nama dia Umawadee Themrat. Nak tahu lebih lanjut pasal dia, pergi search sendiri di Facebook.



Bukan gua yang pegang tangan dia.



Krabi? Jum!



Iman dah la senipis kulit bawang. Kena pula senyum macam itu, halamak!



Wondergirl cap Thailand.




Gadis-gadis Thailand memang tak boleh tengok lelaki hensem lagi sasa. Tak fikir panjang diorang memang terus terkam saja. Nasib baik tindakan pantas gua telah berjaya menyelamatkan keadaan.



Apa-apa pun, gua dapat simpulkan yang Tuhan masih sayangkan ciptaan-Nya yang bernama manusia.
Thailand adalah salah satu bukti.


Nanti gua cerita apa macam keadaan di sana.

Lu orang sudah boleh mula menabung duit buat dana pergi sana. Memang wajib pergi.
Pasport pun dah murah sekarang ini.



Oh ya.
Khob kun krap bermaksud terima kasih.
Jika anda seorang perempuan, sila sebut khob kun ka.



Friday, March 12, 2010

SAWADEEKAAPPP!

Petang ini gerak Thailand! Woo Hoo!

List-to-do gua panjang gila. Memang tak sabar nak buat satu-satu.

Nak tengok perempuan dalam kaca.
Nak tengok perempuan panjat tiang.
Nak merasa teknik urutan mistik Thai.
Nak pekena Seven Position of Buddha lagi.


Ini memang betul-betul Ho Liao!


Acah mak labu.

Gua nak tengok negara jiran kita ini macam mana.

Gua nak tengok budaya mereka.
Mahu layan senibina moden sama konservasi bangunan-bangunan lama.

Walaupun mereka tak pernah dijajah, tapi kalau tak silap dia punya pertembungan budaya Timur dan Barat boleh tahan juga dia punya kuat.

Siapa ada apa-apa nak kirim?

Kirim salam dekat awek-awek Thai pun boleh.


Silap-silap mahu balik cuti nanti aku bawa menantu terus dekat mak aku.


Hehe.


p/s : untuk member-member gua, nanti gua try mesej lu orang bila gua dah sampai. saja nak buat berlagak mesej lu dari 'oversea'.

Wednesday, March 10, 2010

Gatal Punggung

Haih sejak ada basikal ini kaki rasa gatal asyik nak mengayuh saja.

Cerita malam tadi.

Tengah gua relaks-relaks kayuh balik daripada pasar malam menuju ke UTP, tiba-tiba boleh pula melompat seekor anak babi hutan dari semak tepi jalan.

Terkejut beruk gua.

Anak babi itu menggelupur. Gua turut sama menggelupur.

Gua dah ready nak buka kayuhan seribu Teknik Lance Armstrong kot-kot anak babi itu cuba untuk mengapa-apakan gua.
Nasib baik anak babi itu meloncat-loncat sambil menggelupur seketika lalu terus masuk kembali ke dalam semak.

Terus gua menghela nafas lega. Nasib baik.
Ritma kayuhan gua kembali tenang bagaikan pak haji yang baru balik surau.
Kalau tak memang terkejut brader naik LC hitam tengok ada mamat hensem selamba saja potong naik basikal.

Ini gua syak akibat pembukaan hutan yang pesat berjalan di kawasan Tronoh dan Seri Iskandar. Habis babi-babi ini hilang habitat dan tempat bermain.
Sampai boleh tersesat ke jalan utama Ipoh-Lumut




Ini pula cerita petang tadi.

Petang tadi sudah janji sama Cikgu Syamim dan seorang pharmacist berbangsa Yahudi yang bernama Yajid Jakpo nak pergi meredah kubang babi.

Tapi disebabkan darah HINDRAF yang pekat mengalir dalam diri dua ekor malaun di atas, boleh pula datang sini tak bawa basikal.

Memang sembang ikut punggung. Basikal tak bawa nak meredah celah bedah apa ke bendanya.

Last-nya terus gerak Ipoh pergi cari barang. Cikgu Syamim angkat bag kecil nak sangkut bawah saddle. Yajid Jakpo pula dah tertawan hatinya dengan sebiji Raleigh Diablo. Katanya tinggal nak tunggu kelulusan Bank Pusat Jakpo saja. Dah lulus memang terus rakup.

Jadi, tinggal Asyraf Rosli Australia punya macha.

Ini pesanan khas buat lu.

Lu jangan nak mengada-ngada nak angkat Giant ke, Kona ke, Scott ke, KHS ke apa. Itu semua golongan elitist.
Lu kena angkat Raleigh juga.

Baru kita boleh buat Team Raleigh. Masuk Le Tour d'Kubang Babi.

Tak main lah barang mahal-mahal.
Angkat Raleigh baru nampak golongan marhaein.


Baru punkrock!


Ini Gengster Punya Sekolah




Semalam baru aku perasan.

Dalam banyak-banyak lencana sekolah yang aku jumpa, ada 2 sekolah saja yang pakai gambar harimau.

Satu, sekolah aku, satu lagi MCGayGay. Errr maaf, MCKK.

Cuma dalam lencana MCKK, yang ada hanya kepala harimau tersenyum. Jadi, sebuah kepala harimau yang digantung buat perhiasan tidak bolehlah hendak dibandingkan dengan kehebatan 3 ekor harimau yang cukup sifat.

Siap dah angkat sebelah kaki, tinggal nak angkat jari tengah saja lagi.



Mengapa tiga harimau? Bukan satu? Atau hanya letak kepala sahaja?

Ini aku rasa ada kena mengena dengan simbolisme orang Melayu.


Kenapa pula dengan harimau MCKK? Tak cukup melayu kah?


Pada pandangan aku, MCKK(akronim pun dah Inggeris) dibuat oleh orang Inggeris untuk golongan elitist di Tanah Melayu pada zamannya. Dan slogan MCKK yang berbunyi dalam bahasa Latin yang sudah hampir pupus penggunaannya di muka bumi ini langsung tidak menunjukkan ciri kemelayuan.

Jenan(bunyi melayu pekat punya) pula dibuat oleh orang Melayu untuk orang Melayu kebanyakan. Dan slogan 'Belajar dan Berbakti' tanpa syak dan prasangka lagi adalah dalam Bahasa Melayu.


3 harimau? Orang Melayu? Apa kena mengena?

Ini aku pun tidak berapa pasti.
Tapi aku syak pereka lencana Jenan ini memang ada sangkut-paut dengan 3 line.


Jadi kesimpulannya, sekolah aku gengster punya sekolah.








Tuesday, March 9, 2010

Introducing, Johnny Grey!

Aku kalau menyembang, bukan jenis yang kencang-kencang punya brader.
Aku kalau aku cakap aku nak buat, memang aku buat betul. Lambat atau cepat saja yang menentukan.

Jadi tanpa membuang masa, tuan-tuan dan puan-puan, memperkenalkan Johnny Grey!



Plan asal untuk menukar warna hitam tergendala kerana pemilik menghadapi masalah liquidity. Jadi ia masih mengekalkan warna asalnya iaitu kelabu. Tak lama lagi si Johnny Grey akan bertukar menjadi Johnny Black.




Pelekat pink itu akan dibuang dalam masa terdekat. Apa barang basikal gengster ada unsur-unsur kelembutan kaum hawa. Nak kena lepuk dengan abang kawasan?



Raleigh datang dari England. Tapi gua rasa yang ini assemble dekat kilang Malaysia(dah tutup dah rasanya).


Shifter, front derailleur, rear derailleur semua pakai Shimano punya barang. Mudah, murah dan boleh harap(reliable).



R untuk Raleigh. R juga untuk Resing.


Amacam macha-macha?

Terbakar hati?

Monday, March 8, 2010

Saja Buang Masa

Gua Kelam, Jan 2010



Aku tiada
mood nak sambung buat laporan makmal (lab report dalam melayu apa ha?).
Minggu lepas punya ada main dengan air tahi. Tapi jangan risau. Bukan yang pekat punya.
Sampel telah dilarutkan dengan nisbah 1:100 dan 1:1000 dengan air suling.

Layan internet sebentar. Melompat-lompat blog (
blog hopping dalam melayu apa ha?) sambil melihat trend-trend penulis blog masakini.

Ada satu trend yang memang dah lama aku perhati.

Aku pelik apa pasal orang perempuan tengok gambar orang lain kahwin, dia pun menggedik nak kahwin.

Muda lagi kot.
Takkan nak bazirkan masa muda dengan
settle down dan berkahwin?
Dunia pun tak habis
explore lagi.

Macam aku, banyak lagi benda aku tak habis buat lagi.

Nak merempit lagi, naik basikal lagi, melepak Zohrabibi lagi, nak main turbo vroom vroom kepisshh lagi.

Panjang lagi
list.


Bukan nak kata semua benda itu tak
best bila buat dengan isteri nanti, tapi rasa dia lain macam sikit.

Tak percaya cuba pergi berjalan dengan lelaki, lepas itu dengan perempuan. Baru boleh tahu macam mana dia punya lain.

Itu pasal member-member gua yang semua jenis bercinta takut awek, tapi bila masa nak berjalan tetap tinggal awek.
Secara tiba-tiba sinar status 'bujang' terpancar di dahi masing-masing.


Cerita lain.


Kepada peminat-peminat semua, basikal aku tak sempat siap la pula ini hari. Petang tadi aku pergi apek itu kata dia mengantuk. Aku pergi pun tengok dia tengah sedap tidur.

Lantak kaulah apek. Kalau esok tak siap juga memang nak kena lepuk.

Nantikan kemunculan Johnny Grey esok!


Wednesday, March 3, 2010

Motion Picture



Setelah kejayaan yang memberangsangkan dengan projek Kimak, gua kembali dengan projek baru.

Malaysia-Thailand-Vietnam. Life and Times of a Scooterboy.

Amacam? Ada berani?

Cuma sekarang ini gua tengah tunggu modal saja.

Gua ingat nak jual satu buah pinggang gua. Ada siapa nak?
Rm50k nego 'til let go.

Ada lebih boleh buat modal barang MTB.
hehe.



p/s: karang gua nak gerak ipoh cari barang mtb. amacam macha-macha sekalian? ada terbakar?