53
Tugu Negara, Julai 2009
Macam mana lu sambut 31 Ogos semalam?
Di Ipoh hujan.
Tapi bersepah juga mamat-mamat naik motor sibuk kibar bendera.
Yang hati lembut sikit, berteduh ramai-ramai dekat kaki lima kedai. Berharap hujan berhenti. Cuba mengingati perjuangan untuk merdeka tetapi takut basah.
Mungkin itu maksud merdeka bagi mereka. Lain orang lain cara lain fahaman.
Macam mana cerita di Teluk Intan?
Masih ramaikah geng mat kayu naik basikal tua?
Lepas countdown, ramai lagi tak budak-budak shuffle buka gelanggang? Ke sekarang dah tak main shuffle, main tectonic pula?
Gua?
Gua sambut 31 Ogos dengan ke Medan Gopeng mencari tiket bas untuk balik raya.
No comments:
Post a Comment