Thursday, March 18, 2010

Intense Week Session

Belum lagi hilang penat penangan Thailand, terus gerak Kota Lucah pula untuk tangkap Placebo.

Malas nak cakap banyak pasal performance Placebo malam itu.
Memang gila. Kosmik. Merentas galaksi.
Setakat tengok di Youtube memang tak boleh nak banding la.


Hampir-hampir dipengaruhi Akram untuk menjadi groupie Placebo pada malam semalam memandangkan dua ahlinya si Brian dan Stefan mempunyai minat yang mendalam terhadap kaum lelaki.

Tapi memandangkan lutut dah longgar, betis nak kejang, tumit dah tak rasa apa-apa, gua cakap sama Akram lain kalilah kita jadi groupie.

Antara muka-muka yang terkenal gua jumpa malam itu ada Radhi OAG, Irfan ex-The Times dan Emai Bittersweet.

Tapi yang paling tak boleh blah, ada seroang mamat ini.
Gua tengah sibuk-sibuk moshing tiba-tiba datang menyibuk sebelah gua.

Sekali gua toleh tengok Aizat Gemuk AF berapa entah.

Terus gua tepuk dahi!
Dahi sendiri lah bukan dahi Aizat.
Lama juga gua berlaga badan dengan dia ini.
Baru gua nak suruh Aizat ini naik pentas nyanyi Lagu Kita, gua sama Aizat dah terpisah dalam moshpit yang tengah hangat menggila.

Terus gua lupakan niat gua.



Kondisi baju jangan cakap. Boleh perah. Seluar sama boxer pun turut sama lenjun. Sampaikan tiket parking yang simpan dalam dompet pun boleh lunyai.

Lepas itu lepak perkena shisha perasa tembikai sambil minum Barbican yang langsung tidak memabukkan sampai pukul berapa entah.


Esok pagi penat belum hilang lagi terus gua gerak balik rumah di utara tanah air pula. Entah dah berapa ribu kilometer gua travel minggu ini.

Balik-balik tengok rumah sudah ada PC baru.
Tengok dia punya skrin, halamak!
Memang visual orgasm. Gila betul.

Gua rasa nak jilat saja.


Dah gua nak tidur.
Esok awal-awal pagi lagi gua nak keluar cari DVD Blu-Ray cap ayam.
Gua nak layan movie HD sampai muntah.


4 comments:

Akram said...

"Lama juga gua berlaga badan dengan dia ini."

statement lu agak bahaye bai.bahaye

asyraf hensem said...

lu pergi tiket tajaan mana bai?
hahah..gua baru nak sebut brother atas dah sebut.
gua suspek lu telah mengamalkan ajaran gay dengan minda separa sedar.

akhir thn nie ke bali atau phuket mgkin?

-shak- said...

phuket la brader.

asyraf hensem said...

http://www.youtube.com/watch?v=2YPzSC7vzwQ&feature=related

gua tau lu bff mamat ni skang.bff dowh.haha