Wednesday, March 24, 2010

Buku Cerita Bergambar : Berjalan-Jalan Di Thailand

Entri kali ini penuh dengan gambar. Berbelas-belas jumlah kesemuanya. Jadi pada sesiapa yang talian internetnya lambat, lembab dan hina, bersabarlah ya.

Kali ini aku mahu cerita sedikit pasal Thailand sedikit sebanyak setakat apa yang aku merasa masa trip itu hari.

Aku tahu rakyat Malaysia ini mudah mengantuk kalau nampak susunan huruf panjang berjela-jela. Jadi aku selit sikit gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa trip.
Kira macam buku cerita kanak-kanaklah. Tulisan sikit gambar melebih-lebih.

Aku tak tahu nak mula daripada mana tapi sebagai orang kuat agama dan kuat sembahyang (bukan aku yang cakap. emcee yang petik nama aku dalam lucky draw yang kata orang-orang lucky ini kuat sembahyang. seorang penilik nasib berbangsa sikh di puduraya pun pernah kata aku ini lucky), kita mula dengan agama.






Seperti yang anda tahu, majoriti rakyat Thailand menganut Buddha. Jadi tak cukup kick kalau anda melawat Thailand tidak singgah di salah satu wat yang bersepah di sini.
Boleh tahan juga dia punya cantik.






Ketika berada di wilayah Nakhon Si Tammarat, aku sempat singgah di Wat Phra Mahathat. Wat ini boleh dikira antara wat yang major di wilayah selatan Thai dan juga Thailand secara keseluruhannya. Anda boleh search sendiri di internet pasal wat ini. Aku rasa malas pula nak tulis.





Berbanding di Malaysia yang di mana pelawat bukan Islam agak canggung dilihat melawat di dalam masjid, di sini anda boleh masuk dengan senang hati. Tiada siapa nak usha-usha pekat.



Wat-wat di Thailand turut popular bagi penganut Buddha di Malaysia. Ramai penganut Buddha di Malaysia yang datang ke wat-wat di sini untuk hal-hal keagamaan ketika hari-hari perayaan.

Inilah untungnya bila berjalan-jalan sekitar wat dengan seorang amoi hot dari KL. Secara tiba-tiba banyak pula modal nak dibawa bersembang.



Sila abaikan makhluk legap di atas

Cerita pasal muzium pula. Aku sempat pergi muzium Nakhon Si Tammarat. Di sini agak kurang menarik bagi aku. Tidak banyak artifak-artifak yang ada. Yang banyak cerita-cerita pasal sejarah di sini. Nak baca pasal raja-raja Nakhon Si Tammarat sejak zaman Tok Kaduk saja sudah memerlukan kesabaran yang tinggi. Itu belum lagi cerita lain.

Di sini, anda akan disambut di pintu masuk dengan sebuah bren gun. Gila cool! Benda lain yang menarik aku tak jumpa pula. Mungkin disimpan di muzium-muzium lain.



Di Thailand memang terasa nak terbang. Dan bujang.



Sepanjang jalan dimana-mana anda akan boleh nampak bendera Thailand berkibaran dan gambar Raja Bhumipol bergantungan. Dua benda ini memang rakyat Thailand cukup bangga. Warganegara Malaysia, sila beri perhatian. Jangan nak tunggu bulan kemerdekaan baru terhegeh-hegeh nak cari bendera.

Raja Bhumipol ini memang cukup disayangi. Bayangkan dia naik takhta umur 18 tahun sampailah sekarang umur dah baya Mahathir. Raja Bhumipol juga adalah pemacu aktiviti pertanian Thailand yang memang diakui antara terbaik di dunia.
Buah-buahan dan sayur-sayuran Thailand dikatakan dikahwinkan dengan bermacam-macam jenis. Hasil daripada aktiviti seks rambang golongan tumbuhan ini, muncullah buah-buahan dan sayur-sayuran bergred tinggi.

Ini semua pemandu pelancong aku yang cerita. Kalau dia kencing aku, maaflah aku pun kencing anda semua.


Makan-makan di Thailand memang menarik. Aku rasa kalau hari-hari aku makan nasi goreng pun aku sudah boleh hidup. Memang mantap dia punya beras dan rempah. Harga aku rasa, ikut dengan tempat. Ada tempat murah. Kalau tourist spot, macam biasa harga pasti ketuk kaw-kaw.
Yang tak best-nya kalau bab-bab harga makanan ini memang tak boleh nak tawar-menawar. Bukan di Thailand sahaja. Aku rasa memang stendet satu dunia.
Gila apa harga sepinggan pulut ayam merah nak tawar. Mahu kena ketuk dengan senduk.



Antara keunikan Thailand berbanding Malaysia adalah dia punya grid nasional. Tengok sendiri gambar di atas. Memang meriah. Itu baru sikit. Banyak lagi tiang-tiang yang sambungan wayar-wayarnya akan mencabar pemikiran seorang ketua juruteknik yang berpengalaman.

Rekaan rumah kedainya juga berbeza sedikit berbanding Malaysia. Kedainya kecil dan rapat-rapat. Dan selalunya barang-barang kedai ini akan 'melimpah ruah' ke kaki lima menyebabkan deretan rumah kedai ini nampak meriah.

Dan yang menariknya, jika kedai itu dua atau tiga tingkat, bahagian tingkat atas akan mempunyai verandah. Pemandangan ini sukar dilihat di Malaysia.

Kaki lima seakan wajib bagi rumah-rumah kedai ini. Ini bersesuaian dengan cuaca mereka yang panasnya amat jahat. Aku tak tahu aku datang salah musim ke apa tapi pada pukul 8 pagi waktu tempatan (pukul 9 Malaysia) aku sudah start berpeluh.

Panasnya memang menggigit. Jadi antara benda wajib yang anda perlu bawa selain daripada adaptor untuk soket plug (kepala tiga pin memang tak boleh masuk. dua pin boleh lagi) adalah kaca mata hitam. Jika anda poyo, ambillah sunblock sekali.


Cerita pasal 7-E pula. Warga Thailand begitu mendewakan 7-E. Memang merata-rata. Jalan dua tiga tapak jumpa. Merangkak dua tiga tapak jumpa lagi satu. 7-E di Thailand juga meriah. Ada burger, foot-long sausage dan macam-macam lagi. Bagi yang nak ingkar arahan Tuhan, bun daging babi pun ada.

Cerita pasal 7-E membawa kepada minuman rasmi aku di Thailand.
Red Bull. Siapa tak excited tengok harga Red Bull di sana cuma seringgit. RM1! 10 Baht! Memang murah gila-gila. Pantang jumpa 7-E memang aku teguk sebotol. Lagipun dalam banyak-banyak air yang dijual, Red Bull antara golongan minoriti yang mempunyai cap Halal. Pepsi, Coke dan teh Lipton pun tiada.

Kalau aku menetap di Thailand, mahu kaki kena potong pasal kencing manis.




Hatyai. Maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah Padang Besar. Ini juga kalau pemandu pelancong aku kencing, anda semua pun kena kencing.

Hatyai aku rasa lebih kurang macam Bandung, Indonesia. Tempat untuk shopping. Kalau siang memang bersepah-sepah orang menjual. Dari cenderahati, makanan merepek, kacamata hitam bagi yang lupa hinggalah ke CD lucah. Semua ada.
Macam biasa hukum membeli-belah, barang-barang yang dijual di tepi jalan harganya pasti lebih kompetitif berbanding di kedai-kedai tetap.

Aku sempat singgah di Hatyai market. Di sini lebih kurang macam kompleks Padang Besar, Malaysia (jangan lupa Hatyai juga Padang Besar) cuma untuk keluasan Hatyai Market anda perlu darab 4 atau 5 kali ganda dari Padang Besar.

Barang-barang di Hatyai Market bagi aku tak murah mana pun. Kalau mahu cari jeans atau baju, lebih baik di Padang Besar. Harga lebih kurang. Cuma kalau mahu cari barang seperti yang tiada di Padang Besar seperti barangan kulit atau uniform sekolah Thailand, bolehlah beli di sini.

Oh di sini juga ada bahagian pasar basah. Boleh beli buah-buahan, ikan dan juga daging babi kalau teringin.

Nightlife Hatyai macam celaka. Pukul 2 pagi waktu tempatan semua kedai dah tutup. Nightclub
pun sama. Yang ada hanyalah bapok-bapok yang mencari rezeki.

Nak bergerak sekitar Hatyai cukup mudah. Tuk-tuk bersepah-sepah. Ada jenis lori kecil ada jenis motosikal. Harga tetap 20 Baht. 24 jam ada.

Gambar di atas adalah Stesen Keretapi Hatyai. Sesiapa yang rasa badan fit macam Fahrin Ahmad, boleh cuba pergi ke Bangkok menaiki tren. Dari Malaysia sampai ke Hatyai, dari Hatyai terus ke Bangkok.

Penginapan di Hatyai memang murah. Hotel yang aku menginap yang memang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, harga satu bilik hanya RM60 untuk satu malam. Nama dia Pink Hotel. (nama memang tak boleh blah). Di sini ada lounge untuk berhibur dan terdapat juga perkhidmatan urut yang diberi nama Turkish Massage. Berdasarkan brochure yang aku dapat, tukang-tukang urut disini diletak dalam bilik kaca besar dan pelanggan boleh tengok dan pilih yang mana berkenan di hati dari luar.
Dah macam restoran seafood kelas tinggi pula. Pilih nak makan ikan mana dalam akuarium.

Harga pula memang menarik. Untuk Ancient Massage, RM30 untuk 2 jam. Oil Massage Rm30 sejam.

Aku ada cakap tak Tiger Show di sini tiketnya hanya RM40?

Itu pasal kalau mahu datang Thailand iman kena tinggi.

Oh ya sebelum terlupa. Aku ada dioffer oleh seorang ibu ayam pekej yang menarik. Bathing, massage, sucking and fucking for RM70.

Gila tak gila.



Sup burung. Ini aku pekena di Nora Plaza dekat Hatyai. RM20 untuk satu mangkuk. Kalau di Malaysia katanya harga semangkuk mencecah Rm50-60. Mungkin lebih.
Macam-macam perasa ada. Yang paling hot bagi lelaki, perasa ginseng. Tambah tenaga katanya. Tenaga zahir ke batin itu aku tak tahu. Memandangkan perasa ginseng memerlukan keazaman yang tinggi untuk ditelan, aku pilih perasa kelapa.

Sedap juga. Rasa macam jeli kelapa.

Walaupun tak ambil ginseng, lepas makan sup burung ini memang badan rasa satu macam saja. Rasa nak penumbuk orang buat beradu tenaga.
OK yang ini aku tipu.



Photoshoot Winner of Hatyai Next Top Model


Kesimpulannya, Thailand memang best kecuali terik siangnya.

Tujuan entri ini sebenarnya adalah untuk membakar hati anda semua agar mula kumpul duit dan merancang untuk ke sana. Flight ke Bangkok tak mahal mana pun. Air Asia pergi balik baru dalam RM300 lebih kurang.

Amacam? Ada bran?

Aku memang dah berjanji untuk balik ke sana. Tak sabar rasanya.






Oh Thailand, my baby. I miss you already.




























Apa?

Nak gambar perempuan?

Nah satu. Nak lebih-lebih pergi cari sendiri di Thailand.







6 comments:

Anonymous said...

hahaha..macam tett

khayrylyaxyd said...

mcm mak nyah je pic last tuh...oppss maknyah mmg kegilaan kau...ngahahah

-shak- said...

mak nyah apa cha.

100% perempuan.

gua dah buat ujikaji dah.

sakinah hasnan said...

assalamualaikum...nk tnye lah...kalau matawang thai dgn matawang malaysia yg mn lagi tinggi ek? pastu nk tnye lagi rm1 kite bp baht dorang ??konfius ni....huhuhuhu....ingat nk g hatyai...tp nk kire bajet gk ni...

Liza said...

Sakinah : RM1.00 Malaysia 10.00 bath duit thailand

didi said...

aku nak p hatyai next week 9/11 yahooo... harap x banjir huhu...