Thursday, July 1, 2010

Cerita Dari Tengah Laut China Selatan











Orait.
Ini punya cerita sudah seminggu lebih tertangguh. Pasal gua terlalu asyik melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah di rumah.


Macam biasa, kalau lu nak bercerita dengan budak-budak, mesti kena ada gambar.
Jadi cerita Perhentian gua ini gua telah melakukan penalaan khas untuk kanak-kanak.

Ada tiga syarat penting dalam merancang percutian ke pulau. Dua written, satu unwritten. Dua syarat itu ialah yang pertama, air laut yang biru menawan, dan yang kedua, pasir pantai yang putih dan gebu menggoda.

Syarat yang tidak tertulis pula, adalah jumlah populasi kaum hawa di atas pulau tersebut(atau populasi kaum adam jika anda seorang perempuan atau orientasi seksual anda songsang).

Dua gambar di bawah menunjukkan ketiga-tiga syarat tersebut telah dipatuhi semasa percutian gua di Perhentian Kecil.




Tiada apa sangat yang boleh dilakukan di Perhentian, dan itu adalah poin utama dalam percutian ke pulau, doing nothing. Anda boleh sewa satu payung untuk berteduh dan baring di atas pasir gebu yang menggoda. Kalau anda terasa lapar, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah sahaja untuk ke kafe yang terletak betul-betul di atas pantai. Lepak duduk dan bersembang. Rasa panas, lu boleh terjun terus dalam air jernih yang menawan.

Kalau nak cerita pasal bab air laut, memang gua menangis. Tak pernah gua mandi dalam air jernih macam di Perhentian. Kalah swimming pool, Batu Berangkai, air paip rumah gua, atau tempat-tempat lain yang gua pernah terjun tiruk.

Kalau lu kencing dalam air, memang kantoi. Kaw-kaw punya jernih.

Kalau dah penat mandi, lu boleh naik atas pantai dan lepak semula sambil bergolek-golek di atas pasir gebu yang menggoda. Lu tenung laut pun sudah cukup seronok. Siapa yang boleh rasa bosan dengan kecantikan laut Perhentian yang mempunyai tiga tona warna, memang itu bukan manusia. Itu robot.




Lagi satu kelebihan Perhentian adalah masanya. Masa seakan-akan terhenti di Perhentian. Bersesuaian dengan namanya. Bila lu melepak, lu rasa lama gila tapi bila tengok jam, baru sebentar masa berlalu. Bagi kutu lepak seperti gua, Perhentian sememangnya satu syurga. Masa untuk melepak seakan-akan tidak pernah habis.


Pali dan gua menikmati asap suci



Nightlife di Perhentian bagi penggemar kota metropolitan, adalah sangat tiada life. Kalau anda party animal, Perhentian bukan untuk anda. Phuket atau Koh Phangan lebih sesuai. Tapi bagi kutu lepak dan pencinta alam, inilah ultimate nightlife. Ada dua jenis pilihan di sini. Bagi mereka yang suka muzik dan menari, tempatnya di Monkey Bar. Di sini ada live band yang terdiri daripada kutu-kutu pulau sendiri. Kalau tiada band bermain, muzik-muzik disko(disko? sungguh 80-an) akan berkumandang di corong-corong speaker yang besar. Cuma downside-nya, bagi seorang yang konservatif dan Xstraight edgeX adalah penggunaan alkohol di sini sangatlah laju.


Yahudi mabuk sudah stoned.



Pilihan kedua yang lu ada, melepak bersama pasir gebu yang menggoda dan kilauan bintang di langit. Memang betul-betul romantis.
Meja-meja kecil disediakan di tepi pantai bersama gulungan tikar. Lilin digunakan untuk menerangi keadaan.
Lu bentang tikar, baring atau meniarap atau duduk, mana-mana yang selesa sambil menikmati muzik yang dipasang. Ada dua tempat untuk lu pilih. Boffaloes ataupun Black Tip.
Buffaloes ada menyediakan perkhidmatan shisha. RM25 sebalang(apa penjodoh bilangan untuk shisha?). Memang mahal tapi gua justifikasikan RM25 itu sebagai shisha di tepi pantai di bawah bintang, bukan shisha semata-mata. Jadi harganya agak berbaloi.

Black Tip tiada shisha tapi ada pertunjukan api yang dilakukan oleh seorang brader yang gua syak orientasi seksualnya lebih kepada seorang kakak.

Black Tip memainkan irama disko sepanjang malam manakala Buffaloes memainkan irama disko, reggae dan psychedelic. Downside bagi kedua-dua tempat lepak yang mempunyai mood yang sangat chillax(chill campur relax) ini adalah ia tutup agak awal. Lebih kurang tengah malam. Tapi jangan risau. Kalau anda tunggu sebentar sehingga kebanyakan kaki-kaki mabuk di Monkey Bar pulang, irama reggae akan berkumandang dan suasana chillax akan berpindah ke Monkey Bar. Monkey Bar akan tutup sampai manusia terakhir balik jadi kalu lepak sampai pagi, lu boleh tolong owner tutup kedai.



Jika Langkawi ada Mahsuri sebagai lagenda, Perhentian ada Jaha. Jaha boleh bercakap semua bahasa yang ada dalam sejarah peradaban manusia. Dan Jaha juga selalu berkongsi prinsip-prinsip dan falsafah hidupnya.


Di Perhentian, gua duduk di Long Beach, tempat tumpuan bagi kebanyakan backpacker kerana rata-rata chalet di sini harganya berpatutan berbanding di kawasan lain. Sepanjang gua di sana, tak sempat pula gua nak teroka pantai lain di Perhentian Kecil pasal satu-satunya cara untuk bergerak adalah dengan bot atau dipanggil water taxi. Tambangnya memang merepek.

Gua stay di Matahari Chalet, di bawah jagaan brader Jaha(bukan nama sebenar. gua terlupa nama dia tapi kalau tak silap gua memang Jaha). Jaha punya servis memang tip-top. Memang dia jaga betul-betul customer. Restoran di Matahari pun memang tip-top dia punya servis. Masakan sedap. Staf friendly kalau lu friendly. Nyamuk di Perhentian memang ganas. Besar-besar gajah semua. Sumpah gua tak tipu. Memang besar gajah. Kalau lu makan di Matahari, staf akan pasang satu lingkaran ubat nyamuk dan letak di bawah meja. Satu untuk setiap meja. Memang top class.

Gua sempat tengok bola sekali dengan brader Sneijder(staf restoran. gua lupa tanya nama betul dia) masa tengah malam. Brazil lawan Ivory Coast. Jangan risau pasal perlawanan-perlawanan bola kegemaran jika anda datang ke Perhentian. Bersepah restoran ada Astro.

Gua datang masa peak season di Perhentian, yakni ketika Jun dan Julai. Dan kebanyakan resort di Long Beach tidak mengambil tempahan. Jadi memang ikut nasib. Masa gua pergi itu hari, gua dapat bilik paling buruk dan paling murah. Bilik air terletak di luar. Harga RM40 kongsi tiga orang. OK la. Nama pun percutian bajet. Murah-murah pun masa tidur semua lena juga.


Elektrik di Matahari hanya ada pada 12 tengah hari sampai 3 petang, dan pada 6 petang hingga 8.30 pagi. Kalau lu memang tak boleh hidup tanpa alat elektronik, sila bawa extension plug sendiri kerana dalam bilik mungkin hanya ada satu saja plug, dan ianya untuk kipas.

Perhentian boleh menjadi satu destinasi bajet. Yang membuatkannya terasa mahal adalah makanan. Semua meal lebih kurang RM10 tidak termasuk air. Memang agak menyengat. Jadi kalau lu nak bajet, boleh pack banyak-banyak makanan dari tanah besar.



Eh kejap, gua macam terlupa sesuatu.
Atau gua sengaja terlupa?

Save the best for the last orang kata.

Apa guna kalau lu datang ke pulau yang boleh dikatakan antara tercantik di dunia kalau tak meneroka dasarnya.



Snorkelling trip hanya RM40. Memang lebih daripada berbaloi pengalamannya.
Spot kegemaran gua semestinya Fish Garden, Shark Point dan Turtle Point.
Gua punya trip memang bernasib baik. Di Shark Point, gua baru cecah air tak sampai seminit gua sudah nampak seekor jerung berenang-renang di bawah gua. Beberapa minit selepas itu, lagi seekor muncul. Kali ini lebih besar daripada yang awal tadi.
Di Turtle Point, gua sampai-sampai saja sudah ada group lain yang sudah nampak sang penyu. Tak payah susah-susah nak mencari gua terus terjun.


Batu yang terapung



Coral di Perhentian memang menakjubkan. Macam satu dunia yang lain. Pelbagai bentuk dan warna.
Ikan-ikan yang berwarna warni dan pelabagai bentuk menjalankan kehidupan seharian tanpa menghiraukan kehadiran manusia. Ada juga ikan-ikan yang agak curious dengan kehadiran manusia dan akan datang berenang-renang berhampiran.




Memang satu syurga. Gua tak dive. Gila apa nak dive tak jadi percutian bajet lah namanya. Tapi lepas gua tengok coral-coral di snorkelling trip gua, menggigil tangan rasa nak cuba diving pula. Kan bagus kalau tiba-tiba ada duit jatuh dari langit.....




Tulis banyak-banyak pun tak guna. Kena pergi sendiri baru boleh rasa dia punya feel. Bukan mahal pun. Tak payah sibuk-sibuk nak berjalan ke luar. Dalam Malaysia pun banyak lagi tempat-tempat yang orang luar tergedik-gedik nak datang.


Macam dibawah. Muka gedik bila baru sampai ke Perhentian.






1 comment:

nick said...

aku dlu pegi perhentian bayar rm60 je.lain2 kos univ tanggung. xdinafikan, memang best. xpergi tracking/jalan2 satu pulau ke?