Tuesday, July 13, 2010

Paula Bracho, Paulina Martinez dan Paul Oktopus

Orait.
Habis sudah Piala Dunia, Ini bermakna jadual tidur gua sudah kembali normal.

Secara keseluruhan, boleh tahan juga drama edisi kali ini, tapi itu gua malas nak ulas sangat.
Sudah beribu-ribu orang dalam dunia dah ulas benda sama. Semua nak ulas siapa nak baca.

Gua nak tulis di sini bukan pasal Piala Dunia, tapi pasal mahluk hodoh yang telah menjadi selebriti dunia dalam sekelip mata. Siap ada satu page yang didedikasikan kepada Paul Oktopus di Wikipedia.

Hubungan Paul dengan masyarakat dunia adalah love-it-or-hate-it.
Taik judi sukakan Paul. Jurnalis sukan dan penulis tabloid sukakan Paul. Penggemar makanan laut sukakan Paul. Warga Sepanyol semestinya sukakan Paul.
Bertentangan dengan warga Jerman dan Belanda serta tokoh-tokoh agama. Mereka pasti kurang senang dengan Paul.


Ramai yang kagum dengan kehebatan Paul meramal keputusan perlawanan. Tidak bagi gua.
Pasal gua dah tahu apa sebenarnya sandiwara Paul, FIFA, Sepp Blatter dan Piala Dunia.


Paul Oktopus ingin menguasai dunia!



Ini gua bukan main-main. Gua serius. Gua dapat maklumat ini daripada sumber gua yang boleh dipercayai dalam organisasi Illuminati.

"Jika ada satu hal dalam dunia yang memiliki kekuatan untuk menyatukan orang, ianya adalah sepak bola.", kata Nelson Mandela diterjemahkan secara lebih kurang ke dalam bahasa sinetron.

Piala Dunia merupakan sesuatu yang ajaib dalam sejarah peradaban manusia. Publisitinya sangat meluas sehinggakan negara yang bola sepak bukanlah sukan utama turut terkena tempias. Dan ini adalah medan terbaik bagi Paul untuk memulakan rancangan liciknya.

Dengan karisma dan muka selambanya ketika membuat ramalan, Paul telah memenangi hati umat manusia di seluruh dunia. Gua pun menyayangi Paul pada mulanya. Hati mana yang tak sayang bila pertaruhan gua ke atas pasukan Jerman dari perlawanan pertama sampai suku akhir memberikan pulangan yang lumayan. Hati gua marah bila Paul memilih Sepanyol daripada Jerman ketika separuh akhir. Nasib baik bookie gua dah kena rush sebelum sempat gua letak betting. Kalau tak habis duit gua.
Dan hati gua kecewa bila mendapat maklumat tentang Paul dari member Illuminati gua.

Gua tak sangka Paul sedemikian rupa.


There was no FIFA, Blatter, Jabulani, Zuma or Mandela. It was Paul all along.
Paul telah merancang semua ini dari awal lagi. Blatter hanyalah boneka. Blatter sendiri tidak dapat dipastikan jika ianya manusia ataupun betul-betul sebuah boneka ciptaan Paul.

Gua tak tahu apa gerakan Paul selepas ini. Tapi yang gua pasti, ianya sangat licik dan halus.
Berjaga-jaga dengan Paul Oktopus dan kuncu-kuncunya.

Hati-hati tiap kali anda ada berdekatan dengan kuncu Paul.


Ingat amaran gua.


Kill all octopuses.


2 comments:

abeelo said...

aku tak sangka ko pon tengok cite La Usurpadora tu. haha

khayrylyaxyd said...

puak2 illuminati mmg gune sotong tu buat ramalan...gile ah...nak mkn sotong ar kejap...