Monday, July 19, 2010

Masa Cuti Adalah Masa TV

Sejak gua masuk asrama masa Tingkatan 1 memang gua terus putus hubungan dengan televisyen. Di rumah masa cuti pun gua jarang-jarang melangut. Entah kenapa nafsu gua dengan TV masa itu macam dah tiada.

Zaman Utopia Trauma, sama juga. Jarang sangat gua layan TV. Kalau layan pun pasal nak tengok bola. Tapi masa cuti kali ini, gua terpaksa. Pasal kegawatan ekonomi yang melanda kesannya terhadap gua tak habis lagi. Jadi aktiviti ko-kurikulum tidak berfaedah di luar rumah gua terpaksa potong.

Gua terpaksa tonton TV untuk mengelakkan mati kutu. Memandangkan bapak gua masih konservatif(tetapi menjadi semakin liberal sejak umur melangkaui setengah abad), rumah gua tiada Astro. OK lah jugak. Kurang-kurang masa hujan gua taklah melangut tengok kotak kuning kecil.


Bila banyak masa gua luangkan dengan TV, banyaklah selok-belok penyiaran televisyen di Malaysia ini yang gua dapat tengok. Antaranya, tiap kali ada kempen kerajaan buat, mesti akan ada lagu/jingle yang gua syak tidak pernah berubah bunyinya sejak zaman RTM ditubuhkan.

Benda kedua, sinetron. Macam babi. In fact, aku rasa semacam bersalah hendak samakan sinetron itu macam babi. Babi, walaupun hodoh, aku rasa aku boleh tengok berjam-jam lamanya. Sinetron pula hodoh, meloyakan dan bila aku tonton, tak sampai 5 minit aku rasa nak penendang penulis skrip, pengarah dan produser sinetron tersebut. Dan untuk rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membawa masuk sinetron tersebut di kaca TV Malaysia, hukuman yang menanti lebih berat.
Gua pelik. Standard filem Indonesia boleh tahan tinggi juga. Tetapi kenapa sinetronnya sedemikian rupa. Cinematography wise, gua rasa drama terbitan RTM lebih hebat. Fokus dekat-dekat di muka dan lubang hidung, dan penggunaan slowmo yang melampau dan tidak masuk akal adalah seakan-akan menjadi trademark sinetron. Dicampur monolog dalaman dan luaran beserta ekspresi muka yang berlebihan, plot yang disajikan memang merepek, walaupun anda menonton ketika berada di bawah pengaruh dadah.



Satu lagi benda yang gua meluat tengok di TV adalah trend menggunakan aktor pelbagai bangsa dalam iklan-iklan. Trend ini semakin naik, seiring dengan trend menggunakan aktres bertudung di dalam drama mahupun iklan.

Bagus dan tak salah jika hendak menggunakan aktor pelbagai bangsa dan latar belakang, cuma yang gua tak puas hati bila kesemua aktor tersebut bercakap menggunakan bahasa lidah masing-masing.
Melayu cakap Melayu, Cina cakap Mandarin, India cakap Tamil, Lain-Lain cakap Lain-Lain. Jadi macam ayam bercakap dengan itik dan babi.
Tak syak lagi tujuan utama menggunakan aktor pelbagai bangsa adalah untuk menunjukkan berbilang kaum yang bersatu padu. Tetapi bersatu padu itu sendiri dibina atas toleransi. Toleransi datang dari persefahaman. Macam mana hendak bersatu jika masing-masing tak faham antara satu sama lain. Komunikasi tiada apa lagi toleransi. Untuk bersatu, mesti ada satu persamaan. Dan persamaan apa yang lagi baik melainkan penggunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan antara kaum. Macam ini baru betul.


Adoiyai.
Takkan semua benda pun gua nak ajar.
Letih la gua ini macam Datuk Najib.
Paycheck bulan lepas pun tak dapat lagi.
4th floor boys yang lain semua dah clear.


Dah.
Gua nak sambung tengok Camel Trophy di Youtube.



1 comment:

fndrocka said...

drama Rtm lagi best dari sinetron indonesia ..at least tak menjengkelkan sgt