Thursday, April 1, 2010

Filem Adalah Cermin Masyarakat

Petang tadi member gua datang bilik gua. Dia tanya bolehkah petir dipantulkan dengan cermin.

Ini semua pasal petang tadi hujan lebat berserta petir-petir yang cukup gengster sekali.
Sampaikan kelas petang pun gua tak dapat nak pergi. Nak buat macam mana beb. Gua tiada kenderaan berbumbung.

Satu kelebihan bagi pelajar yang tiada kenderaan berbumbung.

Member gua keliru dengan perkataan Inggeris bagi petir iaitu 'lightning' jadi teorinya mengatakan petir sebagai satu cahaya boleh dipantulkan oleh cermin.

Gua kata tak boleh, pasal petir itu elektrik. Setelah melakukan sedikit kajian, dapat disimpulkan bahawa petir ridak boleh dipantulkan oleh cermin.

Ya, itu dia. Bakal jurutera tajaan syarikat minyak negara bersembang pasal petir dan cermin. Sungguh menarik.


Berbalik pasal filem.


Gua perasan, filem-filem yang bergenre drama yang agak slow dan heavy susah untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Kalau kita tengok trend filem Malaysia masakini, kebanyakannya berkenaan kisah-kisah cinta yang trivial tak pun filem-filem aksi. Dan dalam satu filem itu, sedikit suntikan komedi(sama ada slapstik ataupun tidak) perlu. Itu tak kira filem rempit lagi.

Filem drama terakhir yang gua tonton adalah Mukhsin. Papadom juga mungkin boleh dikira sekali.

Ini mungkin gua rasa ada kena mengena dengan tabiat rakyat Malaysia yang tidak suka membaca. Bagi tulisan-tulisan yang dibukukan, kebanyakannya adalah bergenre drama. Memang susahlah nak tulis pasal aksi dalam buku. Macam mana nak masuk efek letup-letup ataupun kereta kejar mengejar.

Memang gua benci nak cakap, tapi bab-bab ini memang kita ketinggalan jauh kalau hendak dibandingkan dengan negara jiran(atau musuh?) kita Indonesia.

Adakah susah sangat hendak buat filem drama? Kalau hendak banding dengan filem aksi, mana lagi susah?

Bagi gua, apa yang penting bagi filem drama adalah pelakon yang dapat menghayati watak dengan baik dan jalan cerita yang kuat. Tak payah nak fikir nak letup-letup bangunan atau nak terbalik-balikkan kereta atau nak upah orang suruh bawak kereta mengesot(drift).

Ini gua rasa pula kerana hendak mengikut selera penonton tempatan. Industri kita kecil. Jadi money is everything. Jadi mereka agak tidak berani hendak bereksperimentasi dengan filem-filem drama seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf yang semuanya pergi jauh di peringkat antarabangsa, kerana takut akhirnya mereka yang akan menanggung rugi.

Dan gua tnegha bercakap pasal penerbit filem arus utama. Gua tahu banyak penggiat filem indiependent layan genre drama. Tapi berapa kerat yang masuk panggung?

Memang itu realiti. Kalau bukan aksi, cinta atau komedi, memang susah nak jual. Kalau campur ketiga-tiganya, jadilah filem-filem Syamsul Yusof.(ok yang ini gua nitpicking. gua percaya kepada credit when credit is due. filem kl drift 2 banyak dapat review positif dari segi aksi dan kreativiti. yang negatif macam biasa, jalan cerita tak berapa nak kuat dan percintaan trivial yang tak masuk akal.)

Kalau hendak kata rakyat Malaysia tidak suka kepada filem drama, ramai pula yang boleh melekat di kaca tv menonton Hindustan. Mungkin kerana unsur percintaan yang kuat kot.

Suka betul rakyat Malaysia ini dengan cinta-cinta sejati yang merepek dan main letup-letup. Patutlah tiap kali raya stok mercun tak pernah habis. Demand tinggi. (cuma sekarang gua rasa mercun sudah tak cukup gengster. bunyi macam pondan. ini gua syak akibat daripada mass production. kuantiti dulu, kualiti letak tepi. jadilah macam sate kajang haji samuri. keuntungan maksima ditutamakan. dasar kapitalis keparat.)


Kalau tiada idea yang original pun untuk difilemkan, kan boleh adaptasi daripada buku. Macam yang U-Wei buat sekarang ini bagi filem Hanyut. Banyak filem yang berjaya(bagi gua filem yang berjaya adalah filem yang memberi kepuasan dan kesan. kutipan tak pandang sangat) dari barat yang adaptasi dari buku.

Into The Wild dan A Beautiful Mind, dua filem yang baru aku tengok semalam kedua-duanya diadaptasi daripada buku. Cuma mungkin ianya selera penonton tempatan kebanyakan kerana apa? Ya, tiada komedi.

Bukan gua anti sangat dengan komedi ini. Cuma kadang-kadang penonton akan terlepas pandang si drama apabila berjumpa dengan si komedi ini. Macam filem Papadom. Semua orang kata lawak, tanpa menyentuh hal ibu, bapa dan anaknya yang gua rasa tunjang bagi filem itu.

Gua rasa tahap penulisan cerita di Malaysia ini boleh tahan juga dia punya hebat. Bukan cikai-cikai punya orang. Di Indonesia(sekali lagi gua benci nak cakap) sudah berapa buku yang diadaptasi untuk lakon layar.


Lu ini drama king ke nak filem drama heavy-heavy?

Bukan. Gua bukan drama king. Cuma gua rasa filem-filem yang ini, bila lu tengok masa lu tengah marah dengan kehidupan dan dunia, lu dapat rasa kembali yang sebenarnya kehidupan dan dunia itu indah.


Boleh kata filem-filem macam ini, errr eh kejap.

Laaa dah 5.30.

Gua nak turun main bola dulu.

5 comments:

are jim said...

oasis x minat ke bro??

-shak- said...

oasis band ke apa?

are jim said...

band uk la..
kate minat stone roses,beatles..

-shak- said...

tu la pasal aku tanya oasis band ke apa.
pasal aku tengah cakap pasal filem. kot2 la ada filem title oasis.

memang layan. tapi sayang dah pecah.

tengah tunggu material terbaru si noel gallagher la sekarang ni.

dia gerak solo sekarang.

are jim said...

sori bro..
lari tjuk ckit..
dr filem ke band..
haha..
saje nk kgsi minat..