Tuesday, April 6, 2010

Bo Peep Bo Peep

Halimah Jongang? Fatimah Juling?
Gua tak pernah tengok pun dua-dua cerita ini tapi gua rasa mesti jalan cerita nak dekat sama.
Tak payah tengok. Nanti rosak otak.

Lu nak tahu cerita apa yang lu patut tengok?

Joyah Division. (bukan rip off Joy Division. ini kebetulan. tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati)

Projek terbaru aku. Mengisahkan pasal Joyah yang sangat meminati matematik, terutamanya bab-bab bahagi. Joyah belajar dengan cemerlang sekali hingga berjaya menjadi ahli matematik terkemuka dunia. Bagaimanapun, satu hari Joyah secara tidak sengaja menemui matematik ini hanyalah penipuan, farce, hoax terbesar sepanjang peradaban manusia. Sistem pendidikan satu dunia bertukar. Budak-budak tak perlu lagi belajar matematik. Joyah amat kecewa kerana dia sangat mencintai matematik. Akhirnya Joyah bunuh diri.
Hidup mati matematik.


Ok.
Cukuplah satu lawak bosan untuk hari ini.


Cerita lain.

Itu hari ada preliminary round untuk battle of the band di Utopia Trauma. Gua memang nak pergi tapi entah dengan sibuknya gua rasa malas. Weekend pun tak boleh nak bernafas, ini memang bertentangan dengan prinsip orang Yahudi dan Nasrani.
Sabtu dan Ahad sepatutnya cuti dan berehat.
Tapi sekurang-kurangnya bagi projek Hydrology, CD untuk peta Malaysia yang lecturer gua bagi ada tulis 'Confidential' besar-besar. Terasa gila cool.
Macam James Bond.

Kepada Threnody, gua ucapkan selamat maju jaya ketika final nanti. Gua akan datang tengok.
Kalau ada komiti Eupho yang baca, gua harap bukan Flop Poppy atau 6ixth Sense yang datang. Tak cukup hedonisme. Kalau boleh bawa Love Me Butch. Biar tercabut sesak nafas RM tengok pesta liar itu nanti.


Maaflah bagi kawan-kawan yang datang dari jauh tak sempat jumpa. Kirim salam cukup kot.
Kiriman salam gua kat Utopia Trauma ini boleh tahan juga mahalnya. Ramai orang terkejar-kejar nak gua kirim salam.


Cerita lain lagi.


Gua benci gila dengan politik-politik dalam berkawan ini.

Depan bukan main baik, belakang cakap macam-macam.

Apa cerita?

Kata kawan, kalau ada tak puas hati, cakap terus. Dan cakap terus itu biar elok-elok. Bukan perli-perli, mahu cari gaduh. Kata kawan.

Kalau tak suka, tak payah bermusuh, tapi tak payah berkawan. Senang saja.

Bak kata siapa entah aku dah lupa, "Peace, Wisdom and Rock n Roll". Nescaya hidupmu akan bahagia.

Selamat beramal.


Dah.
Gua nak layan awek Korea. Ini hari awek Thai sibuk.




bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep, auwwww!

5 comments:

asyraf hensem said...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnwardakwaadaperisikIsraeldiBukitAman/Article

itu hari b4 gua gerak balik oz.gua ada rasa2 macam ade orang asyik follow gua.
mat salleh nie.tp ckp cam hebrew ja.
cilakak Mossad kat t,i
pengakalan dia rumah hijau padang tembak dalam!

-shak- said...

itu siapa tak kenal.

ingat dah potong jambang ultra-orthodox dia boleh menyamar di kalangan orang ramai ah.

khayrylyaxyd said...

shilaker~!!!oii bile mau kayuh same2.....???

loyal_creed said...

ai..sejak ada basikal ni..yazid asik memancut aje

Gheff said...

baru aku perasan kau ada sebut nama band aku kat post ni. heheh.

terima kasih terima kasih. semoga terhibur dengan persembahan kami di pentas final nanti.