Wednesday, November 18, 2009
Pengaruh Media Kotak TV Dalam Pergerakan Kawalan Minda Dan Kesan Terhadap Aktiviti Permotoran Negara : Satu Analisis Awal
Sekarang tajuk-tajuk post aku semua sudah macam thesis orang-orang berilmiah saja. Ini mesti pengaruh musim peperiksaan sudah naik sama kepala.
Itu hari aku sembang sama member aku. Tiba-tiba ada sebuah Persona lalu. Smart juga dia punya bodykit. Kemas.
Tapi aku cakap, apa barang buat luar dulu, kasi enjin kuat dulu la baru usik luar. Member aku terus bangkang. Katanya buat luar dulu baru betul. Enjin usik kemudian. Tak payah langsung pun tak mengapa.
Lama aku berfikir. Apa pasal kebanyakan orang yang aku jumpa lagi suka buat kereta jadi lawa dari buat kereta jadi laju.
Pagi tadi, tengah atas jamban, aku dapat jawapannya. Ini semua pasal Hollywood.
Aku ambil contoh francais yang paling popular, Fast n Furious. Kesemua 4 siri aku dah tengok, semua langsung tak memupuk minat untuk menjadi laju. Memang diorang bercakap pasal nak pergi laju, tapi mesej itu ditenggelamkan dengan visual-visual kereta-kereta yang dimekapkan merepek-repek. Spoiler besar macam sayap 747, rim sebesar perut ibu mengandung, berkilat macam iklan Colgate, offset panjang macam errr... seorang kulit hitam.
Itu tak masuk lagi dengan pelekat-pelekat vinyl yang terang-terang pencemaran visual. Awek-awek lagi.
Lagi satu pengaruh besar yang memupuk minat songsang ini adalah francais game Need For Speed. Aku tengok ketika orang lain sibuk dan padankan bodykit dan spoiler yang sesuai, aku asyik tala brek untuk front bias atau rear bias takpun tala steering jadi oversteer atau understeer. Visual selalu aku biar standard saja. Simpan duit untuk beli barang kalau dapat performanceunlock.
Apa yang aku dapat simpulkan, manusia yang memilih jalan visual daripada performance adalah kerana dia berminat kepada kereta bukan kerana kepuasan memandu, tapi sebab lain.
Mungkin kerana ingin kelihatan cool, menjaga imej atau apa-apa lagi yang berkaitan tentang pandangan orang lain, bukan kerana kepuasan diri. Awek adalah salah satu faktor yang dimanipulasikan (budak-budak PPSMI yang tak faham pergi tanya orang lama).
Aku boleh bayangkan. Ada satu awek approach kereta lu.
Awek : "Nice car"
Lu : "Boleh la tahan. Enjin asal aku dah rebore. Masuk piston 1JZ. Turbo pun dah tukar pakai Garrett punya. Suspension adjustable ni. Clutch pun pakai ceramic"
Awek : "Errr.. OK. Bye"
Sebab itu aku selalu perasan, mamat-mamat yang kereta just-for-show-not-for-go ini selalu menjaga imej. Kemeja polo kolar tegak, rambut pun tegak berminyak. Kadang-kadang ada highlight sikit-sikit. Metroseksual. Jenis yang pakai produk pelembap kulit. Barang kosmetik unutk rambut saja dah 5 jenis. Kadang-kadang aku tengok dah rupa gay macam.... ok aku malas nak petik nama siapa-siapa.
Pasal kereta baginya adalah satu pelengkap imej. Jenis-jenis ini rajin basuh kereta saja. Kalau dah buat enjin, memang enjin jadi fragile, tak reliable. Tapi segala titik peluh menservis enjin itu akan dibalas apabila kau pulak mengerah tenaganya suruh dia berpeluh. Tapi puak-puak ini apa kisah. Janji kereta lawa.
Itu pasal kalau pergi tengok drag battle, kereta-kereta bertanding yang road legal semua simple-simple saja. Kadang-kadang memang tak tukar langsung bodykit dari kilang. Ada pun kadang-kadang sticker sikit-sikit. Padahal semua kereta itu dah murtad dari ajaran asal mereka. Semua dah menyembah syaitan kelajuan.
Mereka ini adalah jenis yang menggunakan kereta untuk kepuasan diri. Mereka ini jenis yang suka tonton Initial D dan Top Gear.
Jenis celah-celah kuku ada hitam-hitam bekas minyak. Apahal nak main kereta takut kotor. Nak bersih pergi main Lego.
*******************************************
Aku dengar cerita ada satu gengster dari Australia balik Teluk Intan nak buka game.
Ada berani ke?
Dia ingat semangat Bathurst dai tu boleh pakai sangat ke?
Dia tak tahu sekarang ini driver-driver dan penumpang AAAAcv 5611111 semua kawal stering macam brader Nikmaat tebar roti je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
melalui penulisan saudara
dapat saya simpulkan bahawa saudara
telah secara sedar mengakui tentang keupayaan kereta gengster yang skang terpaksa melarikan diri ke luar negara
shalom.
nampaknya saudara sudah kehilangan keupayaan membaca dalam bahasa melayu.
mungkin kerana saudara sudah lama terlalu bergaul dengan aborogines.
silalah balik cepat ke malaysia.
saudara akan ditarbiahkan secukup-cukupnya.
Mari kita mentarbiahkan aborigin itu..ACX sedia menanti kedatanganmu~!!!!nghahahaha(gelak jahat)...ape2 pun nice pic...
Post a Comment