Monday, November 30, 2009

Gila Malas



Bila balik bercuti memang macam gampang dia punya malas nak update.

Ini pun gua update sekadar melepaskan kentut di sofa.

Team Proton-MEM berjaya mendapatkan tempat kedua di IRC pusingan Scotland.

Pemandu Neo S2000, Alister McRae, adik kepada jagoan rally mendiang Colin McRae, anak kepada jagoan rally juga, Jimmy Mcrae, berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.

Bagaimanapun, emenang pusingan Scotland ini yakni Peugeot telah dibatalkan kerana melanggar spesifikasi yang ditetapkan. Jadi,pasukan Skoda naik tempat pertama, Proton naik tempat kedua.

Walaupun kemenangan hanya atas sebab teknikal, apa-apa pun gua tabik spring sama lu orang.

Semoga maju jaya untuk pusingan 2010 dan tahun-tahun berikutnya.




No comments: