Tuesday, November 10, 2009

Now We Have Our Own The Godfather Series

Kalau di US ia berkisar tentang mafioso, di Malaysia ia berkisar tentang mufti-oso.


Semuanya pasal berita Dr. Asri kena tangkap pasal dengan JAIS. Gua ingat tangkap basah. Terkejut setan gua. Apahal bekas mufti kena tangkap basah. Geng Mat Sabu ke apa.

Rupanya pasal bagi ceramah tak ada kelayakan.

Baru gua tersedar, yang rupanya pejabat agama ini dijalankan seperti organized crime syndicate.


Kalau The Godfather ada Corleone Family, Tattaglia Family, Barzini Family, kita ada Pejabat Agama Kedah, Pejabat Agama Perlis dan Pejabat Agama Selangor.


Ketika Sollozzo datang ke Don Corleone untuk mendapatkan pertolongan kewangan dan perlindungan polis dan politik untuk bisnes barunya, Don Corleone menolak walaupun Sollozzo telah mendapat lampu hijau dari kesemua family-family lain di New York. Ini kerana Don Corleone berpendapat bisnes Sollozzo iaitu narkotik adalah berbahaya. Tidak seperti perjudian yang dikira sebagai harmless vice.

Akibatnya, Sollozzo dan sekutu kuatnya, Tattaglia cuba membunuh Corleone.


Dulu Dr. Asri mufti Perlis. Pasal pendapat berbeza, khidmatnya tidak disambung.
Berbanding dengan mufti-mufti lain, Dr. Asri siap ada ruangan sendiri di Utusan. Aku tak ingat sebab apa khidmat dia tak disambung tapi semua orang tahu sebab yang diutarakan itu bukan sebab yang sebenarnya.



Frank Pentangelli merupakan orang kuat Don Corleone. Selepas kes ditembak, Vito Corleone menjadi lemah. Dia memberikan tugas menguruskan family itu kepada anaknya, Michael Corleone. Michael sebagai Don yang baru, mengambil keputusan untuk berpindah ke Nevada, manakala hal-hal di New York diserahkan kepada Frank Pentangelli. Frank mula bergerak sendiri dan beberapa tindakannya di New York menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati kepadanya.

Frank terlibat dengan masalah di New York dan meminta tolong kepada Don Corleone tetapi Don buat bodoh pasal dia tak nak bisnes barunya kacau. Frank sebagai orang lama tak puas hati dengan tindakan Don baru jadi terus dia membalas dendam. Tapi ini Don Corleone beb, takkan senang-senang saja kalah. Akhirnya, Frank yang bunuh diri.


Sejak keluar daripada Pejabat Agama Perlis, Dr. Asri mula bergerak sendiri. Dia memberi ceramah secara bebas. Bila ada jemputan ceramah, maknanya adalah pengikut Dr. Asri. Pejabat Agama Selangor tak senang duduk. Ditangkapnya si Dr. Asri. Tiada kelayakan katanya (heh bekas mufti tiada kelayakan?).



Kalau mafioso membunuh fizikal dengan peluru dan pistol, mufti-oso membunuh karakter dengan tangkapan dan tuduhan.


Kita tunggu dan lihat saja apa akan jadi selepas ini. Siapa yang balas dendam dan siapa yang bunuh diri.



2 comments:

ooooooooo said...

bro
wassup?
nice post ni
tu aa
nampak sangat aa kekorupan tanah air

ikram said...

pehal tangkap2 ni?
bukannye en.asri pegi menyebar ajaran sesat pon
ish3.

buat jahat kene tangkap.
buat baik kene tangkap.
terjun tingkap je le.