Sunday, May 8, 2011

The Arabization of Islam

DSC08572
Tanjung Aru 1st Beach KK, April 2011




Gua agak baffled bila Tuhan memutuskan untuk menurunkan rasul terakhir-Nya di kalangan orang Arab.

Kerana daripada pemerhatian gua, orang Arab ini antara manusia paling tak bertamadun perangainya kalau nak dibanding dengan kaum-kaum lain.
Bukan gua ada prejudis atau membenci orang-orang Arab ini, tidak. Gua tiada masalah dengan orang Arab.
Ianya hanya pandangan peribadi daripada pemerhatian gua.


Kemudian satu hari gua dapat jawapan yang menjawab persoalan gua daripada seorang ustaz di sebuah ceramah agama.
Katanya Tuhan pilih Arab kerana bahasanya tidak akan berubah daripada zaman wahyu diturunkan sehinggalah ke zaman moden.

Gua bukan tahu pun berbahasa arab tetapi daripada Quran yang gua baca, dan Arab yang gua dengar di TV, bunyinya agak sama. Jadi mungkin betullah apa yang ustaz tu cakap.


Cuma gua agak terkilanlah bila Tuhan tak 'memilih' bahasa yang difahami gua. Gua dilahirkan dalam bani Melayu. Jadi tiap kali gua beribadat cuba mendekatkan diri dengan Tuhan, gua rasa 'jauh', rasa janggal. Tidak natural. Gua tak faham pun apa yang gua buat. Dah jadi macam ritual pula.

Ini yang membawa kepada persoalan gua nih.


Antara benda Arab paling besar dalam hidup seorang Islam adalah Quran itu sendiri. Secara umumnya bani Melayu diajar hanyalah untuk membaca, bukan memahami. Jadi terhasillah produk-produk seperti gua, yang dah khatam lebih dari bilangan jari sebelah tangan tetapi hanya faham sebilangan ayat yang tak lebih dari jari tangan dan kaki anda.


Jadi selalu gua terasa bosan. Banyak kali la juga bila sesi membaca Yasin diadakan di malam Jumaat, gua baca terjemahannya senyap-senyap. Sambil mulut terkumat-kamit badan terhengguk-hengguk kononnya tengah khusyuk berlagu Arab.

Kalau baca dalam bahasa Melayu, setiap huruf tu dapat 10 pahala tak?


Kalau baca terjemahan pun, tidaklah se-Melayu yang disangka. Those Arabs, they take poetry very seriously. Sebab itu Quran diturunkan dalam bahasa berbunga-bunga, kerana dalam budaya Arab, mereka yang pandai berpuisi dipandang tinggi. Puisi boleh menunjukkanstatus seseorang itu sebagai bijak pandai, cendekiawan. Kebolehan Muhammad menyampaikan ajaran dalam bahasa yang indah menaikkan lagi kredibiliti beliau.


Dan bila puisi-puisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, bila gua baca masih terasa Arab. Gua tak tahulah lu orang rasa macam itu juga atau tidak tapi itulah yg gua rasa.
Tak ada orang nak buat revision dan keluarkan edisi baru ke? Dewan Bahasa dan Pustaka yang orang kata tak berapa nak komited dan efisien pun dah keluar berapa edisi dah kamusnya.


Kemudian masuk bab doa, tasbih dan zikir. Gua agak kurang faham dengan obsesi tok-tok imam yang suka melagukan doa dalam bahasa Arab tanpa terjemahan. Lagu bukan main sedap, macam Maher Zain. Orang yang dengar pun seronok, tapi tak faham, tak dapat pengajaran apa-apa, macam lagu Maher Zain juga.

Tahulah tok imam tu dulu belajar dalam bahasa Arab, kat Al-Azhar, kat madrasah-madrasah terkemuka di Pakistan, Afghanistan, Gohed Gostan tapi fikir la sikit yang crowdnya pakcik-pakcik yang buat bendang duduk kat Simpang Kuala. Mana kami nak faham.

Jadi duduk tertunduklah gua sambil menadah tangan mengarapakan apa entah gua pun tak tahu. Sebab itulah fikiran gua selalu meliar ke hal-hal duniawi yang melekakan masa gua cuba berhubung terus dengan Tuhan.



Kemudian masuk bab berpakaian pula.


Gua selalu digula-gulakan yang katanya Islam ini lengkap, merentas budaya, bahasa dan desa.

Tetapi umum tahu yang pakaian yang dikaitkan dengan mereka yang kuat pegangan Islamnya adalah jubah dan serban, paling cikai pun kopiah putih.

Gua tiada apa-apa masalah dengan serban dan jubah, cuma janganlah judge iman seseorang itu dengan cara pakainnya. Orang mungkin kata yang pakaian-pakaian moden ini dipakai oleh orang-orang bukan Islam, tak elok tiru mereka. Tapi kita jangan lupa yang serban dan jubah ini juga dipakai oleh Abu Lahab dan Abu Jahal, pasal mereka orang Arab.

Jadi untuk mengaitkan yang jubah dan serban ini pakaian orang Islam, pada pandangan gua adalah tak masuk akal. Itu pakaian tradisi orang Arab.

Bagi bani Melayu pseudo-moden, pseudo-intelektual macam gua ini, pakaian tradisi gua adalah jeans dan t-shirt. Kenapa pakaian tradisi gua seakan-akan tak diterima dalam majlis-majlis agama di Malaysia ini? Kata Islam ini merentas budaya dan desa.


Setiap kali nak ke majlis agama, pasti berlaku konflik. Parents gua nak suruh pakai baju tradisi orang Arab, gua nak pakai baju tradisi gua. Jadi solusinya selalu tengah-tengah. Gua pakai baju smart casual saja. Sekali dengan songkok, pasal gua tak suka kopiah. Tak sedap pakai.


Entah bila kali terakhir gua nampak jeans di majlis agama pun gua sudah tak ingat.






Entah kenapa lately ini banyak gua nak cakap pasal Islam.
Petanda akhir zaman kot.
Bila orang yang tak berkelayakan duk sibuk berdegar-degar pasal Islam.



10 comments:

Anonymous said...

soaln wa xd kaitn dgn entry lu..
lu utp kn? bger empire 2 best ke?..
bpe rgit ah?..
cbe lu explen sket, wa cm mgidam plk..

-shak- said...

tak pernah makan la burger empire tu.

scene burger utp ni, gua selalu layan Syam Burger Tip Top je.

Anonymous said...

xsemestinya nak tunggu org berkelayakan baru boleh sembang pasal islam....

lg sempoi baca blog ni daripada baca utusan malaysia sembang pasal islam....

-kumbang ngantuk

Anonymous said...

sbb tuh tok imam kita si syafie ckp.kita wajib belajar bahasa arab.
so secara amnya orang malaysia xde tok imam ikutan

anonymous di atas..asal kan berkaitan agama x kira la utusan ka harakah ka.nama nya ilmu boleh je di ambil.

tp jangan la roket sah2 kapior

-shak- said...

roket tarak boleh ka?
gua baru nak join nak memecahkan hegemoni kaum mata sepet dalam roket. keh3

Anonymous said...

bak kata brader anwar suata ketika dulu,
parti rasis chauvanis pemikiran ala komunis

Black Owl said...

bhai, pakai jeans g ceramah agama xpe, ni yang pkai short g msjd utp tujuan utk semayang ni pa bala plak.hahahahaha....

-shak- said...

balakrishnan la jawabnya.

Black Owl said...

hahahahahaha......short tu leh tarik bagi londeh jadi 3 quarter tu lagi xle blah...bajet aussie..tu dah balababun dah tu

yazid roket said...

slam bersfat universal, apesal islam kat amerika leh pakai sluar pendek wat semayang, islam kat malaysia kene pakai kain pelekat cam gajah bergendang baru kira ada in time g semayang.
islam amerika ngan islam malaysia x sama ke?
setau gua islam tok guru je ada sikit lain..agagaggaga