Tuesday, February 22, 2011

Live Curious, bak kata NatGeo

Something crossed my mind the other day.

Macam mana ayah kepada Nabi boleh nama Abdullah, yang bermaksud hamba Allah jika Islam pun masih belum turun lagi.

Initial assumption gua mungkin semua agama langit memanggil nama Tuhannya Allah, tetapi gua tengok Judaism dan Kristian tidak gunakannya secara meluas pun.


Setelah baca sedikit sini sana, rupanya Allah itu adalah panggilan standard kepada Tuhan dalam bahasa Arab.


Maksudnya, literal translation kepada Allah adalah Tuhan.

Patutlah ada sesetengah Kristian Arab menggunakan Allah sebagai Tuhan.


Kerana Allah itu Tuhan.


Jadi, itu hari, apa pasal kita jadi kelam kabut sangat?
Sampai molotov cocktail bertebaran la, apa la.

Marah sangat bila Kristian guna Allah, suruh ditukar kepada nama lain.
Tukar kepada Tuhan, mungkin.

Tapi bukankah Tuhan itu Allah, dan Allah itu Tuhan?


Syed Hamid Albar la ni.
Bunch of politician claptrap.


Ini yang jadi masalah bila Melayu nak lebih Arab daripada orang Arab.


Belah sini nak jadi Kaukasia, belah sana nak jadi Arab.

Takkan nak harap Ibrahim Ali kot yang nak jadi Melayu.




Berbalik kepada Islam punya Allah.

Islam punya Allah tidak mempunyai anak seperti Kristian punya, tetapi Dia ada 99 nicknames.

Nama timangan, bagi yang tidak ambil English education.
Asma ul Husna bagi yang pernah mengaji sekolah agama.


Oleh kerana ciri ini spesifik kepada Islam punya Allah, logiknya gua rasa orang Islam Melayu Malaysia ini patut rasa lebih terbakar jika nama-nama ini dicabar.


Hamid, yang bermaksud Yang Maha Terpuji, adalah salah satu nama Allah.

Hamid adalah Allah dan Allah adalah Hamid.


Hamid juga adalah datuk gua.




Bukan Abdul Hamid, yang bermaksud hamba Allah, tetapi Hamid.

Jadi, bapak gua anak kepada Hamid, dan gua adalah cucu Hamid.



So, to all ladies out there, if you want to know how a divine descendant tastes like, you know what to do.



1 comment:

Anonymous said...

"Ini yang jadi masalah bila Melayu nak lebih Arab daripada orang Arab."

i like this post!

from: saloma :)