Saturday, February 12, 2011

Paradoks Muslim Moden Malaysia

DSC08044




Ditulis secara rambang, tak tersusun dan tatabahasa tunggang langgang.



  • Marah bila Amerika Syarikat shoving democracy down Iraqis throats tapi bila dia menyesakkan orang dengan doktrin-doktrin agung Islamik yang 'superior' itu kepada orang yang tidak berminat tidak mengapa.

  • Sultan merupakan penjaga rasmi agama Islam. Duit perbelanjaan Sultan datangnya dari cukai, yang dibayar oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Ada juga Sultan yang memang terkenal dengan perangai bukan Islamnya.

  • Bagai nak terbalik dunia bila ada satu gambar awek bertudung pegang babi, tapi bila tengok gambar kawan berpegang tangan dengan kekasih hati, terus jadi "awwwwww so sweet!"

  • Cukup sensitif bila dengar ada ajaran pecahan Islam seperti Wahhabi, Syiah, Muhammadiyah dan macam-macam lagi masuk Malaysia tapi bila dengar nama geng Ayatollah, geng Mullah, Hezbollah, terus kembang hati. Pejuang Islam semua itu katanya.


  • Terjerit-jerit dengan Maher Zain itu OK. Goyang kepala untuk Buzzcocks itu hedonisme.


  • Berdoa dalam bahasa Arab adalah lebih afdal daripada bahasa Melayu, walaupun tidak faham apa yang didoakan itu. Meminta tapi tidak tahu apa yang diminta.


  • Sibuk mengejar ilmu akhirat untuk mempersiapkan diri di hari pembalasan kelak, tapi cukup marah dengan bukan Islam kerana mereka mengawal dunia.


  • Ketawa geli hati melihat patung sembahan bertangan lapan berperut buncit tapi cukup meradang bila ada orang permainkan Allah dan Muhammad.


  • Sukar menerima perubahan baru dan perkara yang thought provoking tetapi tidak suka bila umat Islam dikatakan jumud dan ketinggalan zaman.

  • Tulis dalam blog berdegar-degar tetapi dalam real life, huh memang tak boleh pakai.

2 comments:

Anonymous said...

completely paradox

Anonymous said...

harap anda tidak seperti apa yg anda coretkan..dunia ni senang,semayang cukup,semua ok..