Thursday, February 24, 2011

Holy Shit, Its a Holy War!

DSC00499
Align CenterSungai Perak, May 2009





Ayman al-Zawahiri, orang nombor 2 Al-Qaeda pernah berkata, "Beza antara orang kafir dan orang Islam adalah, orang kafir lebih menumpukan dunia manakala orang Islam lebih menumpukan akhirat."

Lebih kurang macam itulah.



Dan ini menunjukkan yang ramai orang Islam hanya menggunakan Islam sebagai tiket ke syurga.
Syurga yang dipenuhi bidadari, (sorry girls) sungai yang mengalir susu (gua harap perisa coklat), madu, dan arak yang tidak memabukkan. (gua harap champagne. lagi satu, what's the point of having alcohol if you're not getting drunk? dan jika dalam syurga, yang dikatakan semua permintaan ditunaikan, gua minta untuk mabuk adakah permintaan akan ditunaikan?)


Macam tak percaya pula bila Muslim nowadays have such morbid point of view.


Pernah dengar ungkapan beribadat macam nak mati esok, bekerja macam nak hidup 1000 tahun lagi?
Saidina Ali rasanya yang cakap.


Saidina Ali, yang Nabi Muhammad telah kata jika dirinya adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya, sendiri telah berkata yang dunia dan akhirat ini sama penting.


Jadi mengapa sekarang kita asyik dengan kematian dan alam selepasnya?
Kerana jika mati atas nama Islam, syurga jawapannya.


Golden express ticket to heaven, yo!
Jihad fisabilillah!

Itu tak betul.

Islam ini sebenarnya cara hidup. Islam suruh cari ilmu, cari harta. Pakai ilmu, pakai harta ke jalan yang benar.
Jihad fisabilillah juga tu.


Gua ulang sekali lagi. Islam itu cara hidup. Panduan hidup. Buku manual cara hidup di dunia.
Bukan tiket ke syurga.



Ini tidak.
Tahu nak angkat AK47, nak lempar Molotov cocktail.
Lepas itu sibuk marah-marah kafir sana, laknatullah sini.
Ikat bom keliling pinggang, ikat celah kangkang, ready nak romen bidadari.


Lu orang boleh tengok sendiri la.

Berapa ramai mat rempit dalam internet yang sibuk laung jihad, tak gentar nak menyabung nyawa bila masa Islam kena hentam.
Biasalah. Anak jantan Melayu. Sembang mesti 7 inci (padahal 3). Lagak mesti jagoan.


Tapi bila suruh belajar, cari ilmu, cari harta untuk fisabilliah, dah tak mahu. Mengelat. Pergi merempit.


Islam pada pandangannya hanyalah Manual Bagaimana Mahu Hidup Macam Celaka Di Dunia Tetapi Masih Boleh Mati Dan Masuk Syurga Minum Barbican (beer tanpa alkohol di syurga, get it? lame joke I know)


Al-Khwarizmi dan Ibnu Sina kalau tanpa rasa cinta kepada dunia, takkan sibuk nak kaji dan mendalam ilmu-ilmu dalam bidang yang dikatakan 'sekular' masa kini.

Itu satu lagi masalah.
Bila Islam suruh cari ilmu, dia pergi bantai ingat ilmu agama sahaja.

Yalah tengok yang kaki-kaki kuat agama pergi belajar ilmu agama sahaja. Yang ilmu 'sekular' bagi pada orang-orang macam gua.

Bila kat semua bidang di dunia ini Islam lembik, mula nak marah-marah. Kata ini semua rancangan halus kafir untuk melemahkan Islam.
Padahal diri sendiri yang dah memang lembik.


Dah.
Bila sebut beer tanpa alkohol ni, buat tekak gua rasa kering.
Mana gua nak cari 7-E tengah-tengah hutan ni?








2 comments:

Lynn Termizi said...

padan muka duduk ceruk hutan lagi.

yazid pro ulama said...

nama ja pakai serban belajar balik dari arab.
bila tang nak pastikan duit tuh nak mengalir ke sapa.
xtengok langsung muka penerima
kapir ka tapir ka.
depa punya jihad men dota je la.

pundek.

apasal suara lu ada sama cam chedet ?
pak menakan ka?