Bulan yang paling aku tak gemar. Bulan result exam keluar, dan semester belajar akan bermula.
Memang gua meluat sungguh.
Bila gua dah kembali ke Utopia Trauma, gua akan paling rindu dengan dua benda di rumah.
Yang pertama, unlimited access to free food supply.
Yang kedua, Yo Gabba Gabba!
Tahukah anda apa itu Yo Gabba Gabba?
Yo Gabba Gabba adalah rancangan televisyen kanak-kanak yang buat gua sanggup terlentang depan TV tiap-tiap pukul 8 pagi.
8 pagi tu bai! 8 pagi masa cuti!
Serius beb, lu kena tengok. Pukul 8 pagi di NTV7. Di saluran Nick dekat Astro mungkin ada tapi gua nasihatkan kena tengok di NTV7 pasal tak feel kalau tengok di Astro.
Lu kena bangun pagi, macam zaman kanak-kanak dulu untuk tengok rancangan kegemaran di kaca TV.
Baru feeling itu sedap-sedap saja.
Yo Gabba Gabba memang rancangan kanak-kanak terulung penah dihasilkan dalam sejarah peradaban manusia.
Serius tiada apa yang boleh lawan rancangan yang dibintangi oleh DJ Lance Rock(mamat retro bersut jingga), Brobee(hijau belang-belang tangan panjang melayang), Foofa(si merah jambu), Toodee(menatang biru), Muno(si lonjong) dan Plex(robot retro yang groovy).
Nak tahu apa yang cool gila berkenaan dengan Yo Gabba Gabba ini?
Muziknya.
Lagu dan irama dalam Yo Gabba Gabba tidak sama dengan rancangan kanak-kanak yang lain.
Jika Hi-5 penuh dengan lagu kanak-kanak, Yo Gabba Gabba penuh dengan bunyi-bunyian retro electro dan synth untuk grown up, tetapi dengan mood riang ria kanak-kanak.
Ini memang gila! Do It memang terbaik!
Siapa yang tak suka lagu ini, memang itu masalah dia. Buat gua teringat pada Perhentian. Damn!
Hendak tahu apa lagi yang lebih cool?
Segmen The Super Music Friends Show. Di sini akan ada pemuzik jemputan datang membuat persembahan. Dan pemuzik jemputannya bukan calang-calang. Tiada Miley Cyrus atau geng-geng Disney(zaman gua dulu, Disney hasilkan kartun-kartun yang penuh dengan niali-nilai positif. sekarang dah merepek-repek).
Macam biasa. Muzik grown up, mood kanak-kanak. The Aggrolites, The Ting Tings, The Roots dan Hot Hot Heat antara yang pernah melakukan persembahan di pentas Yo Gabba Gabba.
Sungguh murni Yo Gabba Gabba. Menyelamatkan kanak-kanak jadi menjadi mangsa pop Disney dan MTV.
Fresh!
Jangan risau. Anda tidak mengambil apa-apa dadah jika anda melihat yang bukan-bukan dalam klip ini. Ini adalah normal bagi Yo Gabba Gabba.
Dan favourite gua, The Aggrolites! "...your sister likes it!"
Gua ingat nak cari DVD Yo Gabba Gabba lah. Gua nak simpan untuk anak cucu gua nanti.
1 comment:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
Post a Comment