Tuesday, April 27, 2010

Perihal Sivaji, Orang Melayu dan Bahasanya : Apa Kena Mengena?

Arakian adalah satu bangsa yang namanya dipanggil Melayu dan adalah pula bangsa ini bahasa lidahnya dipanggil Bahasa Melayu dan adalah pula dalam Bahasa Melayu ada tersebut pepatah yang ada menyebut bahasa itu adalah jiwa bangsa. Maka adalah pula Bahasa Melayu itu seperti bahasa lain-lain yang berubah seiring sekali dengan berubahnya masa berlalu. Maka daripada segala jenis kata dan ayat yang tunggang terbalik yang adalah manusia dulu kala pakai sehinggalah datang seorang cendekiawan katanya Zaaba nama diberi. Maka Bahasa Melayu itu pun berubahlah mengikut masa sepertimana bahasa lain-lainnya mula diberi struktur dan sistem dan standard untuk pemakai-pemakai Bahasa Melayu untuk dipakai dan diikut.


Macam mana dalam Bahasa Melayu klasik boleh ada perkataan struktur, sistem dan standard aku pun tak tahu.

Kita kembali ke Bahasa Melayu pasca-Zaaba. Senang aku nak tulis senang lu nak baca.


Dalam zaman globalisasi dan global warming ini, satu-satunya benteng bagi sesebuah bangsa itu untuk terus kekal adalah melalui bahasanya.
Yang lain memang susah. Takkan la lu nak pakai baju Melayu tengah-tengah hari dekat Malaysia ini. Kalau lu duduk Cameron Highland boleh tahan lagi ah. Kalau lu duduk Tronoh, memang hari-hari sauna free. Tidak praktikal. Lagipun aku rasa bahasa dan budaya cara hidup lebih menunjukkan identiti sesuatu bangsa itu.

Bahasa Melayu ini memang unik. Orang kata perkataan asal dalam Bahasa Melayu ini ada 2 atau 3 sahaja. Macam lawak pun ada. Dah macam Pikachu. Reti cakap dua tiga patah saja.


Melayu 1 : Pikapi! Pika! Pika!
Melayu 2 : Pika! Pika! Chuuuuuu!


Kemudian Bahasa Melayu melalui satu zaman pengembangan yang pesat sekali. Bahasa Melayu menjadi semacam span. Menyerap semua yang ada sekelilingnya. Bahasa Hindu, Arab, Inggeris, Portugal dan macam-macam lagi. Bahasa kesat pun tidak ketinggalan sehinggalah pada zaman kegemilangannya ia menjadi lingua franca bagi Kepulauan Melayu masa itu. Mat Salleh yang nak datang berniaga pun masa itu kena belajar Bahasa Melayu.

Semuanya indah bagi Bahasa Melayu sehinggalah zaman teknologi, satelit dan internet. Bahasa Melayu yang boleh survive dalam era penjajahan fizikal, kini sedang tergugat dalam era penjajahan minda.

Kalau dibandingkan filem-filem Melayu hitam putih dengan filem-filem Melayu pasca-millenium, sangat berbeza sekali.

Orang Melayu sangat memeningkan.

Kalau dilihat dengan bangsa lain, jika mereka fasih bertutur bahasa lain, bahasa ibundanya yang akan 'mencemari' bahasa keduanya.

Berbeza pula dengan orang Melayu. Jika mereka fasih bertutur bahasa kedua, bahasa keduanya yang akan 'mencemari' Bahasa Melayu.

Aku tahu generalisasi ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Bukan semua orang Melayu macam itu. Hanya Melayu pseudo-moden.

Masalahnya golongan ini aku nampak semakin hari semakin bertambah.

Bukan aku menentang kalau nak belajar bahasa kedua. Belajarlah banyak-banyak pun. Itu benda bagus. Belajar sampai 3, 4, 18, 23 pun tidak mengapa. Kalau terasa poyo, boleh berlatih sampai cakap macam penutur natif, siap dengan accent dan slang. Cuma bila bertutur Bahasa Melayu, anda sebagai penutur natif silalah guna secara betul. Bunyi biar macam true Melayu. Bukan macam Mat Salleh yang lidah keras. Geli I. Bunyi sangat fake ok. Mat Salleh pun tak cakap macam itu.


Tak payah nak gedik-gedik buat bunyi 't' lembut dalam Bahasa Melayu. Mana ada itu macam brader.
Satu lagi geng-geng yang belajar bahasa Arab ini. Kalau berceramah, kuat betul bunyi Arabnya.

ilmu jadi e'lmu. sedekah jadi sodomy, maaf, sodoqohhh. ghaib jadi ghaaibbroogghhhhh! Dah macam vokalis band hardcore.
Aku tahu perkataan-perkataan itu memang pun kita pinjam, tapi kurang-kurang sebut la macam orang kita sebut. Bangga sikit jadi orang kita. Macamlah sebut bunyi Arab lebih-lebih dapat tiket percuma ke syurga.


Aku rasa, kalau bahasa ibunda kita 'mencemari' bahasa kedua, itu bukanlah sesuatu yang memalukan. Bukan sesuatu yang kampung. Bagi aku itu sesuatu yang unik. Seakan-akan satu trademark dari mana kita datang. Kalau seorang brader datang dari New York cakap Melayu tak betul, dengan pelat Mat Sallehnya, itu bukan ciri-ciri orang kampung, dan kita takkan kata dia orang kampung pasal cakap Melayu tidak betul. Tapi orang Melayu pseudo-moden ini pula lihat daripada sisi yang salah. Dia lihat mamat New York cakap Melayu macam itu, dia pun tiru pasal mahu kelihatan seperti seorang orang New York. Sungguh menyedihkan.


Lagi satu hal, ramai betul yang suka mengalihkanbahasakan perkataan Inggeris menjadi Melayu bulat-bulat. Bagi aku itu satu keperluan jika memang dalam kosa kata Bahasa Melayu tiada perkataan untuk makna tersebut, seperti komputer atau teksi. Tapi kalau bajet nak jadi belanjawan, apa kes?

Sesuatu bahasa itu tidak boleh terlalu keras untuk tidak menerima langsung perkataan pinjaman atau akibatnya bahasa itu akan terkubur. Ambil contoh bahasa Latin. Tapi pinjam itu biarlah berpada-pada. Jangan sampai semua perkataan pun hendak diganti. Alih-alih tinggal 3 saja perkataan asal Bahasa Melayu. Pi Ka Chu. Yang lain semua diganti.


Bila nak start cerita pasal Sivaji? Ini aku dah nak mula.

Kalau anda semua tonton filem-filem Rajinikanth, yang aku rasa paling cult di Malaysia ini Padaiyappa dan Sivaji, pasti akan ada kritikan sosial perihal bangga dengan bangsa dan budaya sendiri.

Agaknya orang-orang India pun lebih kurang macam Melayu. Lebih mengangungkan mereka yang kulitnya lebih cerah. Sama seperi Sivaji. Bila dia pulang daripada AS, semua orang ingat taste muzik dan perempuannya akan berubah, menjadi lebih 'moden'.
Tidak sama sekali. Dia masih meminati sari dan tarian yang diiringi ketukan gendang pelbagai jenis, kain dhoti dan orang kampung yang turut ceria menari bersama.


Jadi apa pengajarannya?

Contohilah Rajini, hero rasmi blog ini.

2 comments:

loyal_creed said...

sokong,sokong,sokong

Gheff said...

kita orang Melayu suka meniru. sebab kita ni hakikatnya tidak tahu asal usul sebenar kita.

atau dalam bahasa lebih mudah

we Malays are copycats. because the truth is we don't know where or what exactly do we belong to.