Monday, April 19, 2010

Blue, Black and White or: How I Learned to Stop Worrying and Love the National Service 2

Kita berjumpa lagi dalam siri yang seterusnya.


Kita mula dulu dengan jadual harian bagi seorang pelatih PLKN.

Mula dengan bangun Subuh. Gua tak tahulah apa pasal tapi kem gua kejut budak-budak subuh pakai lagu Mawi. Entah malaun mana yang jumpa CD itu aku pun tak tahu. Tapi cara kejut yang istimewa ini memang betul-betul berkesan(ok lagi daripada sekolah gua. warden datang bawa rotan). Gua dah lah menyampah dengan Mawi, kena pula pagi-pagi dengar mamat ini melalak, memang gua tak pernah miss bangun. Lain pula cerita dengan Din. Gua tak tahu either dia memang minat Mawi senyap-senyap, atau memang jenis tidur mati. Selalu dia yang menjadi mangsa pistol Undertaker.

Ya, Undertaker ada pistol manik. Selalu digunakan untuk menembak mereka yang liat bangun. Kadang-kadang dia guna pada masa lapang untuk menembak budak-budak yang lalu depan bilik dia ketika hendak pergi mandi.

Lepas roll call, sembahyang dan kuliah. Lepas itu balik tukar baju PT, roll call lagi. Dalam kegelapan subuh yang hening itu ada senaman pagi. Ada dua jenis aktiviti, senamrobik beramai-ramai yang diketuai jurulatih yang sedikit lembut, ataupun aktiviti fizikal mengikut kompeni masing-masing. Gua lagi prefer senamrobik. Bukan pasal gua bapok tapi pasal gua malas. Siapa tak suka gerakkan badan mengikut lagu-lagu tekno yang merepek. Lagu kegemaran dalam kem pada masa itu yang gua ingat ada satu lagu Tamil yang bertajuk Dailamo. Memang layan juga. Lu orang try search.

"Dailamo Dailamo! Daila Daila Dailamo! Dailamo Dailamo Dailomooo!" seronok budak-budak menyanyi mengikut tune sambil menggerak-gerakkan badan.

Yang duduk kat belakang lagi merepek. Menari ikut sedap badan saja. Langsung tak ikut jurulatih. Gua rasa kalau masa itu shuffle dah mendapat tempat dalam hati rakyat jelata, mesti ada malaun yang buat.

Kalau aktiviti fizikal ikut kompeni, memang penat. Major Bersara akan bawak lari pusing kem dan tasik buatan yang airnya masin sampai nak putus nafas. PT pagi akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wira-Wirawati yang klasik itu.

Lepas habis PT pagi, berlari-lari semua orang ambil tray kejar sarapan. Ini memang betul-betul rush hour. Masa untuk nak makan, mandi, kemas katil dan tukar baju No.2 untuk kelas memang singkat. Kadang-kadang gua pun skip makan pasal tak sempat. Antara mandi dengan makan, gua pilih mandi. Ada juga golongan yang pilih sebaliknya.

Sebelum masuk kelas, macam biasa ada roll call. Ini kalau lambat memang masalah. Kena denda sama Ketua Kompeni gua yang bernama Kalat. Nasib baik Kalat sporting. Selalu denda kalau lambat Kalat suruh push up 10 kali. Tapi gua selalu buat 5 saja. Kalau gua tengah malas atau angin tak elok, memang gua buat 2 setengah. Tapi mulut kira sampai 10.

Kalau Kalat denda memang gua tak kisah sangat. Tapi kalau Penghulu yang bernama Prakash denda, memang gua panas. Bukan gua saja, tapi satu kem. Dengan macha-macha satu bangsa pun panas sama Prakash. Gua mengaku gua ada juga terlibat secara langsung dalam plot untuk membelasah Prakash. Itu saja yang gua bersubahat secara langsung. Yang lain memang gua tak terlibat. Tapi plot itu tak menjadi pun. Pasal apa tak jadi? Nanti gua cerita.

Tapi yang paling panas sekali bila KJ datang. Ini bukan Khairy Jemaludin, tapi Ketua Jurulatih. Dia memang celaka. Jenis kalau dia marah, telinga jadi berdesing punya. Jenis manusia yang arrogance, all-knowing, all-powerful tapi lu dapat rasa dia ini habuk pun tarak. Lu mesti pernah jumpa manusia jenis ini dikalangan cikgu-cikgu yang lu kenal jadi gua rasa lu dapat bayang macam mana.

Kalau Kalat bagi 10, Prakash bagi 20 kadang-kadang 30, KJ suka bagi 50. Kalau lagi teruk, dia suruh lari pusing dewan 10 round. Lu dah mandi elok-elok pakai wangi-wangi, kena lari dengan baju No. 2. Memang kesabaran gua betul-betul teruji dengan KJ.


Lari topik sebentar. Lu mesti biasa dengar orang kata yang hidup ini sangat ironik, apa yang kita benci, benda itu yang selalu datang. Memang terbukti. Gua bila habis PLKN memang gua nak padam Prakash daripada hidup gua, tapi boleh pula dia belajar sama dengan gua dekat Utopia Trauma. Masa orientasi gua cuba sedaya upaya tak nak bertembung dengan dia dengan harapan dia tak kenal gua tapi gagal juga. Gua tak tahu macam mana dia boleh kenal. Agaknya muka hensem macam gua ini susah nak lupa. Dia datang tegur gua dulu. Gua senyum saja layan. Gua buat-buat baik sambil minta nombor dia kata kot-kot ada apa-apa hal senang nak contact.

Keep your friends close but your enemies closer, bak kata Sun Tzu.


Berbalik kepada rambut botak, kulit terbakar dan baju biru hodoh.

Dalam kelas diajar Modul Kenegaraan dengan Modul apa entah gua dah lupa nama tapi sangkut paut dengan psikologi. Bulan pertama layan psikologi, habis psikologi layan Kenegaraan sampai habis. Gua tak ingat sangat apa benda yang dibuat dalam kelas ini pasal gua banyak layan mengantuk gua. Yang gua ingat, banyak mewarna. Lepas itu ada ajar men-juggle. Yang bab juggle ini memang gua fail. Langsung tak berbakat. Dua tiga kali baling dah berterabur. Gua memang langsung tak dilahirkan untuk sarkis.
Gua rileks-rileks saja pasif dalam kelas. Polisi gua, kalau gua banyak diam, nanti jurulatih terlepas pandang. Jurulatih tak kenal gua, tak ada gua kena tanya macam-macam. Tapi polisi gua gagal sama sekali. Pasal jurulatih galakkan pelatih aktif dalam kelas, jadi memang dia target budak-budak yang diam. Memang nama gua asyik kena petik. Bila nama gua kena petik, tergedik-gedik awek-awek kelas gua pasal nak dengar suara emas gua yang jarang keluar.

Kelas berehat sebentar dalam pukul 10 untuk minum pagi, sambung sampai tengah hari sebelum berhenti untuk lunch. Masa ini ada gap dalam sejam dua untuk makan, setelkan hal dobi dengan berehat sambil prepare baju No.3 untuk Modul Fizikal. Dalam kem, baju-baju yang diisukan boleh hantar dobi. Percuma ditanggung oleh Datuk Seri Najib. Kalau sempat, lu boleh tidur sebentar.

Modul Fizikal mula lebih kurang dalam pukul 2.30. Macam biasa, aktiviti dalam kem takkan lengkap tanpa roll call. Lu bayangkan bertiri tegak dalam panas terik dengan baju No.3. Kadang-kadang ada juga kes budak jatuh pitam. Kalau nasib malang, kena denda lagi. Memang tangan lu terbakar dengan tar yang panas, tapi tak sepanas hati yang terbakar. Modul Fizikal layan la juga. Belajar orienteering, survival dalam hutan, aktiviti tali tinggi, merentas halangan, TTS(bukan tronoh theatre shoppe tapi tempur tanpa senjata). Paling gua menyampah kalau kawat. Paling gua suka, aktiviti air. Memang layan main kayak sama rakit. Lagi satu kalau aktiviti air, pakai baju No.1. Seksa beb pakai No.3 tengah-tengah panas.

Ada satu hari buat aktiviti tali tinggi. Kena buat abseiling. Ada satu mamat Kelantan dalam Kompeni gua. Kita panggil Yasir. Yasir memang mulut jenis bising, tapi bukan jenis yang menyakitkan hati la. Jenis suka buat lawak, drop orang, gelakkan orang. Dekat bawah memang bukan main lagi bersembang gelak-gelak apa semua. Tapi bila sampai dia punya turn, memang pucat gila babi. Nak naik menara pun sampai kena paksa dengan KJ. Sampai atas, memang lama tak turun-turun. Jurulatih suruh lepas tangan, tak lepas-lepas juga. Akhirnya Yasir turun juga, tapi turun botol. Turun botol ini memang tahap terhina dalam abseiling. Lu tak tendang dinding pakai kaki, lu tak kawal tali dekat figure of 8. Patutnya lu kena tendang dinding, open tali dan biar momentum dan graviti bawak lu turun, habis momentum lu lock tali, nanti lu terhayun balik ke dinding dan lu tendang sambil open balik tali dan ulang proses sampai kaki cecah tanah. Tapi Yasir tak buat semua itu. Yasir hanya berpaut di tali dan jurulatih turunkan pakai tali safety. Sampai bawah bibir memang biru habis. Badan menggeletar macam baru nampak hantu. Yang orang lain dah tergolek-golek tak cukup nafas nak gelak.

Penghinaan Yasir bertambah apabila KJ pun turut serta gelakkan beliau. Sejak hari bersejarah itu, taip kali Yasri drop orang, pasti Yasir yang akan end up terdiam bila lipatan sejarah itu dibuka semula.



bersambung lagi....................

10 comments:

the rock said...

gua lu nye silent readr,
mngimbau knangan syal lu,
tp ak nye kngn lg indah cz ak antre org fames kt kem
awek sme knal
hehe

-shak- said...

apa bikin bai pagi-pagi ni?

tahajud ke?

azLan said...

haha..mcm chebai!

dailamo! dailamo!
cikgu pacai punye lagu.. xD

-shak- said...

yah itu dia azlan husin!

gengster yang memecahkan pintu tandas delta.
tak pasal-pasal kompeni gua kena tuduh.

azLan said...

hahaha!
aku cuma nak menutup mulut geng2 tomoi yg bercakap besar..

eh! pintu tandas charlie kot!

-shak- said...

habis tu apa pasal delta kena tuduh sekali?

haram jadah punya charlie.

ko memang insan yang lemah ah lan.
haha.

azLan said...

gle power..aku tumbuk pintu tandas charlie..pintu tandas delta pulak yg pecah..ini semua salah paham..mcm cilake..hahaha.

*kalau cermin tandas delta aku tahu la sape yg pecahkan..tapi budak tu kecut x mengaku..nasib baik aku x ingat nama dia..haha

**sape yg lumpuh lepas kena push up 20 kali tu? aku dengar cerita dia saman kerajaan RM11juta.. perghh..kaya beb!

-shak- said...

awek kelantan tu ke?
asilah latin ke apa nama dia.

menang kes ke?

azLan said...

haa..aku dah jumpa..ada dlm berita harian..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengurusankessamanpelatihPLKNditetap25Mei/Article/index_html

kaya beb! kaya!

Anonymous said...

"Bila nama gua kena petik, tergedik-gedik awek-awek kelas gua pasal nak dengar suara emas gua yang jarang keluar."

apsal ada pernyataan unsur2 illuminati dictu..ha3

pasal klas kenegaraan tuh..
gua saspek lu punya pasif strategi
mmg x menjadi..

sbb gua pun gagal di kem gua.

ya..mnggunakan strategi yg sama.