Friday, February 19, 2010

Kisah Mimbar Jumaat Lagi

Kota Lucah, November 2009


Kembali lagi kita dengan siri kisah mimbar Jumaat. Sejak kebelakangan ini, waktu Zohor masuk agak lewat jadi secara tidak sengajanya aku berjaya mendengar khutbah dari awal sampai habis.

Selalunya masuk masjid saja khatib dah di tengah-tengah khutbah. Kadang-kadang, dah habis pun khutbah pertama.
Tapi masuk lambat pun, sekurang-kurangnya aku dengar la jugak. Ini kadang aku tengok ada yang datang awal tapi sujud menyembah bumi.
Yang termenung kosong dengan fikiran dah merewang ke mana pun ramai.

Sia-sia saja. Dapat pahala iktikaf sajalah. Itupun kalau sempat niat.


Ini cerita khutbah minggu lepas.


Macam biasa. Cerita yang diulang-ulang. Bla bla bla umat Islam ditindas bla bla bla Yahudi jahat bla bla bla rancangan syaitan si Nasrani bla bla bla.

Tak boleh blah.

Gila bosan.

Teruk sangat ke umat Islam sekarang ini sampaikan bila diri sendiri yang lemah, nak salahkan orang lain?

Malu sial nak mengaku umat Islam kalau macam ini dia punya tahap. Ini yang buat aku rasa nak tukar nama. Aku nak pakai nama Ariel Sharon. Tak pun George Soros. Hip sikit. Nak dapat visa pergi mana-mana pun senang.

Bila pasukan bola Malaysia kalah, ada kita salahkan pasukan lawan pasal kuat dan menindas pasukan bola Malaysia yang lemah?
Tak masuk akal kan.
Kita salahkan pasukan Malaysia. Fitness tiada lah, kuat makan kari sama roti canai la, jurulatih tak boleh pakai la.

Tapi bila umat Islam lemah, kita salahkan Yahudi dan Nasrani. Gila lame!

Lantaklah si Yahudi sama Nasrani nak buat rancangan jahat ke, nak sembah syaitan ke, mandi darah kambing hitam ke, kita umat Islam kena kuatkan pegangan. Bagi jangan hanyut.

Tak habis-habis dengan alasan lapuk itu.

Aku teringat ada satu line dalam filem Platoon arahan Oliver Stone(ayahnya seorang Yahudi) yang berbunyi ,"Excuses are like assholes. Everybody got one."


Ini hal lain pula.


Sepatuntnya, mimbar Jumaat menjadi medium yang baik untuk menyebarkan mesej keamanan dan kasih sayang. Bukankah Islam itu dikatakan religion of peace?

Tapi yang berlaku sebaliknya.

Kalau anda ada membaca tulisan Shanon Shah di dalam buku New Malaysian Essay 2, ada mengatakan yang ketika dia belajar di Australia, dia berhenti daripada pergi sembahyang Jumaat kerana tidah tahan dengan khutbahnya yang ekstrim dan penuh kebencian.

Samalah dengan kes minggu lepas.

Khatib memanggil kaum Yahudi dan Nasrani sebagai biawak.

Cuba penganut agama lain memanggil umat Islam biawak, habis semua menggelupur kucar kacir nak mengamuk.

Tapi kita buat tak apa.

Aik? Ini double standard. Gila hipokrit!


Dah.
Aku nak siap pergi masjid.

Ada apa-apa cerita panas lagi, nantikan kemunculan entri terbaru untuk siri kisah mimbar Jumaat ini.



9 comments:

asyraf hensem said...

betul macha.
wa ingat lu kene bertanding masuk MPP
agak2 lpas blaja dah otai join PAS
tiket erdogran tp pro ulama
baru rare sepicis

tp wa suspek la
minggu lepas nye khutbah lu x bleh tulis.sbb lu x g kan?
hahahah

lahanat! syaiton!!

Anonymous said...

best...patutnya lebih sebarkan kisah2 keamanan n kemurniaan kita dulu..b4 mengata org lain...

-shak- said...

ap : gua tewas dengan pujuk rayu dua ekor shaiton pangkat mr prezidont!

Anonymous said...

boleh request x?
tolong tulis pasal ejen MOSSAD
yang bunuh panglima kanan Hamas
kat dubai baru2 ni.

-shak- said...

kau try tanya yazid.

dia tu yahudi tegar.

takpun tanya wikipedia.

asyraf hensem said...

gua rasa yang kita tgk kat bb tuh waja replacement model cha

ini link wa bagi.
lu tgk gambar number 3
tersemat kelibat kehormatan disana
lepas ni

1Malaysia vrommm kepish!!

asyraf hensem said...

http://kereta.info/my-crazy-impression-proton-sedan-waja-replacement-model/

-shak- said...

bukan la macha.

itu memang konfem persona facelift.
pasal gua dah tengok dah sebelum ni pun.

memang sebijik.

khayrylyaxyd said...

shalom dude.....tapi persona ttp xbest....