Sunday, February 28, 2010

Jangan Risau Pasal Esok Kerana Esok Pasti Tiba

Ini dekat Persiaran Gurney. Boleh tahan juga dia punya nasi kandar. Sambil makan sambil usha kereta sama orang(awek) lalu lalang. Dalam gambar kelihatan gua sedang menunjukkan jalan yang benar kepada seorang pendatang asing.



Ini gua rasa depan QB Mall. Lepak-lepak makan rojak sambil tengok orang(awek) main layang-layang. Kalau gambar ini dapat dibesarkan, pasti dapat dilihat subjek(awek) yang sibuk ditenung tiga pemuda di atas dan seterusnya dapat merungkai persoalan kenapa ketiga-tiga kepala teleng ke kiri. Belum sempat apa-apa pendatang asing itu dah terkinja-kinja ajak pergi Topman.



Seorang gengster Hong Kong sesat, seorang mamat hensem teramat, sebiji betik, seorang bapok buruk, seorang budak bawah umur dan seorang pekerja Gulam Rasul. Zaman ini rambut sekor-sekor macam gampang tapi yang paling smart semestiya rambut gua. Gua simpan baik punya nak buat perm macam Amy Search tapi belum sempat apa-apa gua terpaksa potong atas desakan pelbagai pihak.




Ini gambar tak jadi tapi gua saja letak nak buat poyo-poyo konon artistik.





Bila gua tengok balik gambar-gambar ketika baru nak berinjak belia, gua senyum sorang diri.


Memang best sial zaman itu.
Betul-betul carefree.

Zaman itu ada yang baru masuk sambung belajar, ada yang duduk melepak lagi.
Jadi semangat kutu lepak itu masih kuat.

Poket memanjang kering tapi hati tetap tenang. Hidup pun rasa ringan saja.

Pernah ada satu kali pergi Pulau Pinang. Haram tak ada cuti panjang pun. Cuti weekend saja.
Tapi punggung semua dah gatal nak berjalan. Tak fikir banyak terus harung.

Gua ingat lagi gua bawak bekal sehelai boxer, sehelai baju dan sebatang berus gigi. Duit poket pun cukup-cukup. Memang betul-betul minimalis.




Sekarang semua dah sibuk belajar. Masing-masing dah heavy.

Memang rasa lain macam daripada zaman carefree dulu.


Tak boleh la ini macam gua rasa.

Kita kena kembalikan zaman kegemilangan dulu.

Kita kena martabatkan semula semangat kutu lepak!
Persetankan dunia janji hati bahagia!



8 comments:

asyraf hensem said...

wa jugak kental semangat kutu
berapa bulan wa lepak ja.
tp esok wa balik
lanc**
tp apa2 bln 12 kelak kita jayakan semula.

macha lu lupa tulis.
zaman carefreee lu suke pergi gig hujan
pagi yang gelap.
mmg betul2 nak up.
hahahah

-shak- said...

lancau kareyyy..

lu jangan lupa lu pernah pergi mcpa pakai headphone besar bagak.

gila poyo.

gua nak berdiri sebelah lu pun dulu segan.

asyraf hensem said...

macha.wa dah malas nak study kat sana la cha.
cadangan lu pasal khidupan masa depan tuh wa berminat lah.
lancau betul study2 nie

jimmy shanley SPM ade paper gagal rileks je skang pakai merc,mini cooper s ngan Ducati
duk umah 3 tingkat kat bandar utama.

-shak- said...

jum jual dadah.

asyraf hensem said...

dapat 1 milyar kita bepecah

shafiq said...

jual dadah dah berpecah...

bila mau kumpul balik?

sipadan kita jumpa!

khayrylyaxyd said...

tu la sape suh lu blaja..jauh2 lak tu.....amir bike centre ade SPM je..ilek pakai mini cooper...ngahahaha...jum meniaga Da***...

-shak- said...

dadih ke yajid jakpo?