Thursday, February 11, 2010
I Fought the Law. Guess Who Won?
Mengikut teori Efek Zeigarnik yang diusulkan oleh psikologis Soviet Bluma Zeirganik, seorang pelajar yang berhenti sebentar menelaah pelajaran dan melakukan aktiviti lain yang langsung tidak kena mengena daripada pelajarannya, akan dapat mengingat dengan lebih baik pelajarannya daripada pelajar yang menelaah tanpa berehat dalam satu sesi studi.
Kalau ikutkan situasi kelas-kelas aku yang banyak 2 jam, memang 30 minit terakhir itu aku dah lost gila babi. Sikit-sikit tengok jam, sikit-sikit tengok jam. Tak sabar bila kelas nak habis. Dah la jam lawa.
Macam itu aku nak propose la. Tengah-tengah kelas itu kasi stop sekejap, lepas itu tayang benda-benda yang tak patut.
Maksud aku benda-benda yang tiada kena mengena dengan kejuruteraan, matematik dan sekutu-sekutunya.
Tayang la filem pendek ke, klip video band-band progresif rock yang meleret-leret ke,
Bagi fresh sikit otak.
Aku nak bawak idea ini ke rakan sekelas aku. Sia-sia ada Timbalan Presiden MPP dalam kelas.(padahal dia dapat undi paling banyak, tapi jadi Timbalan Presiden saja. thats democracy the UTP way.)
Masa kempen dulu, aku ada juga join berarak dengan vespa champion aku. Aku rasa kombinasi seksi(sila rujuk entri di bawah) banyak juga menyumbang kepada peratusan undi member aku ini. Tambah-tambah di kalangan mahasiswi.
Dah.
Cerita lain pula.
Untuk kesekian kalinya, I fought the law and the law won.
Or should I say the system this time.
Aku dah penat. Mungkin dah tiba masanya aku jadi robot.
Hanya ikut saja sistem.
Apa yang sistem nak aku bagi.
Jangan banyak soal.
Bila kamu jatuh, bagaimana kamu jatuh itu tak penting. Yang penting bagaimana kamu mendarat.
Untuk mendarat dengan baik, aku terpaksa menjual jiwa manusia aku dan menjadi robot.
Ikut sistem.
Jadi, jiwa manusia aku, ada sesiapa nak beli?
Or should I sell it to the devil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hehey. whatta gorgeous mind u hv inside, eh?
keep sharing. :)
ek eleh g removed asal...kate free country brader ....
itu spam la brader.
mana hala datang gua pun tak tahu.
silap tulis cina lagi.
dia ingat gua siapa?
Mao Tse Tung?
Post a Comment