Monday, January 4, 2010

Teknik Kesatria Cina Purbakala : Menaip Sambil Makan Limau Mandarin



Semakin laju kita berlari, semakin banyak kita tinggalkan.


Halamak, ayat intro dah macam komsas sastera sekolah menengah.


Tapi itulah realitinya di Malaysia.
Seperti negara-negara memabangun yang lain, kita sibuk mengejar arus modenisasi sampai kita terlupa untuk memelihara dan mengekalkan apa yang menjadikan Malaysia adalah Malaysia.

Dan selalunya kegilaan untuk mengejar modenisasi ini didorong oleh keuntungan maksima.

Ambil contoh, Pavilion KL.
Ianya dibina diatas tapak Bukit Bintang Girls' School, sekolah tertua di Kota Lucah.
Sekolah tertua di Kota Lucah telah dirobohkan untuk apa? Untuk budak-budak melepak menghabiskan masa dan wang ringgit?
Ditambah pula dengan kehadiran golongan yang suka melepak depan Pavvy seolah-olah bangga dengan kehadirannya di Kota Lucah. Sasau ke apa lu, mat?
Aku lagi bangga dengan Penjara Pudu daripada Pavvy.


Oh sebut pasal Penjara Pudu. Ianya dibina pada 1891 dan ditutup pada 1996. Anda kira sendiri berapa tahun ia sudah berkhidmat. Ia pernah dibuka untuk lawatan orang ramai sebelum deserahkan kepada UDA(kalau dah tak ingat apa kejadah UDA ni buka buku sejarah Tingkatan 5).
Bila dah jatuh dalam tangan UDA, bermacam-macam proposal sampai. Nak buat flat la, itu la ini la semuanya keuntungan maksima.
Proposal asal untuk menukarkan ia kepada muzium? Aku rasa dah terselit dalam fail yang dah berdebu.


Kita pergi pula kepada bangunan kedai-kedai lama. Kalau diperhatikan banyak bangunan-bangunan ini yang menunggu masa untuk tersungkur ke tanah. Kalau anda lihat di Gopeng, deretan kedai lama yang usang memang sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem seram.

Kalau anda lihat pada rekaan bangunan kedai lama ini, ianya mempunyai kaki lima yang berbumbung. Sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. Kaki-kaki lima ini memberikan teduhan secara percuma anda, berbanding Pavvy, anda akan dihalau jika melepak (baca : berteduh) di hadapan pintu. Untuk berteduh, anda perlu masuk ke dalam. Bagi yang iman kuat macam aku, memang tiada masalah tapi bagi yang goyah, kepala-kepala Agong akan bertukar tangan.

Kedai-kedai lama menggambarkan sifat Malaysia, panas, hujan, toleransi dan persefahaman.
Pavvy? Keuntungan maksima.

Sayang sekali kedai-kedai lama ini makin terbiar.

Kenapa tidak dipulih dan digunapakai semula?
Kenapa kita tidak contohi bandar Liverpool?
Atau susah sangat, contohi bandar Melaka?

Di Teluk Intan sendiri, bangunan Mahkamah lama telah dicat semula dengan cantik tapi terbiar. Katanya telah dijadikan bilik gerakan oleh penagih-penagih cinta eh silap, dadah.
Istana Raja Di-Hilir? Aku pernah jumpa reban ayam yang diselenggara dengan lebih sempurna.

Kenapa kita hendak biarkan Melaka sahaja yang bersungguh-sungguh memelihara warisan sejarah. Sepatutnya setiap negeri dan setiap pekan menjaga warisannya sendiri.

Aku rasa pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia lebih berminat nak tengok warisan kita daripada betapa metropolitannya kota-kota kita.
Kota mereka lebih hebat.
Shopping? Itu hanya aktiviti sampingan sahaja. Lagipun harga-harga di Malaysia bukannya jauh beza pun dengan harga negara asal mereka.

Pada pendapat fikiran aku yang tajam ini, kegilaan Malaysia mengejar modenisasi mungkin hasil daripada kemajuan pesat yang dibawa Tun Mahathir.
Jangan salah faham, respek aku kepada Tun M memang tinggi melangit, tapi hey, dia juga manusia. Tak terlepas dari kesilapan.( jadi adakah Lim Guan Eng bukan manusia kerana dia tak pernah silap?)

Kita begitu beria-ia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara-negara maju yang lain. Tapi pada firasat aku yang mahal ini, untuk menjadi negara maju tidak semestinya mempunyai rekaan perbandaran dan bangunan yang moden dan futuristik.

Itu kita biarkan sahaja Dubai kelam kabut. Malaysia, kita relaks-relaks saja.
Banyak lagi aspek penting yang perlu kita perbaiki untuk menjadi negara maju.

Sebab aku bimbang, akibat asyik melihat KL Sentral, lama-lama Stesen Keretapi Kuala Lumpur hilang dalam bayangannya.

p/s : entri ini ditujukan kepada dato yang akan menaja percutian gua di Melaka kelak.

4 comments:

asyraf hensem said...

pemuliharaan speerti memulihara kumbang taik AL?
tuh kerja sia2
kerana evosemilan itu merupkn khdpn sbnr



p/s:latok ala ckp sama wa
latok cakap ten pelecent!

loyal_creed said...

haiya...itu latok aaa??bukan dia ada kata mau sappot itu peluntuk di melaka nnti aaa??

asyraf hensem said...

macau hai..itu peluntuk apa maksud?
wa tatak paham ma

-shak- said...

peluntuk itu peluntukan kut.

cikgu pekicha punya bahasa.