Aku tengah duduk atas takhta yang berwarna putih. Dalam bilik kecik yang sesetengah orang panggil jamban. Ditemani dengan asap suci dan bau wangi. Sejak akhir-akhir ini, memang selalu aku melepak di atas takhta ini. Nanti aku cerita kenapa. Macam biasa, bila aku tengah melepak atas takhta, otak aku berlari, dan singgah di satu kuot yang berbunyi "The greatest trick the devil ever pulled was convincing the world he does'nt exist."
Ya aku memang suka kuot. Serantai konsonan dan vokal yang membentuk ayat bagi aku lebih menarik daripada sebaris nombor dan simbol yang signifikannya masih aku tak faham.
Biarkan yang gila terus berbicara, yang pandai terus mengira.
Berbalik kepada kuot tersebut, ayat itu aku petik daripada filem The Usual Suspect. Memang ramai yang termakan dengan taktik licik si Syaitan. Kalau tidak daripada mana datangnya atheis. Aku bukan bodoh macam atheis. Aku rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukun Negara yang pertama(ini bermakna atheis tak layak jadi rakyat Malaysia la kan?). Dan kepercayaan kepada Tuhan membawa kepada kepercayaan ciptaan Tuhan yang hebat dan disayangi-Nya.(Tuhan memperkenankan permintaan terakhir Syaitan untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke kiamat. Jadi adakah Tuhan lebih menyayangi Syaitan daripada anak cucu Adam yang [akan] terpesong?)
Di dalam filem animasi South Park : Bigger,Longer and Uncut watak Satan(Syaitan kalau dialih bahasa ke BM) ada menimbulkan persoalan what is evil anyway?
Well, jawapan umum yang boleh aku bagi adalah kejahatan ialah sesuatu yang berlawanan dengan kebaikan. Tanpa kejahatan, tiada kebaikan. Jadi kejahatan itu juga adalah penting. Samalah seperti yang Satan katakan iaitu without evil there could be no good so it must be good to be evil sometimes.
Sistem dunia memang daripada azali memang begitu. Wujud dua benda atau konsep yang berbeza tetapi salah satunya tidak boleh dizahirkan jika salah satu lagi tiada. Syurga neraka, baik jahat, yin yang, positif negatif.
Tapi adakah kita dapat memahami apa yang pihak lagi satu itu rasa? Macam dalam filem Taking Woodstock ada cakap perspective is what shuts out the universe. It keeps the love out.
Darimana kita berada, kita takkan dapat faham bagaimana orang yang bertentangan kita rasa dan fikir.
Nak tahu lagi satu sebab kenapa aku percaya wujudnya Syaitan?
Kerana aku tengah rasa apa yang dia pernah rasa.
Dulu Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah yang terhebat. Sebelum diciptanya Adam. Terus darjatnya jatuh terjelepuk. The mighty have fallen. Memang sakitnya lebih teruk bila anda jatuh dari tempat tinggi. The Fallen One terus menghadap Allah dan berkata "Patik mohon derhaka."(ayat trademark Nizar ini diguna tanpa kebenaran). Dan lepas itu kita tahu Syaitan terus rebel sampai sekarang.
Sama macam aku. Aku pun tengah jatuh teruk. Cuma berbanding Syaitan yang jatuh secara tiba-tiba, aku rasa jatuhan aku lebih perlahan. Macam pasir jerlus, sepertimana konsep yang digunakan Falcon dalam filem The Replacement.
Pasir jerlus.
Lagi kuat aku melawan untuk keluar, lagi dalam aku tenggelam. Sedar-sedar, semuanya dah luar dari kawalan.
Berbalik kepada cerita takhta putih. Sama seperti Syaitan, aku rasa hendak memberontak. Aku rasa nak lepaskan macam-macam perasaan yang berbaur. Cuma aku tak tahu nak memberontak bagaimana, kepada siapa dan untuk apa. Yang buat lagi tak sedap, badan aku sendiri dah memberontak terhadap aku. Aku demam, batuk, selsema dan apa yang aku makan keluar semua sekali dengan lancar. Yang memelikkan, aku rasa aku makan sikit saja tapi yang keluar bukan main banyak lagi.
Kesimpulannya, aku pun tak tahu. Berdasarkan daripada sebuah filem dari Belanda yang bertajuk Ben X, 10% daripada remaja Belanda pernah terfikir untuk bunuh diri.
Tapi macam yang aku dan member-member aku selalu cakap, orang yang bunuh diri tu dah habis rasa nikmat dunia ke? Dah pernah pergi Bangkok? Dah pernah rasa deruman enjin V12 daripada Itali?
1 comment:
rilek john banyak jalan ada.
cuma mana yang kene selesaikan
pertama ko kene selesaikan
baru leh wat langkat seterusnya
apa2 hal pun aku menjemput ko pulang ka kota keriangan
teluk intan
CNY kita mandi batu berangkai
Post a Comment