Monday, November 30, 2009

Percintaan Terhalang Kerana Awekku Seorang Yahudi. Shalom Dude!




Gua dah memang tiada kerja.


Baru tadi awek gua mengaku dia ini darah keturunan yahudi. Macam Khairil Yazid lah jugak.

Selama ini Melanie simpan dari pengetahuan gua. Katanya dia takut cintanya tak berbalas angkara darah dan keturunan.


Well, dia silap.

Gua tak pernah tak suka orang Yahudi. Rasul-rasul sebelum Muhammad banyak keturunan Yahudi.

Yang gua tak suka, pegangan Zionism. Macam Khairil Yazid.
Apa-apa pegangan yang menganggap kelompoknya lebih superior daripada kelompok lain memang gua tak suka.

Apa sibuk-sibuk nak jadi kuat, nak bolot semua.

Jerusalem/BaitulMaqdis itu, kenapa perlu berebut? Tak boleh berkongsi?

Wailing wall ambil kat Yahudi, Masjidil Aqsa kepada Islam. Masing-masing buat ibadah masing-masing. Jangan kacau orang lain. Apa payah.

Dah. Gua nak sambung dating. Dengan awek yahudi gua.


Shalom, dude!

Gila Malas



Bila balik bercuti memang macam gampang dia punya malas nak update.

Ini pun gua update sekadar melepaskan kentut di sofa.

Team Proton-MEM berjaya mendapatkan tempat kedua di IRC pusingan Scotland.

Pemandu Neo S2000, Alister McRae, adik kepada jagoan rally mendiang Colin McRae, anak kepada jagoan rally juga, Jimmy Mcrae, berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.

Bagaimanapun, emenang pusingan Scotland ini yakni Peugeot telah dibatalkan kerana melanggar spesifikasi yang ditetapkan. Jadi,pasukan Skoda naik tempat pertama, Proton naik tempat kedua.

Walaupun kemenangan hanya atas sebab teknikal, apa-apa pun gua tabik spring sama lu orang.

Semoga maju jaya untuk pusingan 2010 dan tahun-tahun berikutnya.




Wednesday, November 25, 2009

Dana Untuk Gua



Sila abaikan dapur yang berselerak. Bukan salah aku.
Kali terakhir aku perasapkan dapur itu masa aku masak nasi goreng buat sahur.


Aku memerlukan dana untuk lens baru.

Aku rasa macam nak cilok saja peti ais yang disediakan pihak UTP.
Nak jual di pasaran gelap.

Dapat juga barang seratus dua.


Siapa mahu terlibat?

Laba kita kongsi sama rata.


Sunday, November 22, 2009

Sonata Musim Hujan

Aku ingat nak buat satu cerita fiksyen romantikarat berkaitan musim hujan.

Aku nak tribute cerita ini pada pundi kencing aku yang terpaksa kerja lebih masa dan muatan ketika musim hujan ini.

Agak-agaknya boleh
blah tak?

Friday, November 20, 2009

Its the Basterds, Bastard!

Sekarang Inglorious Basterds ada dalam tangan gua.

Hydraulics, pergi main jauh-jauh.

Gua nak layan Melanie gua dulu.

Wednesday, November 18, 2009

Pengaruh Media Kotak TV Dalam Pergerakan Kawalan Minda Dan Kesan Terhadap Aktiviti Permotoran Negara : Satu Analisis Awal

Seekor Zionis Ultra-Orthodoks sedang cuba meng-"Anwar Ibrahim"-kan
sebuah Kemboroi Lombong



Penampakan Bigfoot





Sekarang tajuk-tajuk post aku semua sudah macam thesis orang-orang berilmiah saja. Ini mesti pengaruh musim peperiksaan sudah naik sama kepala.

Itu hari aku sembang sama member aku. Tiba-tiba ada sebuah Persona lalu. Smart juga dia punya bodykit. Kemas.

Tapi aku cakap, apa barang buat luar dulu, kasi enjin kuat dulu la baru usik luar. Member aku terus bangkang. Katanya buat luar dulu baru betul. Enjin usik kemudian. Tak payah langsung pun tak mengapa.

Lama aku berfikir. Apa pasal kebanyakan orang yang aku jumpa lagi suka buat kereta jadi lawa dari buat kereta jadi laju.

Pagi tadi, tengah atas jamban, aku dapat jawapannya. Ini semua pasal Hollywood.

Aku ambil contoh francais yang paling popular, Fast n Furious. Kesemua 4 siri aku dah tengok, semua langsung tak memupuk minat untuk menjadi laju. Memang diorang bercakap pasal nak pergi laju, tapi mesej itu ditenggelamkan dengan visual-visual kereta-kereta yang dimekapkan merepek-repek. Spoiler besar macam sayap 747, rim sebesar perut ibu mengandung, berkilat macam iklan Colgate, offset panjang macam errr... seorang kulit hitam.

Itu tak masuk lagi dengan pelekat-pelekat vinyl yang terang-terang pencemaran visual. Awek-awek lagi.


Lagi satu pengaruh besar yang memupuk minat songsang ini adalah francais game Need For Speed. Aku tengok ketika orang lain sibuk dan padankan bodykit dan spoiler yang sesuai, aku asyik tala brek untuk front bias atau rear bias takpun tala steering jadi oversteer atau understeer. Visual selalu aku biar standard saja. Simpan duit untuk beli barang kalau dapat performanceunlock.


Apa yang aku dapat simpulkan, manusia yang memilih jalan visual daripada performance adalah kerana dia berminat kepada kereta bukan kerana kepuasan memandu, tapi sebab lain.

Mungkin kerana ingin kelihatan cool, menjaga imej atau apa-apa lagi yang berkaitan tentang pandangan orang lain, bukan kerana kepuasan diri. Awek adalah salah satu faktor yang dimanipulasikan (budak-budak PPSMI yang tak faham pergi tanya orang lama).


Aku boleh bayangkan. Ada satu awek approach kereta lu.

Awek : "Nice car"

Lu : "Boleh la tahan. Enjin asal aku dah rebore. Masuk piston 1JZ. Turbo pun dah tukar pakai Garrett punya. Suspension adjustable ni. Clutch pun pakai ceramic"

Awek : "Errr.. OK. Bye"


Sebab itu aku selalu perasan, mamat-mamat yang kereta just-for-show-not-for-go ini selalu menjaga imej. Kemeja polo kolar tegak, rambut pun tegak berminyak. Kadang-kadang ada highlight sikit-sikit. Metroseksual. Jenis yang pakai produk pelembap kulit. Barang kosmetik unutk rambut saja dah 5 jenis. Kadang-kadang aku tengok dah rupa gay macam.... ok aku malas nak petik nama siapa-siapa.

Pasal kereta baginya adalah satu pelengkap imej. Jenis-jenis ini rajin basuh kereta saja. Kalau dah buat enjin, memang enjin jadi fragile, tak reliable. Tapi segala titik peluh menservis enjin itu akan dibalas apabila kau pulak mengerah tenaganya suruh dia berpeluh. Tapi puak-puak ini apa kisah. Janji kereta lawa.


Itu pasal kalau pergi tengok drag battle, kereta-kereta bertanding yang road legal semua simple-simple saja. Kadang-kadang memang tak tukar langsung bodykit dari kilang. Ada pun kadang-kadang sticker sikit-sikit. Padahal semua kereta itu dah murtad dari ajaran asal mereka. Semua dah menyembah syaitan kelajuan.

Mereka ini adalah jenis yang menggunakan kereta untuk kepuasan diri. Mereka ini jenis yang suka tonton Initial D dan Top Gear.

Jenis celah-celah kuku ada hitam-hitam bekas minyak. Apahal nak main kereta takut kotor. Nak bersih pergi main Lego.


*******************************************


Aku dengar cerita ada satu gengster dari Australia balik Teluk Intan nak buka game.
Ada berani ke?

Dia ingat semangat Bathurst dai tu boleh pakai sangat ke?

Dia tak tahu sekarang ini driver-driver dan penumpang AAAAcv 5611111 semua kawal stering macam brader Nikmaat tebar roti je.

Friday, November 13, 2009

Permainan Emosi Dan Hubungan Antara Manusia Dan Mesin : Satu Pembakaran Awal

Khas untuk macha-macha Antera Motorsports yang berpangkalan di Teluk Intan, Perak.





Kasi up satu lagi......





Dan tidak dilupakan....






Amacam?
AAAACV 5611111 dah siap setting?

Gua tak sabar nak tapau BGF 2277 dengan hanya 88 kuasa kuda.

Tuesday, November 10, 2009

Binatang Gig Terunggul 2

Tiket bas pergi balik : Rm40.40
Entrance : RM50.00
T-shirt : Rm35.00

Melompat-lompat angguk kepala sambil menyanyi dengan band punk legendary MADchester : Priceless.


Some things money can't buy.
Everything else, there's punkrock and rock n roll.

Binatang Gig Terunggul



Kalau lu orang kenal gua, lu boleh cam mana satu.

Buzzcocks - Ever Fallen In Love

You spurn my natural emotions
You make me feel like dirt and I'm hurt
And if I start a commotion
I run the risk of losing you and that's worse

Ever fallen in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
You shouldn't've fallen in love with

I can't see much of a future
Unless we find out what's to blame what a shame
And we won't be together much longer
Unless we realize that we are the same

Ever fallen in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
You shouldn't've fallen in love with

You disturb my natural emotions
You make me feel like dirt and I'm hurt
And if I start a commotion
I run the risk of losing you and that's worse

Ever fallen in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
You shouldn't've fallen in love with

Ever fallen in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
Ever fallen in love in love with someone
You shouldn't've fallen in love with

Now We Have Our Own The Godfather Series

Kalau di US ia berkisar tentang mafioso, di Malaysia ia berkisar tentang mufti-oso.


Semuanya pasal berita Dr. Asri kena tangkap pasal dengan JAIS. Gua ingat tangkap basah. Terkejut setan gua. Apahal bekas mufti kena tangkap basah. Geng Mat Sabu ke apa.

Rupanya pasal bagi ceramah tak ada kelayakan.

Baru gua tersedar, yang rupanya pejabat agama ini dijalankan seperti organized crime syndicate.


Kalau The Godfather ada Corleone Family, Tattaglia Family, Barzini Family, kita ada Pejabat Agama Kedah, Pejabat Agama Perlis dan Pejabat Agama Selangor.


Ketika Sollozzo datang ke Don Corleone untuk mendapatkan pertolongan kewangan dan perlindungan polis dan politik untuk bisnes barunya, Don Corleone menolak walaupun Sollozzo telah mendapat lampu hijau dari kesemua family-family lain di New York. Ini kerana Don Corleone berpendapat bisnes Sollozzo iaitu narkotik adalah berbahaya. Tidak seperti perjudian yang dikira sebagai harmless vice.

Akibatnya, Sollozzo dan sekutu kuatnya, Tattaglia cuba membunuh Corleone.


Dulu Dr. Asri mufti Perlis. Pasal pendapat berbeza, khidmatnya tidak disambung.
Berbanding dengan mufti-mufti lain, Dr. Asri siap ada ruangan sendiri di Utusan. Aku tak ingat sebab apa khidmat dia tak disambung tapi semua orang tahu sebab yang diutarakan itu bukan sebab yang sebenarnya.



Frank Pentangelli merupakan orang kuat Don Corleone. Selepas kes ditembak, Vito Corleone menjadi lemah. Dia memberikan tugas menguruskan family itu kepada anaknya, Michael Corleone. Michael sebagai Don yang baru, mengambil keputusan untuk berpindah ke Nevada, manakala hal-hal di New York diserahkan kepada Frank Pentangelli. Frank mula bergerak sendiri dan beberapa tindakannya di New York menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati kepadanya.

Frank terlibat dengan masalah di New York dan meminta tolong kepada Don Corleone tetapi Don buat bodoh pasal dia tak nak bisnes barunya kacau. Frank sebagai orang lama tak puas hati dengan tindakan Don baru jadi terus dia membalas dendam. Tapi ini Don Corleone beb, takkan senang-senang saja kalah. Akhirnya, Frank yang bunuh diri.


Sejak keluar daripada Pejabat Agama Perlis, Dr. Asri mula bergerak sendiri. Dia memberi ceramah secara bebas. Bila ada jemputan ceramah, maknanya adalah pengikut Dr. Asri. Pejabat Agama Selangor tak senang duduk. Ditangkapnya si Dr. Asri. Tiada kelayakan katanya (heh bekas mufti tiada kelayakan?).



Kalau mafioso membunuh fizikal dengan peluru dan pistol, mufti-oso membunuh karakter dengan tangkapan dan tuduhan.


Kita tunggu dan lihat saja apa akan jadi selepas ini. Siapa yang balas dendam dan siapa yang bunuh diri.



Monday, November 9, 2009

Normal Service Resume

Embrace your fear.
Embrace your anger.

Embrace yourself.

Thursday, November 5, 2009

Feed Your Head

Hope is a beautiful thing.
And also dangerous.

Hope give you motivation, keep you going.
Hope is keeping whatever you do in life makes sense.

But when you hope is shattered, you get really pissed off.
You start to lose hope, and lose your sense.


********************************************

Bila dah dekat nak
final, memang study macam gila.
Sampai dah dekat nak jadi gila.

Apa boleh buat.
Macam tu lah,
brader!

Semua kerja-kerja gila ini buat otak aku rasa kebas.
Macam
junkies yang baru lepas telan LSD.

Kalau aku tak lawan, memang boleh OD.
Untuk
counterbalance semua kegilaan dunia ini, bila study, aku pasang Fear And Loathing In Las Vegas.

Best drugs movie ever made.

Menonton filem ini sangat 'pelik'. Ia buatkan kita rasa seperti kita sendiri yang mengambil dadah.

Dan 'kepelikan' filem ini yang buat aku tak terus hanyut dibawa dakyah-dakyah dunia kejuruteraan.

Wednesday, November 4, 2009

Heaven on Earth


Put I Am The Resurrection by The Stone Roses on repeat mode and stare at Lisa Surihani for hours.

Man, its heaven.


Aku takkan hampakan harapan Lisa untuk test Geotechnical Engineering petang ini.

Yeah, baby!

Balada Minggu Belajar

Jam lebih 2 pagi.

Entah dah menguap berapa kali.

Perjalanan masih jauh lagi.


Extraordinary time need extraordinary measure.

Kopi Duda!
Make it double!

Oh yeaahhh....
Thats what we need.

Ditemani dengan Radiopilot, sekarang gua dah ready untuk study sepanjang malam.

Und wir fahren mit dem Fahrrad um den Platz
Dabei frage ich mich selbst: was wäre, wenn es dieses Fahrrad gar nicht gibt

Sunday, November 1, 2009

Balada Orang Bujang



Hari ini kamus survivalism hidup aku bertambah satu lagi chapter.

Buka durian pakai sudu.

Amacam?
Ganas tak?