Saturday, September 5, 2009

Laici is a Punkrocker

Punk is Dead.

Betul. Punk sudah mati. Dah tiada apa yang punk lagi dalam punk itu sendiri.
Punk sudah di compromised.

Punk sepatutnya adalah menjadi diri sendiri, dan bangga dengannya. Buat keputusan sendiri, tentukan hidup anda sendiri asalkan ia seiring dengan anti-establishment.

Punk sepatutnya tiada dogma, tiada aturan tertentu yang perlu diikut. Dogma untuk agama, bukan punk.

Tiada kriteria-kriteria tertentu yang perlu ada pada seseorang untuk memcacah label punk bsear-besar pada dahinya. Dan seseorang tidak boleh menjatuhkan hukuman pada orang lain bahawa mereka itu punk atau tidak.

Johnny Rotten sendiri tidak suka kepada pergerakan punk yang meniru gaya vampirish look Sid Vicious dengan jaket kulit hitamnya.

"The punks ruined it, by that. They adopted the uniform, image and the attitude. And the whole thing was about being yourself." kata Johnny Rotten dalam The Filth and The Fury.

Punk sepatutnya DIY. Macam mana jaket kulit dan kasut mahal menjadi budaya punk?
Itu konsumerisme. Itu budaya ajaran kapitalis.


***************************************************


"Nama dia Laici.", kata member aku.

Mata aku terus memandang seorang lelaki tua yang berdiri di bawah lampu isyarat simpang empat berhampiran balai polis lama.

Aku dan member-member aku dari padang Speedy, menghala ke Jalan Sultan Abdullah.

"Itu nama betul dalam IC ke?", aku tanya.

"Itu nama betul yang kitorang bagi. Nama dalam IC tah tahu pulak. Ntah IC ada ke tak tu. Otak dia bukan centre sangat pun."

"Ceh, kata orang otak tak centre. Skru lu pun hari-hari kena adjust baru lu waras."


Laici memang simple. Berbaju lusuh dan berseluar pendek. Aku tak tahu dia ni homeless ke apa pasal tengok gaya boleh tahan la kemas berbanding rakan-rakan seperjuangan Laici.

Beg plastik penuh berbondong-bondong Laici bawa. Dalam penuh dengan botol-botol dan barang-barang boleh kitar semula. Aku rasa Laici nak bawa pergi jual.

Laici memang steady. Dia bos, dia kuli. Bebas. Langsung tiada ikatan dan kekangan. Apa yang ada hanya perjuangan untuk terus hidup.

Tak macam aku. Kontrak sana, perjanjian sini. Tak sampai tahap, ada konsekuensi. Bukan yang baik tapi buruk. Memang rasa macam sial. Menyesakkan sampai kadang-kadang rasa menyesal pergi letak tandatangan atas kertas bodoh itu.

Sekarang, hidup aku, bukan aku yang tentukan. Aku tak boleh buat apa yang aku nak sepanjang masa.

Tak macam Laici.

Dia bebas. Dia ludah kepada sistem hidup manusia moden, dengan kahak-kahak hijau sekali.
Langsung tidak terpengaruh dengan budaya konsumerisme yang pihak-pihak kapitalis paksa kita telan dengan iklan-iklan yang dimomokkan setiap hari.

Laici tentukan hidupnya sendiri. Macam aku cakap tadi, dia bos, dia kuli. Apa yang Laici nak, dia boleh buat sendiri tanpa memikirkan konsekuensinya.

Laici sangat DIY.
Laici seorang punkrocker.


***************************************************


Aku pula?
Aku sampai bila-bila pun takkan dapat jadi punkrocker.

Pasal apa?
Sebab paling besar, budaya konsumerisme memang dah melekat kuat dalam hidup.

Kalau tengok barang-barang kita sekarang, semuanya buatan China. Agaknya, buruh-buruh di China itu, gajinya setimpal tak dengan kerjanya?

Itu semua oppression si kapitalis. Dan aku salah seorang penyokongnya.

Dan aku juga ada kemahuan yang bertentangan dengan punk.

Ambil contoh, aku teringin sebuah Maserati 400 kuasa kuda.
Takkan nak pakai Kembara 88 kuasa kuda je kot. hehe.





5 comments:

asyraf hensem said...

kembara 88kuasa kuda itu offensive!

wa faham apa lu nak cerita apa john.
tp lu penah dengar?
apa yang kita fikir baik utk kita..
sbannya xbaik pun

yang buruk untuk kita.
sebannye baik untuk kita

tuh ayat2 dari tuhan!

of track
Jadi..88kuasa kuda..mungkin terbaik utk lu

-shak- said...

88 itu untuk lu.

Gua dengar enjin 88 kuasa kuda piping lu tengah bermaharajalela dekat melaka.

itu macha pondan juga bawa.

khayrylyaxyd said...

ngahahaha...abes le kete lu selapat ngan bab1....

Enter Paradox said...

nice, strong post

hebat ade member camni hehe

gelapcerah said...

mau jadi laici?