Wednesday, September 16, 2009

Jika Aku Seorang Robot

Kenapa manusia ini takut dengan hantu tapi suka tonton cerita seram?
Aku rasa pasal ianya salah satu escapism oleh manusia itu daripada dunia hari-hari mereka yang membosankan.

Kenapa penagih-penagih bermula dengan dadah yang ringan kemudian berganjak kepada dadah yang berat? Kenapa mereka mula mencucuk di tangan kemudian beranjak ke cucuk di tempat merepek-repek?
Aku rasa pasal seseronok dan exciting mana pun satu benda itu, jika dilakukan hari-hari, akan menjadi bosan juga.

Kalau kau orang makan makanan kegemaran hari-hari pun, lama-lama, rasa nak muntah pun ada. Tapi aku tengok macha-macha Teluk Anson hari-hari bedal Nikmaat sama Zohrabibi, tak jemu-jemu juga. Ini aku rasa memang tahap perut lembu ini.

Dulu masa aku mula-mula masuk UTP, gila semangat nak belajar. Rasa nak terokai "dunia baru". Tapi lepas itu, hari-hari yang aku kena suap, teori teori teori dan math math math. Kalau dalam lab pun, aku rasa rigid macam dalam kelas jugak.

Lama-lama aku bosan. Rasa macam robot.

Pergi kelas, kena suap dengan teori dan math, angguk saja apa lecturer cakap, lepas itu balik.
Ulang untuk 5 hari dalam seminggu.

Aku rasa macam diprogram itu menjadi robot yang akan dihantar ke pasaran kerja. Lepas itu, jadilah pekerja yang hanya mengangguk kepada semua arahan bos.

Outcome Based Education? my bottom! Apa outcome-nya? Robot saja lah. Jurutera robot. Pergi kerja balik kerja. Hujung bulan dapat gaji beli ayam kentaki duduk depan TV menjilat jari.

Hidup tak berfalsafah. Nak salahkan semua kat mereka pun tak boleh jugak. Pasal kat universiti aku pun bukan ada pengajian falsafah.

Nak buat apa falsafah kat universiti aliran kejuruteraan? Aik? Kata nak lahirkan well-rounded student. Yang aku nampak, well-rounded dekat bahagian perut saja lah.

Bagi aku, bila ada falsafah, otak banyak berfikir. Bila banyak berfikir, banyak idea-idea baru, banyak pergerakan baru. Takdelah bosan sangat terperap kat sini.

MPP? Jangan buat lawak. Apa faedahnya kumpulan ini aku pun tak tahu.

Mungkin salah aku jugak. Pasal ambil bidang kejuruteraan. Memanglah kena ikut buku.
Takkan kau nak buat struktur bangunan yang murtad dengan hukum fizik? Menangis Isaac Newton dalam kubur. Penat-penat dia discover graviti kau pulak boleh buat tak reti.

Apa nak buat. Masa di sekolah dulu langsung tiada pendedahan. Yang nampak hanya sains dan teknikal. Doktor atau engineer. Aku pilih engineer. Pasal nampak nakal sikit berbanding doktor.

"Apa? Kau tak nak ambil engineering, nak masuk broadcasting? Kau nak kena lempang?". Agaknya itu kot reaksi mak bapak aku kalau aku nak ambil satu tawaran daripada kolej subsidi Media Prima tapi tiada biasiswa berbanding tawaran-tawaran kejuruteraan siap dengan biasiswa.


Escapism.
Kalau ikutkan hati, aku rasa nak selalu dapat lari daripada dunia yang penuh aturan ini.
Aku nakkan kejutan, ketidakaturan, kebebasan. Apa nak jadi, jadi.

Aku nak selalu berjalan-jalan.
Naik vespa, dengan Sony A200 dan Holga 135BC, mencari pengalaman. Aku nak pergi ke mana saja angin bertiup, ke mana saja hati aku terdetik.


Tapi masalahnya, wang ringgit.
Aku bukan anak Ananda Krishnan. Holga 135BC pun aku tiada.


Jadi, terperaplah aku dalam bilik ini.
Menulis yang bukan-bukan.



Selamat Berpuasa. Untuk yang puasa.

12 comments:

khayrylyaxyd said...

Pharmacy is the best~!!!!!ngahahahaha

-shak- said...

mesti ah best.
curik dadah layan kat bilik.

stok raya jangan lupa simpan.
dengar cerita dah melebihi harga siling dah ni.

asyraf hensem said...

hari2 nak men drift dalam ladang kelapa sawit?
leh jadi cam karamjit walia

hari2 g men gokart
ade can jadi mikel sumeker..

tp ape nak wat..hari2 kene jadi ape yang masyarakat nak kita jadi.

tp yang pasti bln 12 nnt!
ape projek baiii??

N.HIDAYAT said...

lain kali amik law oke. mati asek bace buku je.

MelodikaJiwaSepi said...

huh...u totally right bro...sometimes the are no excitement in engineering...tiada kesawanannya... we learn wut are teached..apa yg disuap...tiada apa sangat discovery kita...aku pk..kadang2 aku cemburu aliran2 sastera...tgk mcm dak2 yg stdy literature...diorang kene explore setiap sudut penulisan pd teks yg sama...diorang kene interpret...so...apa yg aku discover x sama dengan apa yg ko discover...berbanding sunject2 engin..all follow the rule and law..right?

-shak- said...

Ap, gua sama macha-macha lain tengah setting AAAACV 561111 tuh.

tunggu bulan 12 nanti.

Macam mana AE86 boleh jadi legend kat Bukit Akina, macam tulah Kancil stendet pekak jadi legend kelapa sawit Selabak!

aufa said...

hoh. slamat bpuasa.

khayrylyaxyd said...

dgr cer AAACV 56111 dah setting baik punyer....bln 12 dah leh lenjan...track pon dah makin cantik psl pkok2 sawit kat situ dah besar...nghahahaha lahi thrill~!!!

PETAK.! said...

Baik jadi diri sendiri.Jangan jadi robot menukang yang buat kerja pertanian.

asyraf hensem said...

john..smlm mase wa tngah wat assignment programming yang cam gampang
wa teringat satu bende

location: jln sultan abdullah
time: petang kul2-3
tujuan: tgk transformers
medium: acv 561
mod:rendah blkg tggi dpn(orang penuh)

kejadian: follow awek n bersaing selama beberapa minit sblum awek gelabah wat2 nak isi minyak

khayrylyaxyd said...

ngahaha...mmg ah...abes tu dah mcm nak gangbang jer..name x cuak~!!


raye ape cer john~??

-shak- said...

Gangguan seksual tu ap.

pergi depan rumah terjerit-jerit nama.
haha.