Friday, March 4, 2011

Maskara dan Lipstik untuk Lelaki Moden




Jika di-rewind beberapa tahun kebelakang, mendengar muzik tempatan dianggap tidak chic dan urban, menonton filem tempatan dianggap sangatlah tidak pop, mengikuti bola sepak tempatan dianggap sebagai kampung.

Tapi masakini, semua itu sudah berubah. Kesemua benda diatas adalah benda yang tengah 'in' sekarang. Lu tak follow memang lu tak pop.

Peredaran masa dan relevannya satu-satu kultur pop itu memang seiring sejalan. Satu benda yang pop hari ini, mungkin sudah jadi 'last season' esoknya. Apa dan siapa yang mengawal persepsi tentang kerelevanan sesuatu kultur pop itu tidaklah gua tahu. Gua secara membabi buta tuduh Freemason (pop lagi tak sembang pasal Freemason sekarang ni?).

Ini kita boleh lihat jelas dalam ciri dan perwatakan kaum gua yakni lelaki, dan pandangan seorang perempuan tentang ciri dan perwatakan lelaki pop.

Jika dilihat dalam trend lelaki pop, semakin tahun bertambah semakin hilang lelakinya. Yang tinggal hanya pop.


Back in the 50's and 60's, maskuliniti yang menguasai. Lelaki pop zaman itu adalah proper gentleman.Tetapi semakin lama maskuliniti itu semakin terhakis dengan pengenalan dan suntikan unsur feminin dalam gaya lelaki pop. Jika dilihat pada trend sekarang, gua risau jika satu masa nanti maskuliniti yang tinggal bagi lelaki pop adalah hanya celah kangkangnya.

Masa zaman hitam putih dahulu, perempuan impikan lelaki seperti James Bond, atau Frank Sinatra. Lelaki yang mempunyai kuasa dan yang mengawal keadaan. Ada sedikit unsur rebel. Kuasa ditangan lelaki. Lagu-lagu cinta walaupun masih berunsur pujuk rayu, tetapi boleh kedenganran maskulinitinya, boleh dirasakan kuasa ditangan lelaki. Zaman itu dipanggil metroseksual dianggap satu insult kerana kedengaran sangat gay. Jangan cuba-cuba hendak menggayakan warna pink. Produk grooming paling hebat pun hanyalah minyak rambut.

Fast forward sampai ke pasca-millennium, sudah bercelaru jadinya.Feminisme diraikan bagai nak rak. Malah pada pandangan gua, unsur feminin sudah menelan sebahagian besar unsur maskulin. Metroseksual dianggap sebagai pujian. Produk grooming kalau gua nak list kat sini sampai esok pun tak habis. Dari day cream, night cream, face mask, skin moisturiser entah apa lagi. Gua tunggu masa saja untuk maskara dan lipstik jadi barang 'in' bagi lelaki pop.




Even kasut bola pun sekarang dah ada yang warna pink!




Itu belum lagi gua sentuh bab lagu cinta lelaki pop pasca-millennium.Catch a grenade for you? The fuck is wrong with you, man? Ingat ini Vietnam ke apa.Lagu cinta lelaki pop masakini adalah pemujaan perempuan. Terbalik daripada masa dahulu apabila perempuan yang puja lelaki.

Lelaki pop masakini adalah mereka yang berkuasa (bagus, masih maskulin), tetapi tunduk kepada perempuan (halamak potong stim betul). Tengok sahaja pada Twilight, cerita cinta pop masakini.




Edward dan Jacob (sumpah sebelum ini gua tak tahu nama diorang. tadi baru google) kedua-dua pun ada kuasa (in real life, of course la kuasa 2 ekor ni tak wujud. gua bagi contoh lelaki yang ada kebolehan untuk control halatuju hidup sendiri). Tapi apa yang 2 ekor ini buat? Asyik bersaing nak rebut perempuan (malas nak google nama).




Edward dan Jacob diraikan wanita diseluruh dunia kerana wanita masakini mengimpikan lelaki berkuasa, tetapi tunduk, patuh dan bodoh.

Adalah sesuatu yang merugikan jika kupayaan seorang lelaki dibataskan akibat menjadi hamba cinta kepada seorang perempuan.





Jadi gua menyeru kepada semua lelaki sekarang, kita perlu mengubah trend ini. Lelaki pop bukan Edward, Jacob, Bruno Mars atau hamba-hamba abdi perempuan yang lain.

Lelaki pop sepatutnya bertosterone tinggi, berakal sembilan. James Bond, Steve Mcqueen, Frank Sinatra, James Dean itu baru lelaki pop.

Jangan jadi bodoh.
Kita patutnya berkuasa.

Jadi, ambil telefon anda sekarang dan suruh kekasih hati cium tumit anda. Kalau membantah, putus hubungan.


Pemujaan kaum lelaki harus bermula sekarang!


Muahahahahahahaha!


4 comments:

asyraf hensem said...

awek sms lambat reply lu dah rasa macam nanti berak x keluar
lelaki pop jum ride ke gopeng

-shak- said...

hah ride ke apa ke jejak kaki dulu ke malayan union.
perhensyen pun tadahal.

are jim said...

nice entry brader..

khayrylyaxyd said...

lelaki yang patut dipuje ialah lelaki yang pegi ride di gopeng.