Friday, March 18, 2011

The Working Class is the Heroes

Gua pelik kadang-kadang tengok perangai manusia.


Golongan middle class yang lebih berjaya dalam hidup (masyarakat kita kan mengukur kejayaan hidup dengan gaji, kereta, rumah etc) seakan-akan kecewa dengan kehidupan seharian berbanding dengan golongan working class.


Anda sendiri tahu kan ciri-ciri orang kecewa.

Cold, unfriendly, tak senyum, avoiding eye contact.



Berapa kali kalau anda kira masa anda berjalan-jalan, tak kira lah di mana pun, anda disapa ataupun sekurang-kurangnya diberikan senyuman oleh seorang complete stranger from the middle class.


Bandingkan pula dengan working class.


Bagaimana hendak mengenal yang mana working class, yang mana middle class?


Senang saja.

Secara umumnya (dan ini hanyalah generalisasi melampau) middle class ini kita bolehlah katakan golongan yang pergi kerja pakai smart-smart, baju seluar digosok rapi, pakai necktie.
Yang gajinya tetap setiap bulan, campur elaun. Hujung tahun tunggu bonus. Yang pendapatannya lebih daripada keperluan asas, dan dibelanjakan mengikut lifestyle masing-masing.


Working class pula senang cerita, makcik cleaner, pak guard, tukang kasut, peniaga kecil-kecilan.
Yang pendapatan hanya cukup untuk keperluan asas sahaja.



Entah kenapa dengan geng middle class ini gua rasa satu macam saja.
Bila jalan-jalan, atau berdiri tegak, atau melepak di tempat umum dan secara tak sengaja ada eye contact, muka maintain ketat macam itu juga.
Macam kehadiran gua di situ langsung tak signifikan baginya.

Kadang-kadang makan semeja pun masing-masing buat hal masing-masing.



Lain pula cerita dengan geng working class.

Mereka seakan-akan sentiasa happy. Tersenyum. Bertegur sapa. Kadang-kadang sampai boleh bawa bersembang.

Berapa banyak dah pak guard jadi peneman gua dikala sepi.

Berapa banyak dah senyuman makcik cleaner yang buat hati gua berbunga, walaupun gua menapak tempat yang dia baru sapu/mop.


Ada sekali masa Cub Prix di Alor Setar, seorang pakcik sapa gua dengan member gua pasal dia dengar gua sama member gua tak cakap loghat Kedah.
Start pasal itu saja, terus jadi bersembang sampai berpuluh tahun lampau zaman dia muda-muda dulu. Pakcik ini juga cakap dia antara driver bas yang legend di Kedah ini pasal dia ada lulus ujian apa entah gua pun dah lupa.



It's amazing what a simple smile and a basic hello can do to you.

The warmth of human contact. It makes you feel....well, human



Apa yang buat attitude middle class dengan working class ini berbeza?

Entah lah. Gua pun tak tahu.


Teknologi kot.
Satu benda yang jarang digapai oleh working class.


Mungkin golongan middle class ini rasa lebih mudah untuk adakan hubungan dua hala di alam maya, sehinggakan secara tidak sengaja dia sudah 'memadam' kehadiran stranger yang berada di depan, belakang, kiri dan kanan beliau, terutama sekali jika stranger itu kelihatan seperti dari golongan working class.





"Senyum, tak perlu kata apa-apa", kata si anak Muhyiddin Yasin.











No comments: