Friday, March 25, 2011

Siri Bercakap Dengan Pin

"Berapa gaji naik itu hari?", tanya gua kepada pekerja.

"Mana ada naik bos. Macam dulu juga. RM 2.50 satu jam."

"Saya ada la naik bos.", kata seorang lagi pekerja gua.

"Berapa naik?"

"RM 2.75 satu jam."



Selalu tiap malam gua melepak dengan 2 orang ini depan rumah berbual kosong ditemani asap suci sambil menunggu sumandak kerja Giant berjalan kaki pulang ke rumah mereka.


Umur baya-baya gua juga jadi bolehlah ngam dibawa bersembang.



"IC dah ada belum?"

"Belum lagi. Tengah tunggu mahkamah. Lambat disini. 6 bulan baru boleh setel."



Gua pun pelik juga macam mana boleh tak ada IC lagi.
Padahal memang orang Malaysia pun.


"Nanti dah ada IC mau kerja semenanjung? Kalau sana dia bayar lebih lagi. Kurang-kurang satu bulan dapat seribu. Pergi la kerja 4-5 tahun"

"Tak mahu la."

"Apsal tak mahu? Kalau geng Indonesia kat sana tu, dah sampai masa kena balik pun tak mahu balik jugak. Kalau balik pun datang sini balik."

"Nanti rindu kampung halaman. Rindu cewek."

"Kita di sini lama lagi ke bos? Bila boleh balik?"

Padahal tak sampai 2 minggu pun lagi.


Gua tak tahu itu memang style orang Lahad Datu atau geng pekerja kompeni gua saja tapi mereka panggil awek itu cewek.

Gua lagi suka sumandak. Cewek berbunyi terlalu sinetron.

Kalau sumandak, baru true Sabah bah.



Rupanya ramai lagi golongan bumiputra yang bermentaliti sebegitu.
Jenis yang cukup makan pun tidak mengapa. Scrape by with the bare minimum. Asalkan bahagia.


Patutlah 30% yang diperuntukkan kepada bumiputra masih tak tercapai lagi.


Nak kata mentaliti itu salah, tak juga.
Memang itu pilihan hidup mereka. Asalkan mereka bahagia, tak kacau orang kira tak salah lah.


Tapi sayanglah bila dah diberi keistimewaan, diberi peluang pun kita masih tak mahu ambil.


Mereka yang tidak mendapat peluang sedemikian rupa, menunggu penuh peka dengan mulut ternganga kalau-kalau peluang tersebut tiris dan jatuh ke riba.
Terus disambar dengan penuh lahap.


Tun Razak dulu target DEB 20 tahun saja.
Ini dah terlajak jauh sangat dah ini.


Sampaikan kerajaan kena buat DPN pula untuk tolong bumiputra.
Tak dapek juga nak nolongnye. Tak sampai juga 30% sampai sekarang.


"Eh bos itu cewek Giant sudah datang."


"OK steady. Kontrol hensem."