Tersebutlah satu kisah sebuah intitusi pendidikan tinggi yang diberi nama Universiti Ternak Perut atau nama pendeknya UTP.
Dikatakan UTP ini adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang berkelas tinggi. Bukan calang-calang boleh masuk senang-senang. Creme de la creme (sekali sekala berbahasa Perancis apa salahnya), top of the crop katanya. Tapi bila disebut nama UTP, tak ramai yang pernah dengar pun.
Antara misi dan visi Universiti Ternak Perut ini adalah untuk melahirkan insan-insan kamil yang well-rounded perutnya.
Pelajar-pelajar di Universiti Ternak Perut ini, tidak lain tidak bukan adalah perut yang jaga dan sayang kesihatan perut masing-masing.
Prinsip mereka mudah saja.
Jentiklah macam mana sekalipun, asalkan jangan dicubit perutnya.
Pelajar-pelajar Universiti Ternak Perut ini jarang-jarang sekali bangun dan memberontak menuntut hak-hak asasi mereka.
Tetapi bila perut mereka diusik, mereka akan bangun, dengan perlahan dan penuh cermat kerana perut yang well-rounded tidak suka dengan pergerakan mendadak, aktif, berat dan memenatkan.
Antara isu yang membuatkan perut-perut ini mula bergerak, adalah isu yang berkaitan dengan perut.
Seperti harga makanan mahal.
Ini tidak boleh! Perut kami berhak untuk makanan murah, lebih baik kalau percuma!
Ini ketidakadilan bagi kesenangan perut sejagat!
Kadang-kadang terhibur juga bila melihat perut-perut yang biasa duduk diam ini tiba-tiba bangun berdiri dan berbunyi.
Isu lain yang boleh membuatkan perut-perut ini jadi senak dan sembelit, adalah saman parking.
Perut perlukan kereta untuk kekal well-rounded, dan perut perlu meletak kereta mereka sedekat yang mungkin dengan tempat yang dituju. Kalau letak kereta jauh-jauh, perut kena berjalan jauh. Berjalan jauh ini satu aktiviti yang aktif, berat dan memenatkan. Ingat lagi apa yang perut tak suka?
Jadi perut akan meletak kereta sesuka hati, kerana perut rasa itu hak asasi mereka. Dan kena hari tak baik, dapat surat saman. Melentinglah si perut kerana terpaksa bayar RM30.
Perut marah kerana tempat letak kereta yang available luas disediakan jauh daripada tempat yang ditujunya. Ini tidak munasabah bagi perut. Mana boleh parking jauh-jauh. Penat nanti jalan.
Oleh kerana tak mahu berjalan jauh, perut kena bayar RM30.
Rm30 tu! Boleh beli berapa botol Vitagen untuk menjaga kesihatan perut!
Itu belum kira bila elaun masuk lambat. Merengek-rengek lah perut minta diisi. Perut mana boleh kosong! Itu melanggar hak asasi!
Bila ada masalah, terkedek-kedek lah perut-perut ini berjumpa Menteri Penjagaan Perut atau pendeknya MPP.
Hal perut dengan MPP ini boleh tahan menariknya.
Boleh kata love-hate relationship la.
Perut-perut ini kata MPP ini tidak boleh pakai sangat. Ada condong-condong, senget-senget sikit.
MPP ini senang kata proksi lah. Proksi kepada satu golongan kroni rapat. Kawan-kawan Majid.
Tapi sebab hal MPP ini tiada kaitan langsung dengan kesenangan perut, mereka pun hangat-hangat tahi ayam saja.
Bila datang anginnya, adalah rasa senak sekejap. Tapi bila dah dapat kentut terus rasa lega.
Asalkan perut masa itu kenyang, senyap sajalah. Mudah saja hidupnya.
Perut kenyang, semua OK.
Padahal kalau betul-betul tak puas hati, boleh saja bangun dan buat sesuatu.
Ini tidak, bila pilihanraya pun average yang keluar mengundi 1500+- saja. Berapa peratus yang mengundi? Tak payah la nanti segan perut-perut ini. Mengempis pula.
Senang cerita peratusannya sangatlah sikit sampai boleh dikatakan pilihanraya itu tidak sah.
Tapi ada perut-perut ini kisah?
Hal ini tidak berkait langsung dengan perut.
Selagi perut kenyang, apa nak dipedulikan.
Lainlah kalau mengundi dapat kupon lunch dan dinner free. Mesti berduyun-duyun yang turun.
Entah-entah siap ada jadi pengundi hantu mengundi dua kali.
Biarpun berlaku segala ketidakadilan di dunia ini, asalkan kebajikan perut terjaga, perut-perut ini suka hati.
Biarpun hak untuk mengamalkan cara hidup hedonisme tertindas, atau hak lelaki untuk berambut panjang kemas tertekan asalkan perut senyap dan berat, tidak berkeroncong.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Begitulah lebih kurang ceritanya di Universiti Ternak Perut.
Dan bila datangnya antera-antera dari Teluk Intan seperti Asyraf Rosli, Yajid Jakpo, Syamim Azri dan lain-lain, mantera yang akan dilaungkan berulang-ulang kali tidak lain tidak bukan adalah....
FUCK UTP!
1 comment:
yeah baby~!!! nyempong utp~!!!
Post a Comment