Thursday, February 24, 2011

Holy Shit, Its a Holy War!

DSC00499
Align CenterSungai Perak, May 2009





Ayman al-Zawahiri, orang nombor 2 Al-Qaeda pernah berkata, "Beza antara orang kafir dan orang Islam adalah, orang kafir lebih menumpukan dunia manakala orang Islam lebih menumpukan akhirat."

Lebih kurang macam itulah.



Dan ini menunjukkan yang ramai orang Islam hanya menggunakan Islam sebagai tiket ke syurga.
Syurga yang dipenuhi bidadari, (sorry girls) sungai yang mengalir susu (gua harap perisa coklat), madu, dan arak yang tidak memabukkan. (gua harap champagne. lagi satu, what's the point of having alcohol if you're not getting drunk? dan jika dalam syurga, yang dikatakan semua permintaan ditunaikan, gua minta untuk mabuk adakah permintaan akan ditunaikan?)


Macam tak percaya pula bila Muslim nowadays have such morbid point of view.


Pernah dengar ungkapan beribadat macam nak mati esok, bekerja macam nak hidup 1000 tahun lagi?
Saidina Ali rasanya yang cakap.


Saidina Ali, yang Nabi Muhammad telah kata jika dirinya adalah gedung ilmu, Ali adalah pintunya, sendiri telah berkata yang dunia dan akhirat ini sama penting.


Jadi mengapa sekarang kita asyik dengan kematian dan alam selepasnya?
Kerana jika mati atas nama Islam, syurga jawapannya.


Golden express ticket to heaven, yo!
Jihad fisabilillah!

Itu tak betul.

Islam ini sebenarnya cara hidup. Islam suruh cari ilmu, cari harta. Pakai ilmu, pakai harta ke jalan yang benar.
Jihad fisabilillah juga tu.


Gua ulang sekali lagi. Islam itu cara hidup. Panduan hidup. Buku manual cara hidup di dunia.
Bukan tiket ke syurga.



Ini tidak.
Tahu nak angkat AK47, nak lempar Molotov cocktail.
Lepas itu sibuk marah-marah kafir sana, laknatullah sini.
Ikat bom keliling pinggang, ikat celah kangkang, ready nak romen bidadari.


Lu orang boleh tengok sendiri la.

Berapa ramai mat rempit dalam internet yang sibuk laung jihad, tak gentar nak menyabung nyawa bila masa Islam kena hentam.
Biasalah. Anak jantan Melayu. Sembang mesti 7 inci (padahal 3). Lagak mesti jagoan.


Tapi bila suruh belajar, cari ilmu, cari harta untuk fisabilliah, dah tak mahu. Mengelat. Pergi merempit.


Islam pada pandangannya hanyalah Manual Bagaimana Mahu Hidup Macam Celaka Di Dunia Tetapi Masih Boleh Mati Dan Masuk Syurga Minum Barbican (beer tanpa alkohol di syurga, get it? lame joke I know)


Al-Khwarizmi dan Ibnu Sina kalau tanpa rasa cinta kepada dunia, takkan sibuk nak kaji dan mendalam ilmu-ilmu dalam bidang yang dikatakan 'sekular' masa kini.

Itu satu lagi masalah.
Bila Islam suruh cari ilmu, dia pergi bantai ingat ilmu agama sahaja.

Yalah tengok yang kaki-kaki kuat agama pergi belajar ilmu agama sahaja. Yang ilmu 'sekular' bagi pada orang-orang macam gua.

Bila kat semua bidang di dunia ini Islam lembik, mula nak marah-marah. Kata ini semua rancangan halus kafir untuk melemahkan Islam.
Padahal diri sendiri yang dah memang lembik.


Dah.
Bila sebut beer tanpa alkohol ni, buat tekak gua rasa kering.
Mana gua nak cari 7-E tengah-tengah hutan ni?








Tuesday, February 22, 2011

Live Curious, bak kata NatGeo

Something crossed my mind the other day.

Macam mana ayah kepada Nabi boleh nama Abdullah, yang bermaksud hamba Allah jika Islam pun masih belum turun lagi.

Initial assumption gua mungkin semua agama langit memanggil nama Tuhannya Allah, tetapi gua tengok Judaism dan Kristian tidak gunakannya secara meluas pun.


Setelah baca sedikit sini sana, rupanya Allah itu adalah panggilan standard kepada Tuhan dalam bahasa Arab.


Maksudnya, literal translation kepada Allah adalah Tuhan.

Patutlah ada sesetengah Kristian Arab menggunakan Allah sebagai Tuhan.


Kerana Allah itu Tuhan.


Jadi, itu hari, apa pasal kita jadi kelam kabut sangat?
Sampai molotov cocktail bertebaran la, apa la.

Marah sangat bila Kristian guna Allah, suruh ditukar kepada nama lain.
Tukar kepada Tuhan, mungkin.

Tapi bukankah Tuhan itu Allah, dan Allah itu Tuhan?


Syed Hamid Albar la ni.
Bunch of politician claptrap.


Ini yang jadi masalah bila Melayu nak lebih Arab daripada orang Arab.


Belah sini nak jadi Kaukasia, belah sana nak jadi Arab.

Takkan nak harap Ibrahim Ali kot yang nak jadi Melayu.




Berbalik kepada Islam punya Allah.

Islam punya Allah tidak mempunyai anak seperti Kristian punya, tetapi Dia ada 99 nicknames.

Nama timangan, bagi yang tidak ambil English education.
Asma ul Husna bagi yang pernah mengaji sekolah agama.


Oleh kerana ciri ini spesifik kepada Islam punya Allah, logiknya gua rasa orang Islam Melayu Malaysia ini patut rasa lebih terbakar jika nama-nama ini dicabar.


Hamid, yang bermaksud Yang Maha Terpuji, adalah salah satu nama Allah.

Hamid adalah Allah dan Allah adalah Hamid.


Hamid juga adalah datuk gua.




Bukan Abdul Hamid, yang bermaksud hamba Allah, tetapi Hamid.

Jadi, bapak gua anak kepada Hamid, dan gua adalah cucu Hamid.



So, to all ladies out there, if you want to know how a divine descendant tastes like, you know what to do.



Monday, February 21, 2011

Menggelabah di Sabah

DSC01742
PD, May 2009




Dah 2 minggu gua tak buat apa-apa.

Fuck.
Intellectual starvation tahap tertinggi sial.

Buku dah 2 kali ulang baca.
Selak-selak internet cari benda menarik pun tiada apa.
Movies dah ulang beribu-ribu kali dah.


Sampai dah tak boleh nak beza semalam, hari ini dengan esok.
Semua benda sama.


Sekali lagi fuck.


Selalu kalau terkurung macam ini banyak benda gua nak tulis.
Tapi bila start tulis, rasa macam gampang.
Padam semua.

Otak tepu. Blocked. Jammed.
Lembik dengan kehidupan selesa yang menyenakkan.

2 minggu dah gua terperap kat bilik gelap ini.
Sekali sekala saja gua selak langsir. Tengok apa yang berlaku kat dunia luar.

Pastikan gua masih kat dunia, bukan neraka.

Dunia pun neraka juga. Apalah beza sangat.


Here's another flying fuck for youse.

Tak boleh ini macam.
I must do something. Anything.




Ah pergi mampus.

Mana nikotin dan kafein?
Lepas itu gua nak pergi berak.





Thursday, February 17, 2011

Lebanon, Boker Tov!




Petikan daripada filem Waltz with Bashir (Vals Im Bashir).
Filem yang agak menarik.

Highly recommended bagi peminat-peminat filem bertemakan perang macam gua.


Berlatarbelakangkan Perang Lebanon 1982, filem ini menceritakan tentang pengalaman sekumpulan askar Israel ketika konflik itu.

Sebuah filem yang jujur, yang tidak dilacurkan dengan unsur-unsur dakyah pihak-pihak berkepentingan.



Membuatkan gua rasa, untuk mencapai world peace yang sering dilaungkan oleh beauty-beauty pageant seantero dunia, kita perlu ingat satu fakta mudah.


Bukan semua Yahudi kejam.
Bukan semua Kristian jahat.
Bukan semua Islam baik.



Hari-hari layan Maher Zain, layan lagu Arab, takkan tak muak kot.


Sekali-sekala apa salahnya layan lagu Hebrew.





Lebanon, good morning.
Lebanon, good morning.
May you not know pain.
Lebanon, good morning.

We shall reach Beirut.
We shall reach Beirut.
For that Humus, of yours it's worth dying for.
Lebanon, good morning.

Your dreams will come true.
Your nightmares will vaporize.
Your whole life is a blessing.
Lebanon, good morning.

You are being torn apart.
Bleeding in my arms.
The love of my life.
My short lived life.

Tear me apart
Bleeding in your arms.
The love of your life.
Lebanon, good morning

Lebanon, good morning.
Give me Rolex, take Tortit
Our hand, dripping blood, we'll give.
Lebanon, good morning.

Lebanon, good morning.
Tomorrow we become one body.
Lebanon, good morning.
Lebanon, you're not alone.






OK gua tahu lagu ini pro-Israel.
Tapi filem itu tidak.

Selamat menonton bagi yang akan menonton.





Saturday, February 12, 2011

Paradoks Muslim Moden Malaysia

DSC08044




Ditulis secara rambang, tak tersusun dan tatabahasa tunggang langgang.



  • Marah bila Amerika Syarikat shoving democracy down Iraqis throats tapi bila dia menyesakkan orang dengan doktrin-doktrin agung Islamik yang 'superior' itu kepada orang yang tidak berminat tidak mengapa.

  • Sultan merupakan penjaga rasmi agama Islam. Duit perbelanjaan Sultan datangnya dari cukai, yang dibayar oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Ada juga Sultan yang memang terkenal dengan perangai bukan Islamnya.

  • Bagai nak terbalik dunia bila ada satu gambar awek bertudung pegang babi, tapi bila tengok gambar kawan berpegang tangan dengan kekasih hati, terus jadi "awwwwww so sweet!"

  • Cukup sensitif bila dengar ada ajaran pecahan Islam seperti Wahhabi, Syiah, Muhammadiyah dan macam-macam lagi masuk Malaysia tapi bila dengar nama geng Ayatollah, geng Mullah, Hezbollah, terus kembang hati. Pejuang Islam semua itu katanya.


  • Terjerit-jerit dengan Maher Zain itu OK. Goyang kepala untuk Buzzcocks itu hedonisme.


  • Berdoa dalam bahasa Arab adalah lebih afdal daripada bahasa Melayu, walaupun tidak faham apa yang didoakan itu. Meminta tapi tidak tahu apa yang diminta.


  • Sibuk mengejar ilmu akhirat untuk mempersiapkan diri di hari pembalasan kelak, tapi cukup marah dengan bukan Islam kerana mereka mengawal dunia.


  • Ketawa geli hati melihat patung sembahan bertangan lapan berperut buncit tapi cukup meradang bila ada orang permainkan Allah dan Muhammad.


  • Sukar menerima perubahan baru dan perkara yang thought provoking tetapi tidak suka bila umat Islam dikatakan jumud dan ketinggalan zaman.

  • Tulis dalam blog berdegar-degar tetapi dalam real life, huh memang tak boleh pakai.

Friday, February 11, 2011

Tidbits, and a Little Bit of Tits.

uloadlababi
ATR 72-500 milik MASwings yang memendekkan perjalanan KK-Lahad Datu dari 6-7 jam kepada 1 jam sahaja. Dan yang lebih penting, perjalanan 1 jam itu ditemani gadis-gadis berbaju hijau sendat.




Kita mulakan entri ini dengan carutan terhadap Celcom Broadband. Gua cukup tak puas hati dengan dia punya upload speed.

Serius celaka. Babi

Babi babi babi babi babi.


Gua nak upload gambar yang gua dah siap resize bagi kecil sikit. Tak sampai 1MB pun. Tak lepas juga.
Terpaksa gua lacurkan gambar gua, resize lagi sampai ke tahap memang dah tiada maruah.

Baru boleh upload. Babi punya Celcom Broadband. Dasar bapa ayam.



Patutnya entri ini gua nak cerita benda-benda indah.

Cerita pertemuan gua dengan Awan Dania dalam penerbangan FY2149 dari Subang ke JB. Real life punya Awan Dania. Bukan main-main. Walaupun tak secantik Awan Dania dalam TV, itu perkara biasalah. Realiti kehidupan memang tak seindah TV. Kalau realiti itu seindah TV, takkanlah percintaan kami berdua yang beribu kaki di atas langit sambil ditemani mentari senja yang terbenam di ufuk barat membuatkan langit jerebu petang itu menjadi jingga dan romantis hanya bertahan beberapa minit sahaja.

Mengapa kami berpisah?

Komitmen kerja. Haluan gua lain, haluan Dania lain.


Tapi pasal Celcom Broadband yang bodoh, babi, bengap, bebal, bahalol, bajingan dan brengset, gua dah hilang mood.



Cerita lain.


Gua ada terfikir pasal konsep Islam itu bukan agama paksaan.

Dari hemat akal pendek gua, konsep itu katanya seseorang tidak dipaksa untuk memeluk Islam, tetapi jika dia sudah memilih Islam, dia terpaksa ikut unduang-undang dan peraturannya. Lebih kuranglah.


Macam mana pula dengan kes orang yang dilahirkan Islam, macam gua, lu dan berjuta-juta orang lain?

Kita tiada pilihan lain selain menerima Islam. Gua rasa tak salah kalau gua katakan yang kita 'terpaksa'(atau dipaksa, mana-mana satu) untuk memilih Islam. Dan bilamana mereka yang 'terpaksa' ini memilih untuk menolak Islam, habis terbalik dunia. Secara serta merta darahnya menjadi halal.

Pancung kepala! Sula bontot!

Padahal pada awalnya dia yang 'dipilihkan' Islam oleh ibu bapa/keluarga/masyarakat.


Gua faham hostility orang Islam kepada orang yang 'keluar' Islam jika dia memburuk-burukkan Islam selepas itu.


Tapi bagaimana pula dengan orang yang tiada apa-apa niat jahat dengan Islam, cuma hati dan jiwanya tidak ada pada Islam. Orang yang bila telah 'keluar' Islam, hanya akan meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Kalau menjadi bukan Islam, bukan serta merta menjadi orang jahat. Ramai saja orang bukan Islam yang baik budi pekertinya, kadang kala lebih daripada orang Islam sendiri.


Ini kes klasik kuantiti vs kualiti.

Kalau ikutkan gua, kalau orang itu dah perangai tak serupa Islam, dan dia ingin keluar Islam secara aman, keluar saja lah. Nak simpan ramai-ramai orang macam ini pun buat apa. Bukan boleh pakai.
Buat buruk nama Islam saja.


Gua ada dengar-dengar rumors dari internet pasal hak memilih agama sendiri bila umur 18 tahun. Berdentum-dentum tentangan yang datang. Entah betul-entah tidak benda itu gua pun tidak pasti.
Yang gua pasti, orang Islam ini sangat gullible dengan emel-emel berunsur Islam yang diforwardkan.

Selalunya dalam emel-emel ini banyak tuduhan dan fakta yang tidak berasas. Tapi sebab selalu ada tertulis "kalau anda seorang Muslim, sebarkan kepada orang lain", ramailah yang sambung forward.

Ya dengan forwardkan emel tersebut, anda menjadi seorang Muslim.

Seorang Muslim yang bodoh.
Senang kena tipu.

Samalah macam dalam Facebook. Sibuk 'like' page Islamik sana-sini tapi gambar profil tengah merempit.

Memang sangat Islamik lah kan.






Ini semua pendapat gua saja. Pendapat orang yang mengaji sekolah agama sampai darjah 6. Itu pun banyak ponteng. Entah macam mana ada juga gua dapat offer masuk madrasah untuk pengajian pertengahan gua. Bukan calang-calang punya. Ada 3 peringkat ujian. Secara tak sengaja gua boleh lepas semua sampai dapat offer. Tapi gua tolak.

Apa barang jadi budak madrasah.

Tak clubhitz ah.

Gua masuk sekolah asrama penuh separa-sekular dimana result SPM gua dicacatkan oleh matapelajaran Pendidikan Islam.

Itu gua rasa balasan akibat asyik mengelat dengan Ustaz Hafidz.
Maafkan saya, Ustaz.



Sebelum ada orang nak bertindak seperti kera, gua bagi warning dulu.

Baca betul-betul bagi faham. Gua bukan nak suruh ramai-ramai tukar agama. Gua hanya bagi pandangan gua tentang isu tersebut saja.

Jadi kalau ada tak puas hati dengan pandangan gua, mau komen balas, sila balas dengan bijak.

Jangan jadi bodoh, jangan jadi babi.








Jangan jadi macam Celcom Broadband.