Tuesday, December 28, 2010
Borneo Blues : Laut Paut
Dan akhirnya sampai juga gua ke Pantai Sahabat petang tadi.
Dapat juga merasa air Laut Sulu, atau Celebes. Entah aku pun tak sure mana satu.
Well, aku tak merasa betul-betul pun. Pasal kotor gila pantai dia.
Dah tu tempat kapal datang berlabuh pun dekat situ juga. Mana tak kotor.
Tapi ada juga yang sanggup mandi.
Nak buat macam mana. Di tengah-tengah hutan kelapa sawit ini, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Mungkin la.
Oh I miss my Perhentian.
Tapi sekarang ini dengan adanya Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Pulau Sipadan dan Semporna yang berdekatan dengan gua, mungkin gua akan curang dengan Perhentian gua.
Kita tengok macam mana.
Sunday, December 26, 2010
Borneo Blues : Musim Lembab
Hey
Wont somebody come and play
With me
Done all my work and I got a little while to spend
If I could find a friend
Hey
This is such a sunny day
Come on
Come like you are doesn't matter how you look
But hurry, hurry
Come and play
You be the good guy, I'll be the bad guy
You can go hide and I'll come and find you
You have the first laugh, I'll have the last laugh
You ride a bike, I'm off behind you
Hey
Wont somebody come and play
With me
I'm all alone would you like to spend an hour or two
I like to play with you
Hey
There is so much to do today
Come on
Time going pass and we haven't even started yet
Time flying pass and it isn't coming back I guess
Childhood wont last
Wont somebody come outside and play
Wont somebody come and play
With me
Done all my work and I got a little while to spend
If I could find a friend
Hey
This is such a sunny day
Come on
Come like you are doesn't matter how you look
But hurry, hurry
Come and play
You be the good guy, I'll be the bad guy
You can go hide and I'll come and find you
You have the first laugh, I'll have the last laugh
You ride a bike, I'm off behind you
Hey
Wont somebody come and play
With me
I'm all alone would you like to spend an hour or two
I like to play with you
Hey
There is so much to do today
Come on
Time going pass and we haven't even started yet
Time flying pass and it isn't coming back I guess
Childhood wont last
Wont somebody come outside and play
Yo Gabba Gabba memang genius sial. Their jingles are way better than some songs yang aku dengar dari radio.
Ah terkenang zaman kanak-kanak gua.
Umur baru awal 20-an tapi dah terkenang zaman kanak-kanak, apa kes?
Sudah berapa hari asyik hujan.
Boleh tahan juga musim hujan dekat sini. Kalau ikut tahun lepas punya report, Disember ada 31 hari, 23 hari hujan.
Projek jadi leceh.
Plan gua juga terbantut.
Baru ingat ini petang nak gerak ke pantai Sahabat. 20 km saja dari tempat gua.
Baru ingat nak cuba air Lautan Pasifik. Rasa masin ke tak.
Nampak gaya melepak depan TV lagi la hari ini.
Monday, December 20, 2010
Milo Nai Beng Satu, Bah!
Maksudnya Milo Ais.
Nai itu susu. Disini kalau anda tak sebut susu, nanti yang dapat Milo O.
Jadi, semenanjung punya teh ais, disini teh nai beng.
Kali pertama masuk site ini hari.
SV gua sudah pening tengok site. Takut projek susah nak jalan.
Dalam site pun line telefon tak ada. Jadi apa-apa nanti mampus la jugak.
Tapi apa nak takut. Kita redah saja.
Sembang-sembang sikit dengan pekerja kompeni gua kat sini.
Gaji buruh-buruh kasar ini gila punya sikit. Gaji kira ikut kerja. Ada banyak kerja boleh la 300-400. Kalau tengah tiada kerja, kadang-kadang dapat 100 lebih saja.
Memang gila.
Gua yang duduk goyang kaki ini pun dapat lagi banyak. Jauh lagi banyak.
Nak jimat punya pasal, mereka tangkap ikan tepi parit, tangkap ayam yang duduk berkeliaran.
Dunia memang kejam.
Celcom BB pun boleh tahan kejam.
Dia punya upload speed, aduh memang sakit.
Download/surfing memang gua tabik spring. Tapi bab upload nak menangis gua dibuatnya.
Tidak mengapa. Malam ini cuba lagi. Berputus asa bukanlah trait lelaki hensem seperti gua.
Gua harap malam ini Celcom BB boleh menjadi sebuah BB yang berguna lagi kamil.
Wednesday, December 15, 2010
Blues Seorang Intern : Borneo Blues
Safe and sound in Borneo right now.
After 2 hour flight from Senai to KK, transit to another 45 minutes flight from KK to Lahad Datu, then another 1 hour drive from Lahad Datu, I've arrived at a place in the middle of nowhere.
A place that I will call home for the next 4 months, I think.
Still, I got an air-conditioned room with Astro, and unbelievably super excellent internet connection coverage for my broadband. All hail Celcom!
Here's some random list I made from my short first experience in Sabah.
- Flying with small, propeller aircraft is far more exciting than flying with bigger, jet engine plane.
- The view during take off from KKIA is indescribable. Mind-blowingly beautiful. Make sure you're seated at the left side of the plane, facing the sea.
- There's more pickup truck than Myvi here. Pickup truck is the Myvi of Sabah.
- There's no Merc/Bimmer in Lahad Datu. All the big taiko have Toyota Land Cruiser V8.
- 1st time kena penangan makan besar dengan orang Cina. Nasi putih + Ikan 3 rasa + Kailan masak cili + Sup jagung + Telur dadar cili api + Kangkung goreng = Tumbesaran perut.
- Dpahne Iking masih belum kelihatan.
Letih ah.
Tidur dulu.
Tuesday, December 14, 2010
Blues Seorang Intern : Awek Burger
Baru malam tadi gua perasan ada gerai jual burger yang dikendalikan oleh awek.
Bukan satu, bukan dua tetapi tiga sekaligus!
Rambang mata gua nak pilih yang mana satu.
Maksud gua menu burger yang ditawarkan la. Bukan tukang masaknya.
Kalau gua dapat tahu awal-awal lagi, tak payah susah-susah gua nak cari kedai makan.
Breakfast, lunch dengan dinner semua gua telan burger!
Bukan satu, bukan dua tetapi tiga sekaligus!
Rambang mata gua nak pilih yang mana satu.
Maksud gua menu burger yang ditawarkan la. Bukan tukang masaknya.
Kalau gua dapat tahu awal-awal lagi, tak payah susah-susah gua nak cari kedai makan.
Breakfast, lunch dengan dinner semua gua telan burger!
Friday, December 10, 2010
Blues Seorang Intern : Baru Hari Kedua Sudah Masuk Lambat
Koleksi punggung teruna yang mantap-mantap belaka berjalan-jalan di Melaka
*entri ini didedikasikan kepada pemotong rumput PROPEL berbaju oren warga Indonesia yang telah menolong gua.
Hari kedua gua berpraktikal.
Bermula macam biasa. Pukul 7.15 pagi gua dah keluar rumah. Angin pagi Johor yang nyaman membelai pipi gua.
Waktu masuk kerja 8.00 pagi. 45 minit memang lebih dari cukup.
Gua menyusur tenang dengan skuter Modenas Elit 150 kepunyaan kakak gua. Dengan memakai sweater Adidas ori berwarna putih, glove Bell cap ayam dan bersilangkan beg kulit tipu dibeli di BB, gua dapat rasakan gua yang paling hensem dikalangan semua warga Johor yang berkejaran untuk ke tempat kerja.
Gua tak tahu jalan ke plant kompeni gua. 1st day, gua pergi report dekat ofis di JB, ini hari gua kena pergi plant. Plant ada di Kulai. Yang gua tahu, naik Highway PLUS E2, pergi menghala utara kemudian keluar di exit Kulaijaya.
Gua nampak signboard tunjuk highway. Gua susur masuk.
Terus gua rasa tak sedap hati. Apa pasal jalan ini menghala ke JB. Ini pergi selatan. Gua rasa gua dah salah jalan.
Nasib gua bertambah parah apabila terpampang tanda E3, menandakan ini highway Senai-Desaru. Gua mahukan E2.
Masa ini gua relax lagi. Tiada masalah. Jumpa plaza tol gua u-turn.
Sampai plaza tol, gua tak nampak celah mana nak u-turn. Gua dah menggelabah sikit. Tengok jam, tengok meter minyak, gua lagi menggelabah.
Gua pecut full throttle mencari susur keluar atau tempat untuk u-turn.
Kilometer demi kilometer berlalu. Apa benda pun tak nampak. Hati gua dah goncang.
Tiba-tiba gua nampak sign kata ada exit kat depan. Hati gua jadi ringan sikit. Tak banyak kata gua terus ikut. Hancur punah harapan gua pasal gua masuk satu lagi highway.
Apa benda ini. Minyak motor tinggal suku. Stesen minyak langsung tak nampak.
Nasib baik plaza tol highway yang ini boleh u-turn. Gua naik balik higway E3, kali ini menghala ke utara. Gua nampak sign ke KL jadi tak fikir panjang gua ikut, dengan harapan exit Kulaijaya tiba-tiba akan muncul.
Gua full throttle lagi pasal nak kejar masa. Sempat lagi ini.
Entah dah berapa kilometer, exit Kulaijaya tak kunjung tiba. Meter minyak dah memang sikit saja atas E. Gua ambil tindakan drastik. Gua main exit saja entah pergi ke mana, dengan harapan gua masuk jalan bandaran. Boleh gua cari stesen minyak.
Tapi entah macam mana, gua masuk satu lagi highway. Kali ini gua betul-betul dah goyang. Nak menangis pun ada. Meter minyak memang dah di bawah E.
Kali ini gua bawa relax-relax saja. Save minyak. Nak masuk on-time memang dah tak sempat. Gua tengok signboard semua tunjuk Pasir Gudang la, Gelang Patah la,Tanjung Pelepas la, Masai la. Mana Kulaijaya?
Gua rasa ini bukan jalan yang lurus bagi gua, Jadi gua u-turn sekali lagi.
Gua bawak slow-slow sambil fikir apa benda gua nak buat ini. Jarum meter dah jauh meninggalkan E. Gua hairan macam mana skuter ini masih bernyawa. Walaupun pelik, gua tetap bersyukur.
Gua stop tepi highway. Gua bawa keluar handset, gua mesej supervisor gua kata gua sesat banat, ini hari gua masuk lambat. Jam masa itu dah menunjukkan pukul 8.10.
Gua fikir apa tindakan gua yang seterusnya.
Tengah gua berfikir, lalu 2 orang pekerja pemotong rumput PROPEL depan gua. Gua berharap dalam hati mereka akan berhenti dan membantu, tapi hampa. Gua tertunduk layu.
Tiba-tiba gua nampak mereka berdua memberhentikan motosikal mereka 50 meter dari tempat gua melepak. Kebetulan gua berhenti di tempat mereka bekerja. Gua berjalan pergi ke arah mereka.
Seorang dah melintas highway pergi ke arah satu lagi, jadi gua tanya seorang lagi. Gua tanya sekarang ini dimana. Dia kata dia tak tahu, pasal dia baru lagi di sini.
Kemudian dia pergi lintas jalan, panggil rakannya.
Seorang lagi datang. Dia kata sekarang ini gua berada di Lima Kedai. Apa benda Lima Kedai pun gua tak tahu. Gua tanya ada stesen minyak tak dekat-dekat sini. Dia kata tak ada. Memang dah tiada cara lain dah. Gua tanya dia ada petrol lebih tak untuk gua pakai. Gua offer nak beli dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Mula-mula dia kelihatan berat hati. Mungkin risau tak cukup untuk mesin rumputnya atau takut bosnya marah atau sebab-sebab tertentu yang gua tak tahu, tetapi akhirnya dia bersetuju nak bagi gua sikit.
Bila buka tank minyak gua, memang dah kering. Rasanya boleh la pergi 1 kilometer lagi.
Banyak juga mamat Indo ni tuang minyak kat gua. Gua offer nak bayar, dia menolak. Gua insist gila-gila, dia tetap tak nak. Pasal gua memang tengah rush, gua cakap terima kasih terus gua jalan.
Entah apa berkat pekerja PROPEL itu, gua berjaya jumpa exit keluar dari lingkaran highway yang durjana itu. Dapat masuk jalan bandaran gua terus cari stesen minyak. Dapat full-tank, gua sambung perjalanan mencari jalan ke tempat kerja.
Nak dijadikan cerita, senang la pula gua cari jalan lepas kejadian sesat lagi menyesatkan ini.
Gua punch card 8.55 pagi. Nasib baik supervisor gua kata nanti dia cover untuk gua.
Cuma hati gua masih ralat lagi pasal tak bagi apa-apa pada pekerja PROPEL itu. Jabat tangan pun gua tak sempat. Nak cepat punya pasal.
Gua harap hidupnya bahagia sampai ke anak cucu.
Lepas ini kalau final AFF Suzuki Cup Indonesia vs Malaysia, jangan tanya kenapa gua belot.
Jawapannya mudah.
Mereka ada Luna Maya, Cut Tari, Dewi Persik dan seorang pekerja PROPEL yang baik hati.
Wednesday, December 8, 2010
Blues Seorang Intern
Baru satu hari kerja, jiwa remaja gua dah dimamah oleh virus 9-to-5 golongan pekerja.
Tepat 11 malam.
Gua dah menguap bagai nak gila.
Lepak sekejap layan siaran TV Singapore lagi 15 minit.
Lepas itu gua nak masuk tidur
Esok nak kena punch card 8 pagi!
Thursday, December 2, 2010
New Chapter
"The world is like one big book. Those who do not travel only read one page"
-Author unknown
Chapter baru dalam hidup lelaki cool gua ini bakal bermula.
Berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan.
Dunia 9 to 5.
Dunia hari Sabtu bukan lagi cuti hujung minggu.
Dunia ada orang yang gua kena panggil boss.
Nasib baik kompeni gua boleh tahan juga cool.
Pergi kerja jenis sarung t-shirt sama jeans saja.
Tak payah sibuk-sibuk malam-malam nak gosok baju seluar, pagi-pagi tak payah sibuk-sibuk nak ikat tali leher.
Kepada mereka yang berkerja dengan kompeni tidak cool, well, sucks to be you.
Ha-Ha!
Untuk 8 bulan seterusnya, hantu gua akan berlegar-legar di kawasan-kawasan gelap Johor dan Sabah.
Dan sekali-sekala di Singapore.
New faces.
New places.
New challenges.
Bring it on, sista!
Subscribe to:
Posts (Atom)