Tuesday, October 5, 2010

Illuminati Kepala Babi



Punkrock tanpa semangat DIY adalah seperti Al Qaeda tanpa Osama bin Laden.
Dan punkrock tanpa mengambil kisah isu-isu semasa adalah umpama pohon yang tidak berbuah.

Dan tiada isu hangat yang lain di ruang maya golongan mujahidin papan kekunci melainkan isu konspirasi Freemason/Illuminati. Daripada strap gitar Noh Hujan, sampailah ke iklan TV. Sanggup mereka buang masa kaji dari satu-satu frame video untuk merungkai perlambangan-perlambangan tersirat golongan Freemason/Illuminati ini.

Untuk apa? Gua pun tak faham. Dan gua rasa mereka ini pun tak faham.

Baik pergi kaji Quran. Tak pun cari mana-mana hadis sahih yang contradict dengan Al-Quran. Tak pun fikir macam mana si Ahmadinejad yang berpegangan Shiah itu boleh diangkat sebagai hero umat Islam di sini. Shiah itu, mengikut pandangan sesetengah ulama Sunnah adalah sesat. Jadi macam mana seorang yang sesat boleh jadi tokoh umat Islam? Salah media barat juga kah? Perancangan halus lagi licik Freemason/Illuminati juga kah?

Zaman pencerobohan Iraq lain pula ceritanya. Masa itu Saddam Hussein ditunjukkan sebagai the good guy. Rata-rata umat Islam Malaysia berpihak kepada Saddam, orang yang tangannya dibasahi beribu-ribu darah manusia yang tidak bersalah. Pasal apa orang kita suka Saddam? Pasal nama dia ada Hussein.


Berbalik kepada Freemason/Illuminati. Kenapa isu ini tak habis-habis lagi diulang tayang di ruang maya tempat mujahidin-mujahidin papan kekunci ini berlegar-legar? Banyak sebab yang gua boleh fikir, tapi di sini gua bagi satu dulu. Lain kali gua bagi yang lain.
Antara sebabnya ialah isu Freemason/Illuminati ini tengah 'in'. Dikira lame la kalau tak join isu-isu semasa yang tengah 'in'. Tak up-to-date la brader.

Up-to-date apa benda. Isu Freemason/Illuminati ini pihak Gereja dah main dah beratus-ratus tahun dulu. Lu lambat la brader.

"Tak tengok lagi dokumentari The Arrival? Lu memang katak bawah tempurung!"

Documentary my ass. More like mockumentary.

The Arrival is a joke. A farce. Sekali tengok macam boleh percaya. Cuba fikir balik. Tak rasa merepek?

Dan ketika anda semua kagum dengan 'fakta-fakta' yang dibentangkan dan 'simbol-simbol' yang dirungkaikan, pembuat The Arrival ini sedang meludah tepat ke muka anda.

Gua tak ingat part nombor berapa, yang tunjuk seorang orang tua sedang bersyarah depan audiens dalam studio berkenaan dengan kuasa TV. TV dapat mengawal minda.

Bab ini dipetik daripada filem Network (1976). Orang tua gila(ya, dalam filem itu dia tidak waras akibat tekanan. dan ketika dia beri syarahan itu, dia tengah gila) itu mengatakan yang manusia zaman sekarang percaya bulat-bulat apa yang keluar di TV. Generasi sekarang tidak lagi membaca, tidak lagi berfikir. Hanya menelan bulat-bulat apa yang disuap oleh TV. Jadi siapa yang mengawal TV dia mengawal minda.

Pengawal minda = Pembuat The Arrival
TV = The Arrival
Penonton = Anda = Kambing Biri-Biri


Berapa ramai yang selepas tonton The Arrival mengkaji balik kesahihan cerita itu?
Kalau ramai, gua rasa tak muncul isu Freemason/Illuminati ni.


Gua tak kata persatuan-persatuan rahsia ini tidak wujud langsung. Kalau tiada persatuan rahsia yang menjaga kepentingan masing-masing, takkanlah lebih daripada 50% kekayaan dunia ini dimiliki hanya 2% penduduknya.
Tapi kalau nak kata semua benda pun kerja Freemason/Illuminati, memang merepek. Siapa ahli-ahlinya pun kita tak tahu dengan tepat.

Kalau dah sangap sangat dengan teori konspirasi, apa kata mula dengan Bilderberg Group. Logik sikit.



Tak punrock la kalau tak ikut isu-isu semasa.
Dan tak punkrock la kalau tak mock orang-orang yang lu meluat.

Paranoid sangat dengan Freemason/Illuminati, nah gua bagi lu betul-betul.


Nampak t-shirt di atas, mungkin akan direalisasikan dalam masa terdekat. Cetakan terhad. DIY.
Sehelai saja untuk gua pakai.

Pakai pergi sembahyang Jumaat.

Ada beran?

7 comments:

Anonymous said...

pasal lu gua google bilderberg group.ha3

akhmalbe said...

86. Ath Thaariq

15. Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.

16. Dan Akupun (ALLAH) membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya.

semoga ayat al-quran ini menjadi hujah untuk memberi lu sedikit terkesan...

apa hujah lu??
iluminati x kafir ke?
sapa kata ada orang taksub dengan the arrival? xde pn gua tgk orang sembah the arrival...sujud depan archenaar dgn noregaaa??
kalau lu xleh terima kebenaran y ada..sokonglah orang islam y membuat pembongkaran kafir...y lu nk pi kecoh ckp tu xbtul...ni xbetul...kanapa ye? lu agen ke?
lu 2 y nak jd sesat...ulamak mujtahiddin mana kata mazhab syiah sesat...ckp la kalau berani..nama ulamak..buku ulamak...sanad ulamak...lu ckp sesetengah2 plak...lu ingt ulamak itu mcm noh hujan y pegang gitar? ulamak xde kata syiah sesat...memandai kata syiah sesat...dalam quran pn xde kata syiah 2 sesat lah....lu kena ingt bro...mazhab ada 4,syafie,hambali,hanafi,maliki..semua mengahala ke ALLAH...perbezaan mazhab 2 sbb khilaf pemikiran imam..lu nk kaji lg..pergi la taw pasal ijtimak ulama..apa masalah khilaf...kalau lu da abes belajar pasal Bilderberg Group la....

gua harap lu sedar apa lu ckp...jgn main hembus jek..gua x defend the arrival..gua defend lu ckp syiah sesat...lu da msuk perangkap..lu sudah kena...islam suruh bersatu..bukan tuduh puak 2 kafir...lu betul...dia salah..apa ni...lu nk bersatu bawah tenteta imam mahdi ke tidak?

gua jgk mengatakan adakah iluminati tu muslim,,atau kafir...kalau muslim...gua orang pertama...doa supaya bala dtg kepada archenaar dan noregaaa

peace

http://jomfaham.blogspot.com/search/label/Adab%20Dengan%20Khilaf%20Ulamak

-shak- said...

nice....
gua dapat buat entri baru.

khayrylyaxyd said...

aku nak tshirt tu satu....nghahaha

lu pkir la sendiri said...

ape crita..dlm post ni lu kata sesetengah ulamak sunnah ckp shiah sesat..tp apahal kat post ILLUMINATAI KEPALA BABI SIRI 2 lu ckp shiah x sesat plak?? adoi pergi menuntut dlu bro..jgn sampi ayat lu mkn diri..

ikin said...

memang betul pun, siapa yang percaya bulat-bulat dengan siri The Arrival tu macam mengakui segalanya dirancang Illuminati,macam xyakin yang segalanya Allah yang tentukan. Berkuasa sangat ke Illuminati tu...? Lebih baik jaga ibadah dan amalan..jangan sampai berbalah kerana benda mengarut macam Illuminati ni.. nak cari kebenaran, kembalilah pada Al-Qur'an dan hadis..

May Allah guide us to the right path.

Anonymous said...

nak percaya illuminati mmg boleh..kalau kita jaga btul2..mesti illuminati kalah...The arrival is just one of the documentary yang cerita pasal illuminati..
the most important thing yang kita perlu ingat ialah
-dajjal itu wujud..
-n sihir yang diajarkan pada zaman nabi sulaiman tu pun wujud.
so ..jaga diri hiasi peribadi..=)..chill2