Monday, May 17, 2010

Klasik Jenan : Oi, Nak NGAS-MA ke NGAS-HA?

Sungai Perak, Mac 2009



Gua tah tahulah pasal budak-budak sekarang ini tapi siapa yang pernah duduk Jenan zaman 2000-2006 mesti tahu pasal Nasi Goreng Ayam Chik. Siapa tah pernah makan memang kodi.

Nasi Goreng Ayam Chik ini memang satu fenomena. Di dalam kurungan pagar Jenan yang makanannya rata-rata bawah dari average, mendapat sesuatu yang dapat mengkecurkan air liur dan menbangunkan segala tunas-tunas rasa di dalam mulut memang sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh keadaannya.

Macam mana fenomena ini bermula?

Tiada siapa tahu secara tepat tapi seingat gua ia diperkenalkan oleh errr.. sial aku dah lupa nama dia.(budak Juara batch 00-04 kecik-kecik. geng Jenan sila tolong isi tempat kosong)
Masa itu aku Form 1, dia Form 3. Masa itu lepas sembahyang Isyak dia akan terpacak bawah blok A dengan plastik besar penuh polistrin. Masa itu gua tak into lagi dengan nasi-nasi luar seludup ini. Gua layan kuetiau sama nasi lemak Majid(warden gua. lazat dia boleh tahan juga).

Fast-forward beberapa tahun, nombor telefon Chik pun bertukar tangan dari satu batch ke satu batch. Gua ingat masuk Form 4 baru gua betul-betul ketagihan. Masa itu nombor ada pada member dorm gua. Memang selalu gila order. Tambah-tambah masa Maghrib time tak turun masjid. Tapi masa ini gerakan semua indie. Setiap dorm order masing-masing. Sekali order dalam 7-8 bungkus sahaja.

Nasi Goreng Ayam Chik ada dua jenis, Nasi Goreng Ayam biasa, codeword NGA(sebut 'nga' macam nganga) ataupun Nasi Goreng Ayam Special, codeword NGAS(sebut 'ngas'. yang ini tambah telur). Side order lu boleh tambah Milo Ais, ataupun Horlick Ais, jadi codeword-nya NGAS-MA atau NGAS-HA . Kadang-kadang tambah top-up henpon dengan rokok. Gua pernah dengar khabar angin ada orang cuba nak order pil kuda sekali tapi gua tak dapat nak sahkan ini cerita betul atau cerita tipu.

Gua selalu layan NGAS. Baru sempurna sifat. NGA tak berapa nak layan. Ada duit lebih gua bantai MA atau HA. Memang kaw dia punya bancuh. Gua ingat lagi first time gua kena 'hit' sama NGAS ini. Masa itu sistem badan gua langsung terhenti, macam tertekan butang reset. Hidup gua langsung berubah, dah takkan kembali macam dulu. Rasa macam baru lepas cucuk heroin. Gua hampir menangis. Tekak gua memang hari-hari dahagakan air tangan Chik. Pernah ada satu minggu straight gua sama member makan NGAS. Ketagih punya pasal. Ada sekali gua demam. Memang jadi lembik gila. Makan tak lalu. Member gua tengok jadi kesian, terus tanya gua nak makan NGAS ke. Tiba-tiba air liur gua merembes. Nafsu nak makan tiba-tiba datang. Gua gagah juga berjaya makan, tapi berjaya habis setengah saja. Itu kali pertama dan terakhir gua makan nasi Chik tak habis.

Modus operandi mudah saja. Order dengan hantar mesej kepada Chik. Kemudian Chik akan mesej bila dia dah sampai. Dari atas blok A, dorm C4 yakni dorm gua boleh nampak Chik yang berbadan besar dan motor EX5-nya. Port pagar belakang Blok A, pagar yang sama untuk fly. Kepercayaan mutual memang tinggi. Pasal Chik tak pernah nak kira duit yang diberi, orang yang order pun tak pernah kira cukup tak barang yang di-order. Masing-masing nak cepat sebelum ternampak dek pak guard.

Kalau gua tak silap, hujung tahun Form 4 kot aktiviti nasi Chik bertukar daripada indie menjadi mainstream. Dahulu banyak main order untuk makan sendiri-sendiri saja. Member dorm gua, Mache bersama sekutu-sekutunya dan beberapa pemodal telah menukar perniagaan nasi Chik ke tahap baru. Tiap malam lepas kelas prep Mache akan order pukal dalam lebih kurang 40 bungkus. Macam mana Chik bawa 40 bungkus nasi atas EX5 itu memang kita kena tabik sama dia. Pemodal akan bagi duit untuk bayar dulu. Kemudian nasi akan dijual dengan keuntungan bersih sebungkus 50 sen. Untung bahagi sama-sama. Masa awal-awal berniaga, memang senang nak beli. Kadang-kadang terlebih pun ada. Tapi kalau dah namanya nasi Chik, kejap saja jadi gila. Populariti mendadak naik. 40 bungkus itu memang orang berebut-rebut. Kalau lu tak reserved dulu sama Mache, memang harapan lu nak dapat masa sesi jualan sangat tipis.

Adat resam dalam dunia perniagaan, mesti ada jatuh bangunnya. Ada juga dua tiga kali transaksi kantoi. Selalunya transaksi kantoi lepas bayaran dilakukan, terutamanya masa nak bawa nasi naik atas dorm. Ini selalu jadi pada blok lain, pasal exposure time dia lebih berbanding blok A yang memang dekat dengan tempat transaksi. Ada sekali kantoi paling grand, paling epik dalam sejarah perniagaan nasi Chik. Entah macam mana satu malam warden berjaya menghidu transaksi bawah tanah ini. Lepas kelas prep warden terus buat roll call. Mache dan sekutu tersekat di roll call, jadi tiada siapa yang pergi ambil nasi Chik di pagar. Chik terkulat-kulat balik ke kedainya dengan 40 bungkus nasi yang tak terjual.

Sejak kes itu nasi Chik terhenti seketika. Gua dengar cerita Chik merajuk. Masa zaman gawat nasi Chik ini memang diguna sebaiknya oleh peniaga-peniaga lain. Kejayaan nasi Chik telah menjadi inspirasi beberapa usahawan muda untuk memulakan perniagaan makanan mereka sendiri. Dungun, Kok dan Dhahab dengan nasi lemaknya. Kalau tak silap Zua pun ada meniaga juga. Kuetiau kalau tak salah. Lagi satu aku rasa macam ada orang jual burger tapi aku tak ingat siapa.


Bila gua cerita pasal nasi Chik ini, gua teringat balik masa itu. Dia punya perasaan memang sedap betul. Tambah-tambah masa zaman indie. Perasaan menunggu Chik datang dengan perut yang lapar. Perasaan berdebar-debar masa transaksi. Lepas itu dapat tarik getah ikat polistrin sampai bunyi 'pelepak!'. Bila buka polistrin lu nampak longgokan nasi goreng, ayam dan telur yang bercampur aduk dan nampak kesan dimasak secara 'rugged'. Langsung tak kemas, macam nasi ayam di kedai kelas tinggi. Tapi bila dapat suap masuk mulut, dunia berhenti seketika. Dunia berhenti semata-mata untuk beri lu peluang menikmati kunyahan dan detik-detik tunas-tunas rasa dalam mulut riang menyanyi dan menari.




Aduh rindu sial!




12 comments:

azLan said...

NGAS terbaik!
char kuey teow pon sedap gak..haha!

Akram said...

memang cibai lu imbau kes nih.
makan kt blok tekno puhh terbaek

gelapcerah said...

shak.. seingat aku mat dan...

riwayat lain yang lebih lemah ompot atau arop


di bisnes besarkan oleh sorang mamat ni aku lupa, nama aslinya fakhrul razi atau set2 juara gelar dia beruk, tapi nick name dia aku lupa

-shak- said...

krebat : blok tekno banyak lagi fungsinya. bukan sahaja untuk belajar teknologi kejuruteraan.

afiq : mat dan! ompot sama arop aku tak pernah pulak nampak jual benda ni. mat dan memang selalu.
itu aku rasa orang panggil fakhrul takpun fairul. lebih kurang tu ah. sendawa kuat macam gampang. tapi aku rasa dia selalu bawa kuetiau.

gelapcerah said...

baru aku igt... fahrul...
kadang2 bob panggil fah-ruk kerana ke-reaktifan-nya


haha

Akram said...

mimang byk fungsi.
takkan gua lupa pagi2 pegi blok tekno bawak selimut gantung dkt tingkap.
buat apa kt dalam tu tuhan saja yg tahu.

Muhammad Ijam said...

zua laa yg jual burger tuh shak..
ahahaha... cara nk untung,bli dgn cara paksa... xsilap aku zua ngan kok... cibai sial! tekak aku jadi kelu bile bace mnde nie... arem toi! sedap kot NGAS tuh...

Anonymous said...

hahaha...siyes..trliur..
bpk ar..pnangan milo@horlicks pekat gila..

telur kuning separa cair...
hahahaha..meleleh kot..

nak pi mkan!!!!
kdai die ad lg x ???

-shak- said...

aku penah gak cari.
tak jumpa dah.

Anonymous said...

fuhh..manggamit memori..
hahaha

Zua,and i talk football.all time. said...

cibai lu syak malu la beb name wa kene petik. haha. bukan bege la,banjo. haram ejam aku bukan paksa,aku minta kerjasama korang bli,abes da tak laku , ni kok punye idea. da la 1 ari untung RM3 sorang je. tapi aku rasa kalau ade anugerah Entreprenur Award kat sekolah dulu aku la menang. banjo,kuetiau,nasi lemak seme aku jual. tapi nasi lemak dengan Dungun la plg berjaya.aku rasa pasal tu la aku amek course business skang.oh mendalamnya impact zaman sekolah dulu dalam hidupku

deck said...

hahaha!!!

banjo, mmg celaka..
haha.. untung rm3 sorang..
dh la nk jual penat..
hahahah!!
haram..xtahan ak gelak..
haha!!