Sunday, May 9, 2010

Shalom, dude!

Tarian tiang di Sungai Perak, Mac 2009


Orang Islam dan Yahudi ini sekarang sudah macam magnet. Bukan melekat pasal berlainan kutub tapi menolak pasal sama kutub. Ini gua tengok agak janggal pasal gua rasa orang Islam dan Yahudi ini banyak persamaannya.

Kita berasal daripada keturunan yang sama, kita makan daging yang disembelih, kita sama-sama sunat, kita penganut agama langit, kita punya tanah suci yang sama dan macam-macam lagi persamaan dalam cara hidup yang dianjurkan oleh pegangan masing-masing.

Susah lagi hendak cari negara Islam yang masih ada penduduk beragama Yahudi. Di Afghanistan ada kot seorang. Di Malaysia gua rasa semua dah pupus.

Kalau hendak dibandingkan nasib orang Islam dengan nasib Yahudi, gua rasa umat Islam lebih bertuah, walaupun dikatakan bangsa Yahudi ini 'bangsa yang terpilih'.

Gua rasa waktu paling getir dalam sejarah umat Islam adalah ketika zaman Mekah sahaja. Lepas itu Islam terus berkembang dan maju sehingga zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah. Walaupun Islam sudah tidak berkuasa, tapi umat Islam sekurang-kurangnya masih kaya. Lihat saja negara-negara Arab. Di Malaysia pun apa kurangnya. Khairy Jemaludin pun ada Lambo sebijik.

Kalau hendak dibandingkan dengan Yahudi, hidup mereka lebih getir. Bermula dengan zaman perhambaan oleh Firaun, Yahudi diselamatkan oleh Musa dan mereka hidup senang di Baitulmaqdis sebelum ditawan oleh tentera Babylon. Selepas Babylon, baru boleh nak bernafas sedikit, kena pula layanan kejam oleh kerajaan Rom. Kemudian beratus tahun lagi dijadikan hamba dan dibunuh oleh kerajaan Islam, Kristian dan pada zaman moden semua orang pun tahu tentang layanan Adolf Hitler dan Third Reich-nya terhadap kaum Yahudi.


Gua bukan seorang Jews sympathizer macam orang-orang dalam UN yang bagi hak untuk Yahudi mencabul tanah Palestin untuk dijadikan Israel. Kalau hendak difikirkan secara logik, memang patut pun Yahudi diberikan negara sendiri, pasal dah beribu tahun kena lanyak, tak dapat-dapat juga tanah.


Hostility umat Islam kepada Yahudi gua rasa tidak berasas, kerana ianya terlalu am. Kita perlu menjadi lebih spesifik. Kita kena pergi kepada punca kepada pergeseran ini.

Apa puncanya?
Zionisme.

Untuk menyamakan Zionisme dengan Yahudi samalah dengan menyamakan Taliban dan Al Qaeda sebagai Islam.
Itu gua rasa sudah semacam satu insult.

Zionisme ini lebih kurang macam ekstrimis Yahudi. Mereka yang memulakan dahulu doktrin untuk membolot tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel. Zionisme ini dimulakan oleh geng Yahudi sekular. Kalaulah geng-geng pengasas ini jenis Yahudi yang warak sikit, pasti mereka boleh lihat yang orang Islam ini lebih kepada kawan berbanding musuh. Sekarang ini pun doktrin tamak tanah Zionis ini ditentang oleh penduduk Israel sendiri, terutamanya daripada golongan yang berjambang lebat ber-sideburn gulung.
Kita marah bila media Barat mengeneralisasikan Islam ekstremis dan Islam tetapi kita buat perkara yang sama terhadap Yahudi.


Cuba bayangkan, jika kaum Yahudi boleh tolak doktrin Zionis, dan umat Islam boleh buang hostility tak berasas kepada kaum Yahudi, dan tok-tok Arab ini tiba-tiba ada 'bola' untuk cakap 'Fuck You' kepada USA, world peace gua rasa dah tak jauh sangat dah.

Bukan susah sangat pun. "All you need is love", kata-kata pujangga daripada The Beatles. Buang prejudis jauh-jauh. Gua tak benci Yahudi, sejak hati gua dicuri dua gadis yang bernama Natalie Portman dan Melanie Laurent. Banyak filem-filem dan muzik-muzik yang aku minat adalah hasil tangan Yahudi. Dalam kalangan member-member gua pun gua syak ada yang sipi-sipi dengan Yahudi. Kulit saja Melayu Totok, tapi darah Yahudi Ortodoks.


Dah. Gua dah bagi penyelesaian kepada masalah keamanan dunia. Sekarang gua tengah tunggu jemputan untuk aku ambil Nobel Peace Prize sampai ke rumah gua.
Obama yang tengah invade Iraq dan Afghanistan pun boleh menang, takkan gua tak boleh!

2 comments:

loyal_creed said...

"Dalam kalangan member-member gua pun gua syak ada yang sipi-sipi dengan Yahudi. Kulit saja Melayu Totok, tapi darah Yahudi Ortodoks."

mcm kenal je......

Anonymous said...

idea lu gua suke.jeles d sudut hati gua lu tpikir entri sbgini