Tuesday, April 27, 2010

Perihal Sivaji, Orang Melayu dan Bahasanya : Apa Kena Mengena?

Arakian adalah satu bangsa yang namanya dipanggil Melayu dan adalah pula bangsa ini bahasa lidahnya dipanggil Bahasa Melayu dan adalah pula dalam Bahasa Melayu ada tersebut pepatah yang ada menyebut bahasa itu adalah jiwa bangsa. Maka adalah pula Bahasa Melayu itu seperti bahasa lain-lain yang berubah seiring sekali dengan berubahnya masa berlalu. Maka daripada segala jenis kata dan ayat yang tunggang terbalik yang adalah manusia dulu kala pakai sehinggalah datang seorang cendekiawan katanya Zaaba nama diberi. Maka Bahasa Melayu itu pun berubahlah mengikut masa sepertimana bahasa lain-lainnya mula diberi struktur dan sistem dan standard untuk pemakai-pemakai Bahasa Melayu untuk dipakai dan diikut.


Macam mana dalam Bahasa Melayu klasik boleh ada perkataan struktur, sistem dan standard aku pun tak tahu.

Kita kembali ke Bahasa Melayu pasca-Zaaba. Senang aku nak tulis senang lu nak baca.


Dalam zaman globalisasi dan global warming ini, satu-satunya benteng bagi sesebuah bangsa itu untuk terus kekal adalah melalui bahasanya.
Yang lain memang susah. Takkan la lu nak pakai baju Melayu tengah-tengah hari dekat Malaysia ini. Kalau lu duduk Cameron Highland boleh tahan lagi ah. Kalau lu duduk Tronoh, memang hari-hari sauna free. Tidak praktikal. Lagipun aku rasa bahasa dan budaya cara hidup lebih menunjukkan identiti sesuatu bangsa itu.

Bahasa Melayu ini memang unik. Orang kata perkataan asal dalam Bahasa Melayu ini ada 2 atau 3 sahaja. Macam lawak pun ada. Dah macam Pikachu. Reti cakap dua tiga patah saja.


Melayu 1 : Pikapi! Pika! Pika!
Melayu 2 : Pika! Pika! Chuuuuuu!


Kemudian Bahasa Melayu melalui satu zaman pengembangan yang pesat sekali. Bahasa Melayu menjadi semacam span. Menyerap semua yang ada sekelilingnya. Bahasa Hindu, Arab, Inggeris, Portugal dan macam-macam lagi. Bahasa kesat pun tidak ketinggalan sehinggalah pada zaman kegemilangannya ia menjadi lingua franca bagi Kepulauan Melayu masa itu. Mat Salleh yang nak datang berniaga pun masa itu kena belajar Bahasa Melayu.

Semuanya indah bagi Bahasa Melayu sehinggalah zaman teknologi, satelit dan internet. Bahasa Melayu yang boleh survive dalam era penjajahan fizikal, kini sedang tergugat dalam era penjajahan minda.

Kalau dibandingkan filem-filem Melayu hitam putih dengan filem-filem Melayu pasca-millenium, sangat berbeza sekali.

Orang Melayu sangat memeningkan.

Kalau dilihat dengan bangsa lain, jika mereka fasih bertutur bahasa lain, bahasa ibundanya yang akan 'mencemari' bahasa keduanya.

Berbeza pula dengan orang Melayu. Jika mereka fasih bertutur bahasa kedua, bahasa keduanya yang akan 'mencemari' Bahasa Melayu.

Aku tahu generalisasi ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Bukan semua orang Melayu macam itu. Hanya Melayu pseudo-moden.

Masalahnya golongan ini aku nampak semakin hari semakin bertambah.

Bukan aku menentang kalau nak belajar bahasa kedua. Belajarlah banyak-banyak pun. Itu benda bagus. Belajar sampai 3, 4, 18, 23 pun tidak mengapa. Kalau terasa poyo, boleh berlatih sampai cakap macam penutur natif, siap dengan accent dan slang. Cuma bila bertutur Bahasa Melayu, anda sebagai penutur natif silalah guna secara betul. Bunyi biar macam true Melayu. Bukan macam Mat Salleh yang lidah keras. Geli I. Bunyi sangat fake ok. Mat Salleh pun tak cakap macam itu.


Tak payah nak gedik-gedik buat bunyi 't' lembut dalam Bahasa Melayu. Mana ada itu macam brader.
Satu lagi geng-geng yang belajar bahasa Arab ini. Kalau berceramah, kuat betul bunyi Arabnya.

ilmu jadi e'lmu. sedekah jadi sodomy, maaf, sodoqohhh. ghaib jadi ghaaibbroogghhhhh! Dah macam vokalis band hardcore.
Aku tahu perkataan-perkataan itu memang pun kita pinjam, tapi kurang-kurang sebut la macam orang kita sebut. Bangga sikit jadi orang kita. Macamlah sebut bunyi Arab lebih-lebih dapat tiket percuma ke syurga.


Aku rasa, kalau bahasa ibunda kita 'mencemari' bahasa kedua, itu bukanlah sesuatu yang memalukan. Bukan sesuatu yang kampung. Bagi aku itu sesuatu yang unik. Seakan-akan satu trademark dari mana kita datang. Kalau seorang brader datang dari New York cakap Melayu tak betul, dengan pelat Mat Sallehnya, itu bukan ciri-ciri orang kampung, dan kita takkan kata dia orang kampung pasal cakap Melayu tidak betul. Tapi orang Melayu pseudo-moden ini pula lihat daripada sisi yang salah. Dia lihat mamat New York cakap Melayu macam itu, dia pun tiru pasal mahu kelihatan seperti seorang orang New York. Sungguh menyedihkan.


Lagi satu hal, ramai betul yang suka mengalihkanbahasakan perkataan Inggeris menjadi Melayu bulat-bulat. Bagi aku itu satu keperluan jika memang dalam kosa kata Bahasa Melayu tiada perkataan untuk makna tersebut, seperti komputer atau teksi. Tapi kalau bajet nak jadi belanjawan, apa kes?

Sesuatu bahasa itu tidak boleh terlalu keras untuk tidak menerima langsung perkataan pinjaman atau akibatnya bahasa itu akan terkubur. Ambil contoh bahasa Latin. Tapi pinjam itu biarlah berpada-pada. Jangan sampai semua perkataan pun hendak diganti. Alih-alih tinggal 3 saja perkataan asal Bahasa Melayu. Pi Ka Chu. Yang lain semua diganti.


Bila nak start cerita pasal Sivaji? Ini aku dah nak mula.

Kalau anda semua tonton filem-filem Rajinikanth, yang aku rasa paling cult di Malaysia ini Padaiyappa dan Sivaji, pasti akan ada kritikan sosial perihal bangga dengan bangsa dan budaya sendiri.

Agaknya orang-orang India pun lebih kurang macam Melayu. Lebih mengangungkan mereka yang kulitnya lebih cerah. Sama seperi Sivaji. Bila dia pulang daripada AS, semua orang ingat taste muzik dan perempuannya akan berubah, menjadi lebih 'moden'.
Tidak sama sekali. Dia masih meminati sari dan tarian yang diiringi ketukan gendang pelbagai jenis, kain dhoti dan orang kampung yang turut ceria menari bersama.


Jadi apa pengajarannya?

Contohilah Rajini, hero rasmi blog ini.

Wednesday, April 21, 2010

Jagoan



JITRA: Kira-kira 40 pemain dan penyokong pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di sini, cemas apabila bas yang dinaiki dikepung serta direjam dengan batu dan kayu oleh penyokong pasukan yang kalah dalam pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kubang Pasu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 40 remaja bermotosikal dikatakan mengekori bas berkenaan sebelum mengepung kenderaan itu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan Changlun.

Kejadian itu menyebabkan bahagian tepi bas berkenaan kemek dan tiga cermin tingkapnya pecah. Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru yang mengiringi pasukan itu cedera. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawalludin Hamenudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSAH, Harrison Othman, berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC).

Dalam pertandingan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, Changlun, SMSAH menewaskan SMKC 1-0.

Harrison berkata, kumpulan remaja bermotosikal itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pasukan SMSAH.
Beliau kesal kerana penyokong pasukan terbabit tidak dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan.



Itu dia Pakcik Poji glemer sebentar. Member gua cakap cerita berita ini keluar muka depan.

Celaka betul geng-geng Changlun ini. Itu bas kesayangan gua tu. Banyak kenangan.
Kalau dalam genggaman tangan Pakcik Poji kaki kretek Gudang Garam, memang dah tak rasa macam bas. Rasa macam Evo X. Resing mengesot punya line. Memang champayon.


Tapi nak buat macam mana la kan, kalau lu hebat, memang semua orang dengki. Orang Melayu ini sifat dengki dia memang kuat. Kalau dalam cerita-cerita hikayat Melayu lama, mesti ada unsur dengki. Ambil contoh, Mahsuri.


Tapi macam Joe Flizzow cakap la, kalau hebat, orang buat macam mana pun tetap steady.


"Ku aku, Flizzow tetap jagoan
Bila kau di atas ramai cuba jatuhkan
Tiada peraturan
Mereka main jahat
Tapi setakat cucuk belakang tak cukup hebat"






keh keh keh

Tuesday, April 20, 2010

Proses Pembelajaran Yang Pop

Lumut, April 2010




Hujung minggu lepas gua baru tengok filem yang bertajuk An Education. Filem tersebut berkisar tentang Jenny yang merupakan seorang pelajar pintar dan menjadi harapan sekolah untuk layak belajar di Oxford. Jenny merasakan hidupnya sangat membosankan sehinggalah Jenny berkenalan dengan seorang playboy yang dua kali ganda lebih tua darinya dan telah memberikan kesan yang mendalam dalam hidup Jenny.


Wajib tonton bagi mereka yang meminati filem-filem British dan Eropah dan mereka yang muak dengan sogokan filem-filem merepek Hollywood.


Dalam filem tersebut, Jenny ada bertekak dengan guru kelas dan pengetuanya. Jenny menyatakan yang apa yang dia belajar di sekolah semuanya pointless dan membosankan. Jenny tidak mahu ke Oxford. Jenny mahukan hidup yang exciting.

Aku rasa, bukan aku sahaja, tetapi ramai yang sependapat dengan Jenny dalam hal ini.

Semua orang rasa belajar itu membosankan. Terutamanya aku.
Itu pasal result aku berterabur.


Gua rasa, untuk menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas kembali menarik, kita perlu menyuntik unsur pop dalam proses pembelajaran itu sendiri.


Pemerhatian aku ada sedikit sebanyak menyokong teori ini.


Ambil contoh, sastera. Dahulu masa sekolah, ramai orang cukup meluat nak pegang buku komsas. Rasa merepek gila nak baca sajak. Tambah-tambah bab bahasa kuno zaman dewa Ramayana. Kuda terbang lah naga berenang lah kepala hotak apa. Ada yang tak pernah baca langsung. Study buku rujukan sahaja. Tak masuk bab karangan lagi. Bila cikgu suruh buat memang nak tak nak saja tulis. Struktur ayat tunggang langgang isi entah ke mana.
Tapi kalau kita lihat trend sekarang, ramai orang sibuk nak menulis, terutamanya di blog. Geng yang sibuk tulis sajak pun boleh tahan juga. Perah otak sampai kering nak susun seuntai kata nak bagi orang rasa. Kosa kata memang tahap dewa Ganesha. Memang artistik habis.

Tapi bukan dapat apa-apa pun. Kalau di sekolah dulu, dapatlah juga markah, takpun cikgu taklah nak mengamuk pasal tak buat kerja sekolah. Tapi bila dah habis sekolah, kena rajin sangat buat?


Semuanya kerana unsur pop.

Bila buat benda-benda macam ini, orang terasa dirinya cool, hip dan trendy. Terasa pop.
Itu pasal datang minat nak buat walaupun orang tak suruh.


Sama macam pendidikan seni, tak kisah visual atau muzik. Berapa kerat sangat yang minat belajar sampai sanggup ambil exam masa zaman sekolah.
Tapi bila habis sekolah, bersepah-sepah orang mengaku kata minat seni.

"SELA-MAT-KAN-SENI" kata mereka.

Pasal masa zaman sekolah dulu, benda-benda itu mereka rasa lame. Tak pandang langsung. Kalau tanya siapa cikgu seni atau cikgu muzik masa sekolah dulu silap-silap langsung tak kenal.


You get my point here, Dato' Seri Khaled Nordin and Dato' Seri Alimuddin Mohd Dom?

Tak payah sibuk-sibuk nak selamatkan seni. Selamatkan budak-budak yang ibarat bangkai bernyawa ketika belajar dulu.

Ingat kata kuncinya ya.

Pop.









Monday, April 19, 2010

Entri Selingan Petang Isnin




Nanti dalam masa depan ini lu boleh nampak muka gua macam dalam gambar-gambar di atas.

Networking sana, networking sini. Sambil berlatarbelakangkan Lambo gua yang diparking kemas.


keh keh keh





kredit gambar untuk
minaq jinggo




Blue, Black and White or: How I Learned to Stop Worrying and Love the National Service 2

Kita berjumpa lagi dalam siri yang seterusnya.


Kita mula dulu dengan jadual harian bagi seorang pelatih PLKN.

Mula dengan bangun Subuh. Gua tak tahulah apa pasal tapi kem gua kejut budak-budak subuh pakai lagu Mawi. Entah malaun mana yang jumpa CD itu aku pun tak tahu. Tapi cara kejut yang istimewa ini memang betul-betul berkesan(ok lagi daripada sekolah gua. warden datang bawa rotan). Gua dah lah menyampah dengan Mawi, kena pula pagi-pagi dengar mamat ini melalak, memang gua tak pernah miss bangun. Lain pula cerita dengan Din. Gua tak tahu either dia memang minat Mawi senyap-senyap, atau memang jenis tidur mati. Selalu dia yang menjadi mangsa pistol Undertaker.

Ya, Undertaker ada pistol manik. Selalu digunakan untuk menembak mereka yang liat bangun. Kadang-kadang dia guna pada masa lapang untuk menembak budak-budak yang lalu depan bilik dia ketika hendak pergi mandi.

Lepas roll call, sembahyang dan kuliah. Lepas itu balik tukar baju PT, roll call lagi. Dalam kegelapan subuh yang hening itu ada senaman pagi. Ada dua jenis aktiviti, senamrobik beramai-ramai yang diketuai jurulatih yang sedikit lembut, ataupun aktiviti fizikal mengikut kompeni masing-masing. Gua lagi prefer senamrobik. Bukan pasal gua bapok tapi pasal gua malas. Siapa tak suka gerakkan badan mengikut lagu-lagu tekno yang merepek. Lagu kegemaran dalam kem pada masa itu yang gua ingat ada satu lagu Tamil yang bertajuk Dailamo. Memang layan juga. Lu orang try search.

"Dailamo Dailamo! Daila Daila Dailamo! Dailamo Dailamo Dailomooo!" seronok budak-budak menyanyi mengikut tune sambil menggerak-gerakkan badan.

Yang duduk kat belakang lagi merepek. Menari ikut sedap badan saja. Langsung tak ikut jurulatih. Gua rasa kalau masa itu shuffle dah mendapat tempat dalam hati rakyat jelata, mesti ada malaun yang buat.

Kalau aktiviti fizikal ikut kompeni, memang penat. Major Bersara akan bawak lari pusing kem dan tasik buatan yang airnya masin sampai nak putus nafas. PT pagi akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wira-Wirawati yang klasik itu.

Lepas habis PT pagi, berlari-lari semua orang ambil tray kejar sarapan. Ini memang betul-betul rush hour. Masa untuk nak makan, mandi, kemas katil dan tukar baju No.2 untuk kelas memang singkat. Kadang-kadang gua pun skip makan pasal tak sempat. Antara mandi dengan makan, gua pilih mandi. Ada juga golongan yang pilih sebaliknya.

Sebelum masuk kelas, macam biasa ada roll call. Ini kalau lambat memang masalah. Kena denda sama Ketua Kompeni gua yang bernama Kalat. Nasib baik Kalat sporting. Selalu denda kalau lambat Kalat suruh push up 10 kali. Tapi gua selalu buat 5 saja. Kalau gua tengah malas atau angin tak elok, memang gua buat 2 setengah. Tapi mulut kira sampai 10.

Kalau Kalat denda memang gua tak kisah sangat. Tapi kalau Penghulu yang bernama Prakash denda, memang gua panas. Bukan gua saja, tapi satu kem. Dengan macha-macha satu bangsa pun panas sama Prakash. Gua mengaku gua ada juga terlibat secara langsung dalam plot untuk membelasah Prakash. Itu saja yang gua bersubahat secara langsung. Yang lain memang gua tak terlibat. Tapi plot itu tak menjadi pun. Pasal apa tak jadi? Nanti gua cerita.

Tapi yang paling panas sekali bila KJ datang. Ini bukan Khairy Jemaludin, tapi Ketua Jurulatih. Dia memang celaka. Jenis kalau dia marah, telinga jadi berdesing punya. Jenis manusia yang arrogance, all-knowing, all-powerful tapi lu dapat rasa dia ini habuk pun tarak. Lu mesti pernah jumpa manusia jenis ini dikalangan cikgu-cikgu yang lu kenal jadi gua rasa lu dapat bayang macam mana.

Kalau Kalat bagi 10, Prakash bagi 20 kadang-kadang 30, KJ suka bagi 50. Kalau lagi teruk, dia suruh lari pusing dewan 10 round. Lu dah mandi elok-elok pakai wangi-wangi, kena lari dengan baju No. 2. Memang kesabaran gua betul-betul teruji dengan KJ.


Lari topik sebentar. Lu mesti biasa dengar orang kata yang hidup ini sangat ironik, apa yang kita benci, benda itu yang selalu datang. Memang terbukti. Gua bila habis PLKN memang gua nak padam Prakash daripada hidup gua, tapi boleh pula dia belajar sama dengan gua dekat Utopia Trauma. Masa orientasi gua cuba sedaya upaya tak nak bertembung dengan dia dengan harapan dia tak kenal gua tapi gagal juga. Gua tak tahu macam mana dia boleh kenal. Agaknya muka hensem macam gua ini susah nak lupa. Dia datang tegur gua dulu. Gua senyum saja layan. Gua buat-buat baik sambil minta nombor dia kata kot-kot ada apa-apa hal senang nak contact.

Keep your friends close but your enemies closer, bak kata Sun Tzu.


Berbalik kepada rambut botak, kulit terbakar dan baju biru hodoh.

Dalam kelas diajar Modul Kenegaraan dengan Modul apa entah gua dah lupa nama tapi sangkut paut dengan psikologi. Bulan pertama layan psikologi, habis psikologi layan Kenegaraan sampai habis. Gua tak ingat sangat apa benda yang dibuat dalam kelas ini pasal gua banyak layan mengantuk gua. Yang gua ingat, banyak mewarna. Lepas itu ada ajar men-juggle. Yang bab juggle ini memang gua fail. Langsung tak berbakat. Dua tiga kali baling dah berterabur. Gua memang langsung tak dilahirkan untuk sarkis.
Gua rileks-rileks saja pasif dalam kelas. Polisi gua, kalau gua banyak diam, nanti jurulatih terlepas pandang. Jurulatih tak kenal gua, tak ada gua kena tanya macam-macam. Tapi polisi gua gagal sama sekali. Pasal jurulatih galakkan pelatih aktif dalam kelas, jadi memang dia target budak-budak yang diam. Memang nama gua asyik kena petik. Bila nama gua kena petik, tergedik-gedik awek-awek kelas gua pasal nak dengar suara emas gua yang jarang keluar.

Kelas berehat sebentar dalam pukul 10 untuk minum pagi, sambung sampai tengah hari sebelum berhenti untuk lunch. Masa ini ada gap dalam sejam dua untuk makan, setelkan hal dobi dengan berehat sambil prepare baju No.3 untuk Modul Fizikal. Dalam kem, baju-baju yang diisukan boleh hantar dobi. Percuma ditanggung oleh Datuk Seri Najib. Kalau sempat, lu boleh tidur sebentar.

Modul Fizikal mula lebih kurang dalam pukul 2.30. Macam biasa, aktiviti dalam kem takkan lengkap tanpa roll call. Lu bayangkan bertiri tegak dalam panas terik dengan baju No.3. Kadang-kadang ada juga kes budak jatuh pitam. Kalau nasib malang, kena denda lagi. Memang tangan lu terbakar dengan tar yang panas, tapi tak sepanas hati yang terbakar. Modul Fizikal layan la juga. Belajar orienteering, survival dalam hutan, aktiviti tali tinggi, merentas halangan, TTS(bukan tronoh theatre shoppe tapi tempur tanpa senjata). Paling gua menyampah kalau kawat. Paling gua suka, aktiviti air. Memang layan main kayak sama rakit. Lagi satu kalau aktiviti air, pakai baju No.1. Seksa beb pakai No.3 tengah-tengah panas.

Ada satu hari buat aktiviti tali tinggi. Kena buat abseiling. Ada satu mamat Kelantan dalam Kompeni gua. Kita panggil Yasir. Yasir memang mulut jenis bising, tapi bukan jenis yang menyakitkan hati la. Jenis suka buat lawak, drop orang, gelakkan orang. Dekat bawah memang bukan main lagi bersembang gelak-gelak apa semua. Tapi bila sampai dia punya turn, memang pucat gila babi. Nak naik menara pun sampai kena paksa dengan KJ. Sampai atas, memang lama tak turun-turun. Jurulatih suruh lepas tangan, tak lepas-lepas juga. Akhirnya Yasir turun juga, tapi turun botol. Turun botol ini memang tahap terhina dalam abseiling. Lu tak tendang dinding pakai kaki, lu tak kawal tali dekat figure of 8. Patutnya lu kena tendang dinding, open tali dan biar momentum dan graviti bawak lu turun, habis momentum lu lock tali, nanti lu terhayun balik ke dinding dan lu tendang sambil open balik tali dan ulang proses sampai kaki cecah tanah. Tapi Yasir tak buat semua itu. Yasir hanya berpaut di tali dan jurulatih turunkan pakai tali safety. Sampai bawah bibir memang biru habis. Badan menggeletar macam baru nampak hantu. Yang orang lain dah tergolek-golek tak cukup nafas nak gelak.

Penghinaan Yasir bertambah apabila KJ pun turut serta gelakkan beliau. Sejak hari bersejarah itu, taip kali Yasri drop orang, pasti Yasir yang akan end up terdiam bila lipatan sejarah itu dibuka semula.



bersambung lagi....................

Sunday, April 18, 2010

Blue, Black and White or: How I Learned to Stop Worrying and Love the National Service

OK.

Gua mengaku gua adalah antara wira-wira yang dipilih oleh Datuk Seri Najib untuk ditaja percutian selama 3 bulan(atau 2 bulan 2 minggu secara tepat bagi batch gua).


Kita mula dengan prologue dulu.


Setting dia satu malam yang damai dan aman(tetapi bakal jadi huru hara) di dorm Cendekia 4, atau nama gengsternya C4(amacam? cukup gengster?).
Khabar-khabar angin telah tersebar dari mulut ke mulut mengatakan yang nama calon PLKN telah keluar dalam sistem dan boleh disemak melalui SMS. Budak duduk asrama mana nak dapat internet.

Masa dari dalam kelas prep gua sudah rasa satu macam. Tak sedap hati.

Habis kelas gua terus naik dorm sama member-member gua. Semayang Isyak berjemaah di masjid gua ponteng. Gua bajet nak sodom saja(sodom bukan anwar punya sodom. ini SOlat dalam DORM, hence, sodorm, atau sodom).

Member gua bawa keluar telefon bimbit.

Dia cek dulu. Tak dapat. Lega.
Member gua pula cek. Tak dapat. Lega.
Member gua satu lagi pula cek. Tak dapat. Lega.
Sampai turn gua cek. Dapat.

LANCAAUUUU!!

Member gua dah gelakkan gua sampai nak putus nafas.

Gua berjalan longlai ke tingkap.
Gua jerit kuat-kuat sampai habis kosa kata gua tak tahu nak mencarut bahasa apa lagi.

Jeritan gua disambut dengan sahutan, "Woi dapat PLKN ke?".

Terus gua tiada mood. Nak study pun malas. Gua tidur awal malam itu.

Member gua yang tak dapat, ambil mesej asal gua, tukar nama sama nombor IC taruk diorang punya, lepas itu forward ramai-ramai konon diorang dapat.

Ceh, fake. Gua juga yang original.

Oh ya, satu fakta menarik. Katil yang gua pakai, yang tengah-tengah bawah kipas dekat belakang sekali dalam dorm, memang disumpah. 2 generasi sebelum gua sangkut PLKN. Gua sangkut. Budak bawah gua, gua rasa sangkut juga.

Memang katil kegemaran Datuk Najib.



*****************************************


Fast-forward beberapa bulan. Setelah beberapa minggu menghabiskan masa sebagai seorang lepasan SPM, sampai hari yang ditunggu-tunggu.

1 Januari 2007.

Gua pack barang ala kadar saja. Ration pun langsung tak bawa. Memang gua berat hati gila.

Bas semua tunggu dekat tapak Bazar Ramadhan Teluk Intan. Dah daftar, gua cari bas. Dah jumpa, gua naik terus.

Gua duduk sebelah satu mamat pakai spek. Gua lupa nama dia. Kita panggil Azman saja.

Gua cuba bersikap diplomatik dengan memulakan perbualan dengan Azman. Tapi gua tanya dia balas sepatah sepatah. Cakap pula memang perlahan. Gua dengar tak dengar saja. Gua malas terus gua bantai tidur.

Sedar-sedar dah sampai kem.


************************************


Turun bas terus dia suruh beratur. Lepas beratur masuk bawah satu dewan hanya beratap tidak berdinding yang besar. Dewan ini dibahagi dua. Satu tempat perhimpunan, satu lagi tepat makan.

Tengah menunggu turn gua nak daftar, gua nampak satu kelibat yang gua kenal sangat. Kaki panjang, tangan panjang, jalan menghayun. Ini Azlan Husin!

Hati gua senang sikit. Kurang-kurang dah ada member. Tambah-tambah member yang bernasib malang macam gua.

Time daftar dia cek dokumen-dokumen sama bag. Gua memang bawak satu bag sahaja, memang senang saja proses gua. Tiada rokok, ubat-ubat terlarang mahupun barang pornografi yang gua bawa. Handset pun gua tak bawa.

Dalam kem, handset jurulatih pegang. Hari Sabtu dan Ahad saja baru dia pulangkan. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari tidur dan handset.


Makan malam pertama. Sedap juga. Tapi itu semua penipuan semata-mata. Minggu pertama memang sedap. Lagi sedap dari sekolah gua. Tapi lepas itu jadi macam haram. Masak macam nak tak nak. Makan pakai tray besi dan cawan plastik. Tray sama cawan ini kena pegang sendiri. Nak makan kena bawa, lepas itu basuh dan bawa balik bilik. Jadi benda ini antara aset penting. Kalau hilang memang tak makanlah jawabnya.


*****************************************


Minggu pertama lebih kepada persiapan nak mengharungi bahtera PLKN.

Gua dapat kompeni Delta(Delta Force, bebeh!). Ada 4 kompeni semuanya. Alpha, Beta, Charlie sama Delta.

Setiap kompeni dibahagikan dalam dalam dua dorm. Setiap dorm ada jurulatih duduk sekali, tapi bilik berasingan. Jurulatih yang duduk sekali dengan gua, gua dah tak ingat nama dia. Kita panggil Undertaker saja, pasal rupa dia betul-betul macam Undertaker. Badan besar nak mampus. Lagi besar dari gua.

Undertaker boleh tahan sempoi. Selalu juga lepak sekali sama budak-budak. Selalu masa pagi Sabtu, waktu lepas sarapan. Hari Sabtu dan Ahad selalu tiada aktiviti. Jadi dia selalu datang sembang-sembang, cerita pasal benda-benda merepek yang dia selalu buat masa berkhidmat dalam tentera. Jurulatih-jurulatih kem gua hampir semua bekas tentera. Kompeni gua punya ketua jurulatih siap pangkat Major.

Dalam banyak-banyak cerita Undertaker, yang paling gua ingat dia sama member dia pedajal pelatih perempuan masa dalam askar dulu. Dia selinap masuk dekat ampaian perempuan lepas itu lumur serbuk cili dekat seluar dalam yang tengah bersidai.

Konsekuensinya? Lu bayang sendiri. Gua malas nak cerita.


Dalam PLKN, ada 4 baju yang diisu dan setiap baju diberi nombor.

Baju nombor 1, baju PT atau panjangnya physical training. Ini baju buat bersukan. T-shirt biru, seluar track cotton yang macam gampang dia punya gatal dengan kasut trainers.
Baju nombor 2, baju kelas. Lebih kurang macam baju korporat yang orang selalu pakai, tapi lebih berunsur ketenteraan. Seluar macam seluar sekolah rendah. Kasut kulit berkilat.
Baju nombor 3, baju celoreng. Diisu sekali dengan but, tali pinggang dan beret. Ini pakai masa modul fizikal.
Baju nombor 4, dipanggil half-loreng. Siapa yang cipta terms ini pun aku tak tahu. Baju ini adalah gabungan baju 1 dan 3. 1+3=4(yang ini aku pandai-pandai reka). T-shirt PT dipadankan dengan seluar celoreng siap tali pinggang dan but. Baju ini pakai bilamasa jurulatih rasa sesuai.


Masa baju nak diisukan, gua tak banyak ada masalah. Cuma kasut untuk No. 2 yang gua tak dapat. Memang ramai pun tak dapat. Tak ada stok. Yang ada saiz 5 sama 6. Malaun mana kaki saiz 6? Gila betul.

Pasal ada yang dapat saiz yang tak kena, ada diadakan upacara Barter terhebat di dewan. Memang meriah. Macam pasar malam jadi. Yang buat meriahnya pun merepek saja lebih. Barang dah lengkap dapat saiz yang ngam tapi nak juga semangat terjerit-jerit macam meniaga betul-betul.


****************************************


Dalam Delta, gua rapat sama Din(orang taiping, katil belah kanan gua), Wan(budak MRSM PDRM, gua pernah lawan ragbi sama dia, katil sebelah Din), Mawi(nama sebenar Afiq, budak grik, rambut botak macam Mawi), Megat(orang Kuale, ada kuasa paranormal). Dalam ramai-ramai, Din saja yang kadang-kadang ada kontek lagi dengan gua. Yang lain entah lepas ke mana.

5 tahun gua bergaul dengan budak-budak SBP, budak-budak pekan, ini kali pertama gua bercampur dengan budak-budak yang betul-betul dari luar bandar. Memang nakal hardcore punya. Budak nakal SBP memang tak boleh nak lawan. Jenis yang tak puas hati sikit nak bertumbuk. Buat benda tak ikut otak. Lu boleh bayang la jenis macam mana. Jenis yang kerja suka nak buli orang, tunjuk lagak, jalan berkepak, sembang nak meletup.

Macam mana gua boleh hidup? Gua buat apa Switzerland buat masa WW2. Gua neutral. Gua campur saja sama diorang, makan sama-sama, main bola sama-sama, tapi bila ada benda tak puas hati, jadi panas, gua tak campur sangat. Gua rileks-rileks duduk belakang tabir. Gua tak halang mereka nak buat benda merepek, tapi gua tak support(ok mungkin gua ada support sikit-sikit, tapi atas mahu menjaga hubungan diplomatik. tapi gua tak terlibat secara langsung).
Ada orang hulur arak yang diseludup dalam botol Pepsi, gua tolak secara berhemah. Begitu juga bila ada orang offer gua ganja dan Nospan.

Hasil daripada polisi hubungan diplomatik gua, memang hidup gua aman. Langsung tiada siapa nak kacau. Orang nampak gua rapat dengan kepala besar kompeni Delta, jadi kalau cari pasal dengan gua, maknanya cari pasal dengan Delta. Tambah pula saiz gua yang agak besar. Jadi orang malas nak cari pasal. Teori buli ini mudah saja. Kalau lu jenis orang yang tak seronok untuk dibuli, orang tak akan kacau.

Gua ingat lagi ada satu hari gua tengah main bola. Ada satu mamat kompeni Charlie bagi penendang melayang sama keting gua. Tergolek gua. Ini memang bikin gua panas. Gua terus bangun nak jadi agresif tapi member-member gua lagi awal. Terus mamat Charlie itu lari. Sejak hari itu, gua perasan dia dah tak pernah main bola sekali dengan kitorang dah.

Jadi memang terbukti proksi itu penting. Lu nak jadi kaya, nak ada kuasa, tak payah susah-susah nak buat sendiri. Lu pasang proksi cukup. Macam Khairy Jemaludin.


*******************************************

Kita masuk ke hal keagamaan pula.

Dalam kem, sembahyang Subuh, Maghrib sama Isyak wajib berjemaah. Lepas Subuh, ada kuliah. Sama juga lepas Maghrib. Dalam kem ada seorang ustaz daripada KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera).

Gua memang respect sama ini ustaz. Bukan apa. Pasal dia memang tegar memberi ceramah walaupun hampir 80% jemaah akan sujud menyembah bumi. Gua termasuk dalam kumpulan majoriti itu. Apa boleh buat beb. Dalam kem memang letih memanjang. Pantang ada peluang mesti mata jadi berat punya.

Sebelum Maghrib akan ada roll call. Nak kira cukup orang ke tak. Jadi peluang lu nak ponteng sembahyang memang hampir mustahil. Lepas roll call selalu ada 15-20 minit sebelum mula sembahyang. Jadi masa ini digunakan sebaiknya dengan melepak disekitar surau. Sembang-sembang kosong pasal hal-hal di rumah.

Selalu benda yang disembang adalah berkenaan hal-hal merempit(member kampung Mawi, Jo, geng Delta, berjaya meranapkan moto yang berusia 3 hari kerana mencuba aksi 'scorpion'. memang true rempit. parut penuh satu badan), perempuan dan berita-berita panas berkenaan konflik antara puak. Dalam kem gua majoriti datang dari Perak dan Kelantan. Ada geng Kelantan dalam kem gua yang agak poyo lah juga. Ini sedikit sebanyak menimbukan rasa tidak puas hati kepada penduduk tempatan. Majoriti menyampah dengan dua orang mamat yang tak habis-habis menunjuk-nunjuk skil tomoi. Gua tak tahulah pula kalau itu mereka punya polisi hubungan diplomatik tapi kalau ianya betul, polisi tersebut memang gagal sama sekali.

Hari Jumaat adalah memang hari kebesaran. Bukan selalu dapat keluar kem. Jadi peluang untuk keluar kem ini digunakan sebaiknya oleh mereka-mereka yang business minded, macam Din. Masa untuk restock rokok. Masalahnya kami keluar memakai No. 2 jadi susah nak merayau jauh dari masjid. Jadi kena ada taktik sendiri. Modus operandinya mudah. Panggil dua tiga budak, bagi duit suruh beli rokok. Upah tertakluk kepada kepandaian tawar-menawar.

Pada bulan pertama semuanya lancar. Tetapi masuk bulan kedua, jurulatih berjaya menghidu kegiatan penyeludupan ini. Turun saja daripada bas bila balik kem terus ada spot check. Akibatnya, ada seminggu-dua minggu juga bekalan rokok menjadi tipis, menyebabkan harga melambung tinggi. Rokok yang biasanya berharga 50 sen hingga seringgit(ikut bekalan) bagi sebatang Dunhill, naik jadi RM5 untuk sebatang SAAT.

Time gawat rokok, sebatang rokok akan dikongsi sampai 6-7 orang. Macam mana diorang hisap gua pun tak tahu. Tapi brotherhood punya pasal, sepam dua pam pun jadi. Buat lepas gian.

Macam-macam cara dibuat untuk lepas spot check. Selalunya selit dalam seluar dalam. Yang paling hebat, Jo. Dia pakai selipar getah besar yang dah kembang, lepas itu dia selit bawah tapak kaki. Lepas.
Selalunya gua tidak bermasalah dalam spot check. Tambah-tambah kalau Undertaker yang jaga. Selalu dia langsung tak check gua terus dia lepas. Agaknya dia nampak muka gua yang bercahaya iman. Itu yang dia percaya sama gua. Jadi adalah dua tiga kali gua tolong member gua yang menjadi usual suspects.

Proksi bai, proksi.




bersambung...........




Sunday, April 11, 2010

Siapa Kita?



Khairy Jemaludin!



Esok gua ada test Design Of Steel Structure.

Nak sebut pun lidah dah berbelit. Lu belum try buat lagi kira-kira dia. Nak rujuk table sana lah, table sini lah.

Dah la belajar pakai British Standard. Nanti bila kerja(kalau kerja lah) pakai EURO Code.


Memang malas gila rasa.

Nasib baik gua jumpa inspirasi.


Gua tenung muka Khairy Jemaludin, gua teringat Lambo.
Gua teringat Lambo, semangat rasa nak belajar.


Dah.
Habis Mentos perasa Buah gua terus nak start mentelaah pelajaran.


Ciao, bebeh.



Thursday, April 8, 2010

Gengster Terulung Di Alam Semesta

Pantai Songkhla, Mac 2010


Gua rasa gua kena tingkatkan lagi tahap gengster gua.
Gua sudah tak boleh bergerak solo. Gua kena bergerak secara berkumpulan yang mempunyai organisasi yang berwawasan.


Geng Anthera Cawangan Teluk Anson memang tak boleh pakai.
Semua jenis sembang melambung-lambung sampai ke langit tapi habuk pun tarak.
Boleh luntur warna satu kaum itu.


Pekicha? Alif Ba Sa?

Gua tak berminat.
Gua nak layan yang international punya.
Baru boleh pegang title gengster terulung di alam semesta.


Gua rasa gua nak join Freemason.

Gua nak jadi antara Mason Melayu yang hebat. Gua nak bagi agama, bangsa dan tanah air sama abang-abang long yang lain bangga dengan pencapaian gua.

Bila dah lama jadi Freemason, gua nak up lagi level.

Jadi geng Illuminati pula.


Jum. Siapa nak ikut gua?

Boleh masuk jadi downline gua.
Dalam satu minggu dah boleh angkat Alphard convert Unser.
Tak pun Elgrande convert Vannette.







Entri Pendek Sebelum Tidur

Apa macam geng-geng Kedah Maju 2010?

Ada berani turun Bukit Jalil ini Sabtu?

Tuesday, April 6, 2010

Bo Peep Bo Peep

Halimah Jongang? Fatimah Juling?
Gua tak pernah tengok pun dua-dua cerita ini tapi gua rasa mesti jalan cerita nak dekat sama.
Tak payah tengok. Nanti rosak otak.

Lu nak tahu cerita apa yang lu patut tengok?

Joyah Division. (bukan rip off Joy Division. ini kebetulan. tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati)

Projek terbaru aku. Mengisahkan pasal Joyah yang sangat meminati matematik, terutamanya bab-bab bahagi. Joyah belajar dengan cemerlang sekali hingga berjaya menjadi ahli matematik terkemuka dunia. Bagaimanapun, satu hari Joyah secara tidak sengaja menemui matematik ini hanyalah penipuan, farce, hoax terbesar sepanjang peradaban manusia. Sistem pendidikan satu dunia bertukar. Budak-budak tak perlu lagi belajar matematik. Joyah amat kecewa kerana dia sangat mencintai matematik. Akhirnya Joyah bunuh diri.
Hidup mati matematik.


Ok.
Cukuplah satu lawak bosan untuk hari ini.


Cerita lain.

Itu hari ada preliminary round untuk battle of the band di Utopia Trauma. Gua memang nak pergi tapi entah dengan sibuknya gua rasa malas. Weekend pun tak boleh nak bernafas, ini memang bertentangan dengan prinsip orang Yahudi dan Nasrani.
Sabtu dan Ahad sepatutnya cuti dan berehat.
Tapi sekurang-kurangnya bagi projek Hydrology, CD untuk peta Malaysia yang lecturer gua bagi ada tulis 'Confidential' besar-besar. Terasa gila cool.
Macam James Bond.

Kepada Threnody, gua ucapkan selamat maju jaya ketika final nanti. Gua akan datang tengok.
Kalau ada komiti Eupho yang baca, gua harap bukan Flop Poppy atau 6ixth Sense yang datang. Tak cukup hedonisme. Kalau boleh bawa Love Me Butch. Biar tercabut sesak nafas RM tengok pesta liar itu nanti.


Maaflah bagi kawan-kawan yang datang dari jauh tak sempat jumpa. Kirim salam cukup kot.
Kiriman salam gua kat Utopia Trauma ini boleh tahan juga mahalnya. Ramai orang terkejar-kejar nak gua kirim salam.


Cerita lain lagi.


Gua benci gila dengan politik-politik dalam berkawan ini.

Depan bukan main baik, belakang cakap macam-macam.

Apa cerita?

Kata kawan, kalau ada tak puas hati, cakap terus. Dan cakap terus itu biar elok-elok. Bukan perli-perli, mahu cari gaduh. Kata kawan.

Kalau tak suka, tak payah bermusuh, tapi tak payah berkawan. Senang saja.

Bak kata siapa entah aku dah lupa, "Peace, Wisdom and Rock n Roll". Nescaya hidupmu akan bahagia.

Selamat beramal.


Dah.
Gua nak layan awek Korea. Ini hari awek Thai sibuk.




bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep, auwwww!

Monday, April 5, 2010

Petang Semalam Di Kubang Babi



















Sedap betul dapat bermukah dalam semak dengan Johnny Grey semalam.

Berpeluh-peluh.


Berapa hari asyik hujan saja. Projek asyik terganggu.

Trail pun sampai naik air menjadikan tunggangan semalam lebih mencabar.


Nantikan siri seterusnya.
Nak meredah bekas lombong pula.


Friday, April 2, 2010

Politik Malaysia Semakin Membosankan. Kita Perlukan Suntikan Nafas Baru.

Malaysian United Scooter Community Drag Challenge Seri Iskandar, April 2009



Dan jawapannya adalah subkultur.

Dalam kancah politik Malaysia kita ada dua pihak.

BN dan PR.

Dalam BN, ada banyak parti komponen yang lain. Tapi kita ambil tunjangnya sahaja iaitu UMNO. Wakil daripada PR pula kita ambil DAP. Dua parti yang paling tak boleh ngam dalam Malaysia.


Macam mana kita mahu suntik subkultur dalam dua parti ini?


Kita kaji dahulu ciri-ciri kedua-dua parti ini.


UMNO mewakili orang Melayu dengan idealogi Ketuanan Melayu mereka. Ini ada seakan-akan dengan kepercayaan white supremacy.
Jadi bolehlah kita katakan yang UMNO adalah daripada golongan Malay Power Skinhead, diambil inspirasi daripada White Power Skinhead.


Untuk DAP pula, kita bolehlah katakan sebuah parti yang berfahaman fascism. Semua kuasa adalah dalam genggaman The Great Dear Leader. Dan banyak kaum kelaurga dan kerabat memegang kuasa dalam parti. DAP sangat anti kepada Melayu, bagaikan Nazi anti kepada Yahudi. Jadi bolehlah dikatakan DAP ini adalah Nazi Punk.


Anda semua bayangkan.

Najib sama Khairy Jamaluddin berambut botak licin(berambut botak? gila ironi ayat ini). Pakai jeans, bomber jacket, kemeja Lonsdale siap suspender, but Dr. Marten 12 lubang jenis steeltoe
Program 'Juara Rakyat' bertukar menjadi 'Riot Rakyat!'


Lim Kit Siang pula tak kalah dengan but Dr. Marten, jeans koyak, baju koyak, jaket kulit yang bergantungan safety pin sama spike, arm band merah lambang swastika di lengan. Belum masuk bab rambut lagi. Wajib Mohawk tercacak rapi. Tattoo besar di dada lambang swastika. Karpal Singh pun tak nak kalah. Dahi tercacah tattoo 'NSDAP'. Tiap kali habis bagi ucapan, angkat tangan buat salute.


Bila dah jadi macam ini, jangan kata scene politik Malaysia tak cukup meriah lagi.
Memang dah cukup cool.




Untuk PKR, PAS, MCA dan Samy Valu, kita hendak bagi subkultur apa eh?


Thursday, April 1, 2010

Filem Adalah Cermin Masyarakat

Petang tadi member gua datang bilik gua. Dia tanya bolehkah petir dipantulkan dengan cermin.

Ini semua pasal petang tadi hujan lebat berserta petir-petir yang cukup gengster sekali.
Sampaikan kelas petang pun gua tak dapat nak pergi. Nak buat macam mana beb. Gua tiada kenderaan berbumbung.

Satu kelebihan bagi pelajar yang tiada kenderaan berbumbung.

Member gua keliru dengan perkataan Inggeris bagi petir iaitu 'lightning' jadi teorinya mengatakan petir sebagai satu cahaya boleh dipantulkan oleh cermin.

Gua kata tak boleh, pasal petir itu elektrik. Setelah melakukan sedikit kajian, dapat disimpulkan bahawa petir ridak boleh dipantulkan oleh cermin.

Ya, itu dia. Bakal jurutera tajaan syarikat minyak negara bersembang pasal petir dan cermin. Sungguh menarik.


Berbalik pasal filem.


Gua perasan, filem-filem yang bergenre drama yang agak slow dan heavy susah untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Kalau kita tengok trend filem Malaysia masakini, kebanyakannya berkenaan kisah-kisah cinta yang trivial tak pun filem-filem aksi. Dan dalam satu filem itu, sedikit suntikan komedi(sama ada slapstik ataupun tidak) perlu. Itu tak kira filem rempit lagi.

Filem drama terakhir yang gua tonton adalah Mukhsin. Papadom juga mungkin boleh dikira sekali.

Ini mungkin gua rasa ada kena mengena dengan tabiat rakyat Malaysia yang tidak suka membaca. Bagi tulisan-tulisan yang dibukukan, kebanyakannya adalah bergenre drama. Memang susahlah nak tulis pasal aksi dalam buku. Macam mana nak masuk efek letup-letup ataupun kereta kejar mengejar.

Memang gua benci nak cakap, tapi bab-bab ini memang kita ketinggalan jauh kalau hendak dibandingkan dengan negara jiran(atau musuh?) kita Indonesia.

Adakah susah sangat hendak buat filem drama? Kalau hendak banding dengan filem aksi, mana lagi susah?

Bagi gua, apa yang penting bagi filem drama adalah pelakon yang dapat menghayati watak dengan baik dan jalan cerita yang kuat. Tak payah nak fikir nak letup-letup bangunan atau nak terbalik-balikkan kereta atau nak upah orang suruh bawak kereta mengesot(drift).

Ini gua rasa pula kerana hendak mengikut selera penonton tempatan. Industri kita kecil. Jadi money is everything. Jadi mereka agak tidak berani hendak bereksperimentasi dengan filem-filem drama seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf yang semuanya pergi jauh di peringkat antarabangsa, kerana takut akhirnya mereka yang akan menanggung rugi.

Dan gua tnegha bercakap pasal penerbit filem arus utama. Gua tahu banyak penggiat filem indiependent layan genre drama. Tapi berapa kerat yang masuk panggung?

Memang itu realiti. Kalau bukan aksi, cinta atau komedi, memang susah nak jual. Kalau campur ketiga-tiganya, jadilah filem-filem Syamsul Yusof.(ok yang ini gua nitpicking. gua percaya kepada credit when credit is due. filem kl drift 2 banyak dapat review positif dari segi aksi dan kreativiti. yang negatif macam biasa, jalan cerita tak berapa nak kuat dan percintaan trivial yang tak masuk akal.)

Kalau hendak kata rakyat Malaysia tidak suka kepada filem drama, ramai pula yang boleh melekat di kaca tv menonton Hindustan. Mungkin kerana unsur percintaan yang kuat kot.

Suka betul rakyat Malaysia ini dengan cinta-cinta sejati yang merepek dan main letup-letup. Patutlah tiap kali raya stok mercun tak pernah habis. Demand tinggi. (cuma sekarang gua rasa mercun sudah tak cukup gengster. bunyi macam pondan. ini gua syak akibat daripada mass production. kuantiti dulu, kualiti letak tepi. jadilah macam sate kajang haji samuri. keuntungan maksima ditutamakan. dasar kapitalis keparat.)


Kalau tiada idea yang original pun untuk difilemkan, kan boleh adaptasi daripada buku. Macam yang U-Wei buat sekarang ini bagi filem Hanyut. Banyak filem yang berjaya(bagi gua filem yang berjaya adalah filem yang memberi kepuasan dan kesan. kutipan tak pandang sangat) dari barat yang adaptasi dari buku.

Into The Wild dan A Beautiful Mind, dua filem yang baru aku tengok semalam kedua-duanya diadaptasi daripada buku. Cuma mungkin ianya selera penonton tempatan kebanyakan kerana apa? Ya, tiada komedi.

Bukan gua anti sangat dengan komedi ini. Cuma kadang-kadang penonton akan terlepas pandang si drama apabila berjumpa dengan si komedi ini. Macam filem Papadom. Semua orang kata lawak, tanpa menyentuh hal ibu, bapa dan anaknya yang gua rasa tunjang bagi filem itu.

Gua rasa tahap penulisan cerita di Malaysia ini boleh tahan juga dia punya hebat. Bukan cikai-cikai punya orang. Di Indonesia(sekali lagi gua benci nak cakap) sudah berapa buku yang diadaptasi untuk lakon layar.


Lu ini drama king ke nak filem drama heavy-heavy?

Bukan. Gua bukan drama king. Cuma gua rasa filem-filem yang ini, bila lu tengok masa lu tengah marah dengan kehidupan dan dunia, lu dapat rasa kembali yang sebenarnya kehidupan dan dunia itu indah.


Boleh kata filem-filem macam ini, errr eh kejap.

Laaa dah 5.30.

Gua nak turun main bola dulu.