Thursday, January 28, 2010

Cerita Malam Tadi

Kuala Kangsar, May 2009



Bangun pun dah tengah hari
Subuh tertinggal lagi
Takpe karang boleh ganti
Semalam aku perhati
Najib dan Anwar dua Datuk Seri
Melepak dari malam sampai ke pagi
bermain PS3
dan juga Xbox360
Ketawa habis hati
Datang pula Lim Kit Siang bawa CD
Katanya cerita panas lagi sensasi
Koleksi Chua Soi Lek yang terkini
Semua mata bulat khusyuk memerhati
Sampai ada yang mencanak berdiri
Lain pula cerita Mukhriz dan Khairy
Sama-sama tengok wayang cerita Rempit V3
Terpengaruh la pula dua ekor ini
Mukhriz bawa keluar Mclaren Khairy pula Lamborghini
Naik highway satu lapan dari Jerlun ke Nogori
Belah sana Nik Aziz ajak Husam minum kopi
Kata Husam balak belum tebang lagi
Datang Hadi kata malam muda lagi
Lepas minum kopi tiga-tiga mengaji sampai pagi
Tengok pula Karpal dan Samy
Sama-sama berkain dhoti sama-sama menari
Mulut bersiul mengorat minachi
Badan bergetah boleh tahan punya seksi
Dapat ngorat ajak makan Kentaki
Sambil minum Pepsi, Sarsi dan whiski
Tapi itu cerita malam tadi
Sekarang gua dah balik realiti
Cinta? Kasih Sayang? Mana ada lagi
Semua jadi benci bawa ke mati
Susah sangat ke nak saling memahami?
Kalau John Lennon keluar dari kubur berdiri
Pasti dia tepuk dahi
Apa nak jadi dengan generasi MTV
Langsung tiada toleransi
Semua emo nak mati
Jangan selalu ikut kata hati
Akal ada pikir la sendiri
Orang kata otak jangan tinggal atas katil bila bangun pagi
Dah gua nak sambung bermimpi
Pasal cerita tadi buat gua senyum sendiri

-Sastesawan Negara-

Tuesday, January 26, 2010

Alma Mater

Kalau hebat cari mana gua


Seperti mana yang anda sedia maklum, 20 sekolah telah diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tapi mungkin anda tidak berapa maklum yang sekolah gua pun turut tersenarai.

Biasalah.

Orang hebat. Sekolah pun mesti hebat.

Orang hebat lagi hensem setakat title-title macam ini dia bukan kisah sangat pun. Tiada apa nak dibanggakan. Dah memang hebat.

Hidung pun taklah kembang sangat.


Hnss Hnss Hnss

Wednesday, January 20, 2010

Heart of Darkness



Petang tadi gua layan Apocalypse Now buat kali ke 4 atau 5. Tapi kali ini entah apa pasal gua macam dapat 'enlightenment'.

Memang terkesan gila babi.

Scene-scene yang surreal dalam cerita ini memang melekat dalam kepala gua. Filem ini menarik pasal apa yang ditunjukkan berbeza dengan apa dengan filem-filem perang yang lain. Tiada hero-hero yang macho atau brotherhood atau kegilaan perang yang biasa. Apocalypse Now kegilaannya luar biasa. Tiada darah-darah, usus yang berjuntaian atau gore yang berlebihan. Yang ada pun seekor kerbau yang ditetak hidup-hidup. Tapi macamlah lu tak biasa tengok lembu kena sembelih.

Ramai juga yang dismiss Apocalypse Now dengan mengatakan pengarahnya melebih-lebihkan kegilaan perang. Katanya Full Metal Jacket arahan Stanley Kubrick lebih tepat gambarannya.
Bagi gua, kalaulah apa yang digambarkan si Coppola itu betul, memang patutlah veteran-veteran perang susah hendak kembali hidup secara normal. Ada yang langsung gagal.

Kalau hendak dibandingkan antara Apocalypse Now dan Full Metal Jacket, gua rasa lebih kurang perbandingannya macam Mitsubishi Evo dan Subaru Impreza. Evo 'keras' dan agresif seronok bila berada di atas trek manakala Impreza lebih 'lembut' dan sesuai digunakan hari-hari. Kedua-duanya pun kereta yang hebat.


Lepas hampir 3 jam 'penyeksaan' visual, gua baring atas katil. Letih. Dalam pukul 8 lebih gua lelap sampai dekat pukul 12.

Terus kepala otak gua rewind dan replay. Gua dapat mimpi 'ngeri'. Yang gua ingat, setting mimpi ala-ala macam Vietnam. Tapi semua cakap Melayu. Muka-Muka yang keluar pun gua rasa muka yag memang familiar dengan gua juga.

Gila betul.

Sekarang dah pukul 5. Gua ingat nak tidur dulu. Esok hari yang mencabar.
Jangan mimpi lagi sudah. Tak seronok pun.

Damn you, Francis Ford Coppola!


Sunday, January 17, 2010

The Greatest Trick

Kuala Kangsar, May 2009



Aku tengah duduk atas takhta yang berwarna putih. Dalam bilik kecik yang sesetengah orang panggil jamban. Ditemani dengan asap suci dan bau wangi. Sejak akhir-akhir ini, memang selalu aku melepak di atas takhta ini. Nanti aku cerita kenapa. Macam biasa, bila aku tengah melepak atas takhta, otak aku berlari, dan singgah di satu kuot yang berbunyi "The greatest trick the devil ever pulled was convincing the world he does'nt exist."

Ya aku memang suka kuot. Serantai konsonan dan vokal yang membentuk ayat bagi aku lebih menarik daripada sebaris nombor dan simbol yang signifikannya masih aku tak faham.

Biarkan yang gila terus berbicara, yang pandai terus mengira.

Berbalik kepada kuot tersebut, ayat itu aku petik daripada filem The Usual Suspect. Memang ramai yang termakan dengan taktik licik si Syaitan. Kalau tidak daripada mana datangnya atheis. Aku bukan bodoh macam atheis. Aku rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukun Negara yang pertama(ini bermakna atheis tak layak jadi rakyat Malaysia la kan?). Dan kepercayaan kepada Tuhan membawa kepada kepercayaan ciptaan Tuhan yang hebat dan disayangi-Nya.(Tuhan memperkenankan permintaan terakhir Syaitan untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga ke kiamat. Jadi adakah Tuhan lebih menyayangi Syaitan daripada anak cucu Adam yang [akan] terpesong?)


Di dalam filem animasi South Park : Bigger,Longer and Uncut watak Satan(Syaitan kalau dialih bahasa ke BM) ada menimbulkan persoalan what is evil anyway?
Well, jawapan umum yang boleh aku bagi adalah kejahatan ialah sesuatu yang berlawanan dengan kebaikan. Tanpa kejahatan, tiada kebaikan. Jadi kejahatan itu juga adalah penting. Samalah seperti yang Satan katakan iaitu without evil there could be no good so it must be good to be evil sometimes.

Sistem dunia memang daripada azali memang begitu. Wujud dua benda atau konsep yang berbeza tetapi salah satunya tidak boleh dizahirkan jika salah satu lagi tiada. Syurga neraka, baik jahat, yin yang, positif negatif.

Tapi adakah kita dapat memahami apa yang pihak lagi satu itu rasa? Macam dalam filem Taking Woodstock ada cakap perspective is what shuts out the universe. It keeps the love out.

Darimana kita berada, kita takkan dapat faham bagaimana orang yang bertentangan kita rasa dan fikir.



Nak tahu lagi satu sebab kenapa aku percaya wujudnya Syaitan?

Kerana aku tengah rasa apa yang dia pernah rasa.

Dulu Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah yang terhebat. Sebelum diciptanya Adam. Terus darjatnya jatuh terjelepuk. The mighty have fallen. Memang sakitnya lebih teruk bila anda jatuh dari tempat tinggi. The Fallen One terus menghadap Allah dan berkata "Patik mohon derhaka."(ayat trademark Nizar ini diguna tanpa kebenaran). Dan lepas itu kita tahu Syaitan terus rebel sampai sekarang.

Sama macam aku. Aku pun tengah jatuh teruk. Cuma berbanding Syaitan yang jatuh secara tiba-tiba, aku rasa jatuhan aku lebih perlahan. Macam pasir jerlus, sepertimana konsep yang digunakan Falcon dalam filem The Replacement.

Pasir jerlus.

Lagi kuat aku melawan untuk keluar, lagi dalam aku tenggelam. Sedar-sedar, semuanya dah luar dari kawalan.


Berbalik kepada cerita takhta putih. Sama seperti Syaitan, aku rasa hendak memberontak. Aku rasa nak lepaskan macam-macam perasaan yang berbaur. Cuma aku tak tahu nak memberontak bagaimana, kepada siapa dan untuk apa. Yang buat lagi tak sedap, badan aku sendiri dah memberontak terhadap aku. Aku demam, batuk, selsema dan apa yang aku makan keluar semua sekali dengan lancar. Yang memelikkan, aku rasa aku makan sikit saja tapi yang keluar bukan main banyak lagi.

Kesimpulannya, aku pun tak tahu. Berdasarkan daripada sebuah filem dari Belanda yang bertajuk Ben X, 10% daripada remaja Belanda pernah terfikir untuk bunuh diri.

Tapi macam yang aku dan member-member aku selalu cakap, orang yang bunuh diri tu dah habis rasa nikmat dunia ke? Dah pernah pergi Bangkok? Dah pernah rasa deruman enjin V12 daripada Itali?


Saturday, January 16, 2010

Kuot Kultus 2

USM, Jun 2009




"I accept chaos. I'm not sure whether it accepts me."
Bob Dylan

Tuesday, January 12, 2010

Demo yang Emo

Port Dickson, May 2009



Aku tengok rakyat Malaysia sekarang sudah ada akitiviti masa lapang yang baru.

Demonstrasi jalanan.

Antara waktu kegemaran, lepas sembahyang Jumaat. Aku ingatkan waktu lepas sembahyang itu adalah masa yang baik untuk tenang-tenang di rumah. Rupanya tidak. Ramai yang sanggup berpanas terik melaungkan slogan-slogan yang beremosi.

Aku sokong aktiviti demonstrasi ini. Ianya bagus untuk mengingatkan kerajaan siapa sebenarnya yang memegang kuasa dalam sistem demokrasi. Jangan bagi kerajaan selesa sangat.

Tapi kalau nak berdemo pun, pilihlah isu yang heavy-heavy sikit.
Ini kadang benda-benda merepek pun nak berdemo.

Janganlah nak opposing for the sake of opposing. Kena pakai otak sikit.

Aku bukan pro-kerajaan sangat pun. Banyak juga cara kerajaan yang aku tak setuju. Antaranya cara mereka melakukan pembangunan.
Semuanya hanya dari aspek lahiriah sahaja. Pengisiannya kosong. Tengoklah macam mana mentaliti rakyat Malaysia sekarang. Itu tak sentuh lagi dalam bidang seni. Ambil industri filem contohnya. Nak bandingkan filem-filem Malaysia dengan filem-filem Indonesia ataupun Thailand pun malu.

Kamu nak satu isu yang layak didemonstrasikan? Nah ambil satu.
Pasal Sekolah Satu Aliran.

Benda ini ada disebut dalam Parlimen tapi mendapat tentangan. Akibatnya, projek ini mungkin tak akan terjadi langsung.

Benda ini sangat berfaedah buat masa depan Malaysia, tapi kerajaan tak laksanakan. Bukankah ini satu sebab yang baik untuk bangun, capai pembesar suara dan kain rentang dan turun berdemo?

Perbezaan aliran sekolah yang membuatkan semangat perkauman masih kuat di negara ini. Interaksi antara kaum kurang. Kurang interkasi bermakna kurang rasa memahami. Kurang rasa memahami menghasilkan rasa prejudis. Rasa prejudis yang kuat menimbulkan syak wasangka yang akhirnya menemarakkan semangat perkauman.

Tak pernah tengok filem Gadoh ke? (filem fevret Ap selain cerita-cerita yang dibintangi Liyana Jasmay)

Dan semestinya Bahasa Kebangsaan Malaysia yakni Bahasa Melayu akan lebih subur jika Sekolah Satu Aliran yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu ditubuhkan.
Kadang-kadang sakit hati pun ada bila nak bercakap dengan apek-apek ini. Cakap serupa setan. Hirup udara Tanah Melayu ini dah berpuluh tahun tapi Mat Pakistan jual karpet yang baru sampai 3 bulan lagi sedap bila nak bawa bersembang.

Ada yang membangkang kerana takut budaya asal mereka terhakis bila masuk Sekolah Satu Aliran ini. Jangan merepek. Dalam zaman MTV ini, mana ada budaya lagi dah. Kalau ada pun bila musim perayaan. Baik yang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Lain-Lain.

Ada yang kata tak perlu pasal PLKN dah ada. Mana cukup. Yang pergi berapa kerat sangat pun. Dan perasaan prejudis yang terbina bertahun-tahun tak akan cair dalam masa 3 bulan. Ya memang ada interaksi antara kaum. Memang kami tidur bersama(katil lain-lain) tapi bila melepak, bila duduk masa makan, Melayu sama Melayu, Cina sama Cina, India sama India.
Aku tahu semua ini pasal aku veteran PLKN.


Aku tak tahu nak cakap(baca:taip) apa dah. Nah ambil penutup paling cibai dalam sejarah penulisan aku. Kalau cikgu BM aku baca mahu aku kena lepuk.

Kalau kamu mahu Malaysia aman damai, sila pakai otak. Fikir sendiri dan jangan suka mengikut.


p/s: gambar kelihatan seperti 1Malaysia padahal sebenarnya semua jenis makan sambal belacan.

Monday, January 11, 2010

Salleh Mat Piah, Wartawan Kaki Sibuk Yang Obzerben

Laptop gua, Disember 2009


Gua tengok, golongan "intelektual" di scene alam maya Malaysia akan mengambil pendirian yang bertentangan dengan media arus utama dan pendirian masyarakat umum.

Gua bukan cuba untuk menyuap apa-apa point, hanya obzerbasi gua sahaja.
Sesuatu yang terlintas.

Dah, gua nak sambung tengok Kala Malam Bulan Mengambang buat kesekian kalinya.

Frust tak dapat tengok Muallaf tak habis lagi.

Sunday, January 10, 2010

Kisah Mimbar Jumaat : Antara Kaum Muda, Kaum Tua dan Akidah Islamiah

Gua Kelam, Disember 2009


Itu hari, aku buat perjanjian dengan syaitan (baca:diri sendiri) ketika khutbah Jumaat sedang rancak berlangsung.

Aku berjanji akan tulis sesuatu pasal benda itu yang disentuh dalam khutbah Jumaat jika benda itu diulang tiga Jumaat berturut-turut.

Dan ya ia terjadi. Jumaat lepas, cukup tiga.

Bendanya ialah, berkenaan kekuatan akidah umat Islam si muda adalah jauh lebih lemah daripada si tua.

Ape ke he nye, yob?

Serempit-rempit golongan muda, tak pernah pula aku nampak diorang terang-terang menolak akidah Islam walaupun dengan rambut ekor berwarna, rantai perak di leher dan minah rempit di sisi.

Tak macam si pengikut Nabi Kahar sama Ayah Pin, tok khatib oi.
Seronok si makcik itu mengaku dia dapat masuk syurga. Yang minum air kaki Ayah Pin tu pun tengok la macam mana golongan umur dia.

Harap saja dah lebih makan garam. Akidah senang betul ter-drift*. Kena tipu bulat-bulat hidup-hidup.


Macam mana la masalah nak selesai, jika yang nak menyelesaikannya pun tak faham betul-betul masalah itu macam mana.


* jika anda orang Teluk Intan, baca ter-drift sampai nak melanggar pasu bunga
besar.

Tuesday, January 5, 2010

Kenapa Saya Tak Minat Porsche



Mesej tersurat yang kelihatan adalah menabung itu amalan mulia.
Dan sebuah kereta seksi jauh lebih menarik daripada seorang cikgu, kayu penunjuk dan peta dunia.


Mesej tersiratnya pula adalah designer Porsche sangat tidak kreatif sehinggakan sebuah kereta yang dilihat ketika masih budak hingusan, akan tetap kelihatan sama 20 tahun akan datang.

Ini kita boleh lihat daripada line-up 911. Porsche 911 masakini masih kelihatan serupa dengan 911 pertama yang keluar dari kilang pada tahun 1964. Dan 911 pertama itu pula yang direka oleh Ferdinand "Butzi" Porsche, adalah dicedok rekaannya daripada sebuah kereta legendary yang tak perlu diperkenalkan lagi, VW Beetle, yang direka oleh datuk Butzi, Ferdinand Porsche.

Tak percaya? Sila cari perbezaan gambar-gambar di bawah.


VW Beetle


1975 Porsche 911


2009 Porsche 911 Gt3 RS


Walaubagaimanapun, jika kedapatan seorang dua datin yang baik hati dan pemurah yang ingin menaja saya, kecil tapak tangan kunci 911 saya tadahkan.


Monday, January 4, 2010

Teknik Kesatria Cina Purbakala : Menaip Sambil Makan Limau Mandarin



Semakin laju kita berlari, semakin banyak kita tinggalkan.


Halamak, ayat intro dah macam komsas sastera sekolah menengah.


Tapi itulah realitinya di Malaysia.
Seperti negara-negara memabangun yang lain, kita sibuk mengejar arus modenisasi sampai kita terlupa untuk memelihara dan mengekalkan apa yang menjadikan Malaysia adalah Malaysia.

Dan selalunya kegilaan untuk mengejar modenisasi ini didorong oleh keuntungan maksima.

Ambil contoh, Pavilion KL.
Ianya dibina diatas tapak Bukit Bintang Girls' School, sekolah tertua di Kota Lucah.
Sekolah tertua di Kota Lucah telah dirobohkan untuk apa? Untuk budak-budak melepak menghabiskan masa dan wang ringgit?
Ditambah pula dengan kehadiran golongan yang suka melepak depan Pavvy seolah-olah bangga dengan kehadirannya di Kota Lucah. Sasau ke apa lu, mat?
Aku lagi bangga dengan Penjara Pudu daripada Pavvy.


Oh sebut pasal Penjara Pudu. Ianya dibina pada 1891 dan ditutup pada 1996. Anda kira sendiri berapa tahun ia sudah berkhidmat. Ia pernah dibuka untuk lawatan orang ramai sebelum deserahkan kepada UDA(kalau dah tak ingat apa kejadah UDA ni buka buku sejarah Tingkatan 5).
Bila dah jatuh dalam tangan UDA, bermacam-macam proposal sampai. Nak buat flat la, itu la ini la semuanya keuntungan maksima.
Proposal asal untuk menukarkan ia kepada muzium? Aku rasa dah terselit dalam fail yang dah berdebu.


Kita pergi pula kepada bangunan kedai-kedai lama. Kalau diperhatikan banyak bangunan-bangunan ini yang menunggu masa untuk tersungkur ke tanah. Kalau anda lihat di Gopeng, deretan kedai lama yang usang memang sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem seram.

Kalau anda lihat pada rekaan bangunan kedai lama ini, ianya mempunyai kaki lima yang berbumbung. Sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. Kaki-kaki lima ini memberikan teduhan secara percuma anda, berbanding Pavvy, anda akan dihalau jika melepak (baca : berteduh) di hadapan pintu. Untuk berteduh, anda perlu masuk ke dalam. Bagi yang iman kuat macam aku, memang tiada masalah tapi bagi yang goyah, kepala-kepala Agong akan bertukar tangan.

Kedai-kedai lama menggambarkan sifat Malaysia, panas, hujan, toleransi dan persefahaman.
Pavvy? Keuntungan maksima.

Sayang sekali kedai-kedai lama ini makin terbiar.

Kenapa tidak dipulih dan digunapakai semula?
Kenapa kita tidak contohi bandar Liverpool?
Atau susah sangat, contohi bandar Melaka?

Di Teluk Intan sendiri, bangunan Mahkamah lama telah dicat semula dengan cantik tapi terbiar. Katanya telah dijadikan bilik gerakan oleh penagih-penagih cinta eh silap, dadah.
Istana Raja Di-Hilir? Aku pernah jumpa reban ayam yang diselenggara dengan lebih sempurna.

Kenapa kita hendak biarkan Melaka sahaja yang bersungguh-sungguh memelihara warisan sejarah. Sepatutnya setiap negeri dan setiap pekan menjaga warisannya sendiri.

Aku rasa pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia lebih berminat nak tengok warisan kita daripada betapa metropolitannya kota-kota kita.
Kota mereka lebih hebat.
Shopping? Itu hanya aktiviti sampingan sahaja. Lagipun harga-harga di Malaysia bukannya jauh beza pun dengan harga negara asal mereka.

Pada pendapat fikiran aku yang tajam ini, kegilaan Malaysia mengejar modenisasi mungkin hasil daripada kemajuan pesat yang dibawa Tun Mahathir.
Jangan salah faham, respek aku kepada Tun M memang tinggi melangit, tapi hey, dia juga manusia. Tak terlepas dari kesilapan.( jadi adakah Lim Guan Eng bukan manusia kerana dia tak pernah silap?)

Kita begitu beria-ia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara-negara maju yang lain. Tapi pada firasat aku yang mahal ini, untuk menjadi negara maju tidak semestinya mempunyai rekaan perbandaran dan bangunan yang moden dan futuristik.

Itu kita biarkan sahaja Dubai kelam kabut. Malaysia, kita relaks-relaks saja.
Banyak lagi aspek penting yang perlu kita perbaiki untuk menjadi negara maju.

Sebab aku bimbang, akibat asyik melihat KL Sentral, lama-lama Stesen Keretapi Kuala Lumpur hilang dalam bayangannya.

p/s : entri ini ditujukan kepada dato yang akan menaja percutian gua di Melaka kelak.

Friday, January 1, 2010

Lua Libu Satu Puloh : Bak Kata Apek Lori, Oh Ini Busat Punya!


Eh dah 2010.

Kedah dah maju belum ek?

Ke dah tukar cemerlang haritu?