Thursday, December 17, 2009
the Internet is full of Morons.
Aku memang dah lama pegang kepercayaan itu.
Tapi baru tadi aku dapat satu bukti yang memang tak dapat disangkal lagi.
Kalau macam ini orang Malaysia, memang aku mengeluh panjang.
Malaysia, kita ada masalah.
Baca link ini. Sampai habis.
Kemudian anda fikir, ianya fakta atau fiksyen.
Selepas itu, baca pula komen-komennya. Sampai habis.
Kalau anda tak mengeluh panjang, disarankan supaya anda jumpa doktor dengan segera.
Serius aku tak faham apa ada dalam kepala otak mereka ini.
Yang paling tak boleh blah, dah ada orang sound kata benda itu merepek-repek sahaja, bukan serius, tapi masih lagi ada orang yang letak komen yang err... aku klasifikasikan sebagai 'tak membina'.
Ini jelas menunjukkan trait-trait tipikal rakyat Malaysia.
Yang pertama, tiada developed sense of humour. Benda betul dengan parody pun tak reti nak beza.
Yang kedua, malas membaca (atau tak tahu 'membaca' langsung?). Sudah terang lagi bersuluh benda itu merepek dia pergi percaya. Lepas itu orang dah sound dah tulis kata benda itu merepek, tak betul, main-main sahaja, dia pergi percaya lagi. Maksudnya dia tak baca komen-komen yang ditulis sebelumnya. Ataupun otaknya selalu sangat diceramah dengan benda merepek sampaikan lagi merepek ceritanya, lagi cepat dia percaya.
Yang ketiga, suka memberi komen tentang apa yang dia tidak tahu dan tidak faham. Benda belum faham betul-betul, dia dah laju keluar hujah-hujah 'bernas'. Tak reti nak sit back and relax, back off a bit to get the bigger picture and please, for the sake of mankind, stop thinking with your penis.
Yang keempat, rakyat Malaysia ketagih dengan drama politik. Ini aku syak berpunca daripada kegagalan stesen tv tempatan menyajikan drama-drama yang hebat untuk memenuhi nafsu rakyat Malaysia yang suka berdrama. Limpahan drama-drama dari seberang yang tidak berkualiti menyebabkan rakyat Malaysia beralih kepada drama-drama politik tempatan yang lebih raw, lebih real dan lebih badass. Ianya juga seiring dengan slogan "Support our local act" yang menjadi kegilaan muda-mudi.
Ini memang betul-betul memeningkan kepala.
Majoriti di kalangan pengguna internet adalah bodoh. Ini menjadikan internet sudah tidak cool lagi.
Lepas ini aku nak cari kawan di kalangan mereka yang tidak menggunakan internet dan FB. Biarpun dia suka ber-shuffle.
Disclaimer : start dari point 4 ke bawah, itu gua dah merepek. Lu orang jangan nak percaya pula. Karang mula nak hentam gua macam-macam padahal lain gua tulis lain yang lu baca. Tapi gua memang berharap stesen tv kita insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mungkin bro jarang bertemu dgn org2 yg bijak di internet ^^ ha ~
salam shak..
ko x sewajarnya ke sana, mengikis intelektual sedia ada.. hoho
nah ke sini
http://www.ted.com/
atau better
kau pergi ke sini
www.irf.net
tapi
memang ramai orang dalam tenet sampah
tu fakta
huh..spa plak yg thinking by penis nie..
soo unique..haha
Post a Comment