1. Semalam dan kelmarin aku dipaksa pergi ke kenduri kahwin. 2 hari berturut-turut. Memang gila. Musim mengawan punya pasal. Lebur sudah rekod aku bertahun tak menjejakkan kaki ke kenduri kahwin. Diriku terasa hina sekali.
2. Aku tak turun Kota Lucah rasanya 16 haribulan ini. Tak kena timing lah. AL Capone kena bedah. Rabu atau Khamis ini baru boleh ambil. Memang tak dapat turun lah. Kepala Agong pun aku tak berapa nak cukup. Jangan risau. Zaman menganggur Krebat itu aku rasa lama lagi. Banyak masa lagi nak menurun di Kota Lucah.
3. Aku akan turun Teluk Intan dalam masa terdekat. Cuma masih menunggu tarikh yang sesuai. Aku dah consult sama bomoh Siam dengan Laos. Mereka kata hujung minggu ini atau awal minggu depan adalah masa yang baik untuk sinergi positif. Pergerakan bintang dan cakerawala seiring dan sejalan dengan pergolakan tenaga positif muka bumi. Aku dengar seminggu itu akan penuh dengan aktiviti kemanusiaan, keagamaan, ketuhanan dan penuh dengan kebaikan. Ini memerlukan persiapan rapi dari segi lahiriah, jasmaniah, rohaniah, Rodziah dan segala macam ah lagi. Aku cuma tengah tunggu kata putus bomoh Hindu.
4. Last but not least, ini satu video untuk kasi panas sikit aktiviti kemanusiaan pada percutian ibadah ini.
No comments:
Post a Comment