Tuesday, December 8, 2009

Aktiviti Fogging Sekitar Alor Setar-Jitra Kala Malam Bulan Mengambang


Malam minggu lepas(malam minggu di Kedah adalah Jumaat malam Sabtu), gua dapat maklumat bahawa upacara shuffle eh silap, upacara perkumpulan geng-geng skuteris klasik peringkat utara akan dijalankan. Siang gua penat kacau kari buat kenduri daging korban tak habis lagi, tapi gua gagahkan juga keluar pada malam penghulu segala lepak itu.

Janji pukul 8.30, gua 8.20 lagi dah keluar rumah menuju ke tapak perkumpulan di bengkel RARE(rare sungguh nama bengkel ni) di Alor Merah, Alor Setar. Gua sampai tepat pukul 8.30. Gua memang jenis yang menghormati masa punya. Bukan macam geng Perlis sama Pendang. Dekat dua jam lebih baru sampai. Penat gua tunggu. Pinggang gua sudah sengal-sengal akibat mengacau gulai kawah pada siang hari.

Geng SP sama Penang lagi murtad. Jam agaknya setting ikut waktu tempatan Bangladesh. Dah penat tunggu kitorang gerak dulu. Semangat gua naik bila asap-asap 2 lejang dah berkepul-kepul bersalaman dengan dingin udara malam.





Ada dalam 50 biji la juga. Perjalanan menuju ke Jitra. Mencari char kuetiau. Jalan cantik. Rata dan luas. Alamatnya semua menunduk la.

Semua pun pergi berderaappp. Sampai ada yang rosak-rosak. Halamak!

Sampai Kepala Batas berhenti sekejap. Tunggu jentera yang rosak. Bila semua dah kumpul perjalanan disambung semula. Sampai Jitra tiada meja. Semua penuh. Terus ke kedai char kuetiau berhampiran Yawata di Bandar Darul Aman(orang lama panggi Tanah Merah).


aktiviti fogging sedang berjalan lancar

Boleh tahan juga champion dia punya char kuetiau. Boleh celen Ala Din. Gua tak ingat nama dia tapi kalau lu nak cari, signboard kedai warna merah. Servis pun pantas dan efisien.

Lepak punya lama duk menunggu geng SP. Embun pagi dah merembes baru nak sampai. Sementara nak tunggu geng SP melantak gua dah naik mengantuk.

Semua dah selesai, arahan dikeluarkan untuk mula bergerak pulang. Bandar Darul Aman telah diberi aktiviti fogging secara percuma.



kelihatan motor champion di situ

Singgah Petronas sebentar untuk mengisi perut jentera pula. Mana boleh perut rider saja yang dijaga. Kadang-kadang motor makan lagi mahal dari rider. Dasar anak manja kesayangan.

Tengah tunggu sesi isi minyak selesai, gua nampak ada 2 3 motor tengah setting. Lepas itu arahan dikeluarkan bahawa perjalanan pulang akan melalui highway.

Setting motor dan highway? Ini petanda upacara keramat. Upacara fogging masih berjalan rancak. ada 2 3 kereta yang berhenti di stesen minyak yang sama. Sama ada menunggu rakan atau teruja melihat skuter besi dari Itali, ha itu yang kita tak tahu.





Perjalanan di sambung semula. Masa berhenti di lampu isyarat sebelum masuk highway, gua perasan orang depan asyik usha belakang sambil senyum-senyum. Senyum penuh bermakna.

Masuk highway, semua pun menunduk.

Semua balik menderaappp. Sampai ada yang rosak-rosak. Halamak!

Sampai di Tol AS Utara, berhenti sebentar menunggu jentera bermasalah. Destinasi seterusnya ke Istana Anak Bukit untuk bergambar. Tapi kepala gua dah mengantuk gila babi.

Siapa suruh lalu depan rumah gua. Gua pun terus melencong balik rumah. Panggilan katil lebih kuat.

Sampai rumah, gua tukar baju terus landing.


Sekian sahaja laporan saya, Karam "Singh is King" Walia untuk TiviTiga.


semua gambar gua ambil dari sumber lain tanpa kebenaran.
kamera gua tak siap servis lagi.