Sunday, August 9, 2009

Klasik Sekolah Rendah

Ketika aku darjah 3, untuk jadi manusia paling hot di dalam kelas tidak memerlukan wang ringgit yang banyak, bag sekolah baru yang funky atau kasut paling mahal.

Kau hanya perlu ada senaskhah komik Dragon Ball terbaru.

Pasti semua orang mahu menegur sapa dan berbuat baik. Tiba-tiba kau dirai macam YB.
Kawan-kawan lain bukan apa.
Niat di hati hendak hendak pinjam membaca.
Nak beli susah betul nak pujuk mak bapa.

Masuk darjah 4, Pro-Yo telah mempromosikan yo-yo secara besar-besaran.
Yo-yo secara serta merta menjadi sesuatu yang in ketika itu.

Bagi kanak-kanak yang membesar di pekan kecil, ibu-bapa memberi lesen untuk membeli yo-yo cap Pro-Yo yang mahal memang umpama mimpi di siang hari.

Yang aku dapat, entah yo-yo cap apa. Made in China agaknya. Sedap-sedap aku praktis asyik rosak. Dua tiga kali aku tukar lama-lama fed-up. Skill hapah tak jadi.

Aku ambil keputusan untuk tinggalkan yo-yo untuk kembali main gasing, tepuk kad dengan pemadam. Ikut jadual hari itu main mana satu. Sekali-sekala dekat sekolah agama aku main guli susu.

Selalu budak-budak yo-yo main tengah kelas. Senang dapat perhatian agaknya. Yang ini geng orang berada.

Geng rakyat marhaen main kat belakang kelas. Underground sikit. Apa kes main gasing tengah kelas. Silap pangkah tak pasal berlaku pertumpahan darah.

Asal cikgu tak masuk kelas, gametime pun bermula. Yo-yo dengan yo-yo, underground sama underground. Tapi kami tak rival. Masing-masing sibuk hal masing-masing.

Kelas jadi bising macam setan. Lepas itu cikgu kelas sebelah mari jenguk apahal. Mengelejat semua orang pasal yo-yo mahal sama gasing champion kena rampas.

Tapi aku selalu nasib baik. Time aku tak main, time itu budak-budak lain kantoi.

Ingat, baik berpada, buat jahat asal selamat.



9 comments:

asyraf hensem said...

haha..bai mmg lawak..
wa ada ingat..
lu masa darjah 2 suke main lubang tikus

main xnak kalah..
mentang2 luh besar..
luh asyik men tipu menindas yang lemah

sampai gaduh2..
hak hak..
tapi wa ingat..lu bkn golongan marhaen lah bai..

luh telah memiliki basikal gt..
diwaktu ketika itu kalau siapa yang memilikinya
umpama..

bapak beli evo semilan untuk anak g merempit mnare cndong

-shak- said...

Tapi GT gua tak boleh lawan BMX yazid dulu bai.

yazid baru kira betul evo 9.

GT gua ala-ala beli wira sumbat GSR convert evo 3 je.

khayrylyaxyd said...

tapi x leh lawan quartoporte automatica ap yang ade belang rimau tuh...dgn handle mcm virago dan seat besar sofa....setakat bandar baru tuh..2,3 kayuh sampai.....

-shak- said...

haha gampang.
sekarang harimau belang ap tu tersadai belakang rumah je.
tayar pun dah takde.

asyraf hensem said...

haish..rimau mati meninggalkan belang lah cha!

hakhakhak..tergelak2 aku ingatkan balik
aku rasa..mase tuh macha pun seram tgk..
3 line pn jadi coverage xde

khayrylyaxyd said...

mungkinkah ia akan kembali menghantui jalanan teluk anson??? haa ini yang kite x tau......

-shak- said...

cha.
lu restore ah balik rimau belang lu.

GT gua elok lagi kat umah, BMX yazid pun ada lagi. Syamim punya Bie duk jaga lagi kot.

khayrylyaxyd said...

JUMMM~!!!!

loyal_creed said...

haha...jom!!!!